|
DISUSUN MENGIKUT TAHUN PRODUKSI ALBUM ASAL |
|
16 LAGU LAGU HARI RAYA AIDILFITRI
–
Various Artist
Yang menarik album kompilasi raya ini turut memuatkan dua single yang sebelumnya hanya boleh didapati di platform digital; 'Lip Lap Raya' dan 'Rap Der Raya'. Lagu dan lirik 'Lip Lap Raya' nyanyian Siti Nurhaliza adalah ciptaan bersama Ajay Amai, Glow Rush, Karim Karam dan Mike Chan dengan menggabungkan rentak inang, canggung serta turut diselitkan elemen dikir barat. Manakala 'Rap Der Raya' bergenre hip hop adalah ciptaan Yonnyboii & Luca Sickta dan dinyanyikan oleh 6 orang penyanyi hip hop berbakat besar iaitu Yonnyboii, Luca Sickta, Kmy Kmo, Abubakarxli, Siqma & Asyraf Nasir. Gabungan 6 penyanyi hip hop dalam lagu ini turut menjadi faktor lagu ini lain dari yang lain dan pastinya sasaran utama mereka adalah peminat lagu raya generasi baru. |
|
|
INI BARU RAYA!
–
Various Artist CD 1:
CD 2:
Tiada kelainan album kompilasi raya, INI BARU RAYA! dengan album-album kompilasi raya yang lainnya kerana ia tetap mengekalkan formula mengulang kitar semula lagu-lagu raya malar segar. Cuma sebuah lagu yang masih asing dipendengaran kita ialah single 2020 'Syawal Ini' nyanyian Zamani yang sebelumnya hanya boleh didapati di platform digital kini turut dimuatkan dalam album kompilasi raya ini. Lagu ciptaan dan lirik oleh Neon dan diterbitkan oleh Bajai merupakan kerjasama Zamani bersama KRU Music. 'Syawal Ini' mengisahkan tentang keinsafan dan kesyukuran seorang insan kerana masih dapat meraikan Syawal walaupun mengharungi pelbagai cabaran. Ianya turut mengenangkan ibubapa yang telah pulang ke rahmatullah serta doa seorang anak yang amat merindui mereka. |
|
|
NADA SENI: GEMA LEBARAN LEGENDA
–
Various Artist CD 1:
CD 2:
Album raya ini memuatkan 24 buah lagu raya malar segar yang diberi nafas baru dan dirakam semula oleh artis-artis merentas zaman dari dekad 70an sehingga terkini. Album ini bertujuan membuat TRIBUTE ISTIMEWA kepada beberapa Legenda Seni Sanjungan Negara yang telah meninggalkan Legasi Seni yang amat bernilai, antaranya P Ramlee, Saloma, Sharifah Aini & Sudirman dan juga sebagai TRIBUTE KHAS kepada Legenda Seni Tanahair yang masih hidup seperti Jamal Abdillah, Sanisah Huri, Salamiah Hassan, Uji Rashid & Hail Amir. Kesemua karya tersebut telah digubah semula tetapi masih mengekalkan melodi asal lagu berkenaan. Manakala barisan penyanyi yang dipilih menyanyikan semula lagu-lagu ini adalah mengikut julat suara penyanyi asal demi mengekalkan keaslian karya tersebut. Album ini diterbitkan komposer terkenal Ajai dengan kerjasama pemuzik S Atan dan menampilkan kemunculan semula bintang legenda 70an Sanisah Huri yang merakam semula lagu raya hit beliau, 'Aidilfitri', 'Bersabarlah Sayang' & 'Joget Aidilfitri'. |
|
|
LAGU LEBARAN TERBAIK
–
Various Artist
Menampilkan 5 lagu raya baru termasuk hit 'Tak Tun Tuang' nyanyian Upiak yang diubahsuai liriknya bersesuaian dengan suasana lebaran. Juga diselitkan lagu 'Doa Ku Pohonkan' nyanyian Harry Khalifah yang hanya diterbitkan dalam format digital @ single pada raya tahun lalu. |
|
|
SEMARAK SYAWAL
–
Various Artist
SEMARAK SYAWAL hanya menampilkan dua lagu raya terbaru yang dinyanyikan oleh dua bintang muda pujaan masa kini, Wany Hasnita & Tajul. Turut dimuatkan ialah lagu-lagu raya yang pernah diterbitkan dalam format digital @ diterbitkan sebagai 'single'. Manakala selebihnya adalah lagu raya yang dipetik dari album raya sebelumnya WARNA SARI AIDILFITRI (2001) dan KEINDAHAN AIDILFITRI (2006). |
|
|
JOM RAYA Uolls
–
Various Artist
Album kompilasi raya ini menjadi istimewa apabila single lagu raya yang sebelumnya hanya diedarkan dalam format digital kini dihimpunkan bersama lagu lagu raya yang jarang diterbitkan dalam format CD yang dinyanyikan oleh Erra Fazira, Elji & Haiza yang ketika itu menjadi artis rakaman syarikat Polygram. |
|
|
JOM PI RAYA!
–
Various Artist CD 1:
CD 2:
Sesuatu yang berbeza dari kebanyakan album raya, apabila JOM PI RAYA menghimpunkan koleksi lagu popular artis Rusa Music dan MVW tetapi diadaptasi menjadi lagu raya. Mungkin ada yang beranggapan projek album raya ini suatu kerja mudah - hanya mengubahsuaikan lirik selari dengan mood raya. Risikonya tetap ada. Adakah lagu sebegini boleh diterima dikhalayak walaupun ada beberapa lagu yang dikira agak 'menjadi'! Sebagai pelengkap, koleksi album raya ini juga menyelitkan lagu 'Tibanya Syawal' dan 'Lebaran Ini' yang diambil dari album EH! EH! RAYA LAGI (2015) dan 2 single lagu raya 'Ku Pohon Restu Ayah Dan Bonda' (2014) nyanyian Ezad dan 'Bersama Di Hari Raya' (2013) nyanyian Ainan Tasneem yang kemudiannya juga dimuatkan dalam album solo ketiganya BINGKISAN CINTA (2017). |
|
|
MENJELANG SYAWAL
–
Various Artist
![]() ![]()
![]()
|
|
|
HAVOC RAYA
–
Various Artist
Terdapat sebuah lagu raya rakaman baru dari ForUToC (dulunya dikenali '42UC') yang juga pernah mereka rakamkan untuk mini album ❤2CU (BMG, 1993). Tajuk asal lagu ini ialah 'Syawal' dan merupakan lagu raya baru yang amat popular ketika itu. Manakala lagu raya 'Tak Dapat Cuti Raya' merupakan lagu asal 'Suasana Hari Raya' nyanyian Anuar & Ellina yang telah diubah liriknya. |
|
|
15 SENANDUNG AIDILFITRI
–
Various Artist
|
|
|
SENI MERINDU DI AIDILFITRI
–
Various Artist
![]()
|
|
|
OH MY RAYA! – Various Artist (KRU Music / United Studios, 2013)
Memuatkan 2 lagu raya ciptaan baru yang cukup menarik iaitu 'Erti Aidilfitri' dan '10 Jari Aidilfitri', disamping lagu-lagu raya rakaman semula nyanyian asal Jalil Hamid (Raya), Uji & Hail (Seloka Hari Raya) dan Anuar & Ellina (Suasana Hari Raya). Juga terdapat versi baru lagu 'Aidilfitri Yang Mulia' nyanyian DJ Era '13. Sebelum ini lagu tersebut pernah diterbitkan pada tahun 2010 dengan penampilan istimewa Adira AF8 dan Daus AF8 bersama DJ Era seperti Aznil, Ray, Haniff, Reza, Adi & Dina Nadzir. |
|
|
SO GOOD RAYA – Various Artist (Onyx Garland / KFC Sdn Bhd, 2012)
Buat julung kalinya, KFC telah mengeluarkan CD kompilasi lagu-lagu Raya terbaik 'So Good Raya' yang mengandungi 7 lagu raya evergreen disamping 3 lagu raya baru yang dcipita khas untuk album ini . |
|
|
PILIHAN HARI RAYA
–
Various Artist
Walaupun lagu lagu raya lama sering menjadi tarikan utama, album ini turut memuatkan sebuah lagu baru berjudul 'Kemaafan Lebaran' yang menampilkan kumpulan nasyid Firdaus bersama Faris Awanband & Youk Bunkface. 'Kemaafan Lebaran' berinspirasikan elemen moden merupakan sebuah lagu rancak dengan 'mood' pop, sekaligus menyumbang kesegaran pada koleksi lagu lagu raya yang sedia ada. Album ini turut memuatkan sebuah lagu versi mix (Cube mix) nyanyian DJ Dave iaitu 'Menjelang Hari Raya' dengan penampilan vokal asal DJ Dave. |
|
|
SELEKSI ISTIMEWA
LAGU LAGU RAYA HRSB
–
Various
Artist
Album kompilasi raya daripada artis-artis Hijjaz Records ini adalah seleksi dari 3 album raya keluaran syarikat ini, Semulia Ramadhan Seindah Lebaran (2002), Nur Syawal (2004) dan Lembaran Syawal (2006). |
|
|
SENANDUNG MESRA AIDILFITRI
–
Various Artist
Album asal diterbitkan pada tahun 2011 tetapi dengan cover album yang berbeza. |
|
|
HEY ... PENING RAYA
–
Various Artist
|
|
|
eRAMA AIDILFITRI ... Menjelang Syawal
–
Various Artist
Sebuah produksi yang berjaya menyatukan nama-nama besar dan popular dalam industri muzik tempatan, tambah istimewa ia turut mengundang personaliti dan penyampai radio RTM untuk menyanyi seperti Hanie (anak Dato' Yusni Hamid), Ali, Fathil, Zura, Saiful, Akhtar dan Odi. Juga penampilan istimewa Ustaz Ghazali, adik kepada allahyarham Ustaz Asri Ibrahim (Rabbani) yang merakamkan semula lagu yang pernah dipopularkan oleh abangnya sendiri . |
|
|
HANGATNYA RAYA
–
Various Artist
Abum yang diterbitkan dengan kerjasama Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) dan Monkey Bone bukan sahaja menampilkan artis naungan AESB dan Monkey Bone (artis program realiti - AF, Mentor & OIAM) tetapi di'hangat'kan juga dengan nyanyian bersama penyampai Hot FM seperti Faizal Ismail (FBI), Fara Fauzana, Kieran, Anne, AG, Leya, Tini & Ikhwan. Semua lagu raya dalam album ini adalah ciptaan baru. |
|
|
JOM BALIK KAMPUNG ... RAYA – Various Artist (Sony Music, 2010)
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Menampilkan sebuah single baru, 'Kembali Berhari Raya' nyanyian Aishah dan 3 single lagu raya yang sebelumnya hanya diterbitkan dalam format digital, 'Balik Kampung' (Aliff Aziz & Alif Satar), 'Aidilfitri' (Misha Omar) dan 'Suasana Hari Raya' (Aliff Aziz). |
|
Senarai lain-lain
album raya yang menjadi koleksi admin
(klik image untuk info
senarai trek lagu). |
|||||
SENANDUNG AIDILFITRI: Ally Nor & Mastura & Teman Teman (MusicLand, 2005) |
PULANGLAH PERANTAU: Aishah (EMI, 2000) |
SYAWAL: Amirah Ali (Sony, 2010) |
BUSKING AIDILFITRI: Calpih Buskers (KRU Music/Sony, 2015) |
KU MOHON MAAF SAYANG: Fazley Yaakob (Tropic Jaya Entertainment, 2015) |
SELAMAT HARI RAYA: Halil Chik & Trio Manja (EMI, 1998) |
AIDILFITRI: Imran Ajmain (Tropic Jaya/PMP, 2015) |
RIA AIDILFITRI: Noraniza Idris (NIPVSB, 2016)
|
MAAFKAN: Raihan (Warner, 1999) |
RAIKAN LEBARAN: Rozita Rohaizad (YesBaby, 2010) |
BERGEMBIRA DI HARI RAYA:
Sharifah Aini, Uji Rashid, Hail Amir & DJ Dave |
DELI AIDILFITRI: Sharifah Aini, Sudirman, Zaleha Hamid & Herman Tino (rilisan semula - EMI-Universal, 2016) |
ALBUM HARI RAYA:
Various Artist |
NOSTALGIA AIDILFITRI
(Ulangtahun ke 10): Sharifah Aini |
SYAWAL 1424: Sharifah Aini (EMI, 2003) |
DARI JAUH KU POHON MAAF: Sharifah Aini (EMI, 1999) |
NOSTALGIA AIDILFITRI:
Sharifah Aini |
PILIHAN KLASIK AIDILFITRI: Sharifah Aini (EMI, 1996) |
MEMORI AIDILFITRI: Sheila Majid (Magada, 2011) |
LEBARAN BERSAMA SITI & TEMAN TEMAN: Siti Nurhaliza (SRC, 2008) |
ANUGERAH AIDILFITRI: Siti Nurhaliza (SRC, 2003) |
BALIK KAMPUNG: Sudirman (EMI, 1993) |
KENANGAN DI HARI RAYA: Taufik Batisah & Hady Mirza (SRC, 2011) |
SYAWAL YANG MULIA: Wann (Rock Records, 1997) |