![]() |
sejarah Ringkas perjalanan seni raihan Sumber: Daripada inlay KOLEKSI NASYID TERBAIK RAIHAN (VCD, 2000) Sekumpulan anak muda yang prihatin dan merasa bertanggungjawab untuk menasihati dan mendidik jiwa para peminat muzik tanahair untuk menikmati irama dan lirik yang memuji kebesaran Allah dan RasulNya telah merealisasikan kewujudan kumpulan RAIHAN. Raihan yang bermakna 'Haruman Dari Syurga' dianggap sebagai pelopor nasyid era baru yang menerapkan konsep kontemporari dalam bernasyid dengan mengambil satu pendekatan yang lebih moden, progresif, berani dan telus dalam melaksanakan mesej perjuangannya. Raihan ditubuhkan pada Oktober 1996 dengan dianggotai oleh Zairie Ahmad, Nazrey Johani, Abu Bakar Mohd Yatim, Amran Ibrahim, Che Amran Idris dan Farihin Abdul Fatah selaku penerbit dan pengurus. Kelahiran album sulung Raihan (Januari 1997) berjudul PUJI-PUJIAN telah menggegarkan dunia muzik tempatan dengan sambutan peminat dan penjualan album yang sungguh luarbiasa (160,000 unit dalam masa dua bulan). Sekaligus membuktikan kemampuannya bersaing dengan irama-irama lain yang lebih popular. Paduan suara harmoni yang sungguh mantap penuh bertenaga dan dinyanyikan secara 'acapella' benar-benar menambat hati para peminatnya yang terdiri daripada pelbagai peringkat dan golongan. Sejak itu, lagu-lagu Raihan sering berkumandang di radio, TV dan pelbagai media. Malah 'Puji-Pujian' telah menguasai carta lagu-lagu popular/album terlaris RIM. Konsert-konsert mereka terus dibanjiri peminat, seolah-olah merestui dan bersama mengiringi perjuangan Raihan yang dianggap sebagai satu perjuangan untuk meninggikan syariat Islam demi pembangunan insan yang lebih bertakwa kepada Allah Yang Maha Esa! Kejayaan album PUJI-PUJIAN yang mencatat sejarah penjualan sehingga melebihi 600,000 unit telah melayakkan Raihan menerima anugerah luarbiasa iaitu 'Anugerah Platinum Berkembar 12' yang julung-julung kali pernah dirai oleh artis tempatan. Raihan juga menerima 'Anugerah Platinum Berkembar Dua' apabila album itu dinobatkan sebagai 'Album Melayu Paling Laris' di Singapura. Raihan turut meraih pelbagai anugerah di MALAM ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 1998 dengan memenangi Anugerah Artis Baru Terbaik Berkumpulan, Anugerah Album Nasyid Terbaik, Anugerah Kembara dan Anugerah Album Terbaik 98! Dan turut muncul sebagai Penyanyi Berkumpulan Paling Popular bagi ANUGERAH BINTANG POPULAR 1997/1998. Bintang Raihan terus bersinar. Albumnya turut mendapat sambutan di pasaran luar negara seperti di Indonesia, Singapura dan Brunei. Malah, pada Oktober-November 1997, Raihan menjelajahi dunia dengan mengadakan Konsert Bergerak di 11 wilayah di United Kingdom dan mendapat pengiktirafan antarabangsa untuk memberikan persembahan khas sempena Persidangan Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) di Scotland dengan sambutan di luar dugaan! Kejayaan gemilang Raihan telah memberi nafas baru kepada dunia nasyid tanahair dan menjadi sumber inspirasi dan penyuntik semangat kepada beberapa kumpulan lain yang membawa pendekatan yang hampir sama. 16 Disember 1997, lahirlah album SYUKUR. Album kedua Raihan yang masih mengekalkan konsep yang sama ini juga telah menempa sejarahnya yang tersendiri. Pada hari pertama pelancaran, sebanyak 100,000 unit telah terjual! Sesungguhnya sekali lagi Raihan telah membuktikan keunggulannya memang sukar digugat. Raihan turut berkerjasama denga bekas penyanyi pop British iaitu Yusof Islam yang telah menyumbang tiga buah lagu untuk album tersebut. Album ketiga Raihan SENYUM ini membawa pembaharuan yang agak ketara berbanding dengan dua albumnya yang terdahulu. Perlatan muzik tradisional seperti gendang, kompang, rebana, gamelan dan angklung digabungkan dengan elemen bunyi Afrika seperti bonggo, congga, dram bata dan surdi. Menerusi album ini ternyata persembahan vokal Raihan semakin matang dan bertenaga. Tidak hairanlah pada Malam Anugerah Industri Muzik 1999 (AIM) Raihan sekali lagi berjaya menggondol Anugerah Album Nasyid Terbaik dan Anugerah Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik! Album SENYUM ini juga dianggap sebagai lanjutan daripada luahan kesyukuran Raihan terhadap semua kejayaan gemilang yang mereka kecapi selama ini. Cita-cita mereka untuk berdakwah dan memartabatkan lagu-lagu nasyid yang mengandungi pelbagai nasihat demi manjamin kesejahteraan kehidupan manusia hampir tercapai. Namun bagi Raihan, perjuangan mereka masih belum selesai! Walau apapun jua, insyaAllah perjuangan ini akan diteruskan lagi bersama-sama doa restu setiap peminatnya dan mereka yang sedar dan insaf tentang keagungan dan keEsaan Allah SWT. InsyaAllah. Diskografi lengkap RAIHAN (menyenaraikan diskografi lengkap Kaset/CD Raihan termasuk album yang memasukkan lagu baru dalam album kompilasinya sendiri ataupun dalam album kompilasi perlbagai artis)
Senarai lengkap trek lagu untuk
album ini rujuk info CD PUJI PUJIAN di atas.
Senarai lengkap trek lagu untuk
album ini rujuk info CD SYUKUR di atas.
Album kompilasi ini turut menampilkan sebuah lagu rakaman baru 'Ya Nabi
Salamun Alaika' kolaborasi Raihan bersama NowSeeHeart, Hijjaz, Brothers dan
Ustaz Amaluddin)
Senarai lengkap trek lagu untuk
album ini rujuk info CD SENYUM di atas.
Populariti Raihan yang hebat mendatangkan tuah kepada mereka kerana syarikat rakaman Warner Music telah menerbitkan album raya mereka tetapi turut mengundang artis-artis seperti NowSeeHeart, Ajai, Man Bai, Rem dan Amir (kumpulan Pearl).
Senarai lengkap trek lagu untuk
album ini rujuk info CD MAAFKAN di atas.
Senarai lengkap trek lagu untuk
album ini rujuk info CD KOLEKSI NASYID TERBAIK di atas.
Lagu: Mujahid Abdul Wahab
Lirik: Jef Hazimin Jaafar
Raihan turut terlibat dalam penghasilan single 'Keamanan' berkolaborasi
bersama Rabbani, Jauhari, Nowseeheart, Saujana, Hijjaz, Mustika, Brothers & Ustaz
Amaluddin.
Terdapat
2 buah lagu nyanyian Raihan yang dimuatkan dalam album soundtrack
filem bergenre futuristik SYUKUR 21 arahan Eddie Pak dan terbitan MIG Pictur
Album kompilasi ini turut menampilkan sebuah lagu yang pernah Raihan rakamkan untuk album SENYUM (1999), 'Cahaya Selawat'. Tetapi kali ini lagu tersebut dinyanyikan secara beramai-ramai dengan kumpulan nasyid Hijjaz, Saujana, NowSeeHeart, Rabbani dan Mirwana .
Senarai lagu;
Puji Pujian (Raihan)
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
Senarai lengkap trek lagu untuk album ini rujuk info CD DEMI MASA di atas.
Album kompilasi ini turut menampilkan sebuah lagu nasyid klasik yang amat
popular, 'Junjungan
Mulia' yang dirakam semula oleh Raihan
berkolaborasi dengan NowSeeHeart, Hijjaz, In-Team dan Saujana
Senarai lengkap trek lagu untuk
album ini rujuk info CD GEMA ALAM di atas.
Kesemua
lagu-lagu dalam album runut bunyi MUHAMMAD UTUSAN TERAKHIR adalah lagu lagu
ciptaan baru termasuk 2 buah lagu nyanyian Raihan, 'Utusan Terakhir' dan
'Terima Kasih Ya Rasulullah'.
Senarai lengkap trek lagu untuk
album ini rujuk info CD
ALLAHU di atas.
Sebuah album yang menyenaraikan lagu-lagu nasyid cipitaan baru yang liriknya
adalah berkenaan sir
Senarai lengkap trek lagu untuk
album ini rujuk info CD
BACALAH: KOLEKSI TERBAIK 1 DEKAD di atas.
Senarai lengkap trek lagu untuk
album ini rujuk info CD AMEEN di atas.
Senarai lengkap trek lagu untuk
album ini rujuk info CD TAWAKKAL di atas.
Senarai lengkap trek lagu untuk
album ini rujuk info CD KOLEKSI ABADI di atas.
Senarai lengkap trek lagu untuk
album ini rujuk info CD PRAISES FOR THE PROPHET di atas.
Senarai lagu;
Puji Pujian
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
Senarai lagu;
Nabi Anak Yatim
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
Album untuk pasaran internasional ini adalah lagu-lagu yang diambil dari album PRAISE FOR THE PROPHET (2007) dan ditambah dengan sebuah lagu rakaman baru 'Assolatuwassalam 2009 version'.
CD berkembar ini adalah trek lagu lagu dari 2 album kompilasi Raihan, TERUNGGUL (NASYID NO. 1) KOLEKSI EMAS VOL 1 & 2 yang sebelumnya diterbitkan dan diedarkan dalam pakej yang berasingan.
Senarai lengkap trek lagu untuk
album ini rujuk info CD
musafir perjuangan di atas.
Genius Aulad Talents yang terdiri dari pelajar dan bekas pelajar Genius Aulad yang berusia 3 hingga 12 tahun turut sama mengundang kumpulan nasyid Raihan untuk bergandingan dalam dua buah lagu iaitu 'We're Bothers and Sisters' dan 'The Last Train'. Album WE'RE BOTHERS AND SISTERS ini merupakan usaha murni Genius Aulad Learning Consultancy Sdn Bhd dalam menghasilkan produk Islam bukan sahaja bagi pasaran tempatan malah untuk pasaran antarabangsa. Album ini menampilkan irama kontemporari di samping alunan suara kanak-kanak dari Genius Aulad Talents yang bersemangat dalam melaungkan mesej persaudaraan, kasih sayang dan cinta kepada Allah dan Rasul, agama, ibubapa dan manusia sejagat. Senarai lagu;
We're Brothers And Sisters
(featuring Raihan)
Senarai lengkap trek lagu untuk
album ini rujuk info CD lagu lagu
hafalan di atas.
Senarai lagu;
CD1:
Puji Pujian
CD2:
Senarai lengkap trek lagu untuk
album ini rujuk info CD zikir teraphy di atas.
Senarai lagu;
CD1:
25 Rasul
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
CD2:
Balada Selawat
![]()
CD3:
Doa Tilawah
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
CD4:
Kita Sama
CD5: Salaam (featuring Miloud �France� Zenasni)![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
CD6:
Tholaal Badru
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
Album kompilasi ini adalah seleksi dari dua album terbitan Raihan Records, PRAISES FOR THE PROPHET (Versi Acapella) (2008) dan ZIKIR TERAPHY (2011) dan 'Assolatuwassalam' diambil dari album edisi internasional, SALAWATHERAPY (PRAISES FOR THE PROPHET) (2009).Senarai lagu;
Assolatuwassalam (versi 2009)
Senarai lagu; CD1 Raihan: Syukur![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
CD2
Rabbani:
Iqrar
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
Senarai lagu;
CD1:
Puji Pujian
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() CD2: Gema Alam![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
CD3:
Carilah Cinta
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
Senarai lagu;
Puji Pujian
Senarai lagu;
CD1:
Puji Pujian (Raihan)
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
CD2:
Iqra (Mawi featuring Raihan)
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
Lagu & Lirik: Nazrey Johani Single 'Sesungguhnya 2019' merupakan sebuah lagu yang amat popular nyanyian asal kumpulan Raihan, petikan dari album perdana mereka PUJI PUJIAN (Warner, 1997). Terkini Alif Satar telah memberi nafas baru lagu ini dengan berkolaborasi bersama penyanyi asal lagu tersebut, kumpulan Raihan. Single tersebut belum di muatkan dalam mana-mana album/kompilasi Alif Satar ataupun Raihan.
Lagu & Lirik: Abu Bakar Md Yatim Single 'Damba Cintamu' merupakan sebuah lagi lagu yang amat popular nyanyian asal kumpulan Raihan, petikan dari album kedua mereka SYUKUR (Warner, 1997). Alif Satar telah memberi nafas baru lagu ini dengan berkolaborasi bersama penyanyi asal lagu tersebut, kumpulan Raihan. Single tersebut belum di muatkan dalam mana-mana album/kompilasi Alif Satar ataupun Raihan.
EP ini hanya mengandungi 5 lagu nyanyian Alif Satar bersama kumpulannya The
Locos. Apa yang istimewa berkenaan album ini kesemuanya lagu-lagunya pernah dipopularkan oleh kumpulan
nasyid tersohor, Raihan. Alif Satar & The Locos turut mengundang penyanyi asal Raihan berkolaborasi
untuk kesemua lagu tersebut.
Senarai lagu;
Bismillah |