Kembali Ke CD Artis Melayu (Album Solo & Kumpulan Nasyid )

Dengar Playlist CD PUJI PUJIAN - Raihan (1997)

Playlist CD Pilihan:

PUJI PUJIAN - RAIHAN (1997)

(dikemaskini 1 Februari 2024)

ZIKIR TERAPHY - Raihan (2011)

ZIKIR TERAPHY Raihan
(Raihan Records, 2011)

  Zikir  01: At Tasbih
  Zikir 02: Allah Ya Allah

  Zikir 03: Ya Dzal Jalali Wal Ikram
  Zikir 04: Solawatul Karim

  Zikir 05: Syahadah
  Zikir 06: Ya Allah

  Zikir 07: Doa Taubat (Ilahi Lastu Lil Firdaus)

  Zikir 08: Ya Latif

  Zikir 09: Subhanallah

  Zikir 10: At Tahmid & Istighfar

Jika sebelumnya koleksi solawat menjadi pilihan Raihan untuk dimuatkan dalam album PRAISES FOR THE PROPHET tetapi koleksi zikir yang lazim kita amalkan kini menjadi intipati Raihan untuk dipersembahkan melalui album ZIKIR TERAPHY.

LAGU LAGU HAFALAN - Raihan (2011)

LAGU LAGU HAFALAN Raihan
(Raihan Records, 2011)

  5 Waktu Solat
  Sifat 20

  12 Bulan Bulan Islam
  10 Malaikat

  25 Rasul
  99 Asmaul Husna

  6 Rukun Iman

  5 Rukun Islam

Album LAGU LAGU HAFALAN lebih kepada album Islamik edutainment.  Album ini diterbitkan dengan niat untuk mempermudahkan anak anak mengenal dan menghafal secara mudah ilmu ilmu Islam secara berlagu ... menghafal sambil berhibur.

MUSAFIR PERJUANGAN - Raihan (2010)

MUSAFIR PERJUANGAN Raihan
(Raihan Records / Warner, 2010)

  Musafir Kelana

  Allah Is Calling

  Nun Di Sana

  God Is The Light

  Tanpa Agama

14 tahun berkelana dalam industri nasyid, Raihan muncul dengan mini album, MUSAFIR PERJUANGAN.  Walaupun hanya menampilkan 5 buah lagu tetapi ia penuh dengan mesej ke arah kebaikan dunia dan akhirat.  Lagu lagu pilihan kali adalah lagu nostalgia yang sememangnya sudah lama sebati dengan pendengar setia nasyid dari generasi ke generasi.  Bagi Raihan terdapat dua buah lagu yang cukup mengesankan mereka iaitu 'Nun Di Sana' nyanyian asal Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim (Rabbani) yang didedikasikan kepada beliau di atas ketulusannya memperjuang dan memartabatkan irama nasyid tanahair.  Manakala lagu 'Allah Is Calling' mereka dedikasikan kepada penyanyi asal Allahyarham Azhari Ahmad (Raihan) dan Allahyarham Salleh Ramli (Hijjaz) kerana mereka adalah sahabat yang telah menjadi insiprasi dan tunggak dalam menyuburkan rasa kecintaan kepada Allah dan Rasulnya.

PRAISES FOR THE PROPHET - Raihan (2008)

PRAISES FOR THE PROPHET (Versi Acapella) Raihan
(Raihan Records, 2008)

  Solawatul Murtadha

  Solawatul Burdah

  Ya Rasulallah Salamun Alaik

  Solawatus Syafaah

  Solawatul Mustafa

  Assubhu Bada

  Solawatul Fathilah

  Tholaal Badru

Album ini agak berbeza kerana buat pertama kalinya Raihan tampil dengan mempersembahkan koleksi solawat dalam versi Acapella.

 

 

KOLEKSI ABADI - Raihan (2007)

KOLEKSI ABADI Raihan
(Warner Music, 2007)

CD 1:

 Puji Pujian  Iman Mutiara  Rayuan Rindu  Solatuwasalam  Syukur  25 Rasul  Bismillah  Senyum  Demi Masa  I'tiraf (featuring Yasin & Putra Putri Raudhah)

CD 2:

Ya Nabi Salamun Alaika (Rasul Junjungan) (Raihan, NowSeeHeart, Hijjaz, Brothers & Amaluddin)  Gema Alam  Allahu  Taqwa Dan Iman (featuring S Jibeng)  Assalamualaikum  99 Names  Puasa Dulu Baru Raya  Satu Pagi Di Hari Raya (with NowSeeHeart)  Tawakkal  Doa Makan

VCD

 Puji Pujian  Iman Mutiara  Syukur  25 Rasul  Bismillah  Senyum  Demi Masa  I'tiraf  Ya Nabi Salamun Alaika (Rasul Junjungan)  Allahu  Dari Tuhan (featuring Awie & Man Kidal)  Assalamualaikum  Puasa Dulu Baru Raya  Doa Makan

TAWAKKAL - Raihan (2006)

TAWAKKAL – Raihan
(Warner Music, 2006)

  Tawakkal

  Doa Makan

  Mata Massa

  Keindahan Alam

  Wahai Saudara

  Tholaal Badru

  Bit Taqwa

  Salamunalaik

  InsyaAllah

  Salaam (featuring Miloud ‘France’ Zenasni)

AMEEN - Raihan (2005)

AMEEN – Raihan
(Warner Music, 2005)

  99 Names

  Puasa Dulu Baru Raya!

  Berilah Harapan

  Dikir Raihan Zikir

  Do You Know Him? (featuring Mecca To Medina)

  Wahai Kawan

  Adik Remajaku

  Keikhlasan

  Terimalah Aku

  Ameen

BACALAH: KOLEKSI TERBAIK 1 DEKAD - Raihan (2005)

BACALAH: KOLEKSI TERBAIK 1 DEKAD Raihan
(Warner Music, 2005)

 Bacalah (lagu baru)  Assalamualaikum (lagu baru)  Puji Pujian  Syukur  Bismillah  Ashabul Kahfi  Mari Bersolat  Allahu  Utusan Terakhir  Iman Mutiara  Demi Masa  Cing Ai Ching Ai  Ababil  Terima Kasih Ya Rasulallah  God Is The Light (featuring Yusuf Islam)  Dari Tuhan (featuring Awie & Man Kidal)

Album kompilasi kedua kumpulan Raihan ini diterbitkan sempena Ulangtahun 1 dekad mereka di persada muzik tanahair.  Walaupun 10 tahun telah berlalu, Raihan masih relevan untuk diminati dan menjadi satu-satunya kumpulan nasyid yang mampu bertahan.  Terdapat sebuah lagu baru 'Bacalah' dan memberi nafas baru untuk lagu 'Assalamualaikum' yang pernah dipopularkan oleh kumpulan nasyid wanita dari Singapura iaitu Al Jawaher.

ALLAHU - Raihan (2004)

ALLAHU – Raihan
(Warner Music, 2004)

  Allahu

  Taqwa Dan Iman (featuring S Jibeng)

  Antara Dua Cinta

  ‘Araftu Ka (featuring Mohamed Al-Husayyan)

  Doa Tilawah

  Ababil

  Sifat Sifat Nabi

  Pesanan Buat Kita

  Your Face Is Bright

  Dari Tuhan (featuring Awie & Man Kidal)

GEMA ALAM - Raihan (2002)

GEMA ALAM Raihan
(Warner Music, 2002)

  Mari Bersolat

  Gema Alam

  Cing Ai Ching Ai

  Assubhubada

  Perjalanan

  Dunia

  Tanya Ibu Dan Ayah

  Untukmu Palestin

  The Right Path

  Mengemis Kasih

DEMI MASA - Raihan (2001)

DEMI MASA – Raihan
(Warner Music, 2001)

  Tihamah

  Demi Masa

  Kasih Sayang

  Mari Berhibur

  Bonds Of Love

  Puji Pujian II

  Carilah Cinta

  Ashabul Kahfi

  Yang Disembah

  Kita Sama

KOLEKSI NASYID TERBAIK - Raihan (2000)

KOLEKSI NASYID TERBAIK Raihan
(Warner Music, 2000)

 I’tiraf (featuring Yasin & Putra Putri Raudhah) (lagu baru)  Haji Menuju Allah (lagu baru)  Senyum  Cahaya Selawat  Puji Pujian  Sesungguhnya  Iman Mutiara  Thank You Allah  Peristiwa Subuh  Syukur  25 Rasul  Bismillah  Ya Rasullullah  Rakan Selawat (Kenangan)  Ya Nabi Salamun Alaika (Rasul Junjungan)  Al-Hijrah (lagu baru)

Album ini merupakan album kompilasi pertama kumpulan nasyid Raihan setelah menghasilkan 3 album studio yang kesemuanya mendapat sambutan hangat terutamanya album PUJI PUJIAN.  Selain memuatkan seleksi terbaik lagu-lagu dari 3 album studio terawal Raihan tersebut, album koleksi ini turut menampilkan 3 buah lagu baru termasuk 'I'tiraf' yang kemudiannya dipilih untuk menjadi lagu tema filem SYUKUR (2000) arahan Eddie Pak yang diterbitkan MIG Pictures.

MAAFKAN - Raihan (1999)

MAAFKAN Raihan
(Warner Music, 1999)

  Lebaran Ini (Raihan, NowSeeHeart, Rem & Ajai)

  Harapan Ramadhan (Raihan & Man Bai)

  Gema Takbir (Raihan & NowSeeHeart)

  Lailatul Qadar (Raihan)

  Mulianya Ramadhan (Rem)

  Ke Desa (NowSeeHeart)

  Hari Raya Untuk Semua (Raihan & NowSeeHeart)

  Iktibar Ramadhan (Amir)

  Satu Pagi Di Hari Raya (Raihan & NowSeeHeart)

  Rindu Di Pagi Aidilfitri (Ajai)

SENYUM - Raihan (1999)

SENYUM Raihan
(Warner Music, 1999)

  Bismillah

  Senyum

  Tak Selamanya

  Nabi Anak Yatim (featuring NowSeeHeart)

  Cinta Hakiki

  Bersatu

  Anak Pemata

  Ya Rasullallah

  10 Malaikat

  Cahaya Selawat

  Bismillah (acapella)

SYUKUR - Raihan (1997)

SYUKUR Raihan
(Warner Music, 1997)

  Syukur

  Balada Selawat

  Khabar Iman

  Kita Hamba

  Thank You Allah

  Seal Of The Prophet (Rakan Selawat) (featuring Yusuf Islam)

  Rukun Kita

  Odei Anak

  Damba Cintamu

  25 Rasul

  God Is The Light (featuring Yusuf Islam)

  Syukur (acapella)

PUJI PUJIAN - Raihan (1997)

PUJI PUJIAN Raihan
(Warner Music, 1997)

  Puji Pujian

  Peristiwa Subuh

  Iman Mutiara

  Sifat 20

  Rakan Selawat (Kenangan)

  Sesungguhnya

  Rayuan Rindu

  Rakan Selawat (Maulid) (featuring Ustaz Amaluddin)

  Kembali

  Asolatuwassalam (featuring Ustaz Amaluddin)

SEJARAH PERJALANAN SENI KUMPULAN RAIHAN

Sumber: Daripada inlay KOLEKSI NASYID TERBAIK RAIHAN (VCD, 2000)

Sekumpulan anak muda yang prihatin dan merasa bertanggungjawab untuk menasihati dan mendidik jiwa para peminat muzik tanahair untuk menikmati irama dan lirik yang memuji kebesaran Allah dan RasulNya telah merealisasikan kewujudan kumpulan RAIHAN.  Raihan yang bermakna 'Haruman Dari Syurga' dianggap sebagai pelopor nasyid era baru yang menerapkan konsep kontemporari dalam bernasyid dengan mengambil satu pendekatan yang lebih moden, progresif, berani dan telus dalam melaksanakan mesej perjuangannya.

Raihan ditubuhkan pada Oktober 1996 dengan dianggotai oleh Zairie Ahmad, Nazrey Johani, Abu Bakar Mohd Yatim, Amran Ibrahim, Che Amran Idris dan Farihin Abdul Fatah selaku penerbit dan pengurus.

Kelahiran album sulung Raihan (Januari 1997) berjudul PUJI-PUJIAN telah menggegarkan dunia muzik tempatan dengan sambutan peminat dan penjualan album yang sungguh luarbiasa (160,000 unit dalam masa dua bulan).  Sekaligus membuktikan kemampuannya bersaing dengan irama-irama lain yang lebih popular.  Paduan suara harmoni yang sungguh mantap penuh bertenaga dan dinyanyikan secara 'acapella' benar-benar menambat hati para peminatnya yang terdiri daripada pelbagai peringkat dan golongan.

Sejak itu, lagu-lagu Raihan sering berkumandang di radio, TV dan pelbagai media.  Malah 'Puji-Pujian' telah menguasai carta lagu-lagu popular/album terlaris RIM.  Konsert-konsert mereka terus dibanjiri peminat, seolah-olah merestui dan bersama mengiringi perjuangan Raihan yang dianggap sebagai satu perjuangan untuk meninggikan syariat Islam demi pembangunan insan yang lebih bertakwa kepada Allah Yang Maha Esa!

Kejayaan album PUJI-PUJIAN yang mencatat sejarah penjualan sehingga melebihi 600,000 unit telah melayakkan Raihan menerima anugerah luarbiasa iaitu 'Anugerah Platinum Berkembar 12' yang julung-julung kali pernah dirai oleh artis tempatan.  Raihan juga menerima 'Anugerah Platinum Berkembar Dua' apabila album itu dinobatkan sebagai 'Album Melayu Paling Laris' di Singapura.

Raihan turut meraih pelbagai anugerah di MALAM ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 1998 dengan memenangi Anugerah Artis Baru Terbaik Berkumpulan, Anugerah Album Nasyid Terbaik, Anugerah Kembara dan Anugerah Album Terbaik 98!  Dan turut muncul sebagai Penyanyi Berkumpulan Paling Popular bagi ANUGERAH BINTANG POPULAR 1997/1998.

Bintang Raihan terus bersinar.  Albumnya turut mendapat sambutan di pasaran luar negara seperti di Indonesia, Singapura dan Brunei.  Malah, pada Oktober-November 1997, Raihan menjelajahi dunia dengan mengadakan Konsert Bergerak di 11 wilayah di United Kingdom dan mendapat pengiktirafan antarabangsa untuk memberikan persembahan khas sempena Persidangan Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) di Scotland dengan sambutan di luar dugaan!  Kejayaan gemilang Raihan telah memberi nafas baru kepada dunia nasyid tanahair dan menjadi sumber inspirasi dan penyuntik semangat kepada beberapa kumpulan lain yang membawa pendekatan yang hampir sama.

16 Disember 1997, lahirlah album SYUKUR.  Album kedua Raihan yang masih mengekalkan konsep yang sama ini juga telah menempa sejarahnya yang tersendiri.  Pada hari pertama pelancaran, sebanyak 100,000 unit telah terjual!  Sesungguhnya sekali lagi Raihan telah membuktikan keunggulannya memang sukar digugat.  Raihan turut berkerjasama denga bekas penyanyi pop British iaitu Yusof Islam yang telah menyumbang tiga buah lagu untuk album tersebut.

Album ketiga Raihan SENYUM ini membawa pembaharuan yang agak ketara berbanding dengan dua albumnya yang terdahulu.  Perlatan muzik tradisional seperti gendang, kompang, rebana, gamelan dan angklung digabungkan dengan elemen bunyi Afrika seperti bonggo, congga, dram bata dan surdi.  Menerusi album ini ternyata persembahan vokal Raihan semakin matang dan bertenaga.  Tidak hairanlah pada Malam Anugerah Industri Muzik 1999 (AIM) Raihan sekali lagi berjaya menggondol Anugerah Album Nasyid Terbaik dan Anugerah Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik!  Album SENYUM ini juga dianggap sebagai lanjutan daripada luahan kesyukuran Raihan terhadap semua kejayaan gemilang yang mereka kecapi selama ini. 

Cita-cita mereka untuk berdakwah dan memartabatkan lagu-lagu nasyid yang mengandungi pelbagai nasihat demi manjamin kesejahteraan kehidupan manusia hampir tercapai.  Namun bagi Raihan, perjuangan mereka masih belum selesai!  Walau apapun jua, insyaAllah perjuangan ini akan diteruskan lagi bersama-sama doa restu setiap peminatnya dan mereka yang sedar dan insaf tentang keagungan dan keEsaan Allah SWT.  InsyaAllah.

Diskografi kumpulan raihan

(menyenaraikan diskografi lengkap Kaset/CD Raihan termasuk album yang memasukkan lagu baru dalam album kompilasinya sendiri ataupun dalam album kompilasi perlbagai artis)

  PUJI pUJIAN - Raihan (CD - Warner, 1997)

Senarai lengkap trek lagu untuk album ini rujuk info CD PUJI PUJIAN di atas.

  SYUKUR - Raihan (CD - Warner, 1997)

Senarai lengkap trek lagu untuk album ini rujuk info CD SYUKUR di atas.

  JUNJUNGAN MULIA - Various Artists (CD - Warner-BMG, 1998)

Album kompilasi ini turut menampilkan sebuah lagu rakaman baru 'Ya Nabi Salamun Alaika' kolaborasi Raihan bersama NowSeeHeart, Hijjaz, Brothers dan Ustaz Amaluddin)

  SENYUm - Raihan (CD - Warner, 1999)

Senarai lengkap trek lagu untuk album ini rujuk info CD SENYUM di atas.

  maafkan - Raihan (CD - Warner, 1999)

Populariti Raihan yang hebat mendatangkan tuah kepada mereka kerana syarikat rakaman Warner Music telah menerbitkan album raya mereka tetapi turut mengundang artis-artis seperti NowSeeHeart, Ajai, Man Bai, Rem dan Amir (kumpulan Pearl).

Senarai lengkap trek lagu untuk album ini rujuk info CD MAAFKAN di atas.

  KOLEKSI NASYID TERBAIK - Raihan (CD - Warner, 2000)

Senarai lengkap trek lagu untuk album ini rujuk info CD KOLEKSI NASYID TERBAIK di atas.

  KEAMANAN - Various Artist (single) (Safinah Musik, 1999)

Lagu: Mujahid Abdul Wahab              Lirik: Jef Hazimin Jaafar            

Raihan turut terlibat dalam penghasilan single 'Keamanan' berkolaborasi bersama Rabbani, Jauhari, Nowseeheart, Saujana, Hijjaz, Mustika, Brothers & Ustaz Amaluddin.

  SYUKUR 21 (OST) (CD - MIG-Warner, 2000)

Terdapat 2 buah lagu nyanyian Raihan yang dimuatkan dalam album soundtrack filem bergenre futuristik SYUKUR 21 arahan Eddie Pak dan terbitan MIG Pictures.  Lagu-lagu tersebut ialah 'I'tiraf' yang diambil dari album KOLEKSI NASYID TERBAIK RAIHAN (1999) dan sebuah lagu baru 'Raudah Bersatu'.  Filem ini turut dilakonkan oleh kumpulan Raihan. 

  JUNJUNGAN MULIA 2 - Various Artists (CD - Warner-BMG, 2000)

Album kompilasi ini turut menampilkan sebuah lagu yang pernah Raihan rakamkan untuk album SENYUM (1999), 'Cahaya Selawat'.  Tetapi kali ini lagu tersebut dinyanyikan secara beramai-ramai dengan kumpulan nasyid Hijjaz, Saujana, NowSeeHeart, Rabbani dan Mirwana.

  3 DIMENSI KUMPULAN NASYID TERBAIK - Raihan, Rabbani & Hijjaz (CD - Warner, 2001)

Senarai lagu;

Puji Pujian (Raihan) Assalamualaikum (Rabbani) Rindu (Hijjaz) Syukur (Raihan) Muhammad Ya Habibi (Rabbani) Pelita Hidup (Hijjaz) Haji Menuju Allah (Raihan) Solla'alaikallah (Rabbani) Zapin Kesyukuran (Hijjaz) Bismillah (Raihan) Doa Dan Pujian (Rabbani) Rasullullah (Hijjaz)

  DEMI MASA - Raihan (CD - Warner, 2001)

Senarai lengkap trek lagu untuk album ini rujuk info CD DEMI MASA di atas.

  JUNJUNGAN MULIA 3 - Various Artists (CD - Warner, 2002)

Album kompilasi ini turut menampilkan sebuah lagu nasyid klasik yang amat popular, 'Junjungan Mulia' yang dirakam semula oleh Raihan berkolaborasi dengan NowSeeHeart, Hijjaz, In-Team dan Saujana.  Lagu asal adalah nyanyian kumpulan nasyid dari Singapura, Al Mizan.

  GEMA ALAM - Raihan (CD - Warner, 2002)

Senarai lengkap trek lagu untuk album ini rujuk info CD GEMA ALAM di atas.

  MUHAMMAD UTUSAN TERAKHIR (OST) (CD - Warner, 2003)

Kesemua lagu-lagu dalam album runut bunyi MUHAMMAD UTUSAN TERAKHIR adalah lagu lagu ciptaan baru termasuk 2 buah lagu nyanyian Raihan, 'Utusan Terakhir' dan 'Terima Kasih Ya Rasulullah'.  Lagu lagu dari album ini adalah untuk dimuatkan dalam filem MUHAMMAD UTUSAN TERAKHIR versi bahasa Malaysia dihasilkan pada tahun 2003 oleh Flare Studio Sdn Bhd Muhammad Utusan Terakhir (Muhammad: The Last Prophet) merupakan filem animasi epik berdasarkan sirah Nabi Muhammad dan perkembangan awal Islam yang diarahkan oleh Richard Rich dan dihasilkan oleh RichCrest Animation Studios. 

  ALLAHU - Raihan (CD - Warner, 2004)

Senarai lengkap trek lagu untuk album ini rujuk info CD ALLAHU di atas.

  SIRAH JUNJUNGAN - Various Artists (CD - PIN & ABI / FMC, 2004)

Sebuah album yang menyenaraikan lagu-lagu nasyid cipitaan baru yang liriknya adalah berkenaan sirah nabi junjungan Muhammad SAW.  Raihan tampil dengan dua lagu, 'Khabaran Rasul' berkolabroasi dengan Rabbani, Hijjaz & DJ Erwan, dan 'Kau Istimewa' bersama Saff-One, Amrain & Haikal.

  BACALAH: KOLEKSI TERBAIK 1 DEKAD - Raihan (CD - Warner, 2005)

Senarai lengkap trek lagu untuk album ini rujuk info CD BACALAH: KOLEKSI TERBAIK 1 DEKAD di atas.

  AMEEN - Raihan (CD - Warner, 2005)

Senarai lengkap trek lagu untuk album ini rujuk info CD AMEEN di atas.

  TAWAKKAL - Raihan (CD - Warner, 2006)

Senarai lengkap trek lagu untuk album ini rujuk info CD TAWAKKAL di atas.

  koleksi abadi - Raihan (CD - Warner, 2007)

Senarai lengkap trek lagu untuk album ini rujuk info CD KOLEKSI ABADI di atas.

  PRAISES FOR THE PROPHET (Versi Acapella) - Raihan (CD - Raihan Records, 2008)

Senarai lengkap trek lagu untuk album ini rujuk info CD PRAISES FOR THE PROPHET di atas.

  terunggul (nasyid no. 1): koleksi emas vol. 1 - Raihan (CD - Warner, 2009)

Senarai lagu;

Puji Pujian Iman Mutiara Sesungguhnya Rayuan Rindu Assolatuwassalam (featuring Ustaz Amaluddin) Syukur Allahu Senyum Balada Selawat Damba Cintamu Kita Hamba Odei Anak Thank You Allah Bersatu Mengemis Kasih (Nazrey Johani featuring Far East)

  terunggul (nasyid no. 1): koleksi emas vol. 2 - Raihan (CD - Warner, 2009)

Senarai lagu;

Nabi Anak Yatim Cinta Hakiki Bismillah Ya Rasullallah Haji Menuju Allah Demi Masa Ababil Ashabul Kahfi I'tiraf (featuring Yasin & Putra Putri Raudhah) Untukmu Palestin Tawakkal Bacalah Ya Nabi Salamun Alaika (Rasul Junjungan) 99 Names Doa Makan Tak Seindah Sentuhan Mata (Nazrey Johani)

 SALAWATHERAPY (PRAISES FOR THE PROPHET) - Raihan (CD - Raihan Records, 2009)

Album untuk pasaran internasional ini adalah lagu-lagu yang diambil dari album PRAISE FOR THE PROPHET (2007) dan ditambah dengan sebuah lagu rakaman baru 'Assolatuwassalam 2009 version'.

  terunggul (nasyid no. 1): 31 lagu koleksi emas - Raihan (CD - Warner, 2009)

CD berkembar ini adalah trek lagu lagu dari 2 album kompilasi Raihan, TERUNGGUL (NASYID NO. 1) KOLEKSI EMAS VOL 1 & 2 yang sebelumnya diterbitkan dan diedarkan dalam pakej yang berasingan. 

  musafir perjuangan - Raihan (CD - Raihan Records-Warner, 2010)

Senarai lengkap trek lagu untuk album ini rujuk info CD musafir perjuangan di atas.

  we're brothers and sisters - Genius Aulad Talents (CD - Genius Aulad Edutainment / Raihan Records, 2010)

Genius Aulad Talents yang terdiri dari pelajar dan bekas pelajar Genius Aulad yang berusia 3 hingga 12 tahun turut sama mengundang kumpulan nasyid Raihan untuk bergandingan dalam dua buah lagu iaitu 'We're Bothers and Sisters' dan 'The Last Train'.  Album WE'RE BOTHERS AND SISTERS ini merupakan usaha murni Genius Aulad Learning Consultancy Sdn Bhd dalam menghasilkan produk Islam bukan sahaja bagi pasaran tempatan malah untuk pasaran antarabangsa.  Album ini menampilkan irama kontemporari di samping alunan suara kanak-kanak dari Genius Aulad Talents yang bersemangat dalam melaungkan mesej persaudaraan, kasih sayang dan cinta kepada Allah dan Rasul, agama, ibubapa dan manusia sejagat.

Senarai lagu;

We're Brothers And Sisters (featuring Raihan) When I Grow Up Presents We Love Nabee Muhammad The Last Train (featuring Raihan) My Kind Grandma Ipoh Tree Wudhu Why We're Borthers And Sisters (Sing-A-Long version) The Last Train (Sing-A-Long version) When I Grow Up (Sing-A-Long version)

  lagu lagu hafalan - Raihan (CD - Raihan Records-Warner, 2011)

Senarai lengkap trek lagu untuk album ini rujuk info CD lagu lagu hafalan di atas.

  lagenda hit - Raihan (CD - Warner, 2011)

Senarai lagu;

CD1: Puji Pujian Iman Mutiara Sesungguhnya Rayuan Rindu Assolatuwassalam (featuring Ustaz Amaluddin) Syukur Allahu Senyum Balada Selawat Damba Cintamu Kita Hamba Odei Anak Thank You Allah Bersatu God Is The Light (featuring Yusuf Islam)

CD2: Nabi Anak Yatim (featuring NowSeeHeart) Cinta Hakiki Bismillah Ya Rasulullah Haji Menuju Allah Demi Masa Ababil Ashabul Kahfi I'tiraf (featuring Yasin & Putra Putri Raudhah) Untukmu Palestin Tawakkal Bacalah Ya Nabi Salamun Alaika (Rasul Junjungan) (featuring NowSeeHeart, Hijjaz, Brothers & Ustaz Amaluddin) 99 Names Doa Makan Seal Of The Prophet (Rakan Selawat) (featuring Yusuf Islam)

  zikir teraphy - Raihan (CD - Raihan Records, 2011)

Senarai lengkap trek lagu untuk album ini rujuk info CD zikir teraphy di atas.

  sempurna - Raihan (CD - Warner, 2012)

Senarai lagu;

CD1: 25 Rasul 99 Names Ababil Adik Remajaku Allahu Al Hijrah Ameen Anak Permata Antara Dua Cinta ‘Araftu Ka (featuring Mohamed Al-Husayyan) Ashabul Kahfi Assalamualikum Assolatussalam (featuring Ustaz Amaluddin) Assubhubada Bacalah Bit Taqwa

CD2: Balada Selawat Berilah Harapan Bersatu Bismillah Bonds Of Love Cahaya Selawat Carilah Cinta Cing Ai Ching Ai Cinta Hakiki Damba Cintamu Dari Tuhan (featuring Awie) Demi Masa Dikir Raihan Zikir Do You Know Him (featuring Mecca2Medina) Doa Makan

CD3: Doa Tilawah Dunia Gema Alam Gema Takbir (duet NowSeeHeart) Haji Menuju Allah Harapan Ramadhan (featuring Man Bai) Hari Raya Untuk Semua (featuring NowSeeHeart) I'tiraf (featuring Yasin & Putra Putri Raudhah) Iman Mutiara InsyAllah Kasih Sayang Keikhlasan Keindahan Alam Kembali Khabar Iman Kita Hamba

CD4: Kita Sama Lailatul Qadar Lebaran Ini (featuring NewSeeHeart, Rem & Ajai) Mari Berhibur Mari Bersolat Mata Massa Mengemis Kasih Nabi Anak Yatim Odei Anak Peristiwa Subuh Perjalanan Pesana Buat Kita Puasa Dulu Baru Raya! Puji Pujian Rakan Selawat (Maulid) Rayuan Rindu Rukun Kita

CD5: Salaam (featuring Miloud ‘France’ Zenasni) Salamunalaik Satu Pagi Di Hari Raya (featuring NowSeeHeart) Senyum Sesungguhnya Sifat 20 Sifat Sifat Nabi Syukur Tak Selamanya Tanya Ibu Dan Ayah Taqwa Dan Iman (duet S Jibeng) Tawakkal Terima Kasih Ya Rasulullah Terimalah Aku Thank You Allah The Right Path

CD6: Tholaal Badru Tihamah Untukmu Palestin Wahai Kawan Wahai Saudara Ya Nabi Salamun Alaika (Rasul Junjungan) (featuring NowSeeHeart, Hijjaz, Brothers & Amaluddin) Ya Rasulullah Yang Di Sembah Your Face Is Bright Bismillah (acapella) Syukur (acapella) Puji Pujian II The Right Path (remix) Rakan Selawat (Kenangan) 10 Malaikat

  zikir & salawat theraphy - Raihan (CD - Raihan Records, 2013)

Album kompilasi ini adalah seleksi dari dua album terbitan Raihan Records, PRAISES FOR THE PROPHET (Versi Acapella) (2008) dan ZIKIR TERAPHY (2011) dan 'Assolatuwassalam' diambil dari album edisi internasional, SALAWATHERAPY (PRAISES FOR THE PROPHET) (2009).

Senarai lagu;

Assolatuwassalam (versi 2009) Allah Ya Allah Solawatul Murtadha Ya Dzal Jalali Wal Ikram Solawatul Burdah Syahadah Ya Allah Solawatus Syafaah Solawatul Mustafa Doa Taubat (Ilahi Lastu Lil Firdaus) Assubhu Bada At Tahmid & Istighfar Solawatul Fathilah

  hijrah 1434 - Rabbani & Raihan (CD - Warner, 2013)

Senarai lagu;

CD1 Raihan: Syukur Haji Menuju Allah Senyum Sesungguhnya Thank You Allah Peristiwa Subuh 25 Rasul Bismillah Rakan Selawat (Kenangan) Ya Nabi Salamun Alaika (Rasul Junjungan) (Raihan featuring NowSeeHeart, Hijjaz, Brothers & Ustaz Amaluddin) I'tiraf (Raihan featuring Yasin & Puteri Puteri Raudhah) Cahaya Selawat Al Hijrah Puji Pujian Demi Masa Iman Mutiara

CD2 Rabbani: Iqrar Alhamdulillah Makrifatullah Anak Soleh Intifada Berkorban Apa Saja Apa Yang Kau Tahu Wawasan Hijrah Kerlipan Cinta Assalamualaikum Pergi Tak Kembali Saksi (Rabbani featuring Mawi) Muhammad Ya Habibi Sollallah Ala Yassin Menteri Merah Di Ufuk Timur (Rabbani featuring Amy Search) Doa Dan Pujian

  raihan 20 tahun (CD - Warner, 2014)

Senarai lagu;

CD1: Puji Pujian 25 Rasul Assalamualaikum 10 Malikat Allahu I'tiraf (Raihan featuring Yasin & Puteri Puteri Raudhah) Al Hijrah Senyum Ameen Asolatuwassalam (featuring Ustaz Amaluddin) Bacalah Bismillah Ababil Cahaya Selawat Kasih Sayang Cinta Hakiki

CD2: Gema Alam Damba Cintamu 99 Names Demi Masa Rayuan Rindu Doa Makan Ashabul Kahfi Haji Menuju Allah Wahai Kawan Iman Mutiara InsyaAllah Khabar Iman Antara Dua Cinta Lailatul Qadar Ya Nabi Salamun Alaika (Rasul Junjungan) (featuring NowSeeHeart, Hijjaz, Brothers & Ustaz Amaluddin) Ya Rasullallah Tawakkal

CD3: Carilah Cinta Mari Bersolat Peristiwa Subuh Tholaal Badru Salamunalaik Sesungguhnya Sifat 20 Sifat Sifat Nabi Nabi Anak Yatim Berilah Harapan Syukur Dunia Tihamah Untukmu Palestine Yang Di Sembah

  KOLEKSI LAGU LAGU TERBAIK - Raihan (SIRI MAMPU MILIKi) (CD - Warner, 2014)

Senarai lagu;

Puji Pujian Senyum Syukur Iman Mutiara Rayuan Rindu Allahu Sesungguhnya Damba Cintamu Odei Anak Assolatusasalam (featurinng Ustaz Amaluddin) Bismillah Ya Rasullallah Ashabul Kahfi Ya Nabi Salamun Alaika (Rasul Junjungan) (Raihan featuring NowSeeHeart, Hijjaz, Brothers & Ustaz Amaluddin)

  iqra - Mawi & Raihan (CD - Warner, 2014)

Senarai lagu;

CD1: Puji Pujian (Raihan) Al Haq ... Yang Satu (Mawi featuring AC Mizal) Syukur (Raihan) Doa Dalam Lagu (Mawi & Heliza) Allahu (Raihan) Cinta Hakiki (Mawi) Iman Mutiara (Raihan) Al Jannah (Mawi) Demi Masa (Raihan) Sirah Rabiulawal (Mawi featuring Wariqissalam) Dari Tuhan (Raihan featuring Awie) Ya Salam (Mawi & Yasin) Bismillah (Raihan) Sesungguhnya (Mawi featuring Akhil Hayy, Ustaz Asri Ibrahim & Ustaz Amaluddin)

CD2: Iqra (Mawi featuring Raihan) Ashabul Kahfi (Raihan) Hambamu (Mawi & Akhil Hayy) Senyum (Raihan) Marhaban Rangkaian Selawat (Mawi featuring Raihan & Ustaz Amaluddin) 99 Names (Raihan) Cinta Zulaika (Mawi) 25 Rasul (Raihan) Saksi (Mawi featuring Rabbani) Rakan Selawat (Maulid) (Raihan featuring Ustaz Amaluddin) Sujud (Mawi fetauring KRU) Ya Nabi Salamun Alaika (Rasul Junjungan) (Raihan featuring NowSeeHeart, Hijjaz, Brothers & Ustaz Amaluddin) Yang Tercinta (Mawi) Asolatuwassalam (Raihan featuring Ustaz Amaluddin)

  SESUNGGUHNYA 2019 - Alif Satar featuring Raihan (single) (Sony, 2019)

Lagu & Lirik: Nazrey Johani            

Single 'Sesungguhnya 2019' merupakan sebuah lagu yang amat popular nyanyian asal kumpulan Raihan, petikan dari album perdana mereka PUJI PUJIAN (Warner, 1997).  Terkini Alif Satar telah memberi nafas baru lagu ini dengan berkolaborasi bersama penyanyi asal lagu tersebut, kumpulan Raihan.  Single tersebut belum di muatkan dalam mana-mana album/kompilasi Alif Satar ataupun Raihan.

  damba cintamu - Alif Satar featuring Raihan (single) (Aset Records, 2020)

Lagu & Lirik: Abu Bakar Md Yatim           

Single 'Damba Cintamu' merupakan sebuah lagi lagu yang amat popular nyanyian asal kumpulan Raihan, petikan dari album kedua mereka SYUKUR (Warner, 1997).  Alif Satar telah memberi nafas baru lagu ini dengan berkolaborasi bersama penyanyi asal lagu tersebut, kumpulan Raihan.  Single tersebut belum di muatkan dalam mana-mana album/kompilasi Alif Satar ataupun Raihan.

  THE SUNNAH THE BETTER - Alif Satar & The Locos featuring Raihan (EP) (Warner, 2022)

EP ini hanya mengandungi 5 lagu nyanyian Alif Satar bersama kumpulannya The Locos.  Apa yang istimewa berkenaan album ini kesemuanya lagu-lagunya pernah dipopularkan oleh kumpulan nasyid tersohor, Raihan.  Alif Satar & The Locos turut mengundang penyanyi asal Raihan berkolaborasi untuk kesemua lagu tersebut.             

Senarai lagu;

Bismillah 25 Rasul Puji Pujian & Syukur (medley) Assolatuwassalam Rayuan Rindu