![]() |
SEJARAH ringkas PERJALANAN SENI aMY MASTURA
Tidak hanya terkenal sebagai penyanyi, Amy Mastura juga pernah tampil dalam beberapa buah filem termasuklah IMPIAN, TRAGEDI OKTOBER, Puteri Impian, Puteri Impian 2, TRAUMA, BINTANG HATI dan KELUARGA ISKANDAR THE MOVIE itu ada aura sendiri dalam dunia lakonan. Bagaiamanapun atas tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu banyak membataskan waktu menyebabkan beliau kini lebih suka untuk berlakon di dalam drama kerana jangka waktunya yang lebih pendek berbanding filem. Amy Mastura juga bukan sahaja berbakat sebagai penyanyi dan pelakon tetapi juga sebagai pengacara. Amy Mastura yang telah berumahtangga dengan Alvin Tham Sufian pada tahun 2000 dan ibu kepada dua orang anak tidak pernah dihambat certa kontroversi. Antara anugerah yang pernah diraih oleh beliau adalah Penyanyi Wanita Popular 1995 dan Pelakon Filem Wanita Popular 1999 anjuran Berita Harian. Pada tahun yang sama iaitu 1999 beliau telah dianugerahkan pula sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke 14 untuk filem lakonannya, PUTERI IMPIAN. Dan terakhir beliau telah memenangi kategori Pop Rock untuk lagu 'Bintang Hati' dalam Juara Lagu 2000. Diskografi lengkap AMY MASTURA (menyenaraikan diskografi lengkap Kaset/CD Amy Mastura termasuk album yang memasukkan lagu baru dalam album kompilasinya sendiri ataupun dalam album kompilasi pelbagai artis)
Setelah menjuarai pertandingan Asia Bagus 1993 iaitu sebuah program pencarian bintang artis-artis muda Asia terbitan Fuji Television dan sebelum berpeluang membuat album studio solo pertama di bawah label PonyCanon, Amy Mastura telah diperkenalkan sebagai pasangan duet Azmeer untuk album kedua Azmeer. Azmeer yang sebelum ini pernah merakamkan album studio pertamanya di bawah label SCS (KENANGAN LALU, 1990) menjadi artis kedua yang bernaung di bawah syarikat PonyCanon Malaysia selepas Jalil Hamid. Tajuk lagu duet mereka ialah 'Harapan Semalam' dan menjadi popular tetapi sayangnya setakat ini lagu tersebut tidak pernah dimuatkan dalam mana-mana album kompilasi Amy Mastura. Senarai lagu;
Zuriat Cinta
Album studio solo pertama nyanyian Amy Mastura yang hanya menggunakan namanya sebagai tajuk album adalah terbitan dan edaran oleh PonyCanyon, sebuah syarikat rakaman Jepun yang baru bertapak di Malaysia ketika itu. Hanya berbekalkan album pengenalan ini Amy Mastura mengecapi populariti sebagai penyanyi remaja yang amat diminati dengan memperkenalkan muzik rancak lagi catchy yang amat sesuai dengan personaliti sebagai penyanyi remaja yang kelihatan sentiasa ceria. Bukan saja album ini laris di pasaran tetapi populariti album ini telah mengukir kenangan manis untuk Amy Mastura apabila diiktiraf oleh peminat sebagai Penyanyi Wanita Popular dalam majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 1994. 3 lagu paling hit dalam album tersebut ialah 'Meniti Hari', 'Jawapan Kasih' dan 'Kasih'. Senarai lagu;
Jawapan Kasih
OST IMPIAN merupakan album runut bunyi untuk filem IMPIAN yang diarahkan oleh AR Sulaiman pada tahun 1996. Bukan saja menjadi penyanyi untuk album runut ini tetapi dengan populariti Amy Mastura sebagai penyanyi pujaan remaja, beliau turut berlakon sebagai pelakon utama untuk filem tersebut bersama pelakon lelaki yang popular Azhar Sulaiman. Album runut ini turut memuatkan 3 lagu baru nyanyian Amy Mastura iaitu 'Lagu Untukmu', 'Diam Diam Rindu' dan 'Nada Rindu'. 'Diam Diam Rindu' dan 'Nada Rindu' menjadi hit dan kemudiannya dimuatkan semula dalam album solo kedua Amy Mastura, PUJAANKU yang diterbitkan hanya beberapa bulan selepas album runut ini diedarkan. Lain lain lagu diambil dari album solo pertama Amy Mastura dan daripada album penyanyi pendatang baru, Shajiry dan Hasnita. Senarai lagu;
Lagu Untukmu
(Amy Mastura)
Seterusnya Amy Mastura diberi peluang muncul dengan album solo kedua, PUJAANKU yang juga mendapat sambutan yang memberangsangkan. Amy Mastura terus konsisten dengan muzik rancak yang catchy dan Easy Listening yang tidak terikat dengan balada meleweh tetapi berhasil lebih berkelas. Album ini telah meletakkan standard pop tempatan yang lebih baik dan hit dari album ini ialah 'Pujaanku', 'Kembalilah' dan 'Kasih Kita'. Turut dimuat semula dalam album ini ialah 2 buah lagu dari album runut IMPIAN; 'Diam Diam Rindu' dan 'Nada Rindu'. Senarai lagu;
Kembalilah
Sebagai bintang remaja yang cukup diminati, Amy Mastura cukup beruntung apabila label syarikat rakamannya memberi beluang peluang untuk dikenali di persada muzik antarabangsa khususnya Asia dengan menjadi pasangan duet penyanyi antarabangsa yang namanya juga sedang meningkat naik termasuk di Asia iaitu Tommy Page. Lagu duet mereka, 'The Best Part' dimuatkan untuk CD Single Tommy Page yang juga berjudul THE BEST PART yang mengandungi 3 buah lagu sahaja. Senarai lagu;
The Best Part (Tommy
Page & Amy Mastura)
Single 'The Best Part', kemudiannya dimuatkan semula dalam album studio Tommy Page, LOVING YOU (PonyCanon International, 1999) dan hanya setelah dua tahun barulah lagu ini buat pertama kalinya dimuatkan dalam album kompilasi milik Amy Mastura sendiri, KOLEKSI CINTA TERBAIK (PonyCanyon Entertainment, 1999).
Album raya SIMFONI AIDILFITRI turut memuatkan sebuah lagu raya ciptaan baru nyanyian Amy Mastura, 'Bersama Di Hari Raya'. Lagu raya tersebut adalah ciptaan komposer Azmeer dan ianya agak popular tetapi di tahun tahun raya mendatang sambutannya menjadi agak dingin apatah lagi apabila tahun 1998, Amy Mastura mempunyai sebuah lagi lagu raya ciptaan baru yang lebih popular, 'Setahun Sekali' petikan daripada album WARNA WARNI AIDILFITRI terbitan dan edaran Sony Music. Senarai lagu;
Takbir
PUTERI merupakan album studio ketiga penyanyi popular Amy Mastura yang mana kebanyakan lagunya digunakan untuk filem PTERI IMPIAN lakonan beliau sendiri. Filem komedi romantik PUTERI IMPIAN arahan Aziz M Osman ditayangkan pada tahun 1997 tetapi tidak mempunyai album runut sendiri. Album PUTERI turut menyenaraikan lagu rakaman semula hits oleh penyanyi sensasi Rahim Maarof, 'Kasihku' dan sebuah lagu hit klasik nyanyian penyanyi Indonesia, Anneke Gronloh, 'Gema Rembulan'. Senarai lagu;
Hanya Dalam Lagu
Pada tahun 1998, PonyCanyon Music telah menerbitkan semula album penuh ini untuk koleksi CD berkembar THE BEST OF AMY MASTURA (1998).
Album runut filem PUTERI IMPIAN 2 memuatkan 5 lagu baru yang dinyanyikan oleh Amy Mastura. Lagu-lagu tersebut juga diperdengarkan dalam irama instrumental. Album diterbitkan sempena penayangan filem PUTERI IMPIAN 2 arahan Aziz M Osman. Lagu rancak, 'Kedua' muncul sebagai lagu hit dari album ini. Album ini juga merupakan kerjasama pertama Amy Mastura bersama syarikat rakaman baru, Sony Music. Seperti biasa persaingan berlaku apabila sebaik sahaja album runut ini diedarkan, dalam masa terdekat pula syarikat rakaman lama Amy Mastura, PonyCanyon Music telah mengedarkan album CD berkembar THE BEST OF AMY MASTURA. Senarai lagu;
Epilog Hatimu (Amy Mastura)
THE BEST OF AMY MASTURA merupakan pakej CD berkembar koleksi lagu nyanyian Amy Mastura. CD1 memuatkan seleksi 10 buah lagu hit dari 2 album terawal Amy Mastura bersama PonyCanyon, AMY MASTURA (1994) dan PUJAANKU (1996) dan sebuah lagu baru, 'Akar' ciptaan Azman Abu Hassan dan lirik oleh Aziz M Osman. Manakala CD2 adalah lagu lagu penuh dari album studio ketiga Amy Mastura, PUTERI (1997). Senarai lagu;
CD1:
Akar (lagu baru)
CD2:
Hanya Dalam Lagu
CD Edisi Khas ini dikeluarkan pada tahun 1998 sempena temasya Sukan Komanwel XVI yang diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia. Album ini dihasilkan secara eksklusif oleh kakitangan Malaysia Airlines, termasuk tenaga utama album ini, Nasir Musif (Aceh) yang menyertai syarikat penerbangan itu pada 1988. Nasir Munif merupakan seorang pemain saxophone yang berbakat. Ia turut menampilkan penyanyi berbakat dari MAS, Khaifizan dan ShahGee (Shawal & Roslan Gee). Album ini mewakili kerjasama kakitangan Malaysia Airlines bersama penerbit dan pemuzik terkenal seperti Johari Teh, Mac Chew, Aubrey Suwito, Jenny Chin, Helen Yap dan Azlan Abu Hassan serta Ziana Zain dan Amy Mastura yang pernah bekerja dengan MAS sehingga mereka keluar untuk menjadi penyanyi yang berjaya. Untuk album ini, Ziana Zain menyanyikan dua buah lagu, 'Perjuangan' dan berkolaborasi dengan Amy Mastura untuk lagu dwibahasa (Melayu-Inggeris), 'Strive For The Best'. Senarai lagu;
Journey/Kembara (Nasir Musif)
Album raya yang kesemua lagu-lagunya adalah gubahan terbaru termasuk sebuah lagu solo yang dinyanyikan oleh Amy Mastura, 'Setahun Sekali' yang dicipta oleh Fauzi Marzuki dan lirik oleh Amran Omar. Senarai lagu;
Warna Warni Aidilfitri (nyanyian artis-artis
Sony Music)
Selain menyenaraikan seleksi lagu-lagu cinta popular nyanyian Amy Mastura, album kompilasi ini turut memuatkan sebuah lagu baru, 'Tangisan Siapakah' ciptaan Ross Ariffin dan lirik oleh Habsah Hassan yang intipati lagunya mengisahkan kisah pembuangan bayi yang tidak berdosa. Senarai lagu;
Kembalilah
Pada tahun 2006, InterGlobal Music telah mengedarkan semula album ini untuk koleksi SIRI HARGA RUNTUH.
Album kompilasi yang menyenaraikan seleksi lagu yang pernah popular turut memuatkan sebuah lagu baru ciptaan Helen Yap dan lirik oleh Darwish, 'Dengarkanlah' duet Amy Mastura bersama penyanyi yang sedang meningkat popular dari Indonesia, Glenn Friedly. Senarai lagu;
Dengarkanlah (Amy
Mastura & Glenn Friedly)
Seleksi lagu-lagu popular Amy Mastura yang telah diadun semula susunan muziknya (remix) tetapi masih mengekalkan vokal asal Amy Mastura pada setiap lagu tersebut. Turut dimuatkan sebuah lagu baru ciptaan penuh Ajai, 'Cinta Kita'. Senarai lagu;
Diam Diam Rindu
(Asmara mix)
BINTANG HATI merupakan album studio keempat penyanyi Amy Mastura dan yang pertama di bawah label Sony Music. Amy Mastura diawal 3 album sebelumnya cukup menambat hati pendengar tempatan dengan fast numbernya seperti 'Diam-Diam Rindu', 'Pujaanku', 'Di Antara Cinta' juga 'Kedua' yang dimuatkan dalam runut bunyi PUTERI IMPIAN. Formula yang sama digunakan oleh Amy Mastura untuk album BINTANG HATI tetapi kematangan lagu lagu pop tersebut lebih terserlah dengan kemasan muzik pop yang lebih berkelas dengan pilihan lagu yang baik penciptaannya seperti 'Sha Na Na', 'Bintang Hati', 'Hanya Kau' dan 'Di Sudut Hati'. Tajuk lagu 'Bintang Hati' kemudiannya dijadikan sebagai inspirasi oleh Amy Mastura untuk dijadikan sebagai tajuk filem lakonan beliau yang seterusnya. Filem BINTANG HATI adalah lakonan Amy Mastura bersama Anuar Zain dan ditayangkan pada tahun 2004 dan diarahkan oleh Aziz M Osman. Senarai lagu;
Bintang
Hati
Album AKAN DATANG masih mengekalkan Amy Mastura dengan rentak lagu yang ceria termasuklah lagu 'Akan Datang' yang menjadi hit utama dari album ini. Manakala 'Kasih Suci' karya penuh oleh Amy Mastura merupakan irama balada yang cukup baik persembahannya. Senarai lagu;
Akan Datang
Terdapat dua buah lagu runut filem nyanyian Amy Mastura yang dipetik daripada filem lakonannya sendiri turut dimuatkan dalam album ini; 'Tiada Ragu' duet Amy Mastura dengan pasangan lakonannya, Aqasha dari filem CINTA 3 MUSIM (2003) dan lagu 'Andai' berduet dengan Anuar Zain yang dipetik daripada filem lakonan mereka, BINTANG HATI (2004). Sebelum ini kedua-dua lagu tersebut hanya diterbitkan sebagai single sahaja. Senarai lagu;
Jawapan Kasih
Dua hit utama dari album studio ke 6 Amy Mastura, LEBIH BAIK ialah 'Bukankan Pintu' dan 'Kasihku Sinar'. Amy Mastura masih relevan walaupun ketika ini banyak bakat baru dari program realiti tv tumbuh silih berganti. Senarai lagu;
Bukalah Pintu
Album kompilasi yang menggabungkan dua penyanyi pop pujaan era 90'an, Amy Mastura dan Fauziah Latiff. Senarai lagu;
CD1:
Jawapan Kasih (Amy Mastura)
CD2:
Suria Khatulistiwa (Amy Mastura)
Senarai lagu;
Harga Kasih (YABhg Datin Paduka Rosmah Mansor featuring Sheila Majid)
Setakat ini HAPPY merupakan album terakhir Amy Mastura bersama Sony Music. Lagu 'Happy' menjadi pilihan utama dari album ini tetapi langkah muzik Amy Mastura kelihatan semakin perlahan. Senarai lagu;
Fiesta
Album kompilasi ini menyenaraikan lagu-lagu popular Amy Mastura ketika bernaung di bawah label Sony Music. Senarai lagu;
Cinta
Album koleksi lagu-lagu terbaik nyanyian Amy Mastura turut memuatkan sebuah lagu baru yang catchy, 'Tapi Itu Dulu' ciptaan Panji Sanji. Senarai lagu;
CD1:
Cinta
CD2:
Dengarkanlah (duet Glenn Fredly)
Senarai lagu;
Airmata Di
Kuala Lumpur
(Hazama)
Album kompilasi yang menggabungkan dua penyanyi pop pujaan era 90'an, Erra Fazira dan Amy Mastura. Senarai lagu;
CD1
Erra Fazira:
Hanya Di Mata
CD2 Amy
Mastura:
Bintang Hati
Single 'Jom Menari ... Ler' adalah lagu dan lirik oleh Ardiv Jauhari. Lagu ceria dan catchy sebegini memang telah menjadi trademark Amy Mastura sejak dari album pertamanya. Lagu ini kemudiannya dimuatkan semula dalam album kompilasi MALAYSIA #1 HITS 9 (Sony Music, 2015). Senarai lagu;
Mewangi
(Akim & The Majistret)
Single 'Kalimah' adalah karya penuh Ardiv Jauhari. Lagu ini telah dirakam serentak dengan lagu 'Jom Menari ... Ler' tetapi hanya setahun selepas itu narulah label memutuskan untuk mengeluarkan single ini. 'Kalimah' merupakan sebuah lagu balada yang liriknya masih berkisar soal cinta. Cuma, cinta yang diterjemahkan dlam lagu itu lebih bersifat sejagat dan tidak terhad pada kekasih semata-mata. Lagu ini belum pernah disenaraikan dalam mana mana album kompilasi pelbagai artis ataupun album Amy Mastura sendiri. |