

|
|
||
|
|
KLASIK
–
Siti Nurhaliza
|
|
|
|
CERITA CINTA
–
Siti Nurhaliza
Lagu ciptaan baru 'Cahaya Cinta' adalah karya penuh Siti Nurhaliza dan buat pertama kalinya telah dipersembahkan oleh beliau di khalayak semasa maljis perkahwinannya dengan Khalid Mohammad Jiwa pada Ogos 2006. Dan hanya selepas dua bulan majlis perkahwinan tersebut 'Cahaya Cinta' dimuatkan dalam album kompilasi kedua Siti Nurhaliza, CERITA CINTA.
|
|
|
|
TRANSKRIPSI
–
Siti Nurhaliza
Album ini merupakan album studio pertama Siti Nurhaliza yang diterbitkan oleh syarikat beliau sendiri iaitu, Siti Nurhaliza Productions. Untuk album ini Siti Nurhaliza berperanan buat pertama kalinya sebagai penerbit dan penerbit eksekutif. Seperti biasanya, album-album Siti Nurhaliza tetap laris di pasaran termasuk TRANSKRIPSI yang telah terjual melebihi 80,000 units. Album yang mengandungi kepelbagaian lagu berelemen pop dan rock turut memuatkan lagu balada 'Biarlah Rahsia' yang menjadi hit. |
|
|
|
SITI
NURHALIZA IN CONCERT: ROYAL
ALBERT HALL, LONDON
(live) CD 1:
CD 2:
Album CD berkembar yang diterbitkan ini merupakan album rakaman langsung yang lagu lagunya dipetik dari konsert solo Siti Nurhaliza yang di adakan di Royal Albert Hall, London pada 1 April 2005 sempena ulang tahun ke 10 pembabitan Siti Nurhaliza dalam industri muzik Malaysia. Siti Nurhaliza merupakan artis Malaysia pertama yang membuat persembahan solo di Royal Albert Hall, London. |
|
|
|
BINTANG HATI
–
Various Artist
Kesemua lagu dalam album kompilasi pelbagai artis ini merupakan lagu-lagu ciptaan baru termasuk 2 lagu nyanyian Siti Nurhaliza 'Untuk Terakhir Kali' dan 'Pohon Asmara'. Bagaimanapun kedua-dua lagu nyanyian Siti Nurhaliza tersebut telahpun dipopularkan terlebih dahulu oleh bintang realiti AF3, Marsha Londoh dan juara Malaysia Idol musim pertama, Jaclyn Victor. Sebenarnya kedua lagu-lagu tersebut telah pun dirakam terlebih dahulu oleh Siti Nurhaliza tetapi tidak pernah diterbitkan ataupun diedarkan oleh syarikat rakaman, SRC. |
|
|
|
GEMERSIK IRAMA MELAYU TERBAIK
–
Various
Artist
Album kompilasi pelbagai irama Melayu ini turut menampilkan 2 buah lagu etnik ciptaan baru dan sebuah lagu tradisional rakaman semula 'Seri Serawak' nyanyian Siti Nurhaliza. 2 lagu baru, 'Zapin Bahari' dinyanyikan oleh Natasha, seorang pendatang baru yang masih muda tetapi cukup berbakat membawa lagu irama keMelayuan dan sebuah lagu yang cukup menarik iramanya, 'Waktu Hujan Turun' dinyanyikan oleh vokalis utama kumpulan Sopaz, Aremeer. |
|
|
|
SAMSUNG MY WORLD
–
Siti Nurhaliza
CD eksklusif ini khas untuk pelanggan produk elektrik / IT Samsung. Ketika ini, Siti Nurhaliza adalah Duta IT Samsung. |
|
|
|
SITI NURHALIZA LIVE
IN CONCERT 2004 CD 1:
CD 2:
CD berkembar ini adalah seleksi lagu lagu rakaman langsung konsert penutup jelajah pertama Siti Nurhaliza di 15 lokasi pilihan di seluruh Malaysia yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil. |
|
|
|
PRASASTI SENI
–
Siti
Nurhaliza
Bonus VCD:
Album studio ke 10 Siti Nurhaliza, PRASASTI SENI merupakan album studio terakhir beliau dibawah label SRC. Antara lagu yang paling menonjol daripada album ini ialah, 'Dialah Di Hati', 'Lagu Rindu' dan 'Seindah Biasa'. Turut disertakan dalam album ini ialah cakera padat berbentuk hati yang memuatkan video klip 'Pejam Matamu' dan mesej dari Siti Nurhaliza sendiri. |
|
|
|
ANUGERAH AIDILFITRI
–
Siti Nuhaliza
Album seleksi lagu-lagu raya yang pernah dirakam oleh Siti Nurhaliza dalam album raya pelbagai artis yang pernah diterbitkan oleh syarikat SRC kini dihimpunkan sebagai sebuah album solo raya Siti Nurhaliza. Sebagai pelengkap album, tiga lagu raya ciptaan baru turut dimuatkan berserta dua buah instrumental lagu raya yang pernah dipopularkan oleh Siti Nurhaliza. |
|
|
|
E.M.A.S
–
Siti Nuhaliza
Album solo studio ke 9, Siti Nurhaliza E.M.A.S (Edaran Muzik Aspirasi Semasa) yang juga merupakan album pop/balada yang ke 6 terus mengekalkan Siti Nurhaliza sebagai penyanyi no. 1. Di Malaysia, album ini terjual melebihi 200,000 unit dan lagu 'Bukan Cinta Biasa' bukan sahaja popular di Malaysia tetapi melangkau hingga ke Nusantara dan mengulangi kejayaan besar Siti Nurhaliza di Indonesia sebagaimana meledaknya lagu 'Betapa Ku Cinta Padamu'. |
|
|
|
UNTUKMU SUDIR: KONSERT SALAM TERAKHIR
(live)
–
Siti Nurhaliza
CD 1:
CD 2:
Album ini dirakam sempena konsert khas Siti Nurhaliza mengenang penghibur kebanggaan negara Allahyarham Sudirman Hj Arshad di Istana Budaya. KONSERT SALAM TERAKHIR UNTUKMU SUDIR diiringi Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) dengan pimpinan pengarah muzik terkenal, Ramli MS. Album edaran semula ini telah ditukar kulit albumnya dan didatangkan dengan pakej yang mengandungi CD berkembar, berbanding album asalnya, 2 CD diedarkan serentak tetapi secara berasingan. Bagaimanapun info dan senarai track lagu masih dikekalkan seperti edaran asalnya. |
|
|
|
SANGGAR
MUSTIKA
–
Siti Nurhaliza
|
|
|
|
THE MALAYSIA BOOK OF RECORDS (Edisi Istimewa) – Siti Nurhaliza (SRC, 2001)
Album ini menyenaraikan seleksi lagu lagu popular dan terbaik nyanyian Siti Nurhaliza yang telah mendapat pengiktirafan anugerah prestige dalam dan luar negara. Hanya dalam tempoh 4 tahun sahaja penglibatan Siti Nurhaliza dalam industri hiburan tempatan, nama beliau telah terpahat dan mencipta sejarah sebagai Artis Pemenang Anugerah Terbanyak dalam The Malaysia Book Records. Turut dimuatkan dalam album kompilasi tersebut, dua buah lagu Inggeris; 'We'll Be As One' (lagu asal versi Melayu 'Satu Cinta Dua Jiwa' dari album ADIWARNA, 1998) dan 'Don't Put My Heart On Hold' (lagu asal versi Melayu 'Beradu Di Khayalan' dari album SAFA, 2001). |
|
|
|
SAFA
–
Siti Nurhaliza
SAFA telah dilancarkan pada tarikh ulangtahun kelahiran Siti Nurhaliza ke 22. Album studio ke 5 Siti Nurhaliza ini masih mengekalkan genre pop dan balada. SAFA juga menjadi buah tangan terakhir Adnan Abu Hassan sebagai penerbit sepenuhnya untuk album Siti Nurhaliza. 'Percayalah', 'Bicara Manis Menghiris Kalbu', 'Indah Percintaan' dan 'Lakaran Kehidupan' merupakan lagu yang menjadi pilihan ramai. |
|
|
|
THE BEST OF SITI
NURHALIZA
THE BEST OF SITI NURHALIZA adalah album kompilasi pertama Siti Nurhaliza yang turut memuatkan dua buah lagu ciptaan baru, 'Dalam Taman Syahdu' dan 'Gelora Kasih'. |
|
|
|
SAHMURA
–
Siti
Nurhaliza
Album tradisional kedua Siti Nurhaliza diterbitkan selepas kejayaan besar album solo tradisional pertamanya, CINDAI dan album tradisional SERI BALAS kolaborasi bersama Noraniza Idris. SAHMURA menjengah di pasaran pada awal sambutan Alaf Baru 2000 dan 'Balqis' menjadi lagu hit utama dari album ini. |
|
|
|
KONSERT LIVE
Siti Nurhaliza
CD 1:
CD 2:
KONSERT LIVE SITI NURHALIZA merupakan konsert solo pertama Siti Nurhaliza yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada penghujung Oktober 1999. Dalam konsert live ini, Siti Nurhaliza yang mempunyai vokal yang amat baik mampu mempersembahkan dan menghiburkan peminat-peminatnya dengan genre lagu yang pelbagai seperti pop dan tradisional. Siti Nurhaliza juga cukup cemerlang menyampaikan lagu-lagu Sudirman secara medley. Konsert tersebut dirakam dan diedarkan dalam format audio CD. Bagaimanapun CD ini merupakan album rilisan semula dengan menampilkan kulit album yang berbeza berbanding dengan album asal terbitan tahun 1999. |
|
|
|
PANCAWARNA
–
Siti Nurhaliza
PANCAWARNA merupakan kesinambungan daripada album ADIWARNA. Masih mengekalkan konsep pop dan balada tetapi tidak mengkhususkan lagu berunsur cinta kerana lirik album solo keempat Siti Nurhaliza ini membawa mesej keindahalan alam, ketuhanan, puisi dan monolog. Lagu cintanya juga tidak terlalu melankolik sebaliknya menggunakan perkataan puitis dan matang. Antara lagu yang mendapat perhatian ramai adalah 'Nian Di Hati', 'Kau Kekasihku', 'Seribu Kemanisan' dan 'Engkau Bagaikan Permata'. Lagu 'Lelaki (Warkah Seorang Anak)' adalah didedikasikan oleh Siti Nurhaliza kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia. |
|
|
|
SERI
BALAS
–
Noraniza Idris
& Siti Nurhaliza
Album berkonsepkan irama Pop Melayu/Pop Tradisional, SERI BALAS
adalah album duet Noraniza Idris & Siti Nurhaliza, iaitu dua artis paling
popular dari syarikat rakaman yang sama, SRC telah diedarkan pada Januari 1999.
SRC menggabungkan Noraniza Idirs & Siti Nurhaliza dalam sebuah album adalah
kerana kejayaan mereka mengangkat muzik irama tradisional di mata masyarakat
menerusi kejayaan album solo pop tradisional mereka, CINDAI
(1997) dan MASYHUR (1998). Album ini diterbitkan oleh komposer Pak
Ngah yang tengah naik daun sebagai penerbit/pencipta lagu irama Etnik
kontemporari. Banyak kejayaan dipeolehi melalui album
SERI BALAS seperti pengiktirafan sebagai Album Terbaik dan Album Pop Etnik
Terbaik di ANUGERAH INDUSTRI MUZIK (AIM) 2000. 'Hati Kama' yang
telah dipentaskan oleh Noraniza Idris dan Siti Nurhaliza di ANUGERAH JUARA LAGU
(AJL) 1999 telah berjaya menjadi Juara Kategori Etnik Kreatif. |
|