|
DISUSUN MENGIKUT ABJAD NAMA PENYANYI (A-Z) DAN DIIKUTI TAHUN PRODUKSI ALBUM ASAL |
PLAYLIST ARTIS YANG MEMPUNYAI KOLEKSI CD LEBIH DARIPADA 10 |
||
FADZIL AHMAD (2 album) |
||
|
DIA DATANG: IRAMA GHAZAL MALAYSIA – Fadzil Ahmad(AHAS Productions / Ambang Klasik, 1997)
Album Irama Ghazal Malaysia ini dipimpin oleh Fadzil Ahmad, Raja Gambus Malaysia bersama kumpulan Ghazal/Gambus Fadzil Ahmad Kuala Lumpur yang bertaraf profesional. Album ini mempamerkan beberapa keistimewaan berdasarkan lagu-lagu berirama Ghazal/Gambus terpilih dinyanyikan oleh penyanyi veteran yang masih bertenaga seperti Orchid Abdullah, Aspalela Abdullah, Rosiah Chik serta pewaris seninya, Jamie Chik (cucu) dan Fadzil Ahmad sendiri. |
|
|
TUDUNG PERIUK
–
Orkes Ghazal Sri Maharani
Tajuk asal album ini adalah 'SRI KELANTAN' persembahan Ghazal Sri Maharani Muar pimpinan Ahmad Jusoh. Album terbitan Olympia (M) Co telah diterbitkan semula oleh EMI pada tahun 1987 dengan menggunakan tajuk 'TUDUNG PERIUK' yang diedarkan dalam format kaset saja dan kulit album asal telah ditukar manakala susunan trek lagu juga telah diubahsuai. Sebelum diterbitkan semula untuk edisi 2014 siri 24 BIT REMASTERED, album ini juga pernah diedarkan melalui SIRI MURAH HATI (2002) dengan kulit album yang berbeza. |
|
FAIRUZ HUSSEIN (1 album) |
||
|
THE ESSENTIAL – Fairuz Hussein (Sony Music, 2010)
|
|
FAIZAL TAHIR (6 album) |
||
|
ROJAK
–
Faizal Tahir
ROJAK telah diumumkan sendiri oleh Faizal Tahir sebagai albumnya yang terakhir. Tidak tahu alasan konkrit Faizal Tahir membuat keputusan sebegitu sedangkan namanya sebagai penyanyi dan pencipta lagu masih relevan dengan perkembangan terkini muzik tanahair. ROJAK menyenaraikan 9 single, iaitu 3 yang pernah dikeluarkan pada tahun 2018 termasuk hit 'Ragaman' yang berelemen muzik reggae. Manakala yang lain adalah single terbitan 2019 termasuk yang terbaru 'Ratu' sebuah irama balada yang menarik dengan buaian ampuh vokal Faizal Tahir. Terdapat juga 3 buah lagu yang disajikan dengan dua versi termasuk dirakam secara demo/live. Faizal Tahir juga memilih ROJAK sebagai tajuk album kerana ia melambangkan negara Malaysia yang unik dengan etnik berbilang kaum, kepelbagaian variasi adat dan budaya yang menepati kehendak konsep album terbarunya ini. |
|
|
ANATOMI
–
Faizal Tahir
3 tahun tanpa album baru, kini Faizal Tahir muncul dengan album ANATOMI yang kebanyakannya menghimpunkan single popular Faizal Tahir yang dihasilkan sepanjang tahun 2014-2016. Bermula dengan single 'Assalamualaikum' diikuti dengan single 2015 'Setia', kolaborasi bersama Elizabeth Tan dan diikuti 'Sayang'. Manakala 2016, Faizal Tahir begitu aktif menghasilkan single termasuk menghasilkan lagu 'Menang', 'Sejati' dan single terkini 'Dirgahayu' dan 'Negaraku' yang mana Faizal Tahir berkolaborasi dengan penyanyi dan rapper ternama. Selain versi asal, lagu yang membawa kejayaan besar Faizal Tahir 'Assalamualaikum' ditampilkan dalam 3 versi yang berlainan. Hanya terdapat dua lagu baru, 'Suriram' dan 'Bukan Yang Pertama', manakala lagu duet bersama Elizabeth Tan 'Setia' dirakam semula secara solo. Kulit album yang menarik menimbulkan kontroversi apabila beberapa simbol tertentu membuatkan segelintir pihak mengaitkannya dengan aliran Freemason dan illuminati. |
|
|
THE BEST OF
FAIZAL TAHIR CD 1:
CD 2:
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Album kompilasi ini adalah seleksi lagu-lagu dari 3 album solo Faizal Tahir, AKU ▪ MUZIK ▪ KAMU (2007), ADRENALIN (2009) & FAIZAL TAHIR (2013). Terdapat juga lagu-lagu versi jamming (rakam terus 4 lagu) yang dihadirkan sebagai 'hidden track' dalam album FAIZAL TAHIR (2013) kini boleh dinikmati sebagai trek berasingan. Lagu-lagu tersebut adalah '7' dicatat sebagai 'Interlude' manakala 'Vortex', 'Biar' & 'Antigraviti' dicatat sebagai 'Acoustic version'. Intro 'Invitation' pula telah dicantumkan dengan lagu 'Batu & Golek'. |
|
|
FAIZAL TAHIR
|
|
|
ADRENALIN – Faizal Tahir (Monkey Bone / Universal Music, 2009)
|
|
|
AKU ▪ MUZIK ▪ KAMU – Faizal Tahir (Monkey Bone / EMI, 2007)
Mulai dikenali menerusi program realiti ONE IN A MILLION (OIAM) musim pertama 2006. Walaupun sekadar meraih naib juara, Faizal Tahir memang diakui mempunyai kekuatan vokal tersendiri. Sebelum bergerak solo, Faizal pernah menyertai kumpulan nasyid Mirwana. |
|
FARID HARJA (1 album) |
||
|
KOLEKSI LAWAK – Farid Harja (Life Records, 2003)
Sebenarnya album KOLEKSI LAWAK dendangan Farid Harja ini adalah koleksi penuh lagu-lagu dari album SAHABAT LAMA terbitan Life Records pada tahun 1994 dengan menampilkan penyanyi popular Indonesia, Farid Harja berduet dengan pelawak terkenal Malaysia, Salih Yaacob. Walaupun pada kulit album asal, SAHABAT LAMA menampilkan gambar Salih Yaacob & Farid Harja tetapi Salih Yaacob hanya tampil untuk berduet dengan Farid Harja melalui dua buah lagu sahaja, 'Dua Sahabat Lama' dan 'Ikan Laut', manakala yang lainnya adalah nyanyian solo Farid Harja. |
|
FARIDAH M AMIN (1 album) |
||
|
DIAM DIAM JATUH HATI – Faridah M Amin (WEA, 1979 / rilisan semula Warner Music, 2011)
Album ini diterbitkan sebagai 'menguji' kekuatan vokal Faridah M Amin penyanyi utama kumpulan Al Mizan sebagai penyanyi solo. Album yang diterbitkan oleh Kamalihudi (tahun 1979), juga merupakan satunya album tunggal Faridah M Amin yang kemudiannya masih teruja meneruskan perjuangan melahirkan album nasyid bersama kumpulan Al Mizan. |
|