P laylist CD Pilihan:
(dikemaskini 1 Mei 20 24) |
|
|
KOLEKSI EMAS
(rakaman semula)
–
Hetty Koes Endang
![]() ![]() ![]()
![]() ![]() |
|
EDISI PLATINUM
–
Hetty Koes Endang CD 1:
CD 2:
|
|
best of keroncong vol 2 – Hetty Koes Endang(Life Records, 2008) CD 1: Lagu Lagu Keroncong: Pulau Bali (1983)
CD 2: Keroncong Pop: Yang Sangat Ku Sayang (1982)
CD berkembar ini menghimpunkan dua album penuh bergenre keroncong nyanyian Hetty Koes Endang yang diedarkan oleh Life Records untuk pasaran Malaysia. Album album tersebut ialah YANG SANGAT KU SAYANG (1982) dan PULAU BALI (1983) yang diedarkan oleh Life Records untuk pasaran Malaysia. Seperti BEST OF KERONCONG vol 1, susunan trek lagu adalah sama seperti album asal yang pernah diterbitkan dalam format piringhitam dan kaset. |
|
best of keroncong vol 1 – Hetty Koes Endang(Life Records, 2008) CD 1: Lagu Lagu Keroncong Asli (1979)
CD berkembar ini menghimpunkan dua album penuh bergenre keroncong nyanyian Hetty Koes Endang yang diedarkan oleh Life Records untuk pasaran Malaysia. Album-album tersebut ialah LAGU LAGU KERONCONG ASLI (1979) & HETTY KERONCONG (1978). Susunan trek lagu adalah sama seperti album asal yang pernah diterbitkan dalam format pringhitam dan kaset. Sedikit info berkenaan CD2: Hetty Keroncong terdapat 4 buah lagu yang sebenarnya adalah dendangan solo bintang keroncong Indah Susanti yang diiringi Band Manto's. |
|
HETTY KERONCONG – Hetty Koes Endang(Life Records, 2008) CD 1: Hetty Keroncong vol 2 (1978)
CD 2: Keroncong Manis (1981)
CD berkembar ini menghimpunkan dua album penuh bergenre keroncong nyanyian Hetty Koes Endang yang diedarkan oleh Life Records untuk pasaran Malaysia. Album-album tersebut ialah HETTY KERONCONG vol 2 (1978) dan KRONCONG MANIS (1981) yang diedarkan oleh Life Records untuk pasaran Malaysia. Susunan trek lagu adalah sama seperti album asal yang pernah diterbitkan dalam format piringhitam dan kaset. Sedikit info berkenaan CD1: Hetty Keroncong vol 2 terdapat 2 buah lagu yang sebenarnya bukan dari vokal Hetty Koes Endang tetapi persembahan bintang keroncong, Indah Susanti yang diringi Band Manto's. Tidak tahu apa alasannya, mengapa vokal Indah Susanti disenaraikan dalam trek lagu album Hetty Koes Endang ini ! |
|
SELEKSI POP SUNDA – Hetty Koes Endang (Music Valley, 2006)
|
|
THE BEST OF SUNDANESE POP SONGS – Hetty Koes Endang(Music Valley, 2006)
|
|
MEMORI LAGENDA: POP KERONCONG
–
Hetty Koes
Endang CD 1:
CD 2:
Ketidak ketelitian menyebabkan lagu pop 'Antara Benci Dan Rindu' tersenarai, sedangkan album kompilasi ini sepatutnya menghimpunkan lagu-lagu pop keroncong sahaja. |
|
LAGU LAGU KERONCONG – Hetty Koes Endang(Life Records, 2004) CD 1: Lagu Lagu Keroncong: Potong Padi (1980)
CD 2: Keroncong Ciptaan Baru (1985)
CD berkembar ini menghimpunkan dua album penuh bergenre keroncong nyanyian Hetty Koes Endang yang diedarkan oleh Life Records untuk pasaran Malaysia. Album-album tersebut ialah LAGU LAGU KRONCONG 'POTONG PADI' (1980) dan KRONCONG CIPTAAN BARU (1985) yang diedarkan oleh Life Records untuk pasaran Malaysia. Susunan trek lagu adalah sama seperti album asal yang pernah diterbitkan dalam format piringhitam dan kaset. |
|
MY BEST COLLECTION
vol
1
–
Hetty Koes Endang
|
|
'LIVE IN CONCERT' POP KERONCONG – Hetty Koes Endang(Life Records, 2002)
|
|
'LIVE IN CONCERT' THE GOLDEN VOICE – Hetty Koes Endang(Life Records, 2002)
Album 'LIVE IN CONCERT' THE GOLDEN VOICE telah pun diterbitkan pada tahun 1991 tetapi dengan tajuk yang berlainan iaitu SEMALAM DI KUALA LUMPUR (KONSERT 'LIVE' DARI LIFE CENTRE). Kulit album juga berbeza tetapi tetap mengekalkan susunan trek lagu yang sama. Album live telah ini dirakam di Live Centre, Kuala Lumpur pada 26hb Julai 1991 sempena konsert SEMALAM DI KUALA LUMPUR bagi meraikan ulangtahun ke 25 penglibatan Hetty Koes Endang dalam persada muzik. Dalam konsert tersebut Hetty Koes Endang telah mempersembahkan lebih daripada 20 buah lagu pelbagai genre. |
|
ALUNAN EMAS 25 TAHUN KEGEMILANGAN – Hetty Koes Endang(Pony Canyon, 1999)
Album kompilasi ini menyenaraikan lagu lagu rakaman Hetty Koes Endang dibawah label PonyCanyon, Malaysia kecuali lagu, 'Tak Ingin Berpisah' irama balada karya Ahmad Nawab & Juwie diambil dari album Hetty Koes Endang, TAK INGIN BERPISAH (1997) dibawah label syarikat rakaman Indonesia, Musica. Manakala 'Betapa Ku Cinta Padamu' nyanyian asal Siti Nurhaliza dan 'Tenda Biru' diambil dari Album Keroncong Hetty Koes Endang tahun 1997 dibawah label Blackboard, Indonesia dan dilaguku semula oleh Hetty Koes Endang dalam versi keroncong. |
|
YANG YANG BERGOYANG ... DUT DUT BERDANGDUT
–
Hetty Koes Endang
Selain memuatkan beberapa lagu ciptaan baru, album bergenre dangdut ini turut menyenaraikan lagu-lagu pop yang telah didangdutkan seperti 'Berdiri Bula Romaku' dan 'Syurga Dan Neraka' yang pernah dipopularkan oleh Hetty Koes Endang sendiri, lagu 'Madu Dan Racun' nyanyian asal kumpulan duo, Bill dan Brod dan sebuah lagu dangdut yang dipopularkan oleh Hetty Koes Endang 'Terkejut' turut diberi nafas baru. |
SEPANJANG 25 TAHUN PERSEMBAHANKU – Hetty Koes Endang(Life Records, 1996)
Terdapat 3 buah lagu yang tidak pernah dimuatkan dalam mana mana album Hetty Koes Endang bagi pasaran di Malaysia. 3 lagu tersebut diambil dari 3 album terbitan syarikat rakaman Gajah Mada, Indonesia tahun 1995 iaitu lagu 'Kau Apa Adanya' (dari album kompilasi pelbagai artis, POP TERMANIS: KAU APA ADANYA; 'Takkan Ada Dusta' dari album kompilasi pelbagai artis DANGDUT MASA KINI: TAKKAN ADA DUSTA dan 'Pipo Gendeng' dari album kompilasi pelbagai artis DISCO JAWA: PIPO GENDENG. |
|
|
senandung kenangan silam
–
Hetty Koes Endang
Setelah menghasilkan album bergenre Pop, HADIRLAH KASIH (1994), Pop Keroncong, ANUGERAH (1995), kini Hetty Koes Endang diberi kepercayaan oleh Pony Canyon untuk melahirkan album SENANDUNG KENANGAN SILAM yang menghimpunkan seleksi lagu Melayu klasik Malaysia dan Indonesia. |
ANUGERAH
(Pop
Keroncong)
–
Hetty Koes Endang
ANUGERAH merupakan album studio penyanyi serba boleh Hetty Koes Endang yang merakam semula lagu lagu balada popular yang pernah dipopularkan oleh penyanyi/kumpulan tanahair tetapi dipersembahkan oleh Hetty Koes Endang dalam nuansa pop keroncong. Tidak perlu dipertikaikan kemampuan beliau dalam melantunkan irama sebegini kerana kejayaan beliau telah dapat dibuktikan dengan lahirmya banyak album keroncong yang sebelumnya diterbitkan dan diedarkan oleh syarikat Life Records. Turut dimuatkan lagu ciptaan baru karya Manthous, 'Anugerah' dan lagu keroncong klasik, 'Sayang Di Sayang'. ANUGERAH merupakan album studio kedua Hetty Koes Endang di bawah label Pony Canyon (Malaysia) setelah terhasilnya album pop, HADIRLAH KASIH (1994). |
|
THE GOLDEN VOICE OF HETTY KOES ENDANG (Life Records, 1993) CD 1:
CD 2:
|
|
SELEKSI ALBUM EMAS – Hetty Koes Endang(Life Records, 1990 / rilisan semula, 1995)
|
|
POP KERONCONG:
DINGIN
–
Hetty Koes Endang
|
|
POP KERONCONG: KEMESRAAN – Hetty Koes Endang (Life Records, 1989 / rilisan semula, 2009)
|
|
HETTY KOES ENDANG OF 16 BEST THE BEST vol II (Life Records, 1990)
|
|
SORGA NERAKA / DEMI CINTA NI YE – Hetty Koes Endang (Life Records, 1990)
SORGA NERAKA & DEMI CINTA NI YE, dua album studio Hetty Koes Endang yang cukup sukses di pasaran disatukan dalam album kompilasi ini. Kesemua lagu dari album SORGA NERAKA dimuatkan dalam album ini berbanding hanya 4 lagu dari album DEMI CINTA NI YE. |
|
HETTY KOES ENDANG
OF 16 BEST THE BEST
|
|
HATI YANG LUKA – Hetty Koes Endang & Obbie Messakh (Life Records, 1988 / rilisan semula, 2009)
Album yang menyenaraikan lagu-lagu ciptaan Obbie Messakh yang pada ketika itu merupakan komposer yang sedang 'naik daun'. Selain menyanyikan lagu-lagu ciptaan Obbie Meessakh, Hetty Koes Endang turut berduet dengan komposer tersebut dan juga penyanyi @ komposer yang juga sedang popular ketika itu, Deddy Dores. |
|
BERDIRI BULU ROMAKU – Hetty Koes Endang (Life Records, 1987 / rilisan semula, 2009)
|
|
DEMI CINTA NI YE – Hetty Koes Endang (Life Records, 1986 / rilisan semula, 2009)
|
|
SORGA NERAKA – Hetty Koes Endang (Life Records, 1986 / rilisan semula, 2009)
|
|
HATI LEBUR JADI DEBU – Hetty Koes Endang (Life Records, 1981 / rilisan semula, 2009)
|
|
keroncong manis – Hetty Koes Endang(Life Records, 1981 / rilisan semula, 2009)
|
|
ALBUM KLASIK: SITI AISAH – Hetty Koes Endang(Life Records, 1978 / rilisan semula, 2011)
Album nyanyian Hetty Koes Endang ini pernah diterbitkan dan diedarkan oleh Life Records pada tahun 1978 dengan tajuk POP MELAYU vol 1. Untuk rilisan semula ia diterbitkan melalui siri ALBUM KLASIK dengan menggunakan tajuk SITI AISAH tetapi masih mengekalkan susunan trek lagu seperti album asal. |