

|
Playlist CD Pilihan:
(dikemaskini 1 Oktober 2025)
|
||
|
|
GEMA BUMANTARA – Dato' Siti Nurhaliza (Siti Nurhaliza Productions / Universal Music, 2026)
Biduanita Negara, Datuk Siti Nurhaliza muncul kembali dengan album bergenre pop etnik dan tradisional berjudul GEMA BUMANTARA yang membawa makna simbolik yang mendalam, melambangkan suara warisan Melayu yang terus bergema merentasi masa dan generasi. Ia menangkat keindahan muzik tradisional Melayu dengan sentuhan elemen kontemporari yang segar dan berjiwa. Single utama dari album tersebut adalah 'Kumbang Bunga' yang merupakan kolaborasi Siti Nurhaliza bersama diva dangdut terkenal Indonesia, Lesti Kejora. Siti Nurhaliza juga memberi peluang dan ruang kepada anak saudaranya, Umairah tampil untuk lagu 'Kaca Dan Permata'. Album dilancar pada penghujung Oktober 2025 di semua platform penstriman digital dan hanya terjual dalam bentuk fizikal (CD) pada awal Januari 2026. |
|
|
|
SITISM (Deluxe Edition) – Dato' Sri Siti Nurhaliza(Siti Nurhaliza Productions / Universal Music, 2023)
SITISM adalah album solo ke 20 Siti Nurhaliza yang kosep dan imej yang dipaparkan dalam album adalah terjemahan kepada konsep 'cyber retro futurism' yang merupakan gabungan seni dan reka bentuk insiprasi dari elemen masa silam seperti nostalgia dan gaya retro, masa kini serta suntikan elemen futuristik. Album SITISM adalah lambang diri beliau yang tersendiri seiring dengan peredaran masa dan perkembangan muzik yang dipaparkan menerusi muzik, lirik, imej serta persembahan. Album ini telah menemui peminat di pelantar digital pada penghujung Jun lalu dengan 8 buah lagu sahaja berbanding Edisi Deluxe yang dipasarkan pada pertengahan September ini dengan penambahan 4 buah lagu; 'Senyawa', 'Kalau Berkasih', 'Nadi' dan 'Ku Sedari'. Sebelum album ini diedarkan single 'Menjaga Cintamu' lagu tema untuk filem ANWAR: THE UNTOLD STORY telah diperkenalkan terlebih dahulu. |
|
|
|
LEGASI – Dato' Sri Siti Nurhaliza (Siti Nurhaliza Productions / Universal Music, 2021)
LEGASI ialah album studio Siti Nurhaliza yang menghimpunkan lagu Klasik kanak-kanak. Menurut Siti Nurhaliza, LEGASI adalah usaha beliau untuk melestarikan lagu klasik kanak kanak supaya dapat terus didengar, dinyanyikan dan diwariskan untuk generasi masa depan. Terdapat 7 trek lagu termasuk sebuah lagu ciptaan Siti Nurhaliza buat anak kedua beliau yang bakal lahir yang bertajuk 'Anakanda'. Single tahun 2018 'Comel Pipi Merah' turut dimuatkan di dalam album ini serta lagu klasik ciptaan P Ramlee 'Anakku Sazali' liriknya telah diubahsuai dan ditukar tajuk kepada 'Anakku Sayangku'. |
|
|
|
ManifestaSITI2020
–
Dato' Sri Siti Nurhaliza
ManifestaSITI2020 ialah album studio ke 18 oleh Siti Nurhaliza yang telah diedarkan pada 3 Julai 2020. Mengandungi 11 buah lagu dan 5 daripadanya telahpun diperkenalkan sebagai single bermula dengan lagu 'Anta Permana', diikuti 'Kasihku Selamanya' dan 'Terang' (2019) dan pada awal tahun 2020, dua lagi single telah dikeluarkan iaitu '7 Nasihat' dan 'Basyirah'. Dalam album studio ini juga, buat pertama kalinya Siti Nurhaliza merakam semula sebuah lagu nyanyian asal penyanyi idolanya, Sudirman, 'Teratai Menjelma'. Pembikinan album ini menyaksikan kolaborasi antara komposer, penulis lirik dan penerbit Malaysia dan Indonesia antaranya Aubrey Suwito, Hafiz Hamidun, Omar K, Hael Husaini, Ezra Kong, Melly Goeslow dan Ryan Kyoto. Album ini menerapkan kepelbagaian melodi bagi memberi alternatif kepada peminat beliau. |
|
|
|
THE BEST OF
SITI NURHALIZA CD 1:
CD 2:
Album kompilasi CD berkembar ini memang sarat dengan koleksi lagu terbaik lagi popular yang pernah dirakam oleh Siti Nurhaliza ketika bersama syarikat SRC. Sayangnya 2 buah lagu paling hit yang telah membawa Siti Nurhaliza popular ke dunia muzik Nusantara tidak disenaraikan; 'Bukan Cinta Biasa' dan 'Dialah Di Hati'. Begitu juga tiada disenaraikan lagu catchy 'Ku Milikmu' dan irama balada 'Biarlah Rahsia'. |
|
|
|
SIMETRISITI – Dato' Siti Nurhaliza (Siti Nurhaliza Productions / Universal Music, 2017)
Siti Nurhaliza memilih SIMETRISITI sebagai judul album studio terbaharunya kerana ia membawa maksud istimewa yang mana lagu-lagu dimuatkan terhasil berpandukan piawaian kualiti yang sama. Antara keistimewaan album ke 17 ini (tidak termasuk album live/kompilasi), menampilkan lagu ciptaan Siti Nurhaliza sendiri yang berjudul 'Penghiburku' yang turut menampilkan penyanyi hip hop Joe Flizzow. Lebih istimewa, lagu 'Penghiburku' turut ditujukan kepada peminat yang selama ini tidak pernah jemu menyokong kerjayanya sebagai penyanyi. Setelah berduet dengan penyanyi dari seberang Kris Dayanti dan Cakra Khan, kini Judika menjadi pilihan Siti Nurhaliza untuk berkolaborasi dalam lagu 'Kisah Ku Inginkan'. Manakala beberapa lagu dalam SIMETRISITI seperti 'Bersandar Cinta', 'Segala Perasaan', 'Manis Terindah' dan 'Tak Perlu Ragu' dirakam dengan iringan Bulgarian National Radio Symphony Orchestra. Untuk konsep kulit album, Siti Nurhaliza memilih tema retro Hollywood yang menggambarkan perjalanan kariernya sepanjang 21 tahun berada dalam industri hiburan . |
|
|
|
UNPLUGGED
–
Dato' Siti Nurhaliza CD 1:
CD 2:
Album yang mengandungi seleksi lagu-lagu dari KONSERT UNPLUGGED DATUK SITI NURHALIZA yang berlangsung pada 7 April 2014 adalah pelengkap portfolio Siti Nurhaliza selama dua dekad berkecimpung dalam industri hiburan yang sudah muncul dengan pelbagai jenis konsert dan tentunya konsert unplugged yang pertama ini melakar sejarah manis buat beliau. Selain rakaman live (unplugged), album ini turut memuatkan tiga lagu baru rakaman studio, termasuk 'Mikraj Cinta'; sebuah lagu pop kontemporari berunsur ketuhanan yang mendapat kerjasama Hafiz Hamidun yang sinonim dengan penciptaan lagu-lagu Islamik. |
|
|
|
FRAGMEN – Dato' Siti Nurhaliza (Siti Nurhaliza Productions / Universal Music, 2014)
FRAGMEN merupakan album solo ke 16 Siti Nurhaliza dan yang pertama berkolaborasi dengan Universal Music yang menjadi penerbit dan pengedar album. Bagaimanapun album yang dikatakan mendapat budget tinggi dari Universal Music ini hanya menghimpunkan 9 lagu terpilih termasuk single yang pernah popular sebelumnya 'Lebih Indah' dan sebuah lagu i stimewa 'Jaga Dia Untukku' yang meluahkan perkongsian perasaannya buat suami tercinta Datuk K yang terlibat dengan kemalangan jalanraya tahun lalu. |
|
|
|
KONSERT LENTERA TIMUR – Dato' Siti Nurhaliza
(Siti
Nurhaliza Productions / Universal
Music, 2014)
CD 1:
CD 2:
Album ini diterbitkan di atas kejayaan KONSERT LENTERA
TIMUR, sebuah konsert tradisional solo Siti Nurhaliza yang telah
dipersembahkan selama empat hari 20, 21, 22 & 24 September di Istana Budaya
pada
tahun 2013. Konsert diiringi oleh Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) turut
mendapat gubahan dan susunan semula oleh dua pengarah muzik ternama, Mohd Yazid
Zakaria dan Aubrey Suwito. Konsert ini juga menyaksikan Siti Nurhaliza
buat pertama kali berkolaborasi di pentas bersama Raja Gelek, M Daud Kilau |
|
|
|
PEWARIS LAGU-LAGU
TRADISIONAL
–
Dato' Siti Nurhaliza
|
|
|
|
ALL YOUR LOVE
–
Siti Nurhaliza
Album ini merupakan album studio ke 15 dan merupakan album Inggeris pertama Siti Nurhaliza. Diterbitkan oleh What's Up Entertainment, yang dimiliki dan diuruskan oleh anak tirinya, Adib Khalid. Setelah berjaya menjadi satu entiti dalam dunia hiburan tanah air, kini dalam tempoh 16 tahun perjalanan seni, penyanyi tersohor negara Siti Nurhaliza akhirnya berjaya merealisasi impiannya untuk melahirkan album studio Inggeris pertamanya. Sebagai seorang penyanyi yang amat dikagumi di persada nusantara, Siti Nurhaliza melontar vokal mengikut carnya tersendiri dan berharap album mampu bersaing di pasaran global. ALL YOUR LOVE diterbitkan oleh dua komposer dari Australia, Bryan Bouro dan Christian Alexanda. |
|
|
|
SITI & FRIENDS
–
Siti Nurhaliza
& Various Artist
Album kompilasi yang menghimpunkan lagu-lagu Siti Nurhaliza yang sebahagiannya berjaya mendekatkan beliau dengan peminat dari kalangan masyarakat Cina. Turut disenaraikan lagu-lagu kolaborasi Siti Nurhaliza dengan penyanyi yang dikenali masyarakat Cina seperti Candy Cheah dan Ciang Teng serta rakaman semula lagu popula r Siti Nurhaliza versi Mandarin oleh Qian Bai Hui. |
|
|
|
APRESIASI – Saida & Sairah (Siti Nurhaliza Productions / SRC, 2010)
Album duo yang menjadi platform dua lagi saudara kandung Siti Nurhaliza; Saida & Sairah dalam cuba menonjolkan bakat tersendiri daripada terus dibayangi Siti Nurhaliza. Lebih istimewa lagu 'Kini Dikau Jauh' yang merupakan lagu penghargaan ke atas arwah bapa mereka, Allahyarham Taruddin Ismail turut menampilkan Siti Nurhaliza bersama dua adik beradik lelaki mereka Ayie & Ali. |
|
|
|
CTKD
–
Kris Dayanti &
Dato' Siti Nurhaliza
Perancangan untuk menyatukan 2 diva tersohor Malaysia-Indonesia dalam sebuah album studio akhirnya menjadi kenyataan apabila album CTDK memasuki pasaran di penghujung Disember 2009. Sebelum ini mereka pernah disatukan untuk album kompilasi 2 DIVA (2008) terbitan Warner Music. Tajuk album CTKD adalah merujuk kepada nama Siti Nurhaliza (CT) dan Kris Dayanti (KD). CTKD juga adalah singkatan untuk 'Canda, Tangis, Ketawa, Duka'. Kesemua lagu dipersembahkan secara paduan suara. |
|
|
|
TAHAJJUD CINTA – Dato' Siti Nurhaliza (SNP / SRC, 2009)
Setelah mencipta nama sebagai penyanyi pop dan tradisional, Siti Nurhaliza membuat cubaan pertama menghasilkan sebuah album pop yang keseluruhan mesej atau liriknya ke arah kerohanian. Siti Nurhaliza turut merakam semula lagu popular 'Ketika Cinta' nyanyian asal penyanyi religi popular Indonesia, Opick. Bagaimanapun penjualan album ini kurang memberangsangkan berbanding album-album pop dan tradisional Siti Nurhaliza yang pernah diterbitkan sebelumnya. |
|
|
|
LENTERA TIMUR – Dato' Siti Nurhaliza (SNP / SRC, 2008)
Setelah 6 tahun tanpa menghasilkan album studio penuh berkonsepkan tradisional kontemporari akhirnya LENTERA TIMUR diterbitkan dan diedarkan pada penguhung tahun 2008. Sebagaimana penerbitan album tradisional Siti Nurhaliza sebelumnya walaupun albumnya bergenre tradisional tetapi susunan muziknya tetap mendapat sentuhan muzik moden. |
|
|
|
LEBARAN BERSAMA SITI & TEMAN TEMAN – Various Artist (SRC, 2008)
|
|
|
|
PERMATA IRAMA
–
Siti Nurhaliza
PERMATA IRAMA merupakan album kompilasi kedua bergenre pop etnik kontemporari nyanyian Siti Nurhaliza. Berbanding album kompilasi pertamanya iaitu KLASIK yang mengandungi 2 buah lagu baru tetapi tidak untuk album kali ini. |
|
|
|
2 DIVA – Siti Nurhaliza & Kris Dayanti (Warner / SRC, 2008)
Keakraban Kris Dayanti dan Siti Nurhaliza memang tidak perlu dipersoalkan lagi dan mereka saling menghormati diantara satu sama lain. Dua penyanyi tersohor yang mempunyai ramai peminat dan sejarah seni tersendiri dan kehandalan mereka menakluki industri hiburan Malaysia-Indonesia kini digabungkan dalam sebuah album kompilasi terbitan Warner Music bekerjasama dengan SRC, 2 DIVA. Bagaimanapun tiada satu pun lagu baru dicipta untuk mereka sama ada solo atau berduet kerana 2 DIVA hanyalah album kompilasi yang menyenaraikan lagu lagu hit mereka yang pernah diterbitkan sebelumnya. |
|
|
|
HADIAH DARIPADA HATI
–
Dato' Siti Nurhaliza
Album ini merupakan album studio ke 13 dan album studio kedua Siti Nurhaliza yang diterbitkan oleh syarikat beliau sendiri iaitu, Siti Nurhaliza Productions. Album yang diedarkan pada penghujung tahun 2007 telah memperkenalkan lagu 'Ku Mahu' yang cukup cathcy sebagai single pertama. Turut dimuatkan lagu 'Hati' yang merupakan lagu tema filem nasionalisma, 1957: Hati Malaya. |
|