P laylist Pilihan:
(dikemaskini 1 Januari 2025 )
|
|
|
THE
BEST OF AMY MASTURA CD 1:
CD 2:
Album CD berkembar The Best Of Amy Mastura mengandungi 32 buah lagu koleksi terbaik daripada Amy Mastura dan terdapat sebuah single terbaru yang catchy berjudul 'Tapi Itu Dulu'. |
|
HAPPY
–
Amy Mastura
|
|
KEUNGGULAN
–
Amy Mastura
Terdapat dua buah lagu duet Amy Mastura yang dipetik daripada filem lakonannya sendiri turut dimuatkan dalam album ini; 'Tiada Ragu' duet Amy Mastura dengan pasangan lakonannya, Aqasha dari filem CINTA 3 MUSIM (2003) dan lagu 'Andai' berduet dengan Anuar Zain yang dipetik daripada filem lakonan mereka, BINTANG HATI (2004). |
|
AKAN DATANG
–
Amy Mastura
|
|
BINTANG HATI
–
Amy Mastura
|
|
VERSI REMIX
–
Amy Mastura
Seleksi lagu-lagu popular Amy Mastura yang telah diadun semula susunan muziknya tetapi mengekalkan vokal asal Amy Mastura pada setiap lagu tersebut. |
|
KOLEKSI CINTA TERBAIK – Amy Mastura(Pony Canyon Entertainment, 1999)
Album koleksi lagu-lagu cinta nyanyian Amy Mastura turut memuatkan sebuah lagu baru, 'Tangisan Siapakah' ciptaan Ross Ariffin dan lirik oleh Habsah Hassan yang intipati lagunya mengisahkan kisah pembuangan bayi yang tidak berdosa. |
|
THE BEST OF
AMY MASTURA CD 1: The Best Of Amy Mastura
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() CD 2: Puteri (runut bunyi)
|
|
PUJAANKU
–
Amy Mastura
Sebagai pendatang baru, Amy Mastura cukup bertuah kerana meraih populariti dalam masa yang singkat. Seterusnya Amy Mastura diberi peluang muncul dengan album solo kedua, PUJAANKU yang juga mendapat sambutan memberangsangkan. Lagu hit dari album ini ialah 'Pujaanku', 'Kembalilah' dan 'Kasih Kita'. Populariti Amy Mastura bukan sahaja sebagai penyanyi remaja yang amat diminati tetapi berbakat sebagai seorang pelakon. Sebelum album PUJAANKU muncul, Amy Mastura telah menghasilkan sebuah album runut IMPIAN untuk filem lakonannya sebagai pelakon utama bersama pelakon lelaki popular ketika itu Azhar Sulaiman. |
|
IMPIAN (OST)
–
Various Artist
![]() ![]() ![]() ![]()
OST IMPIAN merupakan album runut bunyi untuk filem IMPIAN yang diarahkan oleh AR Sulaiman pada tahun 1996. Filem ini menampilkan Amy Mastura yang sedang menempa nama sebagai penyanyi remaja yang sangat diminati ketika itu bersama pelakon popular Azhar Sulaiman. Amy Mastura juga dipilih untuk merakamkan lagu lagu yang dimuatkan dalam filem tersebut termasuk 3 buah lagu baru, 'Lagu Untukmu', 'Diam Diam Rindu' dan 'Nada Rindu'. 'Diam Diam Rindu' dan 'Nada Rindu' menjadi lagu hit dan kemudiannya dimuatkan semula dalam album solo kedua Amy Mastura, PUJAANKU yang diterbitkan beberapa bulan selepas album runut ini diterbitkan. Lain lain lagu diambil dari album solo pendatang baru, Shajiry dan Hasnita. |
|
AMY
MASTURA
Album pengenalan Amy Mastura ini diterbitkan setelah kejayaan beliau menjadi juara Asia Bagus 1993 iaitu sebuah program pencarian bintang artis-artis muda Asia terbitan Fuji Television. Album ini diterbitkan oleh PonyCanyon, sebuah syarikat rakaman Jepun yang baru bertapak di Malaysia ketika itu. Hanya berbekalkan album pengenalan ini Amy Mastura mengecapi populariti sebagai penyanyi remaja yang amat diminati dengan muzik rancak yang santai. Bukan saja album ini laris di pasaran tetapi dengan album ini juga Amy Mastura mengukir kenangan manis apabila diiktiraf oleh peminat sebagai Penyanyi Wanita Popular dalam majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 1994. 3 lagu paling hit dalam album tersebut ialah 'Meniti Hari', 'Jawapan Kasih' dan 'Kasih'. |