

|
|
||
|
|
MOLEK
–
Siti Nurhaliza, Noraniza Idris & Liza Hanim
3 artis wanita SRC yang cukup popular digabungkan dalam sebuah album kompilasi. Disamping seleksi lagu popular masing-masing, mereka juga menampilkan sebuah lagu baru termasuk Siti Nurhaliza yang muncul dengan sebuah lagu pop segar, 'Kini Kau Di Sisi '. |
|
|
|
ADIWARNA
–
Siti
Nurhaliza
Album studio ke 4 Siti Nurhaliza masih mengekalkan konsep pop dan balada. Antara lagu yang popular ialah 'Purnama Merindu', 'Diari Hatimu' & 'Satu Cinta Dua Jiwa'. Seperti album Siti Nurhaliza sebelumnya, ADIWARNA juga mendapat sambutan hebat malah telah diiktiraf sebagai Album Terbaik di ANUGERAH INDUSTRI MUZIK (AIM) 1999. |
|
|
|
MELETUP – Various Artist (SRC, 1998)
Bonus VCD-MTV:
Album kompilasi MELETUP turut memuatkan dua lagu baru nyanyian Siti Nurhaliza secara solo; 'Tiga Malam' dan 'Betapa Ku Cinta Padamu'. Sebelumnya 'Tiga Malam' telah dirakam oleh Siti Nurhaliza secara duet dengan kumpulan 2 by 2 untuk album 2 by 2 PAK PUNG PAK MUSTAFE (1997). Untuk pasaran di Indonesia, lagu 'Aku Cinta Padamu' telah dirakam semula dan ditukar tajuk kepada 'Betapa Ku Cinta Padamu' dan setakat ini lagu versi Indonesia. Setakat ini untuk pasaran tempatan, lagu versi Indonesia hanya boleh didapati dalam album kompilasi ini sahaja. |
|
|
|
CINDAI
–
Siti
Nurhaliza
CINDAI merupakan album studio ketiga Siti Nurhaliza dan meriupakan percubaan pertama Siti Nurhaliza dalam menghasilkan album berentak pop tradisional/irama Malaysia. Dalam album ini cuma ada dua buah lagu baru iaitu 'Cindai' dan 'Joget Berhibur', yang selebihnya adalah lagu lama dan klasik yang diberi nafas baru. CINDAI juga memuatkan lagu yang memberi impak besar kepada industri muzik tanah air iaitu lagu ciptaan komposer Pak Ngah, 'Cindai'. Sesuatu yang agak luarbiasa apabila album bergenre pop tradisional ini telah terjual melebihi 120,000 unit. |
|
|
|
SITI NURHALIZA
Album studio kedua Siti Nurhaliza juga hanya menggunakan namanya sebagai tajuk album sebagaimana album pengenalannya terus mengukuhkan nama Siti Nurhaliza sebagai pendatang baru yang paling berjaya apabila banyak lagu dari album menjadi popular antaranya 'Aku Cinta Padamu', 'Wajah Kekasih', 'Kesilapanku Keegoanmu' dan 'Bisikan Asmara'. Kejayaan lagu 'Aku Cinta Padamu' turut menjulang nama Siti Nurhaliza di persada muzik Nusantara termasuk Indonesia dan album ini mendapat sambutan hebat di republik itu. Bagi pasaran Indonesia, 'Aku Cinta Padamu' dikenali dengan tajuk 'Betapa Ku Cinta Padamu'. |
|
|
|
SITI NURHALIZA (SRC, 1996)
Setelah menjuarai Bintang HMI anjuran RTM, Siti Nurhaliza telah dilamar oleh Suria Records (SRC) dan lahirlah album pengenalan beliau yang hanya menggunakan namanya sebagai tajuk album. Pada awalnya jualan album ini agak sederhana sambutannya tetapi melonjak naik apabila lagu klasik duet Siti Nurhaliza dan kumpulan 2 by 2, 'Mawarku' yang hanya terdapat dalam album sulung kumpulan 2 by 2, RINDU (SRC, 1997) menjadi amat popular dan secara tidak langsung turut mempengaruhi peningkatan penjualan album sulung Siti Nurhaliza. Lagu 'Jerat Percintaan' merupakan lagu yang popular dari album pengenalan Siti Nurhaliza telah meraih kejayaan besar apabila diiktiraf sebagai Juara Lagu dan turut memenangi Juara Kategori Balada dan Persembahan Terbaik di Anugerah Juara Lagu ke 11 (1996) anjuran TV3. Malah lagu tersebut juga menerima penghargaan sebagai Lagu Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM) ke 4 pada tahun 1997. |
|