DISUSUN MENGIKUT ABJAD NAMA PENYANYI (A-Z) DAN DIIKUTI TAHUN PRODUKSI ALBUM ASAL

Kembali Ke Senarai Utama My CD Collection

 SOLO / KUMPULAN

2 by 2          (4 album)

THE BEST OF 2 BY 2 (2001)

THE BEST OF 2 BY 2
(SRC, 2001)

  Kau Tetap Di Hatiku (duet Liza Hanim) (lagu baru)

  Kau Tinggalkan Daku (lagu baru)

  Ikan Di Laut Asam Di Darat (duet Mazleela) (lagu baru)

  Anak Zaman Ini

  Memori Duka (duet Anis Suraya) (lagu baru)

  Rindu

  Mawarku (duet Siti Nurhaliza)

  Amoi Amoi

  Tanda Kasih (duet Noraniza Idris)

  Aku Yang Terluka

  Tiga Malam (duet Siti Nurhaliza)

  Tragedi Tenda Baru (duet Liza Hanim)

  Pak Pung Pak Mustafe

  Gubahanku (duet Siti Nurhaliza)

JUWITAKU - 2 By 2 (1998)

JUWITAKU 2 BY 2
(SRC, 1998 / rilisan semula, 2008)

  Tragedi Tenda Biru (featuring Liza Hanim)

  Amoi Amoi

  Tanda Kasih (featuring Noraniza Idris)

  Jangan Engkau Berjanji

  Siapa Dia Sebelum Daku (featuring Anis Suraya)

  Simalakama

  Seiring Sejalan (featuring Asha Malik)

  Kau Selalu Di Hatiku (featuring Mazleela)

  Jangan Tunggu Lama Lama

  Ingin Tahu (featuring Candy)

  Jangan Main Asmara (featuring Asha Malik)

  Selendang Sayang (featuring Liza Hanim)

  Nostalgia Cinta - Medley: Hitam Manis, Oh Fatimah, Beban Asmara, Cincin Emas, Asmara & Tak Suka Tak Apa) (featuring Mazleela & Anis Suraya)      

  Juwitaku (Semarak Hati) (featuring Anis Suraya)

PAK PUNG PAK MUSTAFE - 2 By 2 (1997)

PAK PUNG PAK MUSTAFE 2 BY 2
(SRC, 1997 / rilisan semula, 2008)

  Pak Pung Pak Mustafe

  Tiga Malam (featuring Siti Nurhaliza)

  Bukan Jodoh Kita

  Dunia Belum Kiamat (featuring Mazleela)

  Aku Percaya Padamu

  Tiada Jalan Kembali

  Aku Yang Terluka

  Gubahanku (featuring Siti Nurhaliza)

  Si Gadis Desa

  Sapu Sapu Rengit

  Doakanlah

  Gadis Sama Saja

Album ini merupakan kesinambungan album 2 by 2 sebelumnya. Sekali lagi mereka berganding bersama Siti Nurhaliza dengan mempopularkan kembali lagu klasik negara seberang 'Gubahanku' dan 'Tiga Malam'.  Bagaimanapun populariti lagu ini tidak sekuat dan sepopular lagu 'Mawarku' atau kemungkinan menerima saingan dengan album solo kedua Siti Nurhaliza sendiri yang juga berada di pasaran malah sedang menguasai carta lagu kerana banyak lagu daripada album tersebut menjadi hits seperti 'Aku Cinta Padamu', 'Wajah kekasih', 'Bisikan Asmara' dan 'Kesilapanku Keegoanmu'.

RINDU - 2 By 2 (1996)

RINDU 2 BY 2
(SRC, 1996 / rilisan semula, 2008)

  Mawarku (featuring Siti Nurhaliza)

  Anak Zaman Ini

  Ikut Kata Ibumu

  Dara Puspita

  Duniaku Yang Permai

  Bisikan Jiwaku

  Berilah Berita

  Hampa Sudah Harapan

  Berdendang Sayang

  Hanya Untukmu

  Seroja

  Aku Tetap Merindu

  Lagu Gembira (featuring Siti Nurhaliza)
 
Rindu

Kumpulan anak muda 2 by 2 yang memperkenalkan irama retro 70an melalui album sulung menjadi cukup terkenal apabila lagu 'Mawarku' gandingan bersama pendatang baru, Siti Nurhaliza menjadi lagu paling hit ketika itu.  Kesemua lagu retro yang dirakam oleh 2 by 2 adalah yang pernah dipopularkan oleh allahyarham Eddie Ahmad termasuk lagu duet bersama adiknya, Hamidah Ahmad, 'Mawarku' dan 'Lagu Gembira'.  'Mawarku' juga telah melonjakkan nama Siti Nurhaliza di persada muzik tanahair sekaligus menjadikan album sulungnya yang telah berada di pasaran sebelumnya JERAT PERCINTAAN, mula mendapat perhatian.

TAUFIK BATISAH          (1 album)

KENANGAN DI HARI RAYA - Hady Mirza & Taufik Batisah (2011)

KENANGAN DI HARI RAYA Hady & Taufik
(Hype Records / SRC, 2011)

  Kenangan Di Hari Raya (duet Hady & Taufik)
  Seindah Aidilfitri (Hady)
  Syawal Yang Mulia (Taufik)
  KepadaNya (duet Hady & Taufik)
  Berserah (Taufik)
  Doaku (Hady featuring Osman Zailani)
  Kenangan Di Hari Raya (instrumental)
  Seindah Aidilfitri (instrumental)
  Syawal Yang Mulia (instrumental)

Dua idola remaja Singapura yang juga pemenang Singapore Idol, Taufik Batisah (2004) & Hady Mirza (2006) bergabung melahirkan sebuah album raya yang memperlihatkan transisi dan susunan muzik yang sarat dengan nafas keMelayuan.   Selain lagu raya, lagu pop kerohanian juga diselitkan.

TAYIB RIDON          (1 album)

THE BEST OF TAIB RIDON (2004)

THE BEST OF TAIB RIDON
(Insictech Musicland, 2004)

 Penjual Roti Ibu Tiada Pergi Membawa Diri (duet Khatijah Hamid) Lupakan Sahaja Nasibku Selamat Berpisah Kafilah Lambaianmu Gadis Pujaanku Berbulan Madu Bukan Jodohnya (duet Zaleha Hamid) Hilang Kabus Hilang Bayangan Dua Insan Orang Bujang Pujaanku Harapan Ayah Alibaba Menanggung Rindu Dara Jelita Malam

Bintang ciptaan lewat tahun 60an, Tayib Ridon (seperti nama yang tercatat dalam EP rakaman beliau) amat popular sebagai penyanyi lagu-lagu hindustan versi Melayu.  Di awal pembabitan sebagai artis rakaman beliau telah merakam 3 EP bersama syarikat rakaman Times Record Co. (label 'Olympic', 1969-1970).  Kemudian beliau menyertai Great Union Organisation (label 'Union Record' 1970-1971) dan menghasilkan 3 EP termasuk sebuah lagu berduet dengan bintang muda yang amat popular ketika itu, Zaleha Hamid.

Yang terbaik mengenai album koleksi ini adalah menyenaraikan kesemua lagu yang pernah dirakam oleh Tayib Ridon tetapi sayangnya kualiti audionya amat tidak memuaskan.

TETTY KADI          (1 album)

BEST OF THE BEST - Tetty Kadi (1999)

BEST OF THE BEST Tetty Kadi
(Gong Klasik / Life Records, 1999)

 Sepanjang Jalan Kenangan Layu Sebelum Berkembang Saling Percaya Sebelum Kau Pergi Biarkan Bunga Berkembang Teringat Selalu Senandung Rindu Ku Tunggu Tunggu Ratapan Anak Tiri Balada Orang Minta Minta Mimpi Sedih Mawar Berduri

TITIEK PUSPA          (1 album)

KARYA EMAS TITIEK PUSPA - Various Artist (1999)

KARYA EMAS TITIEK PUSPA Various Artist
(Gong Klasik / Life Records, 1999)

  Jatuh Cinta (Eddy & Diana Silitongga)
  Bing (Grace Simon) - tetapi dicatat nyanyian Hetty Koes Endang
  Sendiri (Bimbo)
  Marilah Ke Mari (Titiek Puspa)
  Cinta (Broery Pesolima)
  Rindu Setengah Mati (Arie Koesmiran)
  Romo Ono Maling (Eddy Silitongga)
  Kupu Kupu Malam (Titiek Puspa)

  Sapiku (Titiek Puspa)

  Satu Dia (Eddy Silitongga)

  Si Hitam (Titiek Puspa)
  Adinda (Bimbo)
  Apanya Dong (Euis Darliah)

  Bimbi (Titiek Puspa)

  Sinyo Dendi (Titiek Puspa)

  Ciuman Pertama (Aria Yunior)

  Yang (Lex's Trio)

  Hidup Untuk Cinta (Japras)

Titiek Puspa yang mula dikenali sebagai penyanyi di awal 1960an juga merupakan seorang komposer tersohor Indonesia.  Album KARYA EMAS TITIEK PUSPA bukan saja menyenaraikan lagu lagu ciptaan beliau yang dinyanyikan oleh ramai penyanyi ternama Indonesia tetapi juga dinyanyikan oleh beliau sendiri.  Senarai lagu ciptaan dan nyanyian beliau yang terkandung dalam album ini ialah 'Si Hitam', 'Sapiku', 'Kupu Kupu Malam', 'Bimbi', 'Marilah Ke Mari' (judul asal 'Mari Mari') dan 'Sinyo Dendi'.  Bagaimanapun lagu 'Si Hitam' yang melonjakkan namanya sebagai penyanyi dan 'Marilah Ke Mari' bukanlah daripada versi asal.  Titiek Puspa juga mempunyai deretan lagu hit antaranya 'Minah Gadis Dusun', 'Marah Marah' (lebih dikenali dengan tajuk 'Kekasihku Marah Marah') dan 'Bing' tetapi tidak tersenarai dalam album ini.