|
DISUSUN MENGIKUT ABJAD NAMA PENYANYI (A-Z) DAN DIIKUTI TAHUN PRODUKSI ALBUM ASAL |
|
||
VINA PANDUWINATA (2 album) |
||
|
VINA TERBAIK 1981-2006 – Vina Panduwinata (Warner Music, 2014)
Vina Panduwinata mempunyai vokal yang unik dan penggemarnya adalah penikmat muzik yang apresiatif. Meraih populariti di Indonesia awal tahun 80an dan popular di Malaysia (khususnya Selatan tanahair dan Singapura) di pertengahan 80an, apabila lagu-lagunya seperti 'Aku Melangkah Lagi' (1984), 'Di Dadaku Ada Kamu' (1984), 'Satu Dalam Nada Cinta' (1985), 'Cinta' (1986) dan 'Surat Cinta' (1987) mendapat sambutan peminat. Figura yang banyak menghadirkan inspirasi bagi penyanyi muda (termasuk Sheila Majid) kini muncul menerusi album kompilasi VINA TERBAIK 1981-2006 yang telah dirilis pada tahun 2006 di Indonesia tetapi untuk pasaran Malaysia ia baru dilakukan oleh Warner Music pada tahun ini (tanpa perubahan dilakukan terhadap cover album dan senarai trek lagu). Sayang sekali lagu popular 'Dia' (1984) yang pernah dirakam semula oleh Sheila Majid, 'Logika' (1987) dan 'Bahasa Cinta' (1987), duet bersama Broery Marantika tidak tersenarai. |
|
|
CITRA CERIA – Vina Panduwinata & Utha Likumahuwa (Rock Records, 2003) CD 1:
CD 2 :
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Cukup menarik apabila dua vokal istimewa dari dua bintang pop jazz Indonesia yang terkenal, Vina Panduwinata dan Utha Likumahuwa digabungkan dalam sebuah album. Bertambah istimewa apabila album ini turut memuatkan lagu penuh dari 2 album studio terbaik Vina, CITRA CERIA (1984) & CINTA (1985) dan sebuah album penuh Utha, AKU PASTI DATANG (1985). Berbanding Utha, Vina lebih dikenali di Nusantara setelah bintang muda negara kita, Sheila Majid merakam semula lagu Vina Panduwinata 'Dia' dan menjadi hit melalui album perdananya, DIMENSI BARU (1985). |
|
VINCE (4 album) |
||
|
KRONOLOGI CINTA
–
Vince
Album studio ke 4, Vince diterbitkan dan diedarkan oleh NSR (sebelum ini Vince merupakan artis rakaman syarikat EMI). Album KRONOLOGI CINTA boleh dikatakan agak baik tapi sayangnya ia kurang promosi dan ramai yang tidak menyedari kehadiran album ini. Walaupun trend ketika ini lebih senang mengeluarkan singles tetapi syarikat rakaman NSR dan Vince berani menongkah arus dengan mengeluarkan album penuh. KRONOLOGI CINTA dihasilkan hampir sepenuhnnya oleh Vince sebagai komposer, penulis lirik dan penerbit. |
|
|
PERCAYALAH SAYANG
–
Vince
PERCAYALAH SAYANG adalah album kompilasi pertama Vince iaitu bekas juara bintang realiti AKADEMI FANTASIA musim pertama yang turut memuatkan 2 buah lagu baru bersama seleksi lagu-lagu dari dua album beliau sebelumnya yang diterbitkan oleh EMI iaitu VINCE (2004) dan JANJI (2005). |
|
|
JANJI
–
Vince
Lagu Bonus:
|
|
|
VINCE
|