Kembali Ke CD Artis Melayu Index 'M'

PLAYLIST KRONOLOGI 16 - KRU (2025)

Playlist Pilihan:

KRONOLOGI 16 - KRU (KOLEKSI 16 LAGU TERBAIK) (2025)

(menyenaraikan koleksi 16 lagu terbaik persembahan KRU, kronologi dari tahun 1992-2018)

 Hanya Kau (1992)

 Mengerti (1993)

 Awas! (1994)

 2 (1995)

 Ooh! La! La! (1996)

 Apa Saja (Cinta Metropolitan mix) (1996)

 Fanatik (featuring DanceKRU, Elite & Indigo) (1997)

 Fobia (1998)

 Jangan Lafazkan (1999)

 Bidadari (2000)

 Perpisahan Terasing (2002)

 Babe (2004)

 Terhangat Di Pasaran (featuring Adam AF2) (2005)

 Gerenti Beres (2006)

 Ganas (2011)

 Tiga Kata (2013)

(dikemaskini 2 Ogos 2025)

Diskografi Lengkap KRU

 

KASET - KRU (2025)

KASET KRU
(Sony Music / KRU Music, 2025)

  Hambadansa

  One More Time

  Remaja Selamanya

  Goat

  Selamat Hari Lahir

  Voodoo

  Sampai Sini Saja

  High Maintenance

  Ciptaan Sempurna

  Agung

Genap 33 tahun bertapak dalam industri muzik, kumpulan ikonik, KRU kembali dengan buah tangan terkini mereka iaitu album KASETKASET merupakan album ke 15 dan juga merupakan kerjasama sulung KRU dengan Sony Music Malaysia setelah sebelum ini mereka bernaung di bawah EMI, sebelum bergerak dibawah label mereka, KRU Records.  Berkenaan konsep album, KRU masih mengekalkan elemen muzik era kegemilangan mereka namun disesuaikan dengan muzik kontemporari bagi menepati citarasa golongan muda masa kini.  Kesemua lagu adalah karya bersama trio adik beradik seperti konsep album-album terdahulu.  Sebelum album KASET beredar, ‘Voodoo’ telah diperkenalkan sebagai single pertama pada penghujung tahun 2024.  Sebaik album KASET dilancarkan akan menyusul pula konsert genKRU yang bakal berlangsung selama tiga hari bermula 3 Mei di Axiata Arena Bukit Jalil.  Konsert GenKRU menandakan persembahan besar pertama KRU selepas enam tahun.  Sebelum ini KRU pernah mengambil keputusan untuk bubar pada tahun 2018.  Album studio  terakhir mereka ialah KRUNOMENO pada 2013 dan GERGASI merupakan album kompilasi terakhir pada 2018.

GERGASI - KRU (2018)

GERGASI KRU
(EMI / Universal
Music, 2018)

CD 1:

 Awas! Fanatik (featuring Elite & Indigo) Jangan Lafazkan Terhangat Di Pasaran (featuring Adam AF2) Wanita Ooh! La! La! Untukmu The Way We Jam Apa Saja Dekat Padamu (solo, Yusry) Hingga Ke Jannah Janji Tinggal Janji Negatif Perpisahan Terasing Ganas

CD 2:

 Mengerti Babe Tiga Kata Sayang Bidadari Di Pintu Syurga (Elite featuring KRU) Fobia 2 Luarbiasa Sampai Di Dalam Dilema Impak Maksima Malam Kita Balada Hati Tahan Lama (featuring Joe Flizzow) (lagu baru)

Siapa yang tidak kenal trio adik beradik, KRU (Norman, Edry & Yusry) yang menempa nama dalam industri hiburan sejak tahun 1992 yang juga merupakan perintis muzik rap.  Terkini mereka kembali dengan sbuah album kompilasi GERGASI yang menampilkan sebuah single terbaru, 'Tahan Lama' dengan menampilkan rapper, Joe Flizzow.  Sayangnya single terbaru ini juga merupakan lagu rakaman terakhir kumpulan ini apabila KRU secara rasminya akan dibubar selepas mereka merealisasikan Konsert GERGASI KRU 25 yang merupakan konsert terakhir mereka.  Konsert ini dipersembahkan selama tiga malam di Panggung Sari, Istana Budaya bermula 4 Mei 2018.  Pembubaran ini merupakan satu penutup (closure) buat mereka selepas berjaya mengecapi impian selama 25 tahun berada dalam industri muzik tanah air.

Nota: Kesemua lagu diambil dari album terbitan asal iaitu bukan lagu versi remix @ adunan semula.

KRUNOMENA - KRU (2013)

KRUNOMENA KRU
(KRU Records, 2013)

  Setiap

  Semalam Tanpamu (featuring Stacy)

  Kesejatian Cinta

  Ganas (versi baru)

  Separuh Mati

  Tiga Kata

  Sediakala

  Wanita

  Lagu & Lirik

  Kali Ke 2 (versi baru, judul asal '2')

Setelah hampir 8 tahun tidak muncul dengan sebarang album (album terakhir, 10 DI SKALA RICHTER), terkini trio adik beradik, KRU muncul dengan album KRUNOMENA yang begitu istimewa kerana koleksi lagu-lagunya mencerminkan kematangan mereka dari segi muzik dan lirik.  Album ini juga merupakan album pertama mereka di bawah label muzik sendiri. Sebelum ini KRU di bawah naungan EMI.  Selain memuatkan lagu-lagu baru, album ini turut memuatkan tiga single popular KRU sebelum ini iaitu 'Ganas' (2011), 'Tiga Kata' (2012) dan 'Wanita' (2012).

RELAX - KRU (2004)

RELAX KRU
(EMI, 2004)

  Babe (lagu baru)

  Di Hatimu (lagu baru)

  Perpisahan Terasing

  Di Pintu Syurga (duet Elite)

  Jangan Lafazkan

  Apa Saja (versi dari album 'Ooh! La! La!')

  Sayang

  Untukmu

  More Than Forever

  Seperti Yang Ku Jangka (duet Indigo)

  Saat Ku Pejamkan Mata

  Balada Hati

  For You

  Penjunjung Namaku

  Getaran Jiwa (featuring P Ramlee)

  Never Let The Spirit Die (lagu tema Sukan Komanwel XVI Malaysia)

  Janji Tinggal Janji (versi dari album kompilasi 'KRUmania')

Album kompilasi ini turut memuatkan single 'Never Let The Sipirit Die', lagu tema Sukan Komanwel XVI (1998) yang diterbitkan sebagai lambang semangat kesukanan peserta-peserta terutamanya para atlit Malaysia.  Lagu ini belum pernah diselitkan ke dalam mana-mana album KRU sebelum ini.

KRUMANIA - KRU (1997)

KRUMANIA KRU
(EMI, 1997)

  Fanatik (featuring Elite & Indigo) (lagu baru)

  Awas!

  Apa Saja

  Maniamedley (Hanya Kau, Inikah Ertinya Cinta & Katanya)

  Negatif

  Mengerti

  Untukmu

  Freaky G

  Di Pintu Syurga (duet Elite)

  Ooh ! La ! La!

  Janji Tinggal Janji

  I'll Be Waiting

  Di Dalam Dilema

  2

  Malam Kita

  Cherrina

  E'nuff Eez E'nuff

  Getaran Jiwa (featuring P Ramlee) (lagu baru)

Selain menampilkan dua lagu baru, 'Fanatik' dan 'Getaran Jiwa', album kompilasi ini turut menampilkan versi yang berbeza (bukan rakaman asal) untuk lagu 'Apa Saja', 'Freaky G', 'Janji Tinggal Janji' dan 'Malam Kita'.

OOH! LA! LA! - KRU (1996)

OOH! LA! LA! KRU
(EMI, 1996 / rilisan semula EMI-Universal Music, 2017)

So Def ...

  Anti Lanun (intro)

  Ooh! La! La!

  Semuanya OK

  Apa Saja

  Petaling St (short play)

  Diari Metropolitan (featuring Elite)

  Girlfriend's Girlfriend

So Fly ...

  Wotsup (short play)

  Boom!

  Persetakannya

  Balada Hati

  Freaky G

  Apa Saja (reprise)

  Ulangkan Sekali Lagi

AWAS DA' SOUNDTRACK - KRU (1995)

AWAS DA'SOUNDTRACK KRU
(EMI, 1995 / rilisan semula EMI-Universal Music, 2017)

  Da' Ghetto (intro)

  Salah Siapa

  Malam Kita

  2

  Sack Da' Boss

  Kehilanganmu

  Vendetta

  Aneh

  I'll Be Waiting

  Negatif

  Emilia

  Di Dalam Dilema (Latin mix)

  Awas! (LP mix)

AWAS! - KRU (1994)

AWAS! (Mini Album) KRU
(EMI, 1994 / rilisan semula EMI-Universal Music, 2017)

  Awas!

  Di Dalam Dilema

  Untukmu '94

  E'Nuff Eez E'Nuff

  Mengerti (Live from Life Center, KL)

  Janji Tinggal Janji (versi baru)

  Janji Tinggal Janji (Saxational)

ReKRUed - KRU (1993)

reKRUed KRU
(EMI, 1993 / rilisan semula EMI-Universal Music, 2019)

  Mengerti

  Inikah Ertinya Cinta

  Berita Terkini (Skit)

  KRU Is Wild (Makin' My Stand)

  Di Depan Mata

  Terima Kasih

  I.R.A

  MC's Groove (Skit)

  Go! KRU (T.R.R.G)

  Da'Party

  Gadis Jelita

  Katanya

  Asimilasi 106

  Janji Tinggal Janji

  Mengerti (Radio edit)

  Terima Kasih (Radio edit)

  Asimilasi 106 (Radio edit)

reKRUed merupakan album studio kedua daripada kumpulan KRU.  Sebagaimana muzik Rap di Malaysia ketika itu menghadapi dilema akibat pengharamannya oleh pihak kementerian (RTM) kerana bahasa rojak yang digunakan dalam lirik lagu, tempiasnya turut dirasakan oleh KRU.  Maka untuk diluluskan oleh kementerian dan seterusnya boleh dimainkan di radio ataupun tv mereka terpaksa membuang/meminda sesi Rap dalam lagu-lagu tersebut bertepatan dengan kehendak kementerian.  Terdapat 3 lagu yang dijangka boleh popular telah dipilih untuk tujuan promosi di radio & tv (Radio edit) dan lagu-lagu tersebut kini dimuatkan dalam edisi rilisan semula album reKRUed 2019 yang tidak ada disenaraikan dalam produksi album asal terbitan tahun 1993.

CANGGIH - KRU (1992)

CANGGIH KRU
(EMI, 1992 / rilisan semula EMI-Universal Music, 2017)

  Canggih (intro)

  Hanya Kau

  20/20

  U Make My Day

  Generasiku

  Sempoi

  Get In 2 The Hype

  Cherrina

  Perception Of Love

  Ain't Got No Soul

  Tradisi (instrumental)

  Sekali Lagi (Gadisku)

CANGGIH, produksi EMI tahun 1992 merupakan album pengenalan trio adik beradik, KRU yang dianggotai Norman, Yusry dan Edry Abdul Halim.  Walaupun memperkenalkan konsep muzik rap, hip pop dan tarian yang agak asing dalam industri muzik tempatan ketika itu namun album ini telah mendapat sambutan luarbiasa terutamanya dari golongan remaja.  Hampir keseluruhan lagu dari album ini dilarang penyiarannya oleh RTM kerana penggunaan lirik bahasa jalanan dan bahasa rojak Inggeris-Melayu yang agak asing dalam dunia penyiaran ketika itu tetapi tidak membataskan trio KRU menjadi kumpulan rap paling diminati remaja sekitar tahun 90an itu.  KRU juga merupakan perintis muzik rap dan populariti yang diraih mereka menjadi perangsang dan semangat kepada banyak kumpulan rap untuk muncul dalam dunia rakaman dan menguasai muzik tempatan yang ketika itu didominasi oleh irama pop balada dan rock balada.  Antara kumpulan rap yang menjadi pesaing KRU ialah 4U2C, Nico dan Feminin.