SEJARAH PERJALANAN SENI FRANCISSCA PETER
A Kamal Sallehuddin
Januari 2010
Sumber:
Dari inlay CD: KEUNGGULAN FRANCISSCA PETER, terbitan/edaran
Warner Music, 2010
Dunia muzik dekad 80an
pasti akan hambar tanpa kerdipan sang bintang yang bernama Francissca Peter.
Lebih mesra dengan panggilan Fran di kalangan ribuan peminat-peminat setianya,
beliau mula melangkah ke alam nyanyian selepas tamat persekolahan di kelab-kelab
malam. Berbekalkan suara nyanyian yang lantang dan mempesona, Fran menyertai
sebuah kumpulan duo Roy &
Fran, yang turut disertai oleh rakan seperjuangan Royston Sta Maria dan
kemudiannya disunting oleh syarikat rakaman EMI (Malaysia) Sdn Bhd. Kemunculan
Roy & Fran mengisi kekosongan pasangan duet yang ditinggalkan oleh Uji & Hail
dan Ismail & Anita Sarawak lewat 70an. Album-album mereka,
Siapa Dia Sebelum Daku (Januari
1982) dan Bersama Pertemuan Ini (Oktober 1982) berjaya menambat hati rata-rata pendengar muzik ketika itu. Ini
merupakan satu kejayaan yang amat membanggakan, apatah lagi kedua-dua Fran dan
Roy bukanlah berbangsa Melayu.
Bak cenderawasih bangkit dari
abu, Fran mencuba lagi nasibnya dengan seorang penerbit baru,
Manan Ngah, bekas pemuzik Revolvers dan Brain Connection, lalu
hadirlah album solo kedua AKU HANYA PENDATANG pada Oktober 1985.
Eksperimen kali ini berhasil tatkala lagu judul album berjaya
meraih posisi juara di carta LMPI Rangkaian Nasional.
Selain itu, lagu-lagu 'Andainya' dan 'Masih Belum Tamat' turut
menjadi popular dan melayakkan album ini merangkul jualan Gold Disc; 'Masih
Belum Tamat' mulai popular setelah diangkat menjadi lagu tema drama
alihsuara dari Brazil, Escrava Isaura yang disiarkan menerusi TV3.
Fran terus melangkah bergaya dengan
album seterusnya juga terbitan Manan Ngah yang berjudul SEKADAR DI PINGGIRAN.
The rest, as they said, is history. 'Sekadar Di Pinggiran' bukan sahaja
menjadi lagu paling popular tahun 1986 (juara carta LPMI, Muzik Muzik '86 serta
carta-carta radio Malaysia), malah diangkat sebagai Lagu Terbaik di Anugerah
Juara Lagu pertama dan juga ASEAN Song Festival 1987 untuk kategori lagu
popular. Menerusi Juara Lagu juga, Fran turut menerima tempat kedua untuk
Persembahan Terbaik (yang berdasarkan hanya pada kekuatan vokal dan bukan berapa
gerombolan penari yang perlu dibawa!) menerusi sebuah lagi lagu 'Aku
Kehilanganmu'. Lagu-lagu lain yang turut menjadi siulan dari album keramat
ini termasuklah 'Ku Ke Udara Lagi' (tribute buat penyiar-penyiar di
Malaysia), 'Akulah Kekasihmu' (yang masih terplih mewarnai runut bunyi
drama-drama TV di Malaysia sehingga kini), 'Si Kunang Kunang' dan 'Semalam'.
Untuk itu, tidaklah menghairankan apabila SEKADAR DI PINGGIRAN menerima
taraf Double Platinum pada awal 1987!
KAU BINTANGKU menyusul pada
bulan puasa 1987. Walapun terdapat satu insiden yang kurang menyenangkan yang
dikaitkan dengan cover album ini, namun Fran terus kekal menjadi penyanyi
pilihan rakyat Malaysia. Selain single berhantu 'Kerna Terpaksa' (turut
layak ke final Juara Lagu dan Juara Carta LPMI), lagu-lagu lain yang popular
termasuklah 'Kau Lilin Cintaku', 'Oolala Tropika' dan 'Di
Genggam Sepi'. Selain Manan Ngah, Fran turut berkerjasama dengan Ramli
Sarip menerusi 2 buah lagu. Fran juga terpilih mewakili Malaysia ke ABU Song
Festival menerusi lagu garapan Aubrey Suwito, 'Cinta Abadi', duet bersama
William Clark. Kontroversi yang menimpa Fran sedikitpun tidak mencalar
popularitinya, apabila beliau muncul sebagai Artis Paling Popular di Anugerah
Bintang Popular pertama anjuran Berita Harian dan Nescafe.
Selepas itu, Fran memilih Jay Jay
sebagai penebit album solo kelima, HARAPAN yang lebih bernuansakan R &
B. Selain Jay Jay turut menyumbangkan tenaga di dalam album ini ialah Ramli
Sarip (menerusi lagu-lagu puitis 'Mutiara Dari Utara' dan 'Biarpun
Segenggam Harapan') dan M Nasir ('Terbalas Cintaku'). Lebih
menggembirakan rata-rata peminat muzik ialah hasil kolaborasi Fran bersama Jamal
Abdillah menerusi single popular 'Kehebatan Cinta'. Sebuah lagi lagu
popular menerusi album ini 'Diriku Terbelenggu', ciptaan A Ali, turut
terpilih ke final Juara Lagu 1988, menjadikan Fran sebagai penyanyi pertama yang
layak ke final Juara Lagu selama 3 tahun berturut-turut. HARAPAN seperti
KAU BINTANGKU, turut mencapai jualan Platinum. Pada masa yang sama,
Fran telah dipilih oleh Kementerian Penerangan Malaysia untuk menyanyikan lagu
patriotik 'Setia' yang menjadi popular di kalangan jutaan rakyat
Malaysia.
1989 menyaksikan percambahan karier
Fran ke beberapa arah. Pertamanya, Fran muncul dengan album solo Inggeris
pertamanya, NOW'S THE TIME terbitan Paul Ponnudurai dan Michael Veerappan.
Selain lagu-lagu ciptaan komposer tempatan, Fran turut merakamkan lagu-lagu
malar segar seperti 'First Of May', 'Lover Man' dan 'When Sunny
Gets Blue', yang menampilkan sisi Fran yang belum pernah dilihat, iaitu
sebagai biduan jazz. Kualiti nyanyiannya menerusi lagu-lagu berkenaan
meletakkan bakat beliau sebaris dengan diva-diva unggul seperti Nina Simone,
Billie Holiday dan Diana Ross. Selain itu, PASTI KEMBALI pula merupakan
album Melayu Fran yang seterusnya (turut mencatat jualan Platinum), paling
istimewa ia memuatkan 2 buah lagu ciptaan komposer legenda Ahmad Nawab, 'Rindu
Memaksaku Menyayangimu' dan 'Rindu Seorang Kekasih'. Fran turut
merakamkan lagu tema kejohanan Sukan SEA 1989, 'Reach For The Sky', yang
menyaksikan Malaysia menjadi tuan rumah.
Penghijrahan Fran ke Amerika
Syarikat sedikit sebanyak menggugat populariti Fran apabila beliau tidak
merakamkan album selama hampir 3 tahun. Apatah lagi pada sekitar awal 90an,
irama 'rock kapak' mula menguasai corong-corong radio dan kemunculan
bintang-bintang baru yang bertali arus meneggelamkan nama Fran buat seketika.
Namun, pada tahun 1993, Fran sekali lagi menggegarkan dunia seni tanahair
menerusi lagu 'Mawar Terpinggir' ciptaan Fauzi Marzuki dan Habsah Hassan
yang dipetik dari album yang menggunakan judul yang sama; lagu berkenaan juga
menjadi juara carta Pujaan 10 selama 6 minggu berturut-turut. Album ini juga
merupakan album terakhir Fran bersama Warner Music Malaysia.
Selepas mengikut suami tersayang ke
United Kingdom, Fran menghabiskan lebih banyak masa memenuhi undangan naynyian
di kelab-kelab eksklusif di sana, serta terlibat di dalam beberapa persembahan
muzikal di pentas. Selain itu, beliau turut diundang menyanyi di Hong Kong,
Guangzho serta beberapa tempat lagi di seluruh dunia. Kini, Fran menetap semula
di Malaysia dan masih aktif menyanyi di TV, acara-acara rasmi, konsert dan
majlis makan malam serta diangkat sebagai Duta World Vision Malaysia, sebuah
badan kebajikan antarabangsa. Beliau turut menghasilkan 2 buah album secara
persendirian bersama syarikat rakaman bertaraf �indie�. Sungguhpun jarang
muncul dengan album baru, namun Fran tetap segar dan masih terus diminati
sehingga kini, apatah lagi dengan kemunculan stesen-stesen radio yang berkonsep
pilihan malar segar di Malaysia. Kekuatan dan kelunakan vokal 'mutiara' Fran
masih belum dapat ditandingi oleh mana-mana penyanyi generasi kini, sama ada
yang dianggap tersohor mahupun yang dilahirkan menerusi rancangan realiti.
Itulah keunggulan Fran!
KEUNGGULAN FRAN kini
mengdokumentasikan perjalanan seni bintang yang tidak pernah pudar serinya,
sebutir mutiara yang tidak pernah pudar kilauannya ... Francissca Peter.
Diskografi
lengkap francissca
peter
(menyenaraikan
diskografi lengkap LP/CD Francissca Peter termasuk
album yang memasukkan lagu baru dalam album kompilasinya sendiri ataupun
dalam album kompilasi pelbagai artis)
siapa dia sebelum daKu -
Roy & Fran (LP -
EMI EMGS 5570, 1982)
Senarai lagu;
Tak Kenal Maka Tak Cinta (duet)
Siapa Dia Sebelum Daku (duet)
Panggilan Desa (duet)
Belailah Kerinduan (Fran)
Sekadar Di Sini (duet)
Waktu Dalam Bercinta (duet)
Usah Kau Tanyakan (Roy)
Hingga Kau Kembali (duet)
Di Soal Kesangsian (Fran)
Liku Cinta (duet)
/IMG1982%20R&FSDSD.png) /IMG1982%20R&FBPI.png) /IMG1983%20VAADS.jpg)
bersama pertemuan ini -
Roy & Fran (LP -
EMI EMGS 5582, 1982)
Senarai lagu;
Bersama Pertemuan Ini (duet)
Sejak Kau Ku Kenal (duet)
Janji Suci (duet)
Saat Manis (Fran)
Kisah Lalu (duet)
Cerita Lama Jangan Di Tanya (duet)
Demi Cinta Sejati (duet)
Hidup Sepantun Ombak Petang (duet)
Seandainya (Roy)
Pak Tua (duet)
ABADI
DALAM SANJUNGAN
-
Various Artist
(LP
-
EMI EMGS 5593, 1983)
Album tribute sebagai rasa penghormatan demi
mengenangkan kembali Allahyarham P Ramlee yang telah genap 10 tahun meninggalkan
kita. Roy & Fran turut menyanyikan 2 buah lagu ciptaan P Ramlee 'Gunung
Payong' dan 'Manusia'.
Senarai lagu;
Kwek Mambo
(Aman Shah & rakan-rakan)
Getaran Jiwa
(Sharifah Aini)
Menceceh Bujang Lapok
(Sweet September)
Dari Masa Hingga Masa
(Zaleha Hamid)
Gunung Payong
(Roy & Fran)
Putus Sudah Kasih Sayang
(Ali Ahmad Anwar)
Malam Bulan Di Pagar Bintang
(Herman Tino & Zaleha Hamid)
Seribu Satu Malam
(Aman Shah)
Gelora
(Sharifah Aini & Ali Ahmad Anwar)
Manusia
(Roy & Fran)
Berkorban Apa Saja
(Herman Tino)
Joget Pahang
(DJ Dave)
KOMPUTER MUZIK
-
Fran
(LP -
WEA M 93493, 1984)
Senarai lagu;
Ku Menari Untukmu
Dia
Si Mata Merah
Bisikan Kasih
Malam Sunyi
Komputer Muzik
Keyakinan Diri
Rahsia Hatiku
Oh Cahaya
Kejadian Ini
Pada tahun 2010, buat pertama kalinya album ini diterbitkan dalam fomat CD
dan pada tahun 2011 album ini dirilis sekali lagi bersama 9 album studio terawal Francissca bersama syarikat rakaman Warner Music untuk dimuatkan dalam
Boxset istimewa KEUNGGULAN 33 TAHUN FRANCISSCA PETER (Warner, 2011).
aku hanya pendatang
-
Fran
(LP -
WEA M 93518, 1985)
Senarai lagu;
Nasib Si Kembang Pagi
Andainya
Dunia Ini Cepat
Masih Belum Tamat
Cinta Kasih Desa
Semangat Cinta Lama
Teka Teki Cinta
Permata
Harapan Dalam Penantian
Aku Hanya Pendatang
Pada tahun 2011, buat pertama kalinya album ini diterbitkan dalam fomat CD
dan pada tahun 2011 album ini dirilis sekali lagi bersama 9 album studio terawal Francissca bersama syarikat rakaman Warner Music untuk dimuatkan dalam
Boxset istimewa KEUNGGULAN 33 TAHUN FRANCISSCA PETER (Warner, 2011).
Koleksi 16 lagu lagu terbaik -
Roy & Fran
(Kaset -
EMI, 1986)
Senarai lagu;
Sejak Kau Ku Kenal
Siapa Dia Sebelum Daku
Bersama Pertemuan Ini
Gunung Payung
Tak Kenal Maka Tak Cinta
Pak Tua
Saat Manis (Fran)
Sekadar Di Sini
Cerita Lama Jangan Di Tanya
Demi Cinta Sejata
Hingga Kau Kembali
Janji Suci
Manusia
Usah Kau Tanyakan (Roy)
Panggilan Desa
Liku Cinta
SEKADAR DI PINGGIRAN
-
Fran
(LP -
WEA M 93530, 1986)
Senarai lagu;
Ku Ke Udara Lagi
Sekadar Di Pinggiran
Si Kunang Kunang
Bukan Salah Pilihan
Pasti
Akulah Kekasihmu
Dilema Seorang Insan
Aku Kehilanganmu
Hadiah
Semalam
Pada tahun 1995, buat pertama kalinya album ini diterbitkan dalam fomat CD
(siri LAGENDA) dan pada tahun 2011 album ini dirilis sekali lagi bersama 9 album studio terawal Francissca bersama syarikat rakaman
Warner Music untuk dimuatkan dalam
Boxset istimewa KEUNGGULAN 33 TAHUN FRANCISSCA PETER (Warner, 2011).
KAU BINTANGKU
-
Fran
(LP -
WEA M 93544, 1987)
Senarai lagu;
Kau Bintangku
Oolalla Tropika
Kau Lilin Cintaku
Shuba Dadu Baa
Cintamu Duri Di Hati
Di Genggam Sepi
Di Mana Lagi
Aku Kembali Lagi
Mencari Kesempatan
Kerna Terpaksa
Pada tahun 2010, buat pertama kalinya album ini diterbitkan dalam fomat CD
dan pada tahun 2011 album ini dirilis sekali lagi bersama 9 album studio terawal Francissca bersama syarikat rakaman
Warner Music untuk dimuatkan dalam
Boxset istimewa KEUNGGULAN 33 TAHUN FRANCISSCA PETER (Warner, 2011).
CINTA ABADI: SRI ALUNAN MERDU
-
Various Artists
(Kaset -
WEA, 1986)
Sebuah album kompilasi yang menghimpunkan lagu lagu duet artis Warner Muzik
turut menampilkan sebuah lagu baru 'Cinta Abadi' duet nyanyian Francissca
bersama William Clark.
Senarai lagu;
Cinta Abadi (Fran & William Clark)
Kau Warna Hidupku
(Yusni Hamid & Razis Ismail)
Gelora Cinta (Ahmad Fauzee & Azlina Aziz)
Manis Manja (Khatijah Ibrahim & Ahmad Nawab)
Bukan Kerna Nama (Ramli Sarip & A Romzie)
Kesederhanaanmu (Azlina Aziz & Adnan Abu Hassan)
Ku Kejar Bayanganmu (Uji Rashid & Hail Amir)
Mungkinkah (Khatijah Ibrahim & Ahmad Nawab)
Kau (Azman & Nina Abu Hassan)
Ku Miliki Bayangmu (Ramli Sarip & Khatijah Ib rahim)
harapan
-
Fran
(LP -
WEA M 93561, 1988)
Senarai lagu;
Hingga Ke Akhir Waktu
Kehebatan Cinta
(duet Jamal Abdillah)
Aku Teman Setia
Kau Sebahagian Diri Ini
Mutiara Dari Utara
Aku Hanya Penghibur Biasa
Diriku Terbelenggu
Terbalas Cinta
Kau Yang Istimewa
Biarpun Segenggam Harapan
Pada tahun 2011, buat pertama kalinya album ini diterbitkan dalam fomat CD
bersama 9 album studio terawal Francissca bersama syarikat rakaman Warner Music untuk dimuatkan dalam
Boxset istimewa KEUNGGULAN 33 TAHUN FRANCISSCA PETER (Warner, 2011).
NOW'S THE TIME
-
Francissca Peter
(LP -
WEA M 93564, 1988)
Senarai lagu;
Pada tahun 2011, buat pertama kalinya album ini diterbitkan dalam fomat CD
bersama 9 album studIo terawal Francissca bersama syarikat rakaman Warner Music untuk dimuatkan dalam
Boxset istimewa KEUNGGULAN 33 TAHUN FRANCISSCA PETER (Warner, 2011).
kini saatnya
(Album sukan sea ke 15)
-
Various Artists
(LP -
PMC/MAL 1036, 1989)
Album kompilasi yang menampilkan lagu lagu baru @ rakaman baru diterbitkan
sempena Sukan Sea ke 15 yang mana Malaysia menjadi tuan rumah. Fran turut
merakam lagu tema kejohanan Sukan SEA 1989, 'Reach For The Sky'.
Senarai lagu;
Kini Saatnya (Jay Jay)
Hati Sepi Seorang Perempuan (Ramlah Ram)
Ku Kehilangan (Tanpa Dirimu) (Rahim Maarof)
Biar Ku Jauh Di Matamu (Izhar The Steps)
Atas Nama Cinta (Ida)
Reach For The Sky (Francissca Peter)
Bukalah Pintu Hatimu (Izhar The Steps)
Dila (Douglas)
Ku Yang Belum Pasti (Noraliza Yusuf)
Lukisan Wajah Kasih (Siti Roziana Zin @ Ziana Zain)
PASTI KEMBALI
-
Fran
(LP -
WEA M 93571, 1989)
Senarai lagu;
Pasti Kembali
Rindu Memaksaku Menyayangimu
Kekasih
Sepanjang Jalan Kenangan
Sebahagian Usia Ini
Rindu Seorang Kekasih
Pertemuan Semalam
Tidak Seindah Pengakuan
Kepadamu
Kekasih
Hadirlah
Pada tahun 2011, buat pertama kalinya album ini diterbitkan dalam fomat CD
bersama 9 album studIo terawal Francissca bersama syarikat rakaman Warner Music untuk dimuatkan dalam
Boxset istimewa KEUNGGULAN 33 TAHUN FRANCISSCA PETER (Warner, 2011).
suara rindu
- Fran
(CD - Warner
Music 9031 74000-2,
1991)
Senarai lagu ;
HIT BANK 2
(VERSI MELAYU)
- Various
Artists
(CD - Warner
Music 76508-2,
1992)
Album kompilasi yang menampilkan lagu hit artis Warner Music turut
menampilkan sebuah lagu baru nyanyian Fran, 'Janji Kekasih'.
Senarai lagu;
Janji Kekasih (Fran)
Hijau (Zainal Abidin)
Kekasih Awal Dan Akhir (Jamal Abdillah)
Temasya Desa Gemalai (Ramli Sarip)
Perjalanan Ke Syurga (Jay Jay)
Di Puncak Rindu (Zol)
Yang Terpisah Cuma Jasadmu (Zairani)
Mendung Tak Bererti Hujan (Ella & Deddy Dores)
Apa Dah Jadi (SM Salim)
Ku Meraguimu (Klthsom)
Satu Tidur Panjang (Lefthanded)
Cita Dan Airmata (CRK)
Sepi Sekuntum Mawar Merah (Ella)
Insaf (Zainal Abidin)
MAWAR TERPINGGIR
-
Fran
(CD - Warner
Music 4509 90284-2,
1992)
Album studio terakhir Francissca bersama syarikat rakaman Warner Music dan
merupakan album solo studio pertama Fran yang diterbitkan dalam format CD kerana sebelumnya
album-album studio Francissca Peter
diterbitkan dalam format LP dan kaset.
Senarai lagu;
SIAPA DIA SEBELUM DAKU
- Roy & Fran
(KOLEKSI LAGU LAGU TERBAIK
MAT JIMAT)
(CD - EMI, 1994)
Senarai lagu ;
Pada tahun 2014,
album kompilasi ini diterbitkan semula oleh Universal Music dengan kulit
album yang berbeza dan telah
melalui proses teknologi mastering 24-bit dalam memberi tahap kualiti audio yang
terbaik.
10 tahun gemilang
- Fran
(CD - Warner
Music 9556970001222, 1996)
Senarai lagu ;
SETINGGI ANGKASA
- Fran
(CD - Scat
Records 7243 855729 20,
1996)
Senarai lagu ;
ALUNAN MESRA
-
Fran
(CD
- Warner Music 3984 29467-2, 1999)
Senarai lagu;
Kerna Terpaksa
Kau Lilin Cintaku
Oolala Tropika
Akulah Kekasihmu
Si Kunang Kunang
Aku Kehilanganmu
Aku Hanya Pendatang
Jernih
Diriku Terbelenggu
Ku Ke Udara Lagi
Mawar Terpinggir
Sekadar Di Pinggiran
3 DIMENSI POP WANITA TERBAIK
- Nora,
Aishah
&
Fran
(CD -
Warner Music 0927 40019-2, 2001)
Senarai lagu;
Sekadar Di Pinggiran (Fran)
Dendam Dalam Dia (Nora)
Kemaafan Dendam Yang Terindah (Aishah)
Aku Hanya Pendatang (Fran)
Renungan Terakhir (Nora)
Cinta Beralih Arah (Aishah)
Mawar Terpinggir (Fran)
Naluri (Hadirlah Kekasih) (Nora)
Camar Yang Pulang (Aishah)
Diriku Terbelnggu (Fran)
Di Persimpangan Dilema (Nora)
Janji Manismu (Aishah)
MASIH MERINDU
- Fran
(CD
- Millennium Art MA 0001, 2003)
Senarai lagu;
Di Hukum Cinta
Terlena Dalam Jaga
Tak Pernah Cinta
Jangan Simpan Rindumu (featuring VE)
Masih Merindu
FRANCISSCA PETER
(CD - Millennium
Art / Music Valley, 2004)
Album repackaged ini menyenaraikan 5 lagu baru
dan 5 lagu lagi diambil dari album-mini MASIH MERINDU. Dalam album
ini, Francissca turut berduet dengan Uji Rashid untuk lagu 'Suatu Saat Dulu'.
Senarai lagu;
Masih Merindu
Terlena Dalam Jaga
Ke Udara Kembali (lagu baru)
Jangan Simpan Rindumu (featuring VE)
Di Hukum Cinta
Dengarlah Kekasih (lagu baru)
Tak Pernah Cinta)
Melukis Rembulan (lagu baru)
Tika Rindumu Menyapa (lagu baru)
Suatu Saat Dulu (lagu baru) (duet Uji Rashid)
MEMORI HIT
- Roy & Fran
(CD - EMI 00946
384848 20, 2006)
CD1:
Tak Kenal Maka Tak Cinta (duet)
Siapa Dia Sebelum Daku (duet)
Panggilan
Desa (duet)
Belailah Kerinduan
(Fran)
Sekadar Di Sini (duet)
Waktu
Dalam Bercinta
(duet)
Usah
Kau Tanyakan (Roy)
Hingga Kau Kembali (duet)
Di Soal Kesangsian (Fran)
Liku Cinta (duet)
Berakhir Kemarau Nan Panjang
(Roy)
Damai
Di Bumi Damai Di Hati (Roy)
Engkau Yang Ku Kenal (Roy)
Tiap Wajah Ada Cerita
(Roy)
Sayang Ku Hilang Lagi (Roy)
CD2:
Bersama Pertemuan Ini (duet)
Sejak Kau Ku Kenal (duet)
Janji Suci (duet)
Saat
Manis (Fran)
Seandainya
(Roy)
Demi Cinta Sejati (duet)
Panggilan Desa (Roy)
Kisah Lalu (duet)
Cerita Lama Jangan
Di Tanya (duet)
Hidup
Sepantun Ombak Petang
(duet)
Pak Tua
(duet)
Akukah Terlewat (Roy)
Sekeping Hati (Roy)
Sepi
Ku Lempar Ke Tepi (Roy)
Rasa Cinta (Roy)
BERLIAN
-
Francissca Peter
(CD
- Warner Music, 2006)
Album kompilasi CD berkembar ini
merupakan 'koleksi 20 lagu-lagu terbaik sepanjang pembabitan 25 Tahun'
Francissca Peter dalam industri hiburan tanahair. Sebagai bonus terdapat
sebuah lagu baru, 'Begitulah Aku' karya Manan Ngah & Loloq.
Senarai lagu;
CD1:
Begitulah Aku (lagu baru)
Sekadar Di Pinggiran
Kerna Terpaksa
Aku Kehilanganmu
Mawar Terpinggir
Kau Lilin Cintaku
Aku Hanya Pendatang
Diriku Terbelenggu
Oolala Tropika
Janji Kekasih
CD2:
Kehebatan Cinta (duet Jamal Abdillah)
Sepanjang Jalan Kenangan
Hingga Ke Akhir Waktu
Si Mata Merah
Bersama Pertemuan Ini (duet Roy)
Siapa Dia Sebelum Daku (duet Roy)
Tak Kenal Maka Tak Cinta (duet Roy)
Ku Pohon Kemaafan
Rindu Memaksaku Menyayangimu
Salah Siapa
Pada tahun 2008, album kompilasi ini
dterbitkan semula dengan susunan trek lagu yang sama tetapi dengan kulit album
yang berbeza. Tajuk album BERLIAN dikekalkan dengan catatan tambahan '20 lagu lagu
koleksi sempena Ulang Tahun ke 27' bermaksud album ini diterbitkan semula
sempena ulangtahun ke 27 Francissca dalam dunia hiburan tanahair.
Bagaimanapun tahun edaran album kekal dicatat 2006 seperti tahun edaran album asal.
NOSTALGIA ABADI: Dulu kini dan selamanya -
Francissca Peter
(CD
-
Warner Music, 2009)
Senarai lagu;
Sekadar Di Pinggiran
Ku Ke Udara Lagi
Kerna Terpaksa
Aku Hanya Pendatang
Kehebatan Cinta (duet Jamal Abdillah)
Diriku Terbelenggu
Si Kunang Kunang
Akulah Kekasihmu
Oolala Tropika
Aku Kehilanganmu
Kau Lilin Cintaku
Mawar Terpinggir
Di Genggam Sepi
Rindu Memaksaku Menyayangimu
Andainya
Hinga Ke Akhir Waktu
memori hit
-
Francissca Peter
(CD
- Warner Music, 2009)
Senarai lagu;
CD1:
Ku Ke Udara Lagi
Sekadar Di Pinggiran
Kerna Terpaksa
Aku Kehilanganmu
Mawar Terpinggir
Kau Lilin Cintaku
Aku Hanya Pendatang
Diriku Terbelenggu
Oolala Tropika
Janji Kekasih
CD2:
Kehebatan Cinta (duet Jamal Abdillah)
Andainya
Hingga Ke Akhir Waktu
Si Mata Merah
Bersama Pertemuan Ini (duet Roy)
Siapa Dia Sebelum Daku (duet Roy)
Tak Kenal Maka Tak Cinta (duet Roy)
Di Genggam Sepi
Rindu Memaksaku Menyayangimu
Akulah Kekasihmu
keunggulan
- Francissca Peter
(CD - Warner
Music 518658136-2, 2010)
Senarai lagu;
CD1:
Komputer Muzik
Dia (versi asal)
Ku Menari Untukmu
Si Mata Merah
Aku Hanya Pendatang
Andainya
Masih Belum Tamat
Nasib Si Kembang Pagi
Sekadar Di Pinggiran
Aku Kehilanganmu
Akulah Kekasihmu
Ku Ke Udara Lagi
Si Kunang Kunang
Semalam
Kau Bintangku
Oolalla Tropika
Kerna Terpaksa
Kau Lilin Cintaku
Diriku Terbelenggu
CD2:
Di Genggam Sepi
Cinta Abadi
(duet
William Clark)
Cintamu Duri Di Hati
Kehebatan Cinta (duet Jamal Abdillah)
Biarpun Segenggam Harapan
Kau Sebahagian Diri Ini
Hingga Ke Akhir Waktu
Rindu Memaksa Ku Menyayangimu
Rindu Seorang Kekasih
Sepanjang Jalan Kenangan
Kekasih Hadirlah
Pasti Kembali
Tidak Seindah Pengakuan
Now's The Time
Lover Man
Janji Kekasih
Mawar Terpinggir
Kasih Terbiar
lagenda hit
-
Francissca
(CD
- Warner Music, 2011)
Senarai lagu;
CD1:
Aku Hanya Pendatang
Andainya
Akulah Kekasihmu
Dia (versi 1984)
Rindu Memaksaku Menyayangimu
Cintamu Duri Di Hati
Diriku Terbelenggu
Ku Menari Untukmu
Sepanjang Jalan Kenangan
Nasib Si Kembang Pagi
Sekadar Di Pinggiran
Si Kunang Kunang
Kau Sebahagian Diri Ini
Hingga Ke Akhir Waktu
CD2:
Mawar Terpinggir
Pasti Kembali
Kau Bintangku
Kau Lilin Cintaku
Di Genggam Sepi
Ku Ke Udara Lagi
Si Mata Merah
Kerna Terpaksa
Biarpun Segenggam Harapan
Rindu Seorang Kekasih
Aku Kehilanganmu
Kekasih Hadirlah
Janji Kekasih
Kasih Terbiar
keunggulan 33 tahun
-
Francissca Peter
(CD - Warner
Music 5052498 498024, 2011)
Album 'boxset' yang mengandungi 10
CD album studio Francissca Peter
termasuk sebuah single terbarunya 'Tiada Gementar Lagi'. Kesemua
album adalah terbitan dan edaran Warner Muzik kecuali SETINGGI ANGKASA terbitan
dan edaran Scat Records.
Senarai lagu;
CD 1:
Komputer
Muzik
(1984)
CD
2:
Aku
Hanya Pendatang
(1985)
CD
3:
Sekadar
Di Pinggiran
(1986)
CD
4:
Kau
Bintangku
(1987)
CD
5:
Harapan
(1988)
CD
6:
Now's The
Time
(1989)
CD
7:
Pasti
Kembali
(1989)
CD
8:
Mawar
Terpinggir
(1992)
CD
9:
Setinggi Angkasa
(1996)
CD10:
Tiada
Gementar Lagi (single, 2011))
KENANGAN ABADI -
Francissca
(CD
-
Warner Music 524986591-2, 2011)
Senarai lagu;
Aku Hanya Pendatang
Nasib Si Kembang Pagi
Sekadar Di Pinggiran
Aku Kehilanganmu
Akulah Kekasihmu
Ku Ke Udara Lagi
Oolala Tropika
Kerna Terpaksa
Kau Lilin Cintaku
Diriku Terbelenggu
Di Genggam Sepi
Cintamu Duri Di Hati
Rindu Memaksaku Menyayangimu
Mawar Terpinggir
/IMG2011%20FPKA.png) /IMG2011%20R&FKA.png) /IMG2011%20DFLFP.png)
KENANGAN ABADI -
Roy & Fran
(CD - EM I /
Warner Music, 2011)
Senarai lagu;
Tak Kenal Maka Tak Cinta
Siapa Dia Sebelum Daku
Panggilan Desa
Sekadar Di Sini
Waktu Dalam Bercinta
Hingga Kau Kembali
Liku Cinta
Bersama Pertemuan Ini
Sejak Kau Ku Kenal
Janji Suci
Cerita Lama Jangan Di Tanya
Hidup Sepantun Ombak Petang
Gunung Payung
Manusia
dia
- Fauziah Latiff
& Francissca
Peter (CD
- Warner Music, 2011)
Buat julungkalinya, dua penyanyi pujaan era 80/90 an
yang telah pun bertapak di hati peminat arena seni tanahair, Fauziah Latiff dan
Francissca Peter digandingkan bersama dalam sebuah album kompilasi yang
bertemakan lagu-lagu cinta dalam irama balada yang mengasyikkan.
Senarai lagu;
CD1:
Dia (versi 1984) (Fran)
Kau Merubah Segalanya
Aku Hanya Pendatang (Fran)
Aku Sebutir Pasir
Sekadar Di Pinggiran (Fran)
Cintamu Terbenam Di Hatiku
Aku Kehilanganmu (Fran)
Tiada Noktah Cinta
Akulah Kekasihmu (Fran)
Teratai Layu Di Tasik Madu
Semalam (Fran)
Aku Masih Seperti Dulu
Kau Bintangku (Fran)
Dari Kaki Tangga Ke Menara
Kerna Terpaksa (Fran)
Gubahan Rindu Puisi Syahdu
CD2:
Dia
Cintamu Duri Di Hati (Fran)
Antara Kini Dan Semalam
Diriku Terbelenggu (Fran)
Setia Ku Korbankan
Rindu Memaksaku Menyayangimu (Fran)
Menjauhkan Diri
Kau Lilin Cintaku (Fran)
Yang Lebih Kau Cinta
Janji Kekasih (Fran)
Bukan Kemahuan Fikiran
Mawar Terpinggir (Fran)
Apa Sebenarnya
Di Genggam Sepi (Fran)
Enggan
Andainya (Fran)
4 bintang lagenda
vol 1
-
Jamal Abdillah,
Francissca,
Ramli Sarip & Khatijah Ibrahim (CD
- Warner Music 5249898272-1, 2011)
Senarai lagu;
CD1 J amal
Abdillah:
Sendiri
Kekasih Awal Dan Akhir
Sepi Seorang Perindu
Perpisahan Tanpa Relamu
Kau Lupa Janji
Azura
Derita Cinta
Penghujung Rindu
Di Sudut Kamar Hatiku
Sandarkan Pada Kenangan (duet Sarah Raisuddin)
Keluhan Perantau
Cinta Yang Terbiar
Mati Hidup Semula
Kenangan Tak Bisa Dilenyapkan
Takdir Penentu Segala
Ke Mana Ku Bawa Hati Yang Rindu
Hatiku Luka Kembali
Titisan Hujan
CD2
Francissca:
Nasib Si Kembang Pagi
Kau Lilin Cintaku
Akulah Kekasihmu
Hingga Ke Akhir Waktu
Aku Hanya Pendatang
Oolala Tropika
Kerna Terpaksa
Janji Kekasih
Di Genggam Sepi
Rindu Memaksaku Menyayangimu
Mawar Terpinggir
Sekadar Di Pinggiran
Cintamu Duri Di Hati
Diriku Terbelenggu
Aku Kehilanganmu
Si Kunang Kunang
Kau Bintangku
Sepanjang Jalan Kenangan
CD3
Ramli Sarip:
Kau Yang Satu
Nyanyian Serambi
Teratai (bersama Sweet Charity)
Teman
Jikalau Berkasih
Istilah Bercinta
Warisan Alam
Perjalanan Hidup
Sejuta Wajah (bersama Sweet Charity)
Bukan Kerana Nama (duet A Romzi)
Semangat Lamina (bersama Lefthanded)
Berita Gempa (bersama Sweet Charity)
Temasya Desa Gemalai
Blues Felda Blues
Rasa Tempatan
Dondang
CD4 Khatijah
Ibrahim:
Tangisan Hati Yang Derita
Aku Dia Dan Malam
Peristiwa Di Bulan November
Titisan Kasih
Ku Ingin Lari
Sabar Menanti
Godaanku
Potret Kasih
Mengapa Aku Di Salahkan
Ku Pendam Sebuah Duka
Wajah Impian
Sehari Dalam Cinta
Ku Gembira Di Sampingmu
Cemburu
Menari
Tinggallah Pujaan Hati
Ku Sangka Siang Kiranya Malam
101 - Francissca Peter
(CD -
Warner Music, 2012)
Senarai lagu;
CD1:
Aku Hanya Pendatang
Aku Hanya Penghibur Biasa
Aku Kehilanganmu
Aku Kembali Lagi
Aku Teman Setia
Akulah Kekasihmu
Andainya
Asal Ku Di Sini
Belailah Kerinduan
Bersama Pertemuan Ini (duet Roy)
Biarpun Segenggam Harapan
Bisikan Kasih
Bukan Salah Pilihan
Cerita Lama Jangan Di Tanya (duet Roy)
Cinta Abadi (duet William Clark)
Cinta Kasih Desa
Cintamu Duri Di Hati
CD2:
Demi Cinta Sejati (duet Roy)
Desire
Di Genggam Sepi
Di Mana Lagi
Dia (versi 1984)
Dilema Seorang Insan
Diriku Terbelenggu
Di Soal Kesangsian
Di Ulit Kerinduan
Dunia Ini Cepat
First Of May
Forever Yours
Going Crazy
Gunung Payung (duet Roy)
Hadiah
Harapan Dalam Penantian
Hidup Sepantun Ombak (duet Roy)
CD3:
Hingga Ke Akhir Waktu
Hingga Kau Kembali (duet Roy)
Janji Suci (duet Roy)
Jernih
Just One Time
Kasih Terbiar
Kau Bintangku
Kau Lilin Cintaku
Kau Sebahagian Diri Ini
Kau Yang Istimewa
Kehebatan Cinta (duet Jamal Abdillah)
Kejadian Ini
Kekasihh Hadirlah
Kekasih
Kepadamu
Kerna Terpaksa
Keyakinan Diri
CD4:
Komputer Muzik
Ku Ke Udara Lagi
Ku Menari Untukmu
Kisah Lalu (duet Roy)
Liku Cinta (duet Roy)
Lover Man
Malam Sunyi
Manusia (duet Roy)
Masih Belum Tamat
Mawar Terpinggir
Melodi Impian
Mencari Kesempatan
Mirror Mirror On The Wall (duet Paul Ponnudurai)
Mutiara Dari Utara
Nasib Si Kembang Padi
Now's The Time
Oh Cahaya
CD5:
Oolala Tropika
Pasti Kembali
Pasti
Pak Tua (duet Roy)
Panggilan Desa (duet Roy)
Permata
Pertemuan Semalam
Rahsia Hatiku
Rinduku Memaksa Menyayangimu
Rindu Seorang Kekasih
Saat Manis
Salah Siapa
Sebahagian Usia Ini
Sejak Kau Ku Kenal (duet Roy)
Sekadar Di Pinggiran
Sekadar Di Sini (duet Roy)
Semalam
CD6:
Semangat Cinta Lama
Sepanjang Jalan Kenangan
Shuba Dadu Baa
Si Kunang Kunang
Si Mata Merah
Siapa Dia Sebelum Daku (duet Roy)
Tak Kenal Maka Tak Cinta (duet Roy)
Tak Seindah Pengakuan
Teka Teki Cinta
Terbalas Cinta
The Moment You Came Into My Life
Two Hearts
Waktu Dalam Bercinta (duet Roy)
When Sunny Gets Blue
Dia (versi 1992)
Begiutlah Aku (dari album BERLIAN)
DENGARKANLAH - Francissca Peter
(CD - EMI-Warner Music, 2013)
BALADA CINTA
-
Francissca
(CD
- Warner Music, 2013)
Senarai lagu;
CD1:
Aku Hanya Pendatang
Akulah Kekasihmu
Andainya
Belailah Kerinduan
Bersama Pertemuan Ini (duet Roy)
Biarpun Segenggam Harapan
Bukan Salah Pilihan
Cerita Lama Jangan Di Tanya (duet Roy)
Cinta Abadi (duet William Clark)
Dia (versi 1984)
Diriku Terbelenggu
Kasih Terbiar
Kau Bintangku
Kau Lilin Cintaku
Kau Yang Istimewa
Kehebatan Cinta (duet Jamal Abdillah)
Kekasih Hadirlah
Kerna Terpaksa
CD2:
Liku Cinta (duet Roy)
Masih Belum Tamat
Mawar Terpinggir
Mirror Mirror On The Wall (duet Paul Ponnudurai)
Pasti
Permata
Rindu Memaksaku Menyayangimu
Rindu Seorang Kekasih
Saat Manis
Salah Siapa
Sebahagian Usia Ini
Sekadar Di Pinggiran
Semalam
Siapa Dia Sebelum Daku (duet Roy)
Tidak Seindah Pengakuan
The Moment You Came Into My Life
Two Hearts
Begitulah Aku (dari album BERLIAN)
GEMILANG 30
-
Francissca (CD
- Warner Music, 2013)
Senarai lagu;
CD1:
Si Mata Merah
Dia (versi 1984)
Malam Sunyi
Komputer Muzik
Ku Menari Untukmu
Aku Hanya Pendatang
Andainya
Harapan Dalam Penantian
Masih Belum Tamat
Semangat Cinta Lama
Nasib Si Kembang Pagi
Teka Teki Cinta
Aku Kehilanganmu
Akulah Kekasihmu
Bukan Salah Pilihan
Ku Ke Udara Lagi
Pasti
Si Kunang Kunang
Dilema Seorang Insan
Semalam
CD2:
Sekadar Di Pinggiran
Kerna Terpaksa
Cinta Abadi (duet William Clark)
Kau Bintangku
Aku Kembali Lagi
Cintamu Duri Di Hati
Oolala Tropika
Kau Lilin Cintaku
Shuba Dadu Baa
Di Genggam Sepi
Diriku Terbelenggu
Kau Sebahagian Diri Ini
Biarpun Segenggam Harapan
Kau Yang Istimewa
Hingga Ke Akhir Waktu
Kehebatan Cinta (duet Jamal Abdillah)
Mutiara Dari Utara
First Of May
CD3:
Kekasih Hadirlah
Kekasih
Rindu Seorang Kekasih
Now's The Time
Pasti Kembali
Rindu Memaksaku Menyayangimu
Forever Yours
Sebahagian Usia Ini
Sepanjang Jalan Kenangan
Tidak Seindah Pengakuan
Jernih
Di Ulit Kerinduan
Salah Siapa
Desire
Kasih Terbiar
Mawar Terpinggir
KOLEKSI LAGU LAGU TERBAIK
-
Francissca Peter
(SIRI MAMPU MILIKi)
(CD -
Warner Music, 2014)
Senarai lagu;
Mawar Terpinggir
Komputer Muzik
Hingga Ke Akhir Waktu
Si Mata Merah
Sekadar Di Pinggiran
Sepanjang Jalan Kenangan
Diriku Terbelenggu
Ku Menari Untukmu
Cintamu Duri Di Hati
Rindu Memaksaku Menyayangimu
Oolala Tropika
Kerna Terpaksa
Aku Hanya Pendatang
Di Genggam Sepi
/IMG2013%20FPBC.png) /IMG2013%20FPG30.png) /IMG2014%20FPKLLT.png)
siri bintang pujaan -
Roy & Fran (CD -
Universal Music 4707037, 2014)
Senarai lagu;
CD1:
Tak Kenal Maka Tak Cinta (duet)
Siapa Dia Sebelum Daku (duet)
Sekadar Di Sini (duet)
Usah Kau Tanyakan (Roy)
Liku Cinta (duet)
Tiap Wajah Ada Cerita (Roy)
Waktu Dalam Bercinta (duet)
Berakhir Kemarau Nan Panjang (Roy)
Hingga Kau Kembali (duet)
Panggilan Desa (duet)
Sayang Ku Hilang Lagi (Roy)
Damai Di Bumi Damai Di Hati (Roy)
Belailah Kerinduan (Fran)
Engkau Yang Ku Kenal (Roy)
CD2:
Akukah Terlewat (Roy)
Bersama Pertemuan Ini (duet)
Seandainya
(Roy)
Sepi Ku Lempar Ke Tepi (Roy)
Cerita Lama Jangan Di Tanya (duet)
Demi Cinta Sejati (duet)
Hidup Sepantun Ombak (duet)
Janji Suci (duet)
Rasa Cinta (Roy)
Sejak Kau Ku Kenal (duet)
Sekeping Hati (Roy)
Pak Tua (duet)
Kisah Lalu (duet)
Saat Manis (Fran)
maaf ku pinta -
Francissca Peter
(single)
(Chevy Amry Production , 2023)
Single raya 'Maaf Ku Pinta' adalah ciptaan Jari dan lirik oleh Chevy Amry
hanya diterbitkan dalam format digital. Lagu ini juga merupakan lagu raya
pertama nyanyian Francissca Peter.
.jpg) |