|
DISUSUN MENGIKUT ABJAD NAMA PENYANYI (A-Z) DAN DIIKUTI TAHUN PRODUKSI ALBUM ASAL |
|
||
CALIPH BUSKERS (2 album) |
||
|
BUSKING
AIDILFITRI
–
Caliph Buskers
Populariti yang diraih oleh Caliph Buskers melalui lagu 'Hanya NamaMu' juga memberi peluang mereka mengeluarkan album pertama mereka pada tahun yang sama BUSKING AIDILFITRI. Album ini mengandungi 10 buah lagu raya klasik yang diberi nafas baru oleh Caliph Buskers. Muzik dalam album raya ini telah disusun dan dimainkan secara 'busking' dengan bunyian yang lebih santai, segar dan mesra halwa telinga masyarakat moden kini. Album ini juga turut menyelitkan semula single 'Hanya NamaMu' sebagai lagu bonus. |
|
|
HANYA NAMAMU (single) – Caliph Buskers(KRU Music / United Studios, 2015)
Caliph Buskers, kumpulan muzik OKU (cacat penglihatan) merupakan penyanyi jalanan di sekitar ibukota dan mula dikenali dalam industri seni tanahair setelah memenangi persembahan terbaik di Anugerah Juara Lagu ke 29 (Januari 2015) bersama kumpulan MOJO dengan menyanyikan lagu 'Romancinta' dengan Azmi Saat sebagai vokalis utama Caliph Buskers menggantikan Aweera, vokasli asal MOJO yang tidak dapat membuat persembahan di pentas Anugerah Juara. Sebaik usai AJL 29, lagu tersebut diterbitkan sebagai single dan kemudian dimasukkan semula pada album single Caliph Buskers sendiri yang berjudul HANYA NAMAMU yang diterbitkan pada Mac 2015. Lagu 'Hanya Namamu' telah menaikkan populariti Caliph Buskers. |
|
CAREFREE (4 album) |
||
|
BERSAMA
CAREFREE
Awal 80'an kumpulan retro pop, Carefree cukup dikenali ramai. Namun ketika di puncak populariti, kumpulan ini berpecah dan setelah 3 dekad berlalu, Carefree membuat kemunculan semula dengan album studio baharu yang diberi judul BERSAMA CAREFREE. Album yang berkonsep pop rock moden ini tidak lagi bersama vokalis asalnya, Jay Jay. Satu-satunya anggota asal kumpulan itu ialah Simon Justin Leo (gitar/vokal). Selebihnya, dianggotai oleh ahli ahli baharu, iaitu Hadi Hassan (bass/vokal) yang menggantikan Jay Jay, Zack (keyboard/vokal), Reeyan (drum/vokal) dan Hizey (keyboard/vokal). Album ini hanya menampilkan 7 buah lagu (kesemuanya lagu baru) yang menampilkan genre muzik seperti blues, funk, rock, balada dan fusion. Selain itu, Carefree turut menghasilkan sebuah lagu khas buat Jabatan Kebajikan Masyarakat berjudul 'Find It In Your Heart' yang banyak membantu dalam kerja-kerja kemasyarakatan dan prihatin dengan isu semasa yang sedang berlaku di Malaysia. |
|
|
SIRI BINTANG
PUJAAN
–
Carefree CD 1:
CD 2:
|
|
|
THE BEST OF CAREFREE (EMI, 1993)
|
|
|
KEBEBASAN
–
Carefree
|
|
CHRIS VADHAM (1 album) |
||
|
LAGU LAGU KOLEKSI SENTIMENTAL
–
Chris Vadham
|
|
CHRISYE (1 album) |
||
|
EVERLASTING GREATEST HITS
–
Chrisye CD 1: Everlasting Hits
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() CD 2: Greatest Hits
Mula dikenali di Indonesia apabila lagu karya terbaiknya 'Lilin Lilin Kecil' (1977) sukses di pasaran, lalu tahun berikutnya Chrisye menjadi keluarga syarikat rakaman Musica Studio yang kemudiannya menghasilkan banyak lagu popular dan album yang meledak di pasaran. Pemuzik, pencipta dan penyanyi legendaris Indonesia Chrisye telahpun meninggal dunia akibat penyakit kanser pada March 2007. Sepeninggalan beliau, Musica Studios Indonesia telah meriliskan 2 album kompilasi (sekitar Jun 2007); CHRISYE IN MEMORIAM: GREATEST HITS dan CHRISYE IN MEMORIAM: EVERLASTING HITS. Amat bertuah untuk peminat Chrisye di Malaysia apabila Warner Music baru-baru ini telah pun mengedarkan kedua-dua album tersebut dalam CD berkembar, CHRISYE: EVERLASTING GREATEST HITS tanpa menggubah susunan trek lagu. Walaupun masih banyak lagu-lagu popularnya yang tidak disenaraikan dalam CD berkembar ini ia sudah memadai kerana bukan senang untuk mendapatkan album-album Chrisye di Malaysia. |