![]() |
'Jerat Percintaan', single daripada album sulung yang dilancarkan pada 1April 1996 membawa tuah dan mengangkat nama Siti Nurhaliza Tarudin dalam menempa fenomena arena muzik dan seni tanahair. Anak seni kelahiran Temerloh, Pahang ini sebenarnya memulakan kerjaya muzik setahun sebelumnya iaitu selepas memenangi pertandingan nayanyian Bintang HMI 1995 anjuran Radio Televisten Malaysia (RTM) pada usia 16 tahun. Sejak itu, Siti Nurhaliza yang dilahirkan pada 11 Januari 1979 ini terus unggul di persada seni bukan sahaja di Malaysia malah di negara jiran termasuk di Indoneisa, Singapura dan Brunei. Dari genre balada, tradisional, pop rock ke R&B, pelantun lagu 'Nirmala' ini turut berkebolehan melontarkan vokal dalam pelbagai bahasa termasuk Inggeris, Indonesia, Mandarin, Hindi, Arab dan Jepun. Sepanjang karier, beliau yang lebih mesra dengan panggilan 'Tok Ti' telah merakamkan kira-kira 20 album studio, dua album duet, lapan album konsert, 11 album kompilasi dengan lebih 250 lagu. Jualan album pula mencecah lebih enam juta unit. Malah, biduanita bersuara emas ini merupakan artis pertama di Asia Tenggara dan ketiga di Asia yang mengadakan konsert solo di Royal Albert Hall, London pada 2005, diiringi Orkestra Simfoni London. Setakat ini, beliau sudah pun menggenggam lebih 300 anugerah di peringkat tempatan dan antarabangsa, sekaligus diiktiraf Malaysia Book of Records sebagai artis paling banyak menerima anugerah. Beliau turut memenangi tiga rekod Anugerah Lagu (AJL) iaitu pada 1996 menerusi 'Jerat Percintaan', 'Cindai' pada tahun 1998 dan 'Balqis' pada 2000. Pada 2022, Siti Nurhaliza terus mengharumkan nama negara apabila portal The Artist Museum meletakkannya di tangga ke 27 penyanyi paling banyak menerima trofi anugerah sepanjang zaman daripada 100 penghibur terkemuka di seluruh dunia sebaris dengan selebriti antarabangsa termasuk Michael Jackson, Beyonce dan BTS. Dalam kehidupan peribadi pula, penyanyi nombor satu negara itu mendirikan rumahtangga dengan ahli perniagaan, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa pada 2006 dan dikurniakan dua cahayamata. Selain itu, beliau turut aktif dalam tanggungjawab sosial sama ada di peringkat tempatan mahupun antarabangsa. Menerusi Yayasan Nurjiwa hasil inisiatifnya bersama suami, bantuan disalurkan kepada mangsa bencana dan CVOID-19 selain membangunkan sekolah kanak kanak, Afwa Al-Afiyah di Gaza, Palestin. Diskografi lengkap siti nurhaliza (menyenaraikan diskografi lengkap CD Siti Nurhaliza termasuk album yang memasukkan lagu baru dalam album kompilasinya sendiri ataupun dalam album kompilasi/soundtrack pelbagai artis)
Setelah menjuarai Bintang HMI, Siti Nurhaliza telah dilamar oleh Suria Records (SRC) dan lahirlah album pengenalan beliau yang hanya menggunakan namanya sebagai tajuk album. 'Jerat Percintaan' merupakan lagu yang popular dari album pengenalan Siti Nurhaliza telah meraih kejayaan besar apabila diiktiraf sebagai Juara Lagu, Juara Kategori Balada dan Persembahan Terbaik di Anuegarh Juara Lagu ke 11 (1996) anjuran TV3. Malah lagu tersebut juga menerima penghargaan sebagai Lagu Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM) ke 4 pada tahun 1997.
Senarai lagu;
Jawapan Di Persimpangan
2 by 2 menjadi popular apabila album studio pertama mereka, RINDU yang bergenre muzik Retro memuatkan lagu klasik 'Mawarku' yang kemudiannya menjadi amat popular. Lagu gandingan 2 by 2 bersama bi ntang muda, Siti Nurhaliza menjadi trending di semua saluran radio. Lagu ini juga telah meletakkan Siti Nurhaliza sebagai bintang baru papan atas. Sebuah lagi lagu duet mereka yang terkandung dalam album ini ialah 'Lagu Gembira'.Senarai lagu; Mawarku (2 by 2 featuring Siti Nurhaliza) ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
Album raya rakaman baru ini turut
menampilkan Siti Nurhaliza menyampaikan sebuah lagu raya klasik yang pernah
dipopularkan oleh P Ramlee, 'Suara Takbir'. Artist lain yang turut
terlibat dalam album KENANGAN ADILFITRI adalah Jeffrydin, N D Lala, 2 by 2,
Noraniza Idris, Asha Malik, Mazleela, Dida, Ayie & Liza Hanim. Kesemua lagu adalah lagu raya yang
pernah popular tetapi telah diberi nafas baru.
Senarai
lagu;
Album kedua Siti Nurhaliza masih menggunakan namanya sebagai tajuk album sebagaimana album pengenalannya. Album ini cukup sukses di pasaran dan hampir kesemua lagu dari album menjadi popular. Lagu 'Aku Cinta Padamu' bukannya saja popular di tanahair tetapi turut meningkatkan populariti Siti Nurhaliza berkembang hingga ke Nusantara termasuk Indonesia yang sebelum ini memang sukar memberi ruang untuk menerima artis luar termasuk artis dari Malaysia tetapi TIDAK untuk Siti Nurhaliza. Senarai lagu;
Aku Cinta Padamu
Kolaborasi yang cukup menjadi antara
2 by 2 bersama Siti Nurhaliza dalam album pertama 2 by 2 diteruskan untuk album
kedua 2 by 2. Tetapi kali mereka bergandingan untuk 2 buah lagu klasik Indonesia, 'Tiga
Malam' (oa Lilis Suryani) dan 'Gubahanku' (oa Broery Marantika & Anna
Mothavani). Bagaimanapun kedua lagu tersebut gagal menandingi keunggulan
dan kehebatan
lagu duet mereka sebelumnya 'Mawarku'.
Senarai
lagu;
Pak Pung Pak Mustafe
CINDAI, album 100% berkonsep irama tradisonal & keMelayuan merupakan percubaan pertama Siti Nurhaliza dalam menghasilkan album berentak keMelayuan. Sebelum ini beliau ada merakamkan sebuah lagu tradisional, 'Sri Mersing' yang dimuatkan dalam album pop kedua beliau. Lagu 'Cindai' menjadi kegilaan ramai dan memberi impak besar kepada industri muzik tanahair dan amat popular hingga ke Nusantara. Bagaimanapun untuk album ini hanya terdapat 2 buah lagu ciptaan baru, 'Cindai' dan 'Joget Berhibur' kerana selebihnya adalah lagu klasik/tradisional yang diberi nafas baru.Senarai lagu;
Cindai
Album raya rakaman baru ini turut menampilkan Siti Nurhaliza mendendangkan 2 buah lagu raya ciptaan baru iaitu 'Sesuci Lebaran' secara solo dan 'Nikmat Hari Mulia' berkolaborasi dengan Noraniza Idris dan bekas juara Bintang RTM '74, kumpulan September 5. Senarai lagu;
Nikmat Hari Raya (Siti Nurhaliza, Noraniza Idris &
September 5)
Album kompilasi artis-artis SRC turut memuatkan 2 buah lagu rakaman semula yang dinyanyikan oleh Siti Nurhaliza; 'Tiga Malam' dan 'Betapa Ku Cinta Padamu'. Sebelum ini 'Tiga Malam' telah dirakam oleh Siti Nurhaliza tetapi ia adalah versi berkolaborasi dengan 2 by 2. Manakala 'Betapa Ku Cinta Padamu' dalah versi asal lagu 'Aku Cinta Padamu' dan lagu ini dirakam khas untuk dimuatkan dalam album Siti Nurhaliza untuk pasaran di Indonesia. Senarai lagu;
CD:
Tiga Malam (Siti Nurhaliza) (lagu baru)
VCD-MTV:
Awallah Dondang (Noraniza Idris)
Album studio ke 4 Siti Nurhaliza masih mengekalkan konsep pop dan balada. Antara lagu yang popular ialah 'Purnama Merindu', 'Diari Hatimu' dan 'Satu Cinta Dua Jiwa'. Seperti album Siti Nurhaliza sebelumnya, ADIWARNA juga mendapat sambutan hebat malah telah diiktiraf sebagai Album Terbaik di ANUGERAH INDUSTRI MUZIK (AIM) 1999. Senarai lagu;
Purnama
Merindu
Album kompilasi dari 3 penyanyi paling popular syarikat rakaman SRC turut menampilkan 3 buah lagu ciptaan baru termasuk sebuah lagu daripadanya, 'Kini Kau Di Sisi' dinyanyikan oleh Siti Nurhaliza. Senarai lagu;
Kini Kau Di Sisi (Siti Nurhaliza) (lagu baru)
SRC menggabungkan Noraniza Idirs & Siti Nurhaliza dalam album
SERI BALAS adalah
kerana kejayaan mereka mengangkat muzik irama tradisional di mata masyarakat
menerusi kejayaan album solo mereka yang berkonsepkan pop tradisional, CINDAI
(1997) dan MASYHUR (1998). Album ini diterbitkan oleh komposer Pak
Ngah yang tengah mencipta nama sebagai penerbit/pencipta lagu irama Etnik
kontemporari. Banyak kejayaan ditempa melalui album
SERI BALAS seperti pengiktirafan sebagai Album Terbaik dan Album Pop Etnik
Terbaik di ANUGERAH INDUSTRI MUZIK (AIM) 2000. 'Hati Kama' yang
telah dipentaskan oleh Noraniza Idris dan Siti Nurhaliza di ANUGERAH JUARA LAGU
(AJL) 1999 telah berjaya menjadi Juara Kategori Etnik Kreatif.
Senarai lagu;
Hati Kama (Siti Nurhaliza)
PANCAWARNA merupakan kesinambungan daripada album ADIWARNA. Masih mengekalkan konsep pop dan balada dan antara lagu yang mendapat perhatian ramai adalah 'Nian Di Hati', 'Kau Kekasihku', 'Seribu Kemanisan' dan 'Engkau Bagaikan Permata'. Lagu 'Lelaki (Warkah Seorang Anak)' adalah didedikasikan oleh Siti Nurhaliza kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia. Senarai lagu;
Nian Di Hati
Album kompilasi raya AIDILFITRI DI ALAF BARU yang diedarkan di penghujung tahun 1999 yang secara kebetulannya juga tahun menyambut awal Milenium turut memuatkan 4 buah lagu raya ciptaan baru termasuk sebuah daripadanya dinyanyikan secara solo oleh Siti Nurhaliza 'Bila Hari Raya Menjelma' dan sebuah lagi lagu 'Aidilfitri Di Alaf Baru' berkolaborasi dengan Noraniza Idris, Liza Hanim dan penatang baru ketika itu, Anis Suraya.Senarai lagu;
Aidilfitri Di Alaf Baru
(Siti Nurhaliza, Noraniza Idris, Liza Hanim & Anis Suraya) (lagu baru)
KONSERT LIVE SITI NURHALIZA merupakan konsert solo pertama Siti Nurhaliza yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada penghujung Oktober 1999. Dalam konsert live ini, Siti Nurhaliza yang mempunyai vokal yang amat baik mampu mempersembahkan dan menghiburkan peminat-peminatnya dengan genre lagu yang pelbagai seperti pop dan tradisional. Siti Nurhaliza juga cukup cemerlang menyampaikan lagu-lagu yang pernah dipopularkan oleh allahyarham Sudirman secara medley.
Senarai lagu;
CD1:
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() CD2: Medley (Tribute To Sudirman): Dir, Pelangi Petang, Balik Kampung, Basikal Tua & Salam Terakhir![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
Album tradisional kedua Siti Nurhaliza diterbitkan selepas kejayaan besar album tradisional pertamanya, CINDAI dan album tradisional SERI BALAS kolaborasi bersama Noraniza Idris. SAHMURA menjengah di pasaran pada awal sambutan Alaf Baru 2000 dan 'Balqis' menjadi lagu hit utama dari album ini. Senarai lagu;
Balqis
Album kompilasi pertama nyanyian Siti Nurhaliza turut memuatkan dua buah lagu ciptaan baru, 'Dalam Taman Syahdu' dan 'Gelora Kasih'. Senarai lagu;
Dalam Taman Syahdu (lagu baru)
GEMA HARI RAYA yang diedarkan di penghujung tahun 2000 menyenaraikan koleksi lagu lagu raya yang diambil dari 3 album raya terbitan SRC sebelumnya; KENANGAN AIDILFITRI (1997), SELEKSI AIDILFITRI (1998) dan AIDILFITRI DI ALAF BARU (awal 2000). Terdapat 6 buah lagu dari abum raya SELEKSI HARI RAYA dirakam semula oleh penyanyi-penyanyi baru syarikat SRC. Lagu 'Nikmat Hari Raya' yang pernah dirakam oleh Siti Nurhaliza bersama Noraniza Idris dan kumpulan September 5 juga dirakam semula. Untuk versi baru ini, Siti Nurhaliza dan Noraniza Idris telah digandingkan dengan kumpulan New Boyz dan Aqasha tanpa kumpulan September 5.Senarai lagu;
Aidilfitri Di Alaf Baru
(Siti Nurhaliza, Noraniza Idris, Liza Hanim & Anis Suraya)
![]() ![]()
SAFA telah dilancarkan pada tarikh ulangtahun kelahiran Siti Nurhaliza yang ke 22. Album studio ke 5 Siti Nurhaliza ini masih mengekalkan genre pop dan balada. SAFA juga menjadi buah tangan terakhir Adnan Abu Hassan sebagai penerbit album Siti Nurhaliza. 'Percayalah', 'Bicara Manis Menghiris Kalbu', 'Indah Percintaan' dan 'Lakaran Kehidupan' merupakan lagu yang menjadi pilihan ramai.Senarai lagu;
Azimat Cinta
Album ini menyenaraikan seleksi lagu lagu popular dan terbaik nyanyian Siti Nurhaliza yang telah penerima pengiktirafan anugerah prestige dalam dan luar negara. Hanya dalam tempoh 4 tahun sahaja penglibatan Siti Nurhaliza dalam industri hiburan tempatan, nama beliau telah terpahat dan mencipta sejarah sebagai Artis Pemenang Anugerah Terbanyak. Turut dimuatkan dalam album koleksi ini, dua buah lagu Inggeris; 'We'll Be As One' (lagu asal versi Melayu 'Satu Cinta Dua Jiwa' dari album ADIWARNA, 1998) dan 'Don't Put My Heart On Hold' (lagu asal versi Melayu 'Beradu Di Khayalan' dari album SAFA, 2001).Senarai lagu;
Jerat Percintaan
PERJALANAN SENI adalah rakaman 'live' persembahan SM Salim bersama Malaysian Philharmonic Orchestra yang berlangsung selama 2 malam berturut-turut di Dewan Filharmonic PETRONAS. Konsert ini turut menampilkan Siti Nurhaliza sebagai penyanyi undangan yang menyampaikan lagu duet bersama Tan Sri Dato' S M Salim, 'Pandang Pandang Jeling Jeling' dan secara solo 'Mohon Kasih'. Lagu 'Pandang Pandang Jeling Jeling' adalah rakaman asal duet oleh SM Salim & Yusni Hamid.
Senarai lagu;
CD1:
CD2:
Sketsa: Usik Mengusik Siti Nurhaliza
KONSERT MEGA SITI NURHALIZA yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada penghujung Jun 2001, mendapat sambutan hangat dan sekaligus membuktikan bahawa konsert Siti Nurhaliza merupakan antara konsert yang paling berjaya di Malaysia. Jika sebelum ini Siti Nurhaliza telah menjadi penyanyi undangan Tan Sri Dato' SM Salim di konsert beliau tetapi untuk Konsert Mega ini, Siti Nurhaliza pula telah mengundang Tan Sri Dato' SM Salim untuk berduet sekali lagi lagu popular mereka 'Pandang-Pandang Jeling-Jeling'.
Senarai lagu;
CD1:
Lakaran Kehidupan
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
CD2:
Medley: Serentak Dua Rentak, Syurga Idaman, Hari Ini Dalam Semalam, Sekadar
Di Pinggiran & Kemaafan Dendam Yang Terindah
![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
SALAM AIDIFITRI merupakan album
kompilasi raya yang turut memuatkan 3 lagu raya ciptaan baru dan sebuah lagu
raya klasik yang dirakam semula. Siti Nurhaliza berpeluang merakam sebuah
lagi lagu raya baru berentak zapin, 'Nazam Lebaran'.
Senarai lagu;
Nazam Lebaran
(Siti Nurhaliza) (lagu baru)
Siti Nurhaliza kembali dengan album studio bergenre etnik kontemporari yang ketiga dengan lagu hit 'Nirmala' yang juga membawa kejayaan besar ke atas kerjaya seni beliau apabila lagu tersebut memenangi kategori persembahan terbaik untuk Juara Lagu ke 17 (2002) dan 'Nirmala' juga memenangi Juara Kategori Irama Malaysia. Senarai lagu;
Nirmala
Album live Konsert Salam Terakhir: Untukmu Sudir merupakan seleksi lagu-lagu yang dirakam dari konsert solo Siti Nurhaliza yang memberi penghormatan kepada penyanyi legenda, allahyarham Sudirman Haji Arshad diterbitkan dalam format audio. Ia diadakan di Istana Budaya dan diiringi oleh Orkestra Simfoni Kebangsaan. Senarai lagu;
Dir (lagu pembukaan)
Album ini merupakan kesinambungan dari seleksi lagu-lagu dari Konsert Salam Terakhir: Untukmu Sudir sebelumnya. Bahagian kedua menyenaraikan sebahagian lagi lagu-lagu popular allahyarham Sudirman yang dinyanyikan semula oleh Siti Nurhaliza. Senarai lagu;
Radio Malaysia
Nota: Untuk edisi tahun 2008, album KONSERT SALAM TERAKHIR: UNTUKMU SUDIR diedarkan semula dengan pakej CD berkembar (Part 1 & 2) dengan kulit album yang sedikit berbeza dari edisi asal.
FIESTA AIDIFITRI merupakan album
kompilasi raya yang turut memuatkan 3 lagu raya ciptaan baru dan sebuah lagu
raya klasik yang dirakam semula. Siti Nurhaliza
menyanyi sebuah lagu raya berentak balada 'Airmata Syawal'.
Senarai lagu;
Airmata Syawal (Siti Nurhaliza) (lagu baru)
Album solo studio ke 9, Siti Nurhaliza E.M.A.S (Edaran Muzik Aspirasi Semasa) yang juga merupakan album pop/balada yang ke 6 terus mengekalkan Siti Nurhaliza sebagai penyanyi no. 1. Di Malaysia, album ini terjual melebihi 200, 000 unit dan lagu 'Bukan Cinta Biasa' bukan sahaja popular di Malaysia tetapi melangkau hingga ke Nusantara dan mengulangi kejayaan besar Siti Nurhaliza di Indonesia sebagaimana meledaknya lagu 'Betapa Ku Cinta Padamu'. 'Ku Milikmu' dan 'Debaran Cinta' juga turut diminati. Senarai lagu;
Bukan Cinta Biasa
Album yang sarat dengan pelbagai
irama tradisional/etnik kontemporari menampilkan kolaborasi SM Salim bersama dengan
artis-artis ternama tanahair dari generasi lama dan baru termasuk Siti Nurhaliza
untuk sebuah lagu etnik ciptaan baru oleh Pak Ngah 'Bergending Dang Dong'.
Senarai lagu;
Entah Jadi Entahkan Tidak (SM Salim
& Sheila Majid)
Senarai lagu;
Tetap Di Sini (Siti Nurhaliza) (lagu
baru) � filem 'Paloh'
Album koleksi lagu-lagu raya yang pernah dirakam oleh Siti Nurhaliza dalam album raya pelbagai artis yang pernah diterbitkan oleh syarikat SRC kini dihimpunkan sebagai sebuah album solo raya Siti Nurhaliza. Sebagai pelengkap album, tiga lagu raya ciptaan baru turut dimuatkan berserta dua buah instrumental lagu raya yang pernah dipopularkan oleh Siti Nurhaliza. Senarai lagu;
Anugerah Aidilfitri (lagu baru)
Album studio ke 10 Siti Nurhaliza, PRASASTI SENI merupakan album studio terakhir beliau dibawah label SRC. Antara lagu yang paling menonjol dari album ini ialah, 'Dialah Di Hati', 'Lagu Rindu' dan 'Seindah Biasa'. Senarai lagu;
CD:
Introduksi Siti
VCD
MTV & Karaoke:
Introduksi
Siti
Album runut yang dihasilkan untuk
filem �PUTERI GUNUNG LEDANG' atau singkatannya PGL merupakan
sebuah filem sejarah epik Malaysia berdasarkan daripada hikayat legenda Melayu,
Puteri Gunung Ledang. Siti Nurhaliza turut menyumbangkan sebuah lagu 'Bagaikan
Sakti' yang mana lagu itu juga merupakan lagu duet pertama beliau bersama
komposer tersohor, M Nasir.
Senarai lagu;
Asmaradana
(dengan dialogue)
(Tiara Jacqueline) (lagu
baru)
CD berkembar ini adalah seleksi lagu lagu rakaman langsung konsert penutup jelajah pertama Siti Nurhaliza di 15 lokasi pilihan di seluruh Malaysia yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Senarai lagu;
CD1:
Interlude
![]() ![]() ![]() ![]() CD2: Bukan Cinta Biasa![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
CD eksklusif ini khas untuk
pelanggan produk elektrik/IT Samsung. Ketika itu, Siti Nurhaliza
adalah Duta IT Samsung. Terdapat 3 buah lagu yang tidak pernah dirakam
oleh Siti Nurhaliza sebelumnya iaitu 2 buah lagi Mandarin dan sebuah lagu Inggeris.
Percayalah
![]()
Album ini adalah kolaborasi Too Phat dengan beberapa artis
terkenal rantau Asia termasuklah penampilan istimewa Siti Nurhaliza untuk sebuah
lagu ciptaan baru yang telah disampaikan dalam dua versi iaitu
versi Melayu 'Dua Dunia' dan versi Inggeris 'Million Miles'.
Senarai lagu;
CD1
Rebirth:
Snap
CD2 Reality: Sh owtime (Too Phat featuring Phlowtron & KLG Sqwad)![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
Album kompilasi pelbagai irama
Melayu ini turut menampilkan 2 buah lagu etnik ciptaan baru dan sebuah lagu tradisional rakaman
semula 'Seri Serawak'
nyanyian Siti Nurhaliza. Walaupun Siti Nurhaliza tidak lagi menjadi artis
syarikat rakaman SRC tetapi masih terdapat beberapa lagu nyanyian beliau yang
masih dalam simpanan syarikat rakaman iaitu tidak sempat dirilis sebelum kontrak
Siti Nurhaliza berakhir termasuklah lagu 'Seri Serawak'. Manakala
yang lainnya adalah 2 lagu baru; 'Zapin
Bahari' dinyanyikan oleh Natasha, seorang pendatang baru yang masih muda tetapi cukup berbakat
membawa lagu irama keMelayuan dan
sebuah lagu yang cukup menarik iramanya, 'Waktu Hujan Turun' dinyanyikan oleh vokalis utama kumpulan
Sopaz, Aremeer.
Senarai lagu;
Seri Serawak (Siti Nurhaliza)
(unreleased
track)
Kesemua lagu dalam album kompilasi
pelbagai artis BINTANG HATI merupakan lagu-lagu ciptaan baru
termasuk 2
lagu nyanyian Siti Nurhaliza, 'Untuk
Terakhir Kali' dan 'Pohon Asmara'. Bagaimanapun lagu-lagu ini telah
pun dipopularkan
terlebih dahulu oleh bintang realiti AF3, Marsha Londoh dan juara Malaysia Idol
musim pertama, Jaclyn Victor. Sebenarnya
kedua lagu-lagu tersebut telah pun dirakam terlebih dahulu oleh Siti
Nurhaliza tetapi tidak pernah diterbitkan ataupun diedarkan oleh syarikat
rakaman, SRC sehinggalah kontrak Siti Nurhaliza bersama SRC berakhir.
Senarai lagu;
Untuk Terakhir Kali (Siti Nurhaliza) (unreleased
track)
Album berkembar yang diterbitkan ini merupakan album rakaman langsung yang lagu lagunya dipetik dari konsert solo Siti Nurhaliza yang di adakan di Royal Albert Hall, London pada 1 April 2005 sempena ulang tahun ke-10 pembabitan Siti Nurhaliza dalam industri muzik Malaysia. Siti Nurhaliza merupakan artis Malaysia pertama yang membuat persembahan solo di Royal Albert Hall, London. Senarai lagu;
CD1:
Dialah Di Hati
CD2: Overture![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
Album ini merupakan album studio pertama Siti Nurhaliza yang diterbitkan oleh syarikat beliau sendiri iaitu, Siti Nurhaliza Productions. Untuk album ini Siti Nurhaliza berperanan buat pertama kalinya sebagai penerbit dan penerbit eksekutif. Seperti biasanya, album-album Siti Nurhaliza tetap laris di pasaran termasuk TRANSKRIPSI yang telah terjual melebihi 80,000 units. Album yang mengandungi kepelbagaian lagu berelemen pop dan rock turut memuatkan irama balada 'Biarlah Rahsia' yang telah diperkenalkan sebagai single pertama dan menjadi hit. 'Biarlah Rahsia' diilhamkan di atas kisah cinta 'rahsia' Siti Nurhaliza ketika itu. Album ini juga telah dianugerah sebagai Album Terbaik dan Album Pop Terbaik di Aungerah Industri Muzik ke 14 (2007). Senarai lagu;
Siti Situ Sana Sini
Lagu baru 'Cahaya Cinta' adalah karya penuh Siti Nurhaliza dan buat pertama kalinya telah dipersembahkan oleh beliau di khalayak semasa maljis perkahwinannya dengan Khalid Mohammad Jiwa pada Ogos 2006. Dan hanya selepas dua bulan majlis perkahwinan tersebut 'Cahaya Cinta' dimuatkan dalam album kompilasi kedua Siti Nurhaliza, CERITA CINTA. Senarai lagu;
Jerat Percintaan
![]()
Istimewanya album runut ini kerana
menampilkan 10 buah lagu baru dan 8 darinya adalah yang dicipta khusus oleh komposer dan penyanyi
kreatif, Ajai untuk filem KAYANGAN. Menampilkan
artis-artis ternama tanah air termasuk Siti Nurhaliza
yang jelas terserlah vokalnya menerusi lagu 'Meniti Pasti'.
Lagu ini menampilkan sisi lain Siti Nurhaliza yang sinonim dengan muzik pop dan
etnik.
Senarai lagu;
Kayangan (Ajai & Tunku Mimi Wahida) (versi rock)
Album kompilasi bergenre pop tradisional dan etnik, KLASIK turut memuatkan 2 buah lagu baru nyanyian Siti Nurhaliza yang tidak pernah dirilis semasa Siti Nurhaliza menjadi artis rakaman SRC . Lagu lagu tersebut ialah lagu klasik lama, 'Jangan Di Tanya' dan 'Sirih Pinang.'
Senarai lagu;
Jangan Di Tanya
(unreleased
track)
Album ini merupakan album studio ke 12 dan album studio kedua Siti Nurhaliza yang diterbitkan oleh syarikat beliau sendiri iaitu, Siti Nurhaliza Productions. Album yang diedarkan pada penghujung tahun 2007 telah memperkenalkan lagu 'Ku Mahu' yang cukup cathcy sebagai single pertama. Turut dimuatkan lagu 'Hati' yang merupakan lagu tema filem nasionalisma, 1957: Hati Malaya.Senarai lagu;
Siti Situ Sana Sini
Keakraban Kris Dayanti dan Siti Nurhaliza memang tidak perlu dipersoalkan lagi dan mereka saling menghormati diantara satu sama lain. Dua penyanyi tersohor yang mempunyai ramai peminat dan sejarah seni tersendiri dan kehandalan mereka menakluki industri hiburan Malaysia-Indonesia kini digabungkan dalam sebuah album kompilasi terbitan Warner Music bekerjasama dengan SRC, 2 DIVA. Bagaimanapun tiada satu pun lagu baru dicipta untuk mereka sama ada solo atau berduet kerana 2 DIVA hanyalah album kompilasi yang menyenaraikan lagu lagu hit mereka yang pernah diterbitkan sebelumnya. Senarai lagu;
Aku Cinta Padamu (Siti Nurhaliza)
PERMATA IRAMA merupakan album kompilasi Siti Nurhaliza yang memuatkan lagu lagu etnik kontemporari.
Senarai lagu;
Lagu Rindu
Album kompilasi yang menghimpunkan lagu lagu raya yang pernah dirakam oleh Siti Nurhaliza dan juga artis-artis lain SRC. Senarai lagu;
Aidilfitri Di Alaf Baru (Siti
Nurhaliza, Noraniza Idris,
Liza Hanim & Anis Suraya)
Setelah 6 tahun tanpa menghasilkan album studio penuh berkonsepkan tradisional kontemporari akhirnya LENTERA TIMUR diterbitkan dan diedarkan pada penguhung tahun 2008. Sebagaimana penerbitan album tradisional Siti Nurhaliza sebelumnya walaupun albumnya bergenre tradisional tetapi susunan muziknya tetap mendapat sentuhan muzik moden. Senarai lagu;
Di Kayangan Kita
Setelah mencipta nama sebagai penyanyi pop dan tradisional yang berjaya, Siti Nurhaliza membuat cubaan pertama menghasilkan sebuah album pop yang keseluruhan mesej atau liriknya ke arah kerohanian. Bagaimanapun penjualan album ini agak berkurangan berbanding album-album Siti Nurhaliza sebelumnya.
Senarai lagu;
Asma
Ul Husna
(featuring Salleh 'Brothers'
& Adi 'Devotees')
Perancangan untuk menyatukan 2 diva
tersohor Malaysia-Indonesia dalam sebuah album studio akhirnya menjadi kenyataan
apabila album CTDK memasuki pasaran di penghujung Disember 2009. Sebelum
ini mereka pernah disatukan untuk album kompilasi 2 DIVA (2008) terbitan Warner
Music. Tajuk album CTKD adalah merujuk kepada nama Siti Nurhaliza (CT) dan
Kris Dayanti (KD). CTKD juga adalah singkatan untuk Canda, Tangis,
Ketawa, Duka.
Kesemua lagu
dipersembahkan secara paduan suara.
Senarai lagu;
Jika Kau Tak Datang
Album duo yang menjadi
platform dua lagi saudara kandung Siti Nurhaliza; Saida & Sairah dalam cuba menonjolkan bakat
tersendiri daripada terus dibayangi Siti Nurhaliza. Terdapat sebuah lagu istimewa
'Kini
Dikau Jauh' yang merupakan lagu penghargaan ke atas arwah bapa mereka,
Allahyarham Taruddin Ismail turut menampilkan Siti Nurhaliza bersama dua adik
beradik lelaki mereka Ayie & Ali.
Senarai lagu;
Tinta Bukan Luka (Saida & Sairah)
Album
kompilasi yang menghimpunkan lagu-lagu Siti Nurhaliza yang sebahagiannya berjaya
mendekatkan beliau dengan peminat dari kalangan masyarakat Cina. Turut
disenaraikan lagu-lagu kolaborasi Siti Nurhaliza dengan penyanyi yang dikenali masyarakat Cina seperti Candy Cheah
dan Ciang
Teng serta rakaman semula lagu popular Siti Nurhaliza
versi Mandarin oleh Qian Bai Hui.
Senarai lagu;
Zheng Fu (Siti Nurhaliza)
Album ini merupakan album studio ke 15 dan merupakan album Inggeris p ertama Siti Nurhaliza. Diterbitkan oleh What�s Up Entertainment, yang dimiliki dan diuruskan oleh anak tirinya, Adib Khalid. Setelah berjaya menjadi satu entiti dalam dunia hiburan tanah air, kini dalam tempoh 16 tahun perjalanan seni, penyanyi tersohor negara Siti Nurhaliza akhirnya berjaya merealisasi impiannya untuk melahirkan album studio Inggeris pertamanya. Sebagai seorang penyanyi yang amat dikagumi di persada nusantara, Siti Nurhaliza melontar vokal mengikut carnya tersendiri dan berharap album mampu bersaing di pasaran global. ALL YOUR LOVE diterbitkan oleh dua komposer dari Australia, Bryan Bouro dan Christian Alexanda.Senarai lagu;
All Your Love (Give It To Me)
Album kompilasi yang menghimpunkan lagu-lagu pop tradisional dan etnik kontemporari nyanyian Siti Nurhaliza turut menampilkan sebuah lagu baru berentak zapin yang tidak pernah dirilis sebelumnya iaitu 'Zapin Bernasib'. Senarai lagu;
Zapin
Bernasib (unreleased
track)
'You Come To Me' (lagu asal
dipetik dari album Sami Yusuf 'Wherever You Are', tahun 2010) telah
dinyanyikan oleh Sami Yusuf dalam pelbagai bahasa; Inggeris, Arab, Parsi dan
Turki. 'You Come To Me' telah dipilih sekali lagi untuk dimuatkan
dalam album baru Sami Yusuf, SALAAM bagi pasaran Asia, tetapi kali ini beliau berkolaborasi
pula dengan Siti Nurhaliza. Lagu disampaikan dalam dwi bahasa; Inggeris dan
Melayu..
Senarai lagu;
Happiness
'Muara Hati' ialah lagu nyanyian kolaborasi Siti Nurhaliza & Hafiz Suip
(AF7) yang dihasilkan khas untuk lagu tema teledrama, ADAM DAN HAWA.
Senarai lagu;
Anak Kampung (Jimmy Palikat featuring One Nation Emcees)
EP yang mengandungi 4 buah lagu ini turut memuatkan sebuah lagu kolaborasi MonoloQue dan Siti Nurhaliza, 'Tanahairku Tanahairmu Jua' yang menyentuh aspek patriotisme dan nasionalisme . Senarai lagu;
Inderaloka (Yang Ku Perlu) (MonoloQue featuring Mira 'Tilu')
'Galau' nyanyian Siti Nurhaliza merupakan lagu asal nyanyian kumpulan dari Indonesia, Hang Wangi Band dan merupakan lagu ciptaan komposer Indonesia, Cacaq. Single yang hanya boleh dimuat turun secara digital kemudiannya buat pertama kalinya dimuatkan dalam album kompilasi MALAYSIA #1 HITS 7 (Sony Music, 2013). 'Galau' tidak pernah dimuatkan dalam mana-mana album studio Siti Nurhaliza mahupun album kompilasi beliau. Senarai lagu;
Rembau Most Wanted
(W.A.R.I.S featuring DJ Fuzz)
'Lebih Indah' nyanyian Siti Nurhaliza merupakan lagu hasil ciptaan komposer Aubrey Suwito dan liriknya oleh Ad Samad. Single yang hanya boleh dimuat turun secara digital kemudiannya dimuatkan semula dalam album studio Siti Nurhaliza, FRAGMEN (2014).
Album ini diterbitkan di atas kejayaan, KONSERT LENTERA TIMUR, sebuah konsert tradisional solo Siti Nurhaliza yang telah dipersembahkan selama empat hari 20, 21, 22 & 24 September di Istana Budaya pada tahun 2013. Konsert diiringi oleh Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) turut mendapat gubahan dan susunan semula oleh dua pengarah muzik ternama, Mohd. Yazid Zakaria dan Aubrey Suwito. Konsert ini juga menyaksikan Siti Nurhaliza buat pertama kali berkolaborasi di pentas bersama Raja Gelek, M Daud Kilau. Senarai lagu;
CD1:
Sendayung Pak Yong & Ala Dondeng
CD2:
Instrumental OTM
Cek
Mek Molek (penampilan
istimewa, M Daud Kilau & Siti Nurhaliza)
FRAGMEN merupakan album solo ke-16 Siti Nurhaliza dan yang pertama
berkolaborasi dengan Universal Music yang menjadi penerbit
dan pengedar. Bagaimanapun album yang dikatakan
mendapat budget tinggi dari Universal Music ini hanya
menghimpunkan 9 lagu terpilih termasuk single yang pernah
popular sebelumnya 'Lebih Indah' dan sebuah lagu istimewa 'Jaga
Dia Untukku' yang meluahkan perkongsian perasaannya buat suami
tercinta Datuk K yang terlibat dengan kemalangan jalanraya tahun
lalu.
Senarai lagu;
Aku
'Seluruh Cinta' ialah sebuah
lagu kolaborasi nyanyian Siti Nurhaliza dan penyanyi Indonesia, Cakra Khan.
Lagu tersebut adalah karya komposer Indonesia, Krishna Balagita yang pernah
meraih populariti ketika menjadi ahli kumpulan ADA Band. Untuk pasaran
Malaysia, single 'Seluruh Cinta' buat pertama kalinya dimuatkan dalam album
kompilasi MALAYSIA #1 HITS 9 (Sony Music, 2015). 'Seluruh Cinta' tidak
pernah dimuatkan dalam mana-mana album studio Siti Nurhaliza mahupun album
kompilasi beliau.
Senarai lagu;
Mewangi
(Akim & The Majistret)
Album yang mengandungi seleksi lagu-lagu dari KONSERT UNPLUGGED DATUK SITI NURHALIZA yang berlangsung pada 7 April 2014 adalah pelengkap portfolio Siti Nurhaliza selama dua dekad berkecimpung dalam industri hiburan yang sudah muncul dengan pelbagai jenis konsert dan tentunya konsert unplugged yang pertama ini melakar sejarah manis buat beliau. Selain rakaman live (unplugged), album ini turut memuatkan tiga lagu baru rakaman studio; �Mikraj Cinta� sebuah lagu pop kontemporari berunsur ketuhanan yang mendapat kerjasama dari Hafiz Hamidun yang sinonim dengan penciptaan lagu-lagu Islamik, dan 2 lagu lainnya - 'Menatap Dalam Mimpi' dan 'Engkau'. Senarai lagu; CD1: Membunuh Benci![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() CD2: Medley: Aku & Warna Dunia![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
'Milikmu Selamanya' adalah karya
milik komposer Adi Priyo dan lagu ini menjadi lagu tema teledrama MEMORI CINTA
SURAYA terbitan Astro. Single yang hanya boleh dimuat
turun secara digital kemudiannya
dimuatkan dalam album
kompilasi YONDER MUSIC ALL STARTS (Universal Music, 2016). 'Milikmu
Selamanya' tidak
pernah dimuatkan dalam mana-mana album studio Siti Nurhaliza mahupun album
kompilasi beliau.
Album kompilasi ini turut memuatkan sebuah lagu rakaman semula yang asalnya adalah lagu popular milik penyanyi Man Bai, 'Kau Ilhamku' versi terkini dinyanyikan semula oleh Siti Nurhaliza bersama Man Bai sendiri dan artis artis lain seperti Afgan, Yuna. Ariel Noah, Joe Flizzow., SanaOne, Jaclyn Victor, Elizabeth Tan, Cita Vitata & Natasha Ines. Turut dimuatkan dalam album kompilasi ini ialah single 'Milikmu Selamanya' nyanyian Siti Nurhaliza yang dijadikan lagu tema teledrama MEMORI CINTA SURAYA. Yonder Music ialah perkhidmatan muzik tanpa iklan yang menyediakan akses kepada jutaan lagu, eksklusif untuk pelanggan Celcom. Pengguna boleh memuat turun lagu pilihan, mencipta senarai lagu dan berkongsi lagu kesukaan, semuanya percuma tanpa caj data dalam rangkaian Celcom. Senarai lagu;
Kau Ilhamku (Siti
Nurhaliza & various artist) (versi baru)
Tujuh tahun tanpa album baru iaitu sejak kepergian allahyarham Asri Ibrahim kini kumpulan nasyid kontemporari, Rabbani muncul semula dalam industri muzik perdana dengan album YANG BENAR. Rabbani bangkit semula untuk meneruskan legasi yang ditinggalkan oleh Asri Ibrahim dengan penampilan vokalis baru, Azadan Abdul Aziz. Lebih menarik album ini turut menampilkan kolaborasi Rabbani dengan Siti Nurhaliza. Senarai lagu;
Yang Benar
Single 'Hari Kemenangan' adalah
sebuah lagu raya nyanyian Siti Nurhaliza setelah 10 tahun tidak muncul dengan
lagu raya. Lagu raya ciptaan komposer Pak Ngah dan lirik oleh Siso
menyentuh mengenai kemenangan umat Islam melawan nafsu di bulan puasa dan
memohon keampunan
Senarai lagu;
Hari
Kemenangan (Siti Nurhaliza)
Single 'Dirgahayu' adalah lagu duet
Faizal Tahir dan Siti NurhalizaIa untuk lagu tema teledrama LARA AISHAH.
Karya penuh ciptaan dan lirik Faizal Tahir, Mike Chan & Ezra Kong kemudiannya
dimuat semula dalam album studio Faizal Tahir, ANATOMI keluaran Warner Music
yang dilancarkan pada penghujung 2016.
Senarai lagu;
Assalamualaikum (Original version)
Antara keistimewaan album studio ke 17 ini Siti Nurhaliza (tidak termasuk album live / kompilasi) turut menampilkan lagu ciptaan Siti Nurhaliza sendiri yang berjudul 'Penghiburku' yang turut menampilkan penyanyi hip hop Joe Flizzow. Setelah berduet dengan penyanyi dari seberang Kris Dayanti dan Cakra Khan, kini Judika menjadi pilihan Siti Nurhaliza untuk berkolaborasi dalam lagu 'Kisah Ku Inginkan'. Senarai lagu;
Bersandar Cinta
'Comel Pipi Merah' sebuah lagu pop
karya Siti Nurhaliza sendiri dan lirik oleh Rozi Abd Razak. Ia menjadi
lagu yang dicipta khas untuk bayi sulung Siti Nurhaliza yang bakal akan lahir.
Setelah tiga tahun, single yang hanya boleh dimuat turun secara digital itu baru
dimuatkan dalam album studio Siti Nurhaliza, LEGASI (2021).
Single 'Cinta Syurga' adalah lagu yang dihasilkan selepas Siti Nurhaliza selamat melahirkan cahaya mata pertamanya. Lagu 'Cinta Syurga' adalah versi zikir yang diilhamkan dari melodi 'Comel Pipi Merah' yang turut menampilkan Khai Bahar sebagai rakan duet. Khai Bahar yang sememangnya popular terutamanya dalam platform Smule mempunyai bakat besar dan mampu menyanyi pelbagai jenis lagu. Single yang hanya boleh didapati dalam platform digital belum pernah dimuatkan dalam mana-mana album studio atau kompilasi Siti Nurhaliza.
'Anta Permana' sebuah lagu segar, mesra telinga dan ada keunikan dengan gabungan muzik moden dan klasi merupakan karya penuh komposer muda berbakat, Ezra Kong dan Hael Husaini. 'Anta Permana' diambil daripada perkataan Melayu klasik yang bermaksud �tidak terkira� atau 'infiniti'. Lagu ini mengisahkan cinta sejati tiada bandingannya manakala pemilihan judul lagu ini adalah untuk memperkenalkan kembali perkataan Melayu klasik yang jarang digunakan. Single 'Ana Permana' yang hanya boleh dimuat turun secara digital kemudiannya dimuatkan dalam album studio Siti Nurhaliza MANIFESTASITI2020 (2020).
Single khas untuk Aidilfitri, 'Ikhlas' adalah karya Omar K dan Ikhwan Fatanna. Ia adalah sebuah kolaborasi antara tiga negara, Malaysia (Siti Nurhaliza), Nissa (Indonesia) dan Taufik Batisah (Singapura). Selain bertujuan untuk memaparkan keindahan Syawal, 'Ikhlas' yang diilhamkan tema bersatu hati juga sebagai suatu peringatan kepada kita semua untuk sentiasa bersyukur ke atas segala rahmat terutama semasa bulan puasa. Nissa adalah seorang penyanyi kumpulan gambus Indonesia terkenal bernama Sabyan dan Taufik Batisah adalah juara pertandingan nyanyian musim pertama 'Singapora Idol'. Single yang hanya boleh didapati dalam platform digital belum pernah dimuatkan dalam mana-mana album studio atau kompilasi Siti Nurhaliza.
KASIHKU SELAMANYA
-
Dato' Siti
Nurhaliza
(single)
(Cranky Music Sdn Bhd, 2019)
'Kasihku Selamanya' merupakan
single untuk runut bunyi filem DENDAM
PONTIANAK. Lagu ini merupakan hasil ciptaan Aubrey Suwito selaku
komposer dan AD Samad sebagai penulis lirik. 'Kasihku Selamanya' yang hanya boleh dimuat
turun secara digital kemudiannya
dimuatkan dalam album
studio Siti Nurhaliza
MANIFESTASITI2020
(2020).
Album kompilasi CD berkembar ini memang
sarat dengan koleksi lagu terbaik lagi popular yang pernah dirakam oleh Siti
Nurhaliza ketika bersama syarikat rakaman SRC. Sayangnya 2 buah lagu paling hit yang
telah membawa Siti Nurhaliza popular ke dunia muzik Nusantara tidak disenaraikan
- 'Bukan Cinta Biasa' dan 'Dialah Di Hati'. Senarai lagu;
CD1:
Nirmala
CD2: Balqis![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
Single 'Terang' ciptaan
Aubrey Suwito dan lirik oleh Shah Shamshiri.telah dipilih sebagai lagu kempen
SIMPLYSITI DI HATI untuk membantu kanak-kanak pesakit jantung menjalani
pembedahan.
Single 'Terang' yang hanya boleh dimuat
turun secara digital kemudiannya
dimuatkan dalam album
studio Siti Nurhaliza
MANIFESTASITI2020
(2020).
Single '7 Nasihat' adalah
hasil ciptaan 'rapper', komposer dan penerbit muda yang semakin meningkat naik
iaitu pasangan duo Kmy Kmo & Luca Sickta yang turut membuat penampilan
istimewa bersama Siti Nurhaliza untuk lagu ini. '7 Nasihat' sebuah
karya istimewa kerana menggabungkan hip-hop, rap dan tradisional.
Single '7 Nasihat' yang hanya boleh dimuat
turun secara digital kemudiannya
dimuatkan dalam album
studio Siti Nurhaliza
MANIFESTASITI2020
(2020).
'Basyirah' yang bermaksud 'khabar gembira' adalah lagu citaan komposer Hafiz Hamidun dan lirik oleh Ahmad Fedtri Yahya. Lagu ini dicipta untuk memberi semangat kepada warga Malaysia yang ketika itu berdepan dengan pandemik COVID 19 dan petugas barisan hadapan berkorban sepenuh jiwa menjaga keselamatan negara. Single 'Basyirah' yang hanya boleh dimuat turun secara digital kemudiannya dimuatkan dalam album studio Siti Nurhaliza MANIFESTASITI2020 (2020).
MANIFESTASITI2020 ialah album studio ke 18 oleh Siti Nurhaliza yang Mengandungi 11 buah lagu dan 5 daripadanya telahpun diperkenalkan sebagai single pada tahun 2019 bermula dengan lagu 'Anta Permana', diikuti 'Kasihku Selamanya' dan 'Terang'. Pada awal tahun 2020, dua lagi single telah dikeluarkan iaitu '7 Nasihat' dan 'Basyirah'. Juga terdapat sebuah lagu rakaman semula nyanyian asal Sudirman, 'Teratai Menjelma'. Senarai lagu;
Siapa Tak Mahu
(lagu baru)
LEGASI ialah album studio Siti Nurhaliza yang menghimpunkan lagu Klasik kanak-kanak. LEGASI adalah usaha Siti Nurhaliza untuk melestarikan lagu klasik kanak kanak supaya dapat terus didengar, dinyanyikan dan diwariskan untuk generasi masa depan. Terdapat 7 trek lagu termasuk sebuah lagu ciptaan Siti Nurhaliza buat anak kedua beliau yang bakal lahir yang bertajuk 'Anakanda'. Single 'Comel Pipi Merah' turut dimuatkan di dalam album studio ini. Manakala lagu klasik ciptaan P Ramlee 'Anakku Sazali', liriknya telah diubahsuai dan ditukar tajuk kepada 'Anakku Sayangku'. Senarai lagu;
Interlud 1
(trek 'lullaby' menampilkan Siti Nurhaliza dan anak beliau, Siti
Aafiyah)
Selepas hampir enam tahun tidak merakamkan lagu bertemakan Aidilfitri, Siti Nurhaliza muncul dengan lagu 'catchy', 'Lip Lap Raya' mendapat sentuhan Ajay Amai, Glow Rush, Karim Karam dan Mike Chan. Single terbaru ini berkisar kemeriahan sambutan Aidilfitri selepas dua tahun umat Islam di Malaysia meraikan hari kemenangan dalam norma baharu akibat pandemik COVID-19 dan istimewanya 'Lip Lap Raya' menggabungkan rentak inang, canggung dan diselitkan elemen dikir barat. 'Lip Lap Raya' yang hanya boleh dimuat turun secara digital kemudiannya dimuatkan dalam album kompilasi raya, 16 LAGU LAGU HARI RAYA AIDILFITRI (Universal Music, 2023). Senarai lagu;
Takbir Raya
'Sama Sama' merupakan single untuk runut bunyi filem drama dokumentari JUANG yang diinspirasikan daripada kisah benar tentang perjuangan petugas barisan hadapan seperti doktor, jururawat, polis, tentera, penghantar makanan memerangi penularan COVID-19 di Malaysia. Lagu tersebut adalah gubahan J-22 Team dan lirik oleh Faisal. Setakat ini lagu tersebut belum dimuatkan dalam mana-mana album solo ataupun kompilasi Siti Nurhaliza.
'Menjaga Cintamu' merupakan single untuk runut bunyi filem Anwar: The Untold Story yang dihasilkan ilham daripada kisah percintaan antara Dr Wan Azizah dan Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa era revolusi tahun 1998. Lagu karya komposer Indonesia, Andi Rianto dan lirik oleh Sekar Ayu Asmara. 'Menjaga Cintamu' yang hanya boleh dimuat turun secara digital menjadi single pertama album studio SITISM yang kemudiannya diedarkan secara fiskal (CD).
SITISM adalah album solo ke 20 Siti Nurhaliza yang kosep dan imej yang dipaparkan dalam album adalah terjemahan kepada konsep 'cyber retro futurism' yang merupakan gabungan seni dan reka bentuk insiprasi dari elemen masa silam seperti nostalgia dan gaya retro, masa kini serta suntikan elemen futuristik. Album SITISM adalah lambang diri beliau yang tersendiri seiring dengan peredaran masa dan perkembangan muzik yang dipaparkan menerusi muzik, lirik, imej serta persembahan. Album ini telah menemui peminat di pelantar digital pada penghujung Jun lalu dengan 8 buah lagu sahaja berbanding Edisi Deluxe yang dipasarkan pada pertengahan September ini dengan penambahan 4 buah lagu; 'Senyawa', 'Kalau Berkasih', 'Nadi' dan 'Ku Sedari'. Sebelum album ini diedarkan single 'Menjaga Cintamu' lagu tema untuk filem ANWAR: THE UNTOLD STORY telah diperkenalkan terlebih dahulu.' Senarai lagu;
Menyapa Dunia
'Cinta Tak Mungkin' merupakan lagu tema teledrama MALANG SI PUTERI yang ditayangkan untuk slot Tiara di Astro Ria. Lagu adalah gubahan komposer Farouk Roman dan lirik oleh Adrianna Cinta.
Lagu 'Sejarah' merupakan lagu ciptaan maestro muzik dari Indonesia, Erwin Gutawa bersama anak perempuannya, Gita Gutawa selaku penulis lirik. Lagu ini menceritakan tentang perjalanan seni Siti Nurhaliza yang memasuki 3 dekad. 'Sejarah' juga menjadi sangat istimewa apabila Siti Nurhaliza kembali dapat berganding bahu dengan Erwin Gutawa dalam sebuah lagu. Lagu ini juga cukup 'manis' kerana dilancarkan di seluruh platform digital sebaik sahaja beliau dinobatkan sebagai Biduanita Negara dalam majlis Anugerah Seni Negara (ASN) pada malam 16 November 2024. |