|
DISUSUN MENGIKUT TAHUN PRODUKSI ALBUM ASAL |
|
|
|
SUARA DA'IE
–
Various Artist
Album SUARA DA'IE merupakan sebuah album dakwah yang menampilkan barisan artis-artis hijrah yang berkecimpung dalam usaha dakwah dan aktif dalam menarik rakan-rakan artis untuk sama-sama memperbaiki diri melalui jalan dakwah. Artis artis hijrah yang turut menyumbangkan vokal mereka untuk album ini adalah Iwan Syahman, Ali XPDC, Jam Medicine, Mel Wings, Zul Handy Black, Syed Nahar dan teristimewa adalah Derry Sulaiman, artis hijrah yang sedang popular dari negara jiran Indonesia yang juga telah mengislamkan ribuan manusia berkat dari dakwah beliau. Keseluruhan lagu-lagu dalam album SUARA DA'IE liriknya semata-mata menceritakan kebesaran Allah dan kecintaan terhadap Baginda Rasulullah SAW. |
|
INSPIRASI 25 RASUL
–
Various Artist
Album ini terhasil dari idea program Projek 25 Rasul terbitan Kasi Gegar Entertainment untuk Astro Oasis yang bersiaran pada 30 Mac - 6 Mei 2016. Tujuh lagu baru yang berdasarkan cerita setiap nabi dilantunkan oleh penyanyi popular masa kini. |
|
AL NURAA ... YANG 5
... YANG 6
–
Various Artist
Selain menampilkan sebuah lagu baru, Al Nuraa ... Yang 5 ... Yang 6, album kompilasi ini juga menghimpunkan beberapa lagu yang pernah diterbitkan sebagai 'single' 2013 iaitu 'Duniaku Dakwahku', 'Jodoh Berdua', 'Namamu Asmamu'. Manakala lagu 'Takbir Cinta' yang menyaksikan kolaborasi antara Yasin & Amy Search diberi nafas baru dengan menampilkan Joe Flizzow sebagai rapper, lagu ini diambil dari album solo Joe Flizzow, HAVOC. |
|
THE BEST OF MUSIC ISLAM vol 2
–
Various Artist
|
|
HIJAB DI UFUK BARAT
–
Various Artist
|
|
IMAM MUDA MEMECAH TRADIS – Various Artist (KRU Studio / United Studios, 2011)
Album diterbitkan daripada kejayaan program realiti IMAM MUDA yang bertujuan mencari imam muda yang terbaik di Malaysia. Album ini turut menampilkan Mawi & Akhil Hayy mendendangkan lagu bonus 'Hambamu' yang juga merupakan lagu tema program IMAM MUDA musim kedua. Bukan sahaja berzikir dan bersalawat tetapi imam muda ini juga berbakat mendendangkan lagu . |
|
NASYID HITS – Various Artist (Inteam Records / Warner Music, 2010)
Album koleksi nasyid ini turut menampilkan 3 lagu baru termasuk lagu 'Berita Gembira' yang merupakan lagu terakhir allahyarham Ustaz Asri Ibrahim. |
|
SALAMUN SALAM – Various Artist (InTeam Records / EMI, 2008)
|
|
MELAKAR CINTA DI PINTU SYURGA – Various Artist(Gurindam Entertainment / EMI, 2006)
|
|
NASYID NO. 1 – Various Artist (HRSB / EMI, 2005) CD 1:
CD 2:
|
|
SIRAH JUNJUNGAN
–
Various Artist
SIRAH JUNJUNGAN merupakan naskhah yang menitip sirah insan agung, Nabi Muhammad saw untuk tatapan semua lapisan insan. Menampilkan lagu-lagu baru nyanyian pelbagai kumpulan nasyid ternama tanahair. Album ini diterbitkan oleh Persatuan Penggiat Industri Nasyeed (PIN) & Akademi Bina Insan Malaysia (ABI) dengan niat beramal dan berdakwah sambil berhibur mendidik jiwa mencinta junjungan Nabi Muhammad saw. . |
|
VOICES OF ISLAM – Various Artist (2003)
Album eksklusif ini adalah sumbangan rakan siber, Roem Ahmad. Jutaan terima kasih untuk anda. Album ini hanya diedarkan semasa persidangan 'The Islamic Summit' yang ke 10 yang berlangsung di Putrajaya, 2003. |
|
SERUAN:
LAMBAIAN SUCI
–
Various Artist
|
|
JUNJUNGAN
MULIA 3
–
Various Artist
Hanya sebuah lagu baru 'Junjungan Mulia' dimuatkan dalam album ini. Bagaimanapun lagu tersebut adalah sebuah lagu nasyid klasik malar segar '70an yang amat popular tetapi kini diberi nafas baru oleh kumpulan Raihan bersama-sama dengan kumpulan Nowseeheart, Hijjaz, In-Team & Saujana. 'Junjungan Mulia' adalah nyanyian asal kumpulan nasyid dari Singapura, Al Mizan. |
|
JUNJUNGAN MULIA 2
–
Various Artist
2 buah lagu baru disisipkan dalam album kompilasi ini, 'Cahaya Selawat' dan 'Andai Kau'. 'Cahaya Selawat' pernah dirakam oleh kumpulan Raihan dan telah dimuatkan dalam album ketiga mereka, SENYUM tetapi versi terbaru dalam album kompilasi ini ia telah dinyanyikan semula oleh Raihan bersama-sama kumpulan Hijjaz, Saujana, Nowseeheart, Rabbani dan Mirwana. Manakala kumpulan nasyid baru Mirwana diperkenalkan buat pertama kali secara solo menerusi lagu baru 'Andai Kau'. |
|
JUNJUNGAN MULIA
–
Various Artist
Album kompilasi ini menampilkan dua buah lagu baru nasyid, 'Ya Nabi Salamun Alaika' nyanyian Raihan bersama-sama kumpulan nasyid Hijjaz, Brothers & Amaluddin. Manakala kumpulan nasyid baru Nowseeheart diperkenalkan buat pertama kali menerusi lagu baru 'Duhai Bonda'. |