|
DISUSUN MENGIKUT TAHUN PRODUKSI ALBUM ASAL |
|
|
|
SINARAN (OST)
Various Artist
![]() ![]() ![]() ![]()
Filem arahan Osman Ali yang mengambil tajuk lagu hits Sheila Majid Sinaran dihasilkan dengan cetusan inspirasi daripada koleksi lagu-lagu hit Sheila Majid tetapi untuk album runut ini ia dirakam semula oleh penyanyi-penyanyi baru dari Singapura, Malaque Mahdaly dan Indonesia, Jeanette Prissilia, Hans Bartel dan Evan Sanders. Agak istimewa apabila album runut ini turut menampilkan vokal terkini Sheila Majid yang menyampaikan lagu baru Sinaran Cinta. Sebuah lagi lagu baru 'Tanpamu' disampaikan oleh Malaque Mahdany. Filem muzikal romantik gabungan tiga negara - Malaysia, Singapura dan Indonesia menampilkan Lisa Surihani & Evan Sanders sebagai pelakon utama. |
|
A TRIBUTE TO SALOMA (OST)
Various Artist
![]() ![]() ![]() ![]()
A TRIBUTE TO SALOMA merupakan album runut bunyi yang dihasilkan bagi telefilem dua bahagian SALOMA yang pertama kalinya ditayangkan di saluran Astro First Eksklusif pada 28 Ogos 2014. Album tribute ini mengandungi 10 lagu popular nyanyian Saloma yang pernah menjadi siulan dan dinyanyikan semula oleh penyanyi popular tanahair. Apa yang menariknya mengenai album ini adalah setiap lagu-lagu yang diselitkan diberi nafas baru dengan susunan muzik moden oleh pengarah muziknya, Azlan (Azlan & The Typewritter). Biarpun elemen muzik yang ditampilkan berbeza iaitu bersesuaian dengan peredaran zaman namun sentuhan melodi asal lagu-lagu itu masih dikekalkan. Album yang diedarkan lebih awal dari tayangan filemnya merupakan album terbitan Astro bekerjasama dengan Sony Music. |
|
LAGU LAGU HIT FILEM & DRAMA
Various
Artist CD 1:
teledrama 'Jauh' (2012)
OST teledrama 'Jodoh Itu Milik Kita' (2013)
teledrama 'Dahlia' (2013)
teledrama 'Anugerah Pendam Terindah' (2013)
teledrama 'Jodoh' (2013)
teledrama 'Jodoh' (2013)
teledrama 'Mana Hilangnya Juwita' (2012)
teledrama 'Sehangat Asmara' (2013)
teledrama 'Adam Dan Hawa' (2012)
teledrama 'Benci vs Cinta' (2013)
filem 'Aku Ada Kau Ada' (2012)
teledrama 'Setia Hujung Nyawa' (2013)
teledrama 'Cinta Dalam Hati' (2012) CD 2:
filem 'Apokalips X' (2014)
teledrama 'Bukan Kerana Aku Tak Cinta' (2013)
teledrama 'Dia Suamiku' (2013)
filem 'Ombak Rindu' (2011)
tv series 'Oh My English', Season 2 (2013)
teledrama 'Projek Memikat Suami' (2013)
filem 'Penanggal' (2013)
filem 'Balistik' (2014)
teledrama 'Kampung Girl' (2013)
tv series 'Oh My English', Season 1 (2012)
filem 'Ombak Rindu' (2011)
telemovie 'Tiang Seri' (2013)
tv series 'Awan Dania 3' (2010)
lagu tema 'Akademi Fantasia 10' (2013) |
|
29 FEBRUARI (OST)
Various Artist
![]() ![]() ![]() ![]()
Album runut yang diilhamkan dari filem bergenre 'biografi fantasi' menampilkan buat pertama kali pelakon utamanya, Remy Ishak sebagai penyanyi. Percubaan pertama beliau menerusi 'Kelip Kelip' tidaklah menghampakan. Album ini juga menampilkan petikan dialog-dialog menarik filem muzikal 29 FFEBRUARI. |
|
MAGIKA (OST)
Various Artist
![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
![]() ![]() ![]()
Fauziah Ahmad Daud)
Apa yang menarik kesemua lagu yang dihasilkan untuk album runut filem muzikal 'Magika' adalah lagu baru yang mana liriknya terhasil daripada skrip filem berkenaan dan setiap lagu menepati watak dan nada suara setiap pelakon yang menyanyi dan melakonkan watak masing-masing. Filem muzikal ini diarah oleh Edry Abdul Halim (KRU). |
|
KAYANGAN (OST) Various Artist (Maestro Talent And Management & Wake The Baby Records, 2007)
Istimewanya album runut ini kerana menampilkan 10 buah lagu baru dan 8 darinya adalah yang dicipta khusus oleh komposer dan penyanyi kreatif, Ajai untuk filem KAYANGAN. Menampilkan artis-artis ternama tanah air termasuk Siti Nurhaliza yang jelas terserlah vokalnya menerusi lagu 'Meniti Pasti'. Lagu ini menampilkan sisi lain Siti Nurhaliza yang sinonim dengan muzik pop dan etnik. Ajai juga turut menyanyikan sebuah lagu solo dan berduet bersama Tunku Mimi Wahida Wahman menerusi lagu tema filem ini iaitu 'Kayangan' dalam dua versi berbeza. |
|
BILUT (OST) Various Artist(EMI, 2006)
Album runut BILUT memuatkan sebuah lagu baru, 'Semalam Hari Iniku' yang disampaikan dalam dua versi, versi lelaki dinyanyikan oleh Mawi dan versi wanita disampaikan oleh Ezlynn. Juga turut dimuatkan lagu 'Aduh Tsunami' dan 'Pop Ye Ye' yang susunan muziknya telah diadun semula. Pelakon dan juga penyanyi Filipina, Jericho Rosales yang turut berlakon dalam filem BILUT turut mennyumbangkan sebuah lagu rakaman semula 'Gadis Melayu'. Jericho Rosales mula dikenali di Malaysia melalui telenovela awal tahun 2000, PANGAKO SA'YO. BILUT arahan Baharuddin Hj Azmi (Bade) mengisahkan kisah kehidupan peneroka pertama, Yazid dan keluarganya di tanah rancangan FELDA Bilut. Yazid terpaksa bekerja di bawah pengurusan orang Inggeris dan diskriminasi dalam kehidupannya. |
|
PONTIANAK HARUM SUNDAL MALAM II (OST)
Various Artist
|
|
BEST OF
ORIGINAL SOUNDTRACK
Various Artist
filem 'Paloh'
filem 'Suratan Kasih'
filem 'KL Menjerit'
filem 'Isabella'
filem 'Pemburu Bayang'
filem 'Kekasih Awal Dan Akhir'
filem 'Laila Isabella'
filem 'Pasrah'
telemovie 'Airmata Ibu'
filem 'Sembilu'
filem 'Hapuslah Airmatamu'
filem 'Embun'
filem 'KL Menjerit'
filem 'Ghazal Untuk Rabiah' Album kompilasi yang menghimpun lagu-lagu yang pernah menjadi lagu latar filem tempatan termasuk sebuah lagu baru nyanyian Siti Nurhaliza 'Tetap Di Sini' dari filem PALOH. |
|
MUHAMMAD UTUSAN
TERAKHIR (OST)
Various
Artist
Menampilkan lagu-lagu baru nyanyian pelbagai artis nasyid ternama tanahair termasuk Raihan untuk dimuatkan dalam filem animasi berbahasa Melayu, muhammad utusan terakhir. Filem ini menceritakan kisah Nabi Muhammad SAW serta usaha dan cabaran yang ditempuhi baginda dalam menegakkan syiar Islam kepada seluruh umatnya termasuk kisah perjuangan Rasulullah SAW dalam Perang Badar, Perang Uhud dan Perang Khandak yang tercatat dalam sejarah Islam dan diingati selama-lamanya. Filem animasi ini sememangnya dihasilkan untuk memperingati perjuangan Nabi Muhammad SAW dan diterbitkan oleh usahawan dari Jeddah, Arab Saudi, Syeikh Muwaffak Al-Harithy yang menelan belanja kos yang amat tinggi. |
|
SYUKUR
21 (OST)
Various
Artist
Album runut bunyi yang dihasilkan untuk filem SYUKUR 21 turut menampilkan Raihan sebagai pelakon utama. Dua buah lagu nyanyian Raihan dimuatkan dalam album ini iaitu sebauh lagu baru 'Raudah Bersatu' dan 'Iktiraf' yang diambil dari album 'Koleksi Nasyid Terbaik Raihan'. Album ini turut menyelitkan skor muzik dan dialog-dialog menarik daripada filem ini. SYUKUR 21 diarahkan oleh Eddie Pak merupakan filem berunsur futuristik yang mengisahkan Kamal yang pakar dalam teknologi ditugaskan untuk mengatur beberapa program di Raudah, sebuah organisasi yang serba lengkap dengan kemudahan dan teknologi dan sistem pentadbiran yang diasaskan oleh Raihan. |
|
JIMI ASMARA (OST)
Various
Artist
Kebanyakan lagu dalam album runut bunyi JIMI ASMARA adalah nyanyian asal R Azmi tetapi telah dinyanyikan semula oleh Ahmad Fauzee. Juga terdapat 2 buah lagu versi original nyanyian A Ramlie sebagai penyeri filem tersebut. Filem genre muzikal dan cinta era 50'an ini merupakan filem pertama arahan Erma Fatima dan menampilkan Hani Mohsein & Maizurah Hamzah sebagai bintang utama. |
|
PANGGILAN PULAU (OST)
Various
Artist
Album runut bunyi PANGGILAN PULAU versi baru ini pernah menimbulkan kontroversi kerana kulit album tersebut yang kelihatan agak mengghairahkan (gambar dua pelakon utama filem tersebut, Ahmad Fauzee & Sharmaine Farouk). Pihak rakaman telah menarik balik jualan album tersebut lalu menggantikan kulit album asal dengan kulit album terbaru yang memaparkan gambar gambar pelakon filem versi lama dan baru. |
|
KISAH CINTA
Ogy & Ebby
filem 'Suara Kekasih'
filem 'Suara Kekasih'
filem 'Suara Kekasih'
filem 'Ali Setan'
filem 'Balik Kampung'
filem 'Suara Kekasih'
filem 'Ali Setan'
filem 'Balik Kampung'
filem 'Balik Kampung'
filem 'Balik Kampung'
filem 'Balik Kampung'
filem 'Suara kekasih' Album terbitan M Nasir dan Adnan Abu Hassan pada tahun 1986 ini menampilkan lagu-lagu dari 3 buah filem yang pernah menempa filem Box Offfie, 'Suara Kekasih' & 'Ali Setan' dan juga filem 'Balik Kampung'. Terdapat juga beberapa lagu yang tidak dinyanyikan oleh penyanyi asal seperti dalam filem. |
|
DUO KRIBO (OST)
Ahmad Albar, Ucok Harahap & Grace Simon
DUO KRIBO merupakan album runut filem muzik Indonesia terbitan 1977 yang menampilkan lakonan gabungan dua vokal utama dari dua kumpulan muzik yang popular di Indonesia, Ucok Harahap dari kumpulan AKA yang telah berpecah dan Ahmad Albar dari kumpulan rock God Bless yang ketika itu agak menyepi daripada aktiviti seni. Kolaborasi Ahmad Albar dan Ucok Harahap dengan menubuhkan kumpulan bernama DUO KRIBO bukan saja amat popular di Indonesia tetapi meraih populariti sehingga ke Nusantara termasuk Malaysia apabila filem lakonan mereka dengan menggunakan judul yang sama dengan nama duo ini DUO KRIBO sukses di pasaran. Hit utama album soundtrack ini, Aku Harus Jadi Superstar, Duo Kribo dan Dunia Panggung Sandiwara. Dunia Panggung Sandiwara menjadi lagu hit legenda sehingga hari ini. Bagaimanapun lagu-lagu yang terkandung dalam album runut ini lebih menampilkan Ahmad Albar dan Ucok Harahap sebagai penyanyi solo dan hanya berduet untuk lagu 'Duo Kribo'. Kumpulan Duo Kribo tidak bertahan lama iaitu hanya aktif sekitar 1977-1978 tetapi selepas itu God Bless bersama Ahmad Albar kembali aktif. |
|
AKHIR SEBUAH IMPIAN (OST)
Various Artist
Pertama kali diterbitkan dalam format CD
pada tahun 1994 dengan penambahan 3 lagu bonus ( |