|
DISUSUN MENGIKUT ABJAD NAMA PENYANYI (A-Z) DAN DIIKUTI TAHUN PRODUKSI ALBUM ASAL |
PLAYLIST ARTIS YANG MEMPUNYAI KOLEKSI CD LEBIH DARIPADA 10 |
||
M DAUD (1 album) |
||
|
BINTANG EMAS
–
M Daud CD 1:
CD 2:
Datuk M Daud Wahid merupakan presiden Papita yang banyak memperjuangkan kebajikan ahli-ahlinya tetapi sebelum aktif berpersatuan beliau merupakan seorang penyanyi yang popular di era 70an dan lebih dikenali sebagai M Daud. Selain popular sebagai penyanyi beliau juga merupa pemuzik, penulis lirik dan komposer terkenal bukan saja untuk lagu nyanyiannya tetapi untuk penyanyi-penyanyi lain terutamanya artis-artis di bawah label syarikat rakaman Life Records (M Daud juga pernah menjadi PRO syarikat rakaman ini) antaranya DJ Dave, Fatimah Razak dan Zalifah Ibrahim. Antara lagu popular ciptaannya ialah 'Ku Tak Ingin Menangis Lagi' nyanyian DJ Dave. Bukan saja terkenal sebagai penyanyi solo, M Daud juga mempunyai pasangan duet album yang ramai. Pasangan duetnya yang pertama Raja Norlela diikuti Fatimah Razak, Rohani Hashim, Zalifah Ibrahim dan terakhir Maladisa. Bagaimanapun gandingan M Daud bersama Fatimah Razak dan Zalifah Ibrahim merupakan yang paling serasi. Siri BINTANG EMAS M DAUD memang sesuatu penerbitan yang tungu-tunggu kerana tidak pernah sebelumnya album M Daud diterbitkan dalam format CD. Bagaimanapun agak hampa apabila tiada satupun lagu-lagu dari LP beliau BUAT BOHONG LEPAS DIRI tersenarai termasuk lagu saduran yang menjadi hit bercorak jenaka yang juga menjadi tajuk album ini. |
|
M DAUD KILAU (2 album) |
||
|
SIRI BINTANG
PUJAAN
–
M Daud Kilau CD 1:
CD 2:
|
|
|
KOLEKSI BINTANG
–
M Daud Kilau CD 1:
CD 2:
|
|
M NASIR (8 album) |
||
|
MENTERA
SEMERAH PADI
–
M Nasir CD 1:
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() CD 2:
Selain lagu versi rakaman semula 'Mentera Semerah Padi' terdapat 3 buah lagu yang tidak pernah dirilis dalam mana album sebelumnya iaitu versi live 'Apokalips' dan 'Keroncong Untuk Ana' yang diambil dari konsert M Nasir Crossing UK '97 yang telah di adakan di SEMA Group Concert Hall, Royal Northern College of Music, Machester, UK pada 2 dan 4 April 1997. 'Senandung Sayang' pula diambil dari filem animasi PUTIH arahan Rashid Sibir terbitan Fine Animation tahun 2001. |
|
|
PRAHARA SENI ABADI
–
M Nasir
|
|
|
SRIKANDI CINTAKU
–
M Nasir
Sebuah catatan menarik daripada M Nasir dalam inlay CD tersebut "Kerjaya yang menjangkau 20 tahun telah menghasilkan banyak lagu-lagu popular, setengah popular dan kurang popular. Ada juga lagu-lagu yang sepatutnya, dari pandangan saya, menjadi hit tetapi kesasar oleh beberapa fakta termasuk cara pasaran dan kesilapan pilihan orang-orang tertentu. Lagu-lagu yang saya rakam semula ini adalah antara lagu-lagu istimewa buat saya, mempunyai nilai syahdu dan sejarahnya tersendiri. Anehnya bila dikumpulkan dan diteliti lagu dan lirik pilihan ini, ia menyerlahkan satu rasa. Rasa yang sungguh peribadi dan yang memilih lagu-lagu ini adalah perasaan bawah sedar yang sentiasa mengenangkan kekasih. Album ini adalah dari kekasih kepada kekasih ..." |
|
|
TERBAIK
–
M
Nasir
|
|
|
MASIHKAH INGAT
–
M Nasir & Yunizar
|
|
|
CANGGUNG
MENDONAN
–
M
Nasir
|
|
|
SAUDAGAR
MIMPI
–
M
Nasir
|
|
|
SOLO
–
M Nasir
Kerjaya sebagai penyanyi hanya bermula apabila Polygram memperkenalkan M Nasir melalui album solo pertamanya, UNTUK PENCINTA SENI (1979) dengan menggunakan nama Mohamed M.N. Bagaimanapun album ini kurang mendapat sambutan sehinggalah nama beliau mula dikenali apabila melahirkan album duet bersama Yunizar Hussein, DIA IBUKU (1981). Beliau terus meraih populariti apabila menubuhkan kumpulan trio Kembara yang asas musiknya berkonsep nusantara dengan memperkenalkan lagu-lagu rakyat bertemakan kehidupan dan kemanusian. Pada awalnya Kembara dianggotai oleh M Nasir, A Ali dan Sahlan tetapi kemudiannya diganti dengan tiga anggota baru apabila A Ali dan Sahlan berundur. Kembara berjaya menghasilkan 7 album studio (1981-1986). Perpecahan untuk mencari haluan masing-masing adalah perkara lumrah yang sentiasa terjadi pada setiap kumpulan termasuk Kembara. Bagaimanapun M Nasir berjaya mengekalkan popularitinya malah lebih hebat dari sebelumnya apabila dilamar BMG-Pacific, syarikat antarabangsa yang sangat terkenal ketika itu menerbit dan mengedarkan album solo keduanya, SOLO (1989) yang telah banyak membawa kejayaan besar kepada M Nasir. Sebagaimana kita ketahui M Nasir merupakan tokoh seni yang disegani dan digelar sebagai 'sifu' kerana kehebatannya bukan saja sebagai penyanyi tetapi juga pencipta, penggubah lagu, penulis lirik dan penerbit album. |
|
MALEK RIDZUAN (4 album) |
||
|
KAU BINTANG KU
–
Malek Ridzuan CD 1:
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() CD 2:
Sedikit ketidak ketelitian apabila lagu 'Pesan Perwira' (CD2) telah dicatat sebagai lagu 'Mak Inang Hang Tuah' iaitu lagu duet Malek Ridzuan bersama Sofie Es'. |
|
|
REVIVAL 80'an – Malek Ridzuan (Life Records, 2012) CD 1: Di Manakah / Sinaran Wajahmu (1981 )
CD 2: Kau Harus Mengerti / Jangan Bertanya Lagi (198 3)
Album '2 in 1' adalah himpunan album studio pertama dan album ke empat Malek Ridzuan di bawah label Life Records tanpa menggubah susunan trek lagu iaitu seperti album asal . |
|
|
10 BEST OF THE BEST vol 2 – Malek Ridzuan (Life Records, 2003)
|
|
|
10 BEST OF THE BEST vol 1 – Malek Ridzuan (Life Records, 2003)
Lagu 'Jangan Cemburu' yang dimuatkan dalam album kompilasi Malek Riduzan, 10 BEST OF THE BEST vol 1 adalah versi dangdut ciptaan Razzi M/Haron AbdulMajid yang diambil dari album dangdut Malek Ridzuan - KAU TETAP KU SAYANG/GADIS BERLESUNG PIPIT (Life Records, 1984). |
|
MALIQUE (3 album) |
||
|
TKO: PEJAMKAN MATA – Malique (Qarma Musiq & Warner Music, 2017 / rilisan semula oleh Universal Music & PMP Entertainment, 2023)
Malique muncul semula dengan album TKO: Pejamkan Mata yang menghimpunkan koleksi lagu-lagu yang telah dipasarkan terlebih dahulu (single) dengan memuatkan tiga lagu baru iaitu 'Muzik Buatku High', 'Bukan Mudah' dan 'Pejamkan Mata'. Lagu 'Bukan Mudah' menampilkan kumpulan Nukilan iaitu kumpulan pertama yang bernaung di bawah Qarma Musiq. Manakala 'Pejamkan Mata' menampilkan penyanyi wanita popular Dayang Nurfaizah. Lirik-lirik yang penuh bermakna samada yang tersurat mahupun tersirat adalah nukilan sepenuhnya oleh Malique. Kulit album TKO: Pejamkan Mata juga menjadi topik bualan di media sosial sekaligus dan menjadi tanda tanya kepada peminat-peminat beliau. Yang pasti hanya peminat Malique yang setia sahaja yang benar-benar akan memahami dan mengintepretasikan konsep kulit album ini secara positif. |
|
|
K.O THE MIXTAPE – DJ Fuzz & Malique (Qarma Musiq-Bum Squad Malaysia, 2009 / rilisan semula oleh Universal Music & PMP Entertainment, 2023)
K.O The Mixtape adalah koleksi adunan semula lagu-lagu daripada album O.K dan lagu adunan semula ini merupakan kolaborasi antara Malique dan DJ Fuzz. Album ini telah dianugerahkan dua anugerah AIM untuk Lagu Hip Hop Terbaik dan Album Hip Hop Terbaik pada tahun 2013. |
|
|
O.K – Malique (Qarma Musiq, 2008 / rilisan semula oleh Universal Music & PMP Entertainment, 2023) CD 1:
CD 2 :
Malique merupakan seorang penyanyi, komposer, penulis lirik dan penerbit rakaman dan OK merupakan album solo pertama beliau selepas perpisahan dengan kumpulan duo hip hop, Too Phat yang dibubarkan pada 2007. OK dirilis pada tahun 2008 dan atas banyak permintaan dibuat oleh peminat, album ini dirilis kali kedua pada tahun 2017. Secara keseluruhan inlay OK cetakan tahun 2008 kelihatan sama kecuali pelekat OK yang tidak disertakan dalam keluaran semula. Keluaran semula ini diterbitkan sekali lagi untuk tahun 2023 oleh Universal Music dan diedarkan oleh PMP Entertainment. Terdapat 18 track dan 2 trek tanpa bunyi, 'Diam' diawal CD 1 dan diakhir CD 2. Album ini menyentuh topik dari kisah cinta, kehidupan, Kuala Lumpur dan segala yang dekat di hati Malique. |
|