P laylist CD Pilihan:
(dikemaskini 1 April 202 2) |
|
KEUNGGULAN 33 TAHUN
– Francissca
Peter Satu satunya penyanyi bukan melayu yang masih hebat dan mempunyai ramai peminat setia, Francissca Peter kembali dengan sebuah 'boxset', KEUNGGULAN 33 TAHUN FRANCISSCA PETER yang diedarkan sempena konsert solo pertama beliau di Istana Budaya yang telah berlangsung pada 5 & 6 Februari lalu. 'Tiada Gementar Lagi' buah tangan komposer muda berbakat Imran Ajmain dan lirik oleh Francissca sendiri merupakan satu-satunya single terbaru yang menampilkan vokal terkini Francissca yang terkandung dalam BOXSET yang mengandungi 10 CD iaitu koleksi album penuh studio Franciscca Peter dari tahun 1984-1996 termasuk sebuah single terbaru. Senarai 10 CD yang terkandung dalam boxset KEUNGGULAN 33 TAHUN FRANCISSCA PETER. CD 1: KOMPUTER MUZIK (Warner, 1984)CD 2: AKU HANYA PENDATANG (Warner, 1985) CD 3: SEKADAR DI PINGGIRAN (Warner, 1986) CD 4: KAU BINTANGKU (Warner, 1987) CD 5: HARAPAN (Warner, 1988) CD 6: NOW'S THE TIME (Warner, 1989)CD 7: PASTI KEMBALI (Warner, 1989) CD 8: MAWAR TERPINGGIR (Warner, 1992)CD 9: SETINGGI ANGKASA (SCAT, 1996) CD10: TIADA GEMENTAR LAGI (single) (Eye Design / Warner, 2011)
Untuk info track lagu, sila lihat CD berkenaan di bawah; senarai album disusun mengikut tahun asal sesebuah album itu diterbit atau diedar. |
|
KEUNGGULAN – Francissca Peter (Warner, 2010) CD 1:
CD 2:
|
|
|
MEMORI
HIT
–
Roy &
Fran CD 1:
CD 2:
Senarai lagu lengkap daripada dua album duet Roy & Fran bersama EMI - SIAPA DIA SEBELUM DAKU (awal 1982) dan BERSAMA PERTEMUAN INI (akhir 1982). Bagaimanapun agak ralat apabila 2 lagu duet mereka 'Gunung Payung' & 'Manusia' daripada album khas terbitan EMI memperingati allahyarham P Ramlee 'ABADI DALAM SANJUNGAN' tidak disenaraikan. Kompilasi ini juga menampilkan senarai penuh lagu nyanyian Roy daripada satu-satunya album solo bersama EMI, BERAKHIR KEMARAU NAN PANJANG (1984) Album solo Roy ini diterbitkan setelah Fran meninggalkan EMI untuk menjadi penyanyi solo bersama Warner Music. |
|
|
MASIH MERINDU
– Fran
Album mini MASIH MERINDU hanya mengandungi 5 lagu dan hanya boleh dimiliki melalui belian secara SMS sahaja. Fran yang agak tenggelam seketika bernasib baik apabila kolaborasinya bersama VE menerusi lagu 'Jangan Simpan Rindumu' menjadi popular. |
|
|
10 TAHUN GEMILANG
– Fran
|
|
|
SETINGGI ANGKASA
– Fran
|
|
|
SIAPA DIA SEBELUM DAKU
– Roy & Fran (EMI, 1994)
|
|
|
MAWAR
TERPINGGIR
– Fran
|
|
|
SUARA
RINDU
– Fran
|
|
|
PASTI KEMBALI
– Fran
|
|
|
NOW'S THE TIME
–
Francissca
Setelah menghasilkan banyak album album Melayu akhirnya Francissca berpeluang merakam sebuah album Inggeris NOW'S THE TIME sebagai kelangsungannya untuk menjadi penghibur bertaraf antarabangsa. |
|
|
HARAPAN
– Fran
|
|
|
KAU BINTANGKU
– Fran
|
|
|
SEKADAR DI PINGGIRAN
– Fran
|
|
|
AKU HANYA PENDATANG
– Fran
|
|
|
KOMPUTER MUZIK
–
Fran
|
SEJARAH RINGKAS PERJALANAN SENI francissca peter Januari 2010 Sumber: Dari inlay CD: KEUNGGULAN FRANCISSCA PETER, terbitan/edaran Warner Music, 2010 Dunia muzik dekad 80an pasti akan hambar tanpa kerdipan sang bintang yang bernama Francissca Peter. Lebih mesra dengan panggilan Fran di kalangan ribuan peminat-peminat setianya, beliau mula melangkah ke alam nyanyian selepas tamat persekolahan di kelab-kelab malam. Berbekalkan suara nyanyian yang lantang dan mempesona, Fran menyertai sebuah kumpulan duo Roy & Fran, yang turut disertai oleh rakan seperjuangan Royston Sta Maria dan kemudiannya disunting oleh syarikat rakaman EMI (Malaysia) Sdn Bhd. Kemunculan Roy & Fran mengisi kekosongan pasangan duet yang ditinggalkan oleh Uji & Hail dan Ismail & Anita Sarawak lewat 70an. Album-album mereka, Siapa Dia Sebelum Daku (Januari 1982) dan Bersama Pertemuan Ini (Oktober 1982) berjaya menambat hati rata-rata pendengar muzik ketika itu. Ini merupakan satu kejayaan yang amat membanggakan, apatah lagi kedua-dua Fran dan Roy bukanlah berbangsa Melayu. Bak cenderawasih bangkit dari abu, Fran mencuba lagi nasibnya dengan seorang penerbit baru, Manan Ngah, bekas pemuzik Revolvers dan Brain Connection, lalu hadirlah album solo kedua AKU HANYA PENDATANG pada Oktober 1985. Eksperimen kali ini berhasil tatkala lagu judul album berjaya meraih posisi juara di carta LMPI Rangkaian Nasional. Selain itu, lagu-lagu ‘Andainya’ dan ‘Masih Belum Tamat’ turut menjadi popular dan melayakkan album ini merangkul jualan Gold Disc; ‘Masih Belum Tamat’ mulai popular setelah diangkat menjadi lagu tema drama alihsuara dari Brazil, Escrava Isaura yang disiarkan menerusi TV3. Fran terus melangkah bergaya dengan album seterusnya juga terbitan Manan Ngah yang berjudul SEKADAR DI PINGGIRAN. The rest, as they said, is history. ‘Sekadar Di Pinggiran’ bukan sahaja menjadi lagu paling popular tahun 1986 (juara carta LPMI, Muzik Muzik ‘86 serta carta-carta radio Malaysia), malah diangkat sebagai Lagu Terbaik di Anugerah Juara Lagu pertama dan juga ASEAN Song Festival 1987 untuk kategori lagu popular. Menerusi Juara Lagu juga, Fran turut menerima tempat kedua untuk Persembahan Terbaik (yang berdasarkan hanya pada kekuatan vokal dan bukan berapa gerombolan penari yang perlu dibawa!) menerusi sebuah lagi lagu ‘Aku Kehilanganmu’. Lagu-lagu lain yang turut menjadi siulan dari album keramat ini termasuklah ‘Ku Ke Udara Lagi’ (tribute buat penyiar-penyiar di Malaysia), ‘Akulah Kekasihmu’ (yang masih terplih mewarnai runut bunyi drama-drama TV di Malaysia sehingga kini), ‘Si Kunang Kunang’ dan ‘Semalam’. Untuk itu, tidaklah menghairankan apabila SEKADAR DI PINGGIRAN menerima taraf Double Platinum pada awal 1987! KAU BINTANGKU menyusul pada bulan puasa 1987. Walapun terdapat satu insiden yang kurang menyenangkan yang dikaitkan dengan cover album ini, namun Fran terus kekal menjadi penyanyi pilihan rakyat Malaysia. Selain single berhantu ‘Kerna Terpaksa’ (turut layak ke final Juara Lagu dan Juara Carta LPMI), lagu-lagu lain yang popular termasuklah ‘Kau Lilin Cintaku’, ‘Oolala Tropika’ dan ‘Di Genggam Sepi’. Selain Manan Ngah, Fran turut berkerjasama dengan Ramli Sarip menerusi 2 buah lagu. Fran juga terpilih mewakili Malaysia ke ABU Song Festival menerusi lagu garapan Aubrey Suwito, ‘Cinta Abadi’, duet bersama William Clark. Kontroversi yang menimpa Fran sedikitpun tidak mencalar popularitinya, apabila beliau muncul sebagai Artis Paling Popular di Anugerah Bintang Popular pertama anjuran Berita Harian dan Nescafe. Selepas itu, Fran memilih Jay Jay sebagai penebit album solo kelima, HARAPAN yang lebih bernuansakan R & B. Selain Jay Jay turut menyumbangkan tenaga di dalam album ini ialah Ramli Sarip (menerusi lagu-lagu puitis ‘Mutiara Dari Utara’ dan ‘Biarpun Segenggam Harapan’) dan M Nasir (‘Terbalas Cintaku’). Lebih menggembirakan rata-rata peminat muzik ialah hasil kolaborasi Fran bersama Jamal Abdillah menerusi single popular ‘Kehebatan Cinta’. Sebuah lagi lagu popular menerusi album ini ‘Diriku Terbelenggu’, ciptaan A Ali, turut terpilih ke final Juara Lagu 1988, menjadikan Fran sebagai penyanyi pertama yang layak ke final Juara Lagu selama 3 tahun berturut-turut. HARAPAN seperti KAU BINTANGKU, turut mencapai jualan Platinum. Pada masa yang sama, Fran telah dipilih oleh Kementerian Penerangan Malaysia untuk menyanyikan lagu patriotik ‘Setia’ yang menjadi popular di kalangan jutaan rakyat Malaysia. 1989 menyaksikan percambahan karier Fran ke beberapa arah. Pertamanya, Fran muncul dengan album solo Inggeris pertamanya, NOW’S THE TIME terbitan Paul Ponnudurai dan Michael Veerappan. Selain lagu-lagu ciptaan komposer tempatan, Fran turut merakamkan lagu-lagu malar segar seperti ‘First Of May’, ‘Lover Man’ dan ‘When Sunny Gets Blue’, yang menampilkan sisi Fran yang belum pernah dilihat, iaitu sebagai biduan jazz. Kualiti nyanyiannya menerusi lagu-lagu berkenaan meletakkan bakat beliau sebaris dengan diva-diva unggul seperti Nina Simone, Billie Holiday dan Diana Ross. Selain itu, PASTI KEMBALI pula merupakan album Melayu Fran yang seterusnya (turut mencatat jualan Platinum), paling istimewa ia memuatkan 2 buah lagu ciptaan komposer legenda Ahmad Nawab, ‘Rindu Memaksaku Menyayangimu’ dan ‘Rindu Seorang Kekasih’. Fran turut merakamkan lagu tema kejohanan Sukan SEA 1989, ‘Reach For The Sky’, yang menyaksikan Malaysia menjadi tuan rumah. Penghijrahan Fran ke Amerika Syarikat sedikit sebanyak menggugat populariti Fran apabila beliau tidak merakamkan album selama hampir 3 tahun. Apatah lagi pada sekitar awal 90an, irama ‘rock kapak’ mula menguasai corong-corong radio dan kemunculan bintang-bintang baru yang bertali arus meneggelamkan nama Fran buat seketika. Namun, pada tahun 1993, Fran sekali lagi menggegarkan dunia seni tanahair menerusi lagu ‘Mawar Terpinggir’ ciptaan Fauzi Marzuki dan Habsah Hassan yang dipetik dari album yang menggunakan judul yang sama; lagu berkenaan juga menjadi juara carta Pujaan 10 selama 6 minggu berturut-turut. Album ini juga merupakan album terakhir Fran bersama Warner Music Malaysia. Selepas mengikut suami tersayang ke United Kingdom, Fran menghabiskan lebih banyak masa memenuhi undangan naynyian di kelab-kelab eksklusif di sana, serta terlibat di dalam beberapa persembahan muzikal di pentas. Selain itu, beliau turut diundang menyanyi di Hong Kong, Guangzho serta beberapa tempat lagi di seluruh dunia. Kini, Fran menetap semula di Malaysia dan masih aktif menyanyi di TV, acara-acara rasmi, konsert dan majlis makan malam serta diangkat sebagai Duta World Vision Malaysia, sebuah badan kebajikan antarabangsa. Beliau turut menghasilkan 2 buah album secara persendirian bersama syarikat rakaman bertaraf ‘indie’. Sungguhpun jarang muncul dengan album baru, namun Fran tetap segar dan masih terus diminati sehingga kini, apatah lagi dengan kemunculan stesen-stesen radio yang berkonsep pilihan malar segar di Malaysia. Kekuatan dan kelunakan vokal ‘mutiara; Fran masih belum dapat ditandingi oleh mana-mana penyanyi generasi kini, sama ada yang dianggap tersohor mahupun yang dilahirkan menerusi rancangan realiti. Itulah keunggulan Fran! KEUNGGULAN FRAN kini mengdokumentasikan perjalanan seni bintang yang tidak pernah pudar serinya, sebutir mutiara yang tidak pernah pudar kilauannya … Francissca Peter. Diskografi francissca peter (menyenaraikan diskografi lengkap LP/CD Francissca Peter termasuk album yang memasukkan lagu baru dalam album kompilasinya sendiri ataupun dalam album kompilasi perlbagai artis)
Senarai lagu;
Tak Kenal Maka Tak Cinta (duet)
Senarai lagu;
Bersama Pertemuan Ini (duet)
Album tribute sebagai rasa penghormatan demi mengenangkan kembali Allahyarham P Ramlee yang telah genap 10 tahun meninggalkan kita. Roy & Fran turut menyanyikan 2 buah lagu ciptaan P Ramlee 'Gunung Payung' dan 'Manusia'.
Pada tahun 2010, buat pertama kalinya album ini diterbitkan dalam fomat CD dan pada tahun 2011 album ini dirilis sekali lagi bersama 9 album studio terawal Francissca bersama syarikat rakaman Warner Music + sebuah Single terbarunya, 'Tiada Gementar Lagi' untuk dimuatkan dalam Boxset istimewa KEUNGGULAN 33 TAHUN FRANCISSCA PETER (Warner, 2011).
Senarai lengkap trek lagu untuk
album ini rujuk info CD rilisan semula KOMPUTER MUZIK di atas.
Pada tahun 2011, buat pertama kalinya album ini diterbitkan dalam fomat CD bersama 9 album studio terawal Francissca bersama syarikat rakaman Warner Music + sebuah Single terbarunya, 'Tiada Gementar Lagi' untuk dimuatkan dalam Boxset istimewa KEUNGGULAN 33 TAHUN FRANCISSCA PETER (Warner, 2011).
Senarai lengkap trek lagu untuk
album ini rujuk info CD rilisan semula AKU HANYA PENDATANG di atas.
Senarai lagu;
Sejak Kau Ku Kenal
Pada tahun 1995, buat pertama kalinya album ini diterbitkan dalam fomat CD (siri LAGENDA) dan pada tahun 2011 album ini dirilis sekali lagi bersama 9 album studio terawal Francissca bersama syarikat rakaman Warner Music + sebuah Single terbarunya, 'Tiada Gementar Lagi' untuk dimuatkan dalam Boxset istimewa KEUNGGULAN 33 TAHUN FRANCISSCA PETER (Warner, 2011).
Senarai lengkap trek lagu untuk
album ini rujuk info CD rilisan semula SEKADAR DI PINGGIRAN di atas.
Pada tahun 2010, buat pertama kalinya album ini diterbitkan dalam fomat CD dan pada tahun 2011 album ini dirilis sekali lagi bersama 9 album studio terawal Francissca bersama syarikat rakaman Warner Music + sebuah Single terbarunya, 'Tiada Gementar Lagi' untuk dimuatkan dalam Boxset istimewa KEUNGGULAN 33 TAHUN FRANCISSCA PETER (Warner, 2011). Senarai lengkap trek lagu untuk album ini rujuk info CD rilisan semula KAU BINTANGKU di atas.
Sebuah album kompilasi yang menghimpunkan lagu lagu duet artis Warner Muzik turut menampilkan sebuah lagu baru 'Cinta Abadi' duet nyanyian Francissca bersama William Clark.
Senarai lagu;
Cinta Abadi (Fran & William Clark)
Pada tahun 2011, buat pertama kalinya album ini diterbitkan dalam fomat CD bersama 9 album studio terawal Francissca bersama syarikat rakaman Warner Music + sebuah Single terbarunya, 'Tiada Gementar Lagi' untuk dimuatkan dalam Boxset istimewa KEUNGGULAN 33 TAHUN FRANCISSCA PETER (Warner, 2011). Senarai lengkap trek lagu untuk album ini rujuk info CD rilisan semula HARAPAN di atas.
Pada tahun 2011, buat pertama kalinya album ini diterbitkan dalam fomat CD bersama 9 album studIo terawal Francissca bersama syarikat rakaman Warner Music + sebuah Single terbarunya, 'Tiada Gementar Lagi' untuk dimuatkan dalam Boxset istimewa KEUNGGULAN 33 TAHUN FRANCISSCA PETER (Warner, 2011). Senarai lengkap trek lagu untuk album ini rujuk info CD rilisan semula NOW'S THE TIME di atas.
Album kompilasi yang menampilkan lagu lagu baru @ rakaman baru diterbitkan sempena Sukan Sea ke 15 yang mana Malaysia menjadi tuan rumah. Fran turut merakam lagu tema kejohanan Sukan SEA 1989, 'Reach For The Sky' .Senarai lagu;
Kini Saatnya (Jay Jay)
Pada tahun 2011, buat pertama kalinya album ini diterbitkan dalam fomat CD bersama 9 album studIo terawal Francissca bersama syarikat rakaman Warner Music + sebuah Single terbarunya, 'Tiada Gementar Lagi' untuk dimuatkan dalam Boxset istimewa KEUNGGULAN 33 TAHUN FRANCISSCA PETER (Warner, 2011). Senarai lengkap trek lagu untuk album ini rujuk info CD rilisan semula PASTI KEMBALI di atas.
Senarai lengkap trek lagu untuk album ini rujuk info CD SUARA RINDU di atas.
Album kompilasi yang menampilkan lagu lagu hit artis artis Warner turut menampilkan sebuah lagu baru nyanyian Fran, 'Janji Kekasih'. Senarai lagu;
Janji Kekasih (Fran)
Album studio terakhir Francissca bersama syarikat rakaman Warner Music dan merupakan album solo studio pertama Fran yang diterbitkan dalam format CD (sebelumnya album-album Francissca Peter diterbitkan dalam format LP dan kaset). Senarai lengkap trek lagu untuk album ini rujuk info CD rilisan semula MAWAR TERPINGGIR di atas.
Senarai lengkap trek lagu untuk album ini rujuk info CD SIAPA DIA SEBELUM DAKU di atas. Pada tahun 2014, album kompilasi ini diterbitkan semula oleh Universal Music dengan kulit album yang berbeza dan telah melalui proses teknologi mastering 24-bit dalam memberi tahap kualiti audio yang terbaik.
Senarai lengkap trek lagu untuk album ini rujuk info CD 10 TAHUN GEMILANG di atas.
Senarai lengkap trek lagu untuk album ini rujuk info CD SETINGGI ANGKASA di atas.
Senarai lagu;
Kerna Terpaksa
Senarai lagu;
Sekadar Di Pinggiran (Fran)
Senarai lengkap trek lagu untuk
album ini rujuk info CD MASIH MERINDU di atas.
Album repackaged ini menyenaraikan 5 lagu baru
dan 5 lagu lagi diambil dari album-mini MASIH MERINDU. Dalam album
ini, Francissca turut berduet dengan Uji Rashid untuk lagu 'Suatu Saat Dulu'.
Senarai lagu;
Masih Merindu
Senarai lengkap trek lagu untuk album ini rujuk info CD MEMORI HIT di atas.
Album kompilasi CD berkembar ini merupakan 'koleksi 20 lagu-lagu terbaik sepanjang pembabitan 25 Tahun' Francissca Peter dalam industri hiburan tanahair. Sebagai bonus terdapat sebuah lagu baru nyanyian Francissca, karya Manan Ngah & Loloq 'Begitulah Aku'. Senarai lagu;
CD1:
Begitulah Aku (lagu baru)
CD2:
Kehebatan Cinta (duet Jamal Abdillah)
Pada tahun 2008, album kompilasi ini dterbitkan semula dengan susunan trek lagu yang sama tetapi dengan kulit album yang berbeza. Tajuk album BERLIAN dikekalkan dengan catatan '20 lagu lagu koleksi sempena Ulang Tahun ke 27' bermaksud album ini diterbitkan semula sempena ulangtahun ke 27 Francissca dalam dunia hiburan tanahair. Bagaimanapun tahun edaran album kekal dicatat 2006 seperti tahun edaran album asal.
Senarai lagu;
Sekadar Di Pinggiran
Senarai lagu;
CD1:
Ku Ke Udara Lagi
CD2:
Kehebatan Cinta (duet Jamal Abdillah)
Senarai lengkap trek lagu untuk
album ini rujuk info CD KEUNGGULAN di atas.
Senarai lagu;
CD1:
Aku Hanya Pendatang
CD2:
Album 'boxset' yang mengandungi 10
CD album studio Francissca Peter
termasuk sebuah single terbarunya 'Tiada Gementar Lagi'.
Senarai lengkap album-album studio Francissca dan trek lagunya, rujuk info CD
KEUNGGULAN 33 TAHUN di atas.
Senarai lagu;
Aku Hanya Pendatang
Senarai lagu;
Tak Kenal Maka Tak Cinta
Buat julungkalinya, dua penyanyi pujaan era 80/90 an yang telah pun bertapak di hati peminat arena seni tanahair, Fauziah Latiff dan Francissca Peter digandingkan bersama dalam sebuah album kompilasi yang bertemakan lagu-lagu cinta dalam irama balada yang mengasyikkan.
Senarai lagu;
CD1:
Dia (versi 1984) (Fran)
CD2:
Senarai lagu;
CD1 J
CD2
CD3
Ramli Sarip:
Kau Yang Satu
CD4 Khatijah
Ibrahim:
Tangisan Hati Yang Derita
Senarai lagu;
CD1:
Aku Hanya Pendatang
CD2:
Demi Cinta Sejati (duet Roy)
CD3:
Hingga Ke Akhir Waktu
CD4:
Komputer Muzik
CD5: Oolala Tropika![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
CD6:
Semangat Cinta Lama
Senarai lagu;
CD1:
Aku Hanya Pendatang
CD2:
Liku Cinta (duet Roy)
Senarai lagu;
CD1:
Si Mata Merah
CD2: Sekadar Di Pinggiran![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
CD3:
Kekasih Hadirlah
Senarai lagu;
Mawar Terpinggir
Senarai lagu;
CD1:
Tak Kenal Maka Tak Cinta (duet)
CD2:
Akukah Terlewat (Roy)
Album ini mengandungi kesemua lagu-lagu dari 2 album studio terbaik Francissca Peter, SEKADAR DI PINGGIRAN (1986) dan KAU BINTANGKU (1987) dengan susunan trek lagu seperti album asal. Dimulakan dengan trek lagu dari album SEKADAR DI PINGGIRAN dan diikuti trek lagu dari album KAU BINTANGKU. |