|
|
|
DISUSUN MENGIKUT ABJAD NAMA PENYANYI (A-Z) DAN DIIKUTI TAHUN PRODUKSI ALBUM ASAL |
|
PLAYLIST ARTIS YANG MEMPUNYAI KOLEKSI CD LEBIH DARIPADA 10 |
||
|
HAIDA (1 album) |
||
|
|
THE ESSENTIAL
–
Haida
|
|
|
HAIL AMIR (2 album) |
||
|
|
MEMORI HIT
–
Hail Amir CD 1:
CD 2:
|
|
|
|
APA JAWAPNYA – Hail Amir(EMI, 1978/ rilisan semula EMI-Universal Music, 2016)
Bersama EMI, Hail Amir menghasilkan album solo, 1 EP (Wajah Kesayangan Hamba) dan 2 LP (Kabus & Apa Jawapnya) dan 2 LP duet bersama Uji Rashid (Antara Mataku Dan Mataku & Hujan). APA JAWAPNYA merupakan album terkahir Hail Amir bersama EMI dan tidak ditangani oleh komposer Ahmad Nawab seperti album-album sebelumnya kerana penghijrahan Ahmad Nawab ke syarikat WEA (kini Warner Music). Album ini agak menenggelamkan nama Hail Amir kerana komposisi album yang berbeza dari album sebelumnya malah sarat pula dengan lagu saduran yang ketika itu telah dilarang penyiaran di stesen-stesen RTM. Pada tahun 1995, Uji & Hail bersama semula dengan EMI untuk menghasilkan sebuah lagi album duet, MELAYU KLASIK yang menghimpunkan lagu-lagu klasik 50an. |
|
|
HAIZA (1 album) |
||
|
|
WAJAH
WAJAH
–
Haiza
|
|
|
HALIL CHIK (2 album) |
||
|
|
SIRI BINTANG
PUJAAN
–
Halil Chik CD 1:
CD 2:
Mula diperkenalkan melalui album HANYA NYANYIAN pada tahun 1977, anak didik S Atan, Halil Chik terus mengecap populariti melalui album keduanya CINTAMU (1978). Kemudian beliau berpeluang merakam album Raya, SELAMAT HARI RAYA (1978) bersama kumpulan TRIO MANJA. Beliau juga ada merakamkan 3 lagu duet bersama Sakura Teng ('Nona Manis', 'Cintaku Padamu' dan 'Sarina') untuk dimuatkan dalam album Sakura Teng SETULUS HATIKU (1978). Album terakhirnya bersama EMI dihasilkan pada tahun 1979 iaitu SECEBIS RENUNGAN. Album SIRI BINTANG PUJAAN: HALIL CHIK amat istimewa kerana ianya merupakan album kompilasi pertama Halil Chik bersama EMI yang diterbitkan dalam format CD. |
|
|
|
SELAMAT HARI RAYA
–
Halil Chik & Trio Manja
Album raya terbitan tahun 1978 buat pertama kalinya dirilis semula dalam format CD tetapi terdapat penambahan dua buah lagu iaitu instrumental 'Selamat Hari Raya' petikan guitar oleh Reggie Verghese dan sebuah lagu raya Aidil Adha 'Hari Mulia Hari Bahgia' dendangan kumpulan nasyid popular 70an, Hidayah. |
|
|
HALIM KHAN (2 album) |
||
|
|
SETIA – Hali m Khan(SRC, 2000)
Setelah kejayaan album studio pertamanya, Halim Khan muncul semula dengan album solo keduanya SETIA yang masih mengekalkan konsep yang sama iaitu lagu-lagu Hindustan yang diberikan lirik berbahasa Melayu. Lagu lagu tersebut adalah lagu popular Hindustan masa kini seperti 'Mari Menari Mari Menyanyi' (Phir Bhi Dil Hai Hindustani), 'Hadirlah Sayang' (Aa Ab Laut Chalen), 'Kaulah Segalanya' (Ladki Badi Anjani Hai), 'Cinta Hampa Dan Harapan' (Hum To Diwane Huye), 'Hello Kawan' (Hello Brother), 'Ku Insan Ketiga' (Khushiyan Aur Gham), 'Sambutlah Cintaku' (Ho Gaya Hai Tujhko Pyar Sajna) dan 'Kekal' (Pyar Kai). Sebagai pelengkap album dimuatkan 2 buah lagu ciptaan baru, 'Aku Setia Menunggu' (ciptaan Aiman dan lirik oleh Sham Amir Hussain) dan 'Menanti Bahagia' (ciptaan Ricky Koes dan lirik oleh Tisya). |
|