SEJARAH ringkas PERJALANAN SENI KRU

KRU merupakan satu kumpulan rap yang ditubuhkan pada tahun 1992 dan dianggotai oleh tiga orang adik beradik iaitu, Norman, Yusry dan Edry Abdul Halim.  Kumpulan ini merupakan antara kumpulan penyanyi Malaysia yang terkenal dan cepat meraih populariti terutamanya dalam kalangan remaja untuk gabungan unik genre pop, R&B dan hip hop.  KRU ditubuhkan dengan nama yang membawa maksud 'Kumpulan Rap Utama' sekaligus menjadi identiti mereka dalam industri muzik Malaysia sehingga kini.  Populariti mereka bermula pada tahun 1992 apabila EMI menandatangani KRU sebagai artis rakaman.  Trio adik beradik tersebut bukan sahaja membuat persembahan tetapi turut menulis dan menghasilkan semua lagu dalam album sulung mereka CANGGIH (1992).  Selepas itu, KRU menghasilkan banyak album dan memenangi pelbagai anugerah kreatif, teknikal dan berasaskan populariti untuk album dan video muzik mereka.

Namun begitu, menjadi penyanyi, penulis lagu, penerbit album KRU merasakan tidak cukup.  Mereka mahukan cabaran kreatif untuk menulis dan menghasilkan lagu untuk artis lain.  Pada tahun 1993, KRU mula menulis dan menghasilkan lagu untuk artis lain dan artis pertama yang mereka bekerjasama ialah kumpulan pop wanita, Feminin.

Pengaruh KRU menjangkau muzik mereka kerana kumpulan ini kemudiannya menubuhkan KRU Records merupakan salah satu label bebas yang berpengaruh dan berjaya.  Pada tahun 1996, EMI menawarkan KRU kontrak rakaman 10 tahun yang menguntungkan dan usaha sama untuk KRU Records.  Dalam tempoh tersebut KRU mempunyai senarai album yang kebanyakannya mendapat sambutan hangat seperti reKRUed (1993), Awas! (1994), Ooh! La! La! (1996), The Way We Jam (1998), Empayar KRUjaan v 2.0 (2002), KRUnisme (2005) dan 10 DI SKALA RICHTER (2006) merupakan penghasilan album studio terakhir kerjasama di antara KRU Records dan EMI.

Artis pertama yang bernaung di bawah KRU Records merupakan kumpulan pop lima anggota wanita yang dikenali sebagai kumpulan Elite.  Artis lain yang turut bernaung di bawah label KRU Records antaranya IndigoX FactorJuliana Banos, Pretty Ugly, Ezlynn, Phyne Ballerz, Anita SarawakRabbaniAdamDafi dan the Lima.  Pada tahun 2008, kesemua entiti perniagaan yang dimiliki oleh KRU disatukan di bawah satu syarikat yang dikenali sebagai KRU Studios.  KRU bukan sahaja berkarya untuk menghasilkan lagu tetapi juga telah melakukan kerja-kerja penerbitan, berlakon dan mengarah filem.  Antara produksi perfileman yang berada di bawah KRU adalah CICAKMAN (2006), DUYUNG (2008), CICAKMAN 2: PLANET HITAM (2009), JIN NOTTI (2009), MAGIKA (2010), HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA (2011), 29 FEBRUARI (2012) dan VIKINGDOM (2013).  Sementara itu, ketika ini juga merupakan era keemasan KRU Studios sebagai studio filem utama di Malaysia dan semua tayangan filemnya disokong oleh runut bunyi asal KRU Music, yang paling terkenal ialah 'Sedetik Lebih' oleh Anuar Zain untuk lagu tema mega blockbuster HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA.

KRU Music terus menandatangani artis dari rancangan Realiti TV, terutamanya dalam tawaran pengeluaran album single kerana album fizikal semakin hilang daya tarikannya kepada peminat muzik.  Dalam tempoh ini, KRU Music mengeluarkan single pop yang dipersembahkan oleh artis solo seperti Stacy, Dafi, Mila, Marsha, Shahir, Adira, Daus, Maulana, Iwan dan ramai lagi.  Pada tahun 2008, sebagai artis, KRU akhirnya merakamkan single pertamanya di bawah KRU Music dengan duet bertajuk 'Sujud' kolaborasi dengan superstar Akademi Fantasia Mawi.  Dengan TV3, KRU Music mengeluarkan single untuk kumpulan pop Indonesia The Lima, Mendua dan Pianka, dan kumpulan pop Malaysia Flava.

Bagaimanapun selepas 25 tahun, KRU mengumumkan pembubaran mereka pada 2018 berikutan konsert perpisahan mereka, KONSERT GERGASI KRU 25.  Walaupun dibubarkan, legasi dan pengaruh KRU tetap kuat.  KRU Studios terus beroperasi.  Tetapi baru-baru ini KRU kembali ke persada muzik dengan album baharu, KASET dan siri konsert yang berjaya, GenKRU pada Mei 2025, malah mereka juga menerima pengiktirafan atas penjualan tiket yang memecahkan rekod.

Diskografi LENGKAP KRU

(menyenaraikan diskografi lengkap CD/Kaset kumpulan KRU termasuk album yang memasukkan lagu baru dalam album kompilasinya sendiri ataupun dalam album kompilasi pelbagai artis)

  canggih - KRU (CD - EMI 1569, 1992)

CANGGIH merupakan album pertama kumpulan trio adik beradik, KRU.  Walaupun album tersebut mendapat sambutan hebat tetapi 11 lagu daripada album tersebut tidak disiarkan oleh stesen penyiaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) kerana penggunaan bahasa yang tidak sepatutnya iaitu bahasa rojak (campuran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris).

Senarai lagu;

Canggih Hanya Kau 20/20 U Make My Day Generasiku Sempoi Get In 2 The Hype Cherrina Perception Of Love Ain't Got No Soul Tradisi Sekali Lagi (Gadisku)

Pada tahun 2017, album ini diterbitkan dan dirilis semula oleh Universal Music.

CANGGIH - KRU (1992)AWAS! KRU (1994)AWAS! DA' SOUNDTRACK - KRU

  reKRUed - KRU (CD - EMI 07243 8280842 8, 1993)

Senarai lagu;

Mengerti Inikah Ertinya Cinta Berita Terkini (skit) KRU Is Wild (Makin' My Stand) Di Depan Mata Terima Kasih I.R.A MC's Groove (skit) Go! KRU (T.R.R.G) Da'Party Gadis Jelita Katanya Asimilasi 106 Janji Tinggal Janji Mengerti (Radio edit) Terima Kasih (Radio edit) Asimilasi (Radio edit)

Pada tahun 2019, album ini diterbitkan semula oleh Universal Music dan edaran oleh PMP Entertainment.

  Awas! - KRU (CD - EMI 07243 8306692 6, 1994)

Senarai lagu;

Awas! Di Dalam Dilema Untukmu '94 E'Nuff Eez E'Nuff Mengerti (live from Life Center, KL) Janji Tinggal Janji (versi baru) Awas! (trek ulangan) Di Dalam Dilema (trek ulangan) Janji Tinggal Janji (Saxational)

Pada tahun 2017, album ini diterbitkan dan dirilis semula oleh Universal Music dengan menggugurkan lagu 'trek ulangan'.

  AWAS DA' SOUNDTRACK - KRU (CD -  EMI 07243 8338592 8, 1995)

Senarai lagu;

Da'Ghetto (intro) Salah Siapa Malam Kita 2 Sack Da Boss Kehilangan Vendetta Aneh I'll Be Waiting Negatif Emilia Di Dalam Dilema (Latin mix) Awas! (LP mix)

Album ini juga dikeluarkan dalam edisi terhad, GOLD EDITION dan pada tahun 2017, album ini diterbitkan dan dirilis semula oleh Universal Music.

  OOH! LA! LA! - KRU (CD -  EMI 7243 8376312 2, 1996)

Senarai lagu;

So Def ... Anti Lanun (intro) Ooh! La! La! Semuanya OK Apa Saja Petaling St (short play) Diari Metropolitan (featuring Elite) Girlfriend's Girlfriend

So Fly ... Wotsup (short play) Boom! Persetankannya Balada Hati Freaky G Apa Saja (reprise) Ulangkan Sekali Lagi

Pada tahun 2017, album ini diterbitkan dan dirilis semula oleh Universal Music.

OOH! LA! LA! - KRU (1996)SILAT LEGENDA (OST) - Various Artist (1998)THE WAY WE JAM - KRU (1998)

  CINTA METROPOLITAN (OST) - KRU (CD -  EMI 724385414022, 1996)

Senarai lagu;

So Def ... Apa Saja (Cinta Metropolitan mix) Business Tak Merugikan (short play) Ooh! La! La! Nurul, Haris, Irwan Dalam Dilema (short play) Semuanya OK Semua Orang Ada Masalah (short play) Balada Hati Duit Palsu (short play) Diari Metropolitan (featuring Elite) Markas Farouk (short play) Girlfriend's Girlfriend

So Fly ... Countdown (short play) Boom! Hamba Duit (short play) Persetankannya Lu ... Lu Punya Hal! Gua ... Gua Punya Hal (short play) Apa Saja Scene 23 (short play) Freaky G Cinta Metropolitan (short play) Ulangkan Sekali Lagi

  KRUMANIA - KRU (CD -  EMI 7243 8563592 2, 1997)

Album kompilasi pertama kumpulan KRU selain menampilkan dua lagu baru, 'Fanatik' dan 'Getaran Jiwa' turut menampilkan versi yang berbeza (bukan rakaman asal) untuk lagu 'Apa Saja', 'Freaky G', 'Janji Tinggal Janji' dan 'Malam Kita'.  Manakala 3 lagu popular kumpulan KRU, 'Hanya Kau', 'Inikah Ertinya Cinta' dan 'Katanya' dipersembahkan dalam medley.  Lagu 'Getaran Jiwa' ciptaan allahyarham P Ramlee telah dioleh semula oleh KRU sebagai 'virtual duet' era teknologi digital dengan menggabungkan vokal terkini kumpulan KRU dan vokal asal P Ramlee.  Tapi sayangnya kreativiti dan usaha murni mereka mendapat 'kecaman'.

Senarai lagu;

Fanatik (featuring Elite & Indigo) (lagu baru) Awas! Apa Saja Maniamedley (Hanya Kau, Inikah Ertinya Cinta & Katanya) Negatif Mengerti Untukmu Freaky G Di Pintu Syurga (duet Elite) Ooh ! La ! La! Janji Tinggal Janji I'll Be Waiting Di Dalam Dilema 2 Malam Kita Cherrina E'nuff Eez E'nuff Getaran Jiwa (featuring P Ramlee) (lagu baru)

Pada tahun 2022, album ini diterbitkan semula oleh Universal Music dan dirilis oleh PMP Entertainment.

  SILAT LEGENDA (ost) - Various Artist (CD - KRU Records / EMI 7243 495532 24, 1998)

Album runut bunyi filem SILAT LEGENDA menyenaraikan lagu-lagu ciptaan baru dan kesemuanya adalah karya kumpulan KRU.  Mereka turut menyanyikan dua buah lagu secara solo iaitu 'Fobia' dan lagu tema filem tersebut.  Manakala lagu 'Setia Bersama' adalah kolaborasi KRU bersama Sheila Majid.

Senarai lagu;

Fobia (KRU) Ceritera (Zainal Abidin) Istimewa (Indigo) Orait! (Amy Search) Bawa Daku Pergi (Ning Baizura) Silat Legenda: theme Song (KRU) Aku (Ella) Takkan Melayu Hilang Di Dunia (Sharifah Aini) Lihatlah Dunia (Elite) Setia Bersama (Sheila Majid & KRU)

  The Way We Jam - KRU (CD - EMI 7243 4 96139 2 9, 1998)

Senarai lagu;

The Way We Jam Every Single Minute More Than Forever Leave That Girl Alone For You Why Must I Feel Like That Never Ask Too Much (Of Love) Do My Thang (Upside Down) Tribe Won't Look Back The D Out Of My Mind Wanita Jelita Sweet November

 NEVER LET THE SPIRIT DIE - KRU (single) (KRU Records , 1998)

Single 'Never Let The Spirit Die' adalah ciptaan KRU sendiri dan merupakan lagu promo bersempena Sukan Komanwel, Kuala Lumpur 1998.  Edisi terhad ini mendapat tajaan syarikat minuman gergasi, Pepsi.  'Never Let The Spirit Die' dihadirkan dalam dua versi iaitu versi standard dan Fiesta mix.

  FORMULA LUARBIASA - KRU (CD - EMI 724352481026, 1999)

Senarai lagu;

Revolusi Evolusi (intro) Hilang Kawalan Jangan Lafazkan Luarbiasa I'll Make You Famous Pengumunan Penting (short play) De Ja Vu Formula What I She Knew Puteri Kayangan Luar Biasa (demo) Teka Teki Penjunjung Namaku

FORMULA LUARBIASA - KRU (1999)TYCO (2000)KRUJAAN - KRU (2002)

 

  TYCO (CD - EMI 7243 531144 28, 2000)

Sebagai percubaan muzik, tahun 2000 menyaksikan kemunculan KRU sebagai artis maya dalam kumpulan yang dipanggil Tyco (bermaksud "abang besar" dalam Kantonis) dengan ahli Tylo (Norman), Yiko (Yusry) dan Psylo (Edry). Walaupun pengenalan Tyco kepada industri muzik Malaysia dianggap lebih awal (sebelum lahirnya platform media sosial seperti YouTube, Facebook atau Instagram), alter ego KRU ini berjaya menarik perhatian peminat muzik dengan lagu-lagu hit seperti "With U" dan "Bidadari". Tyco juga dianugerahkan "Artis Maya Pertama Malaysia" oleh Buku Rekod Malaysia.

Senarai lagu;

Tyco With U People Come People Go Bidadari Saat Ku Pejamkan Mata Action Hero (short play) Sandiwara Supermokhtar  Cyber (short play) Jutawan King Kazu Bom! Mati Muda Never Trust A Man Again

  EPISOD 3 - Indigo (CD - KRU Records, 2000)

Kumpulan Indigo mempertaruhkan irama pop R&B dan merupakan artis kedua KRU Records selepas kumpulan Elite.  EPISOD 3 merupakan album terakhir kumpulan Indigo dibawah label KRU Records.  EPISOD 3 merupakan album kompilasi tetapi turut memuatkan 4 buah lagu baru iaitu 'Seperti Yang Ku Jangka' berduet dengan KRU, 'Sudah Terlalu Lama', merakam semula lagu yang telah dipopularkan oleh KRU, 'Jangan Lafazkan' dan lagu duet bersama Faradiya, 'Masih Seperti Dulu'.  Manakala lagu duet Juliana Banos dan Indigo 'Sehidup Semati' yang asalnya dimuatkan dalam album sulung Julia Banos turut dimuat semula dalam album EPISOD 3.

Senarai lagu;

Seperti Yang Ku Jangka (duet KRU) (lagu baru) Sudah Terlalu Lama (lagu baru) Andai Kau Pergi Suraya Sehidup Semati (duet Juliana Banos) Gadis Misteri Indigo Janji Tinggal Janji (versi baru)  Istimewa  Rindu  Percaya Asmara  Nafas Terakhir  Masih Seperti Dulu (duet Faradiya) (lagu baru)

  KRUJAAN - KRU (CD - EMI 724354016721, 2002)

Senarai lagu;

Amaran KRUjaan (intro) Impak Maksima Aku Benci Mahaguru The Belly Dance Ikhtiar Sayang Bintang Popular  I Am Penganggur Profesional Ucapan KRU (short play) Ucapkanlah (featuring Erra Fazira)

  EMPAYAR KRUJAAN V2.0 - KRU (CD - EMI 724354331206, 2002)

Album Edisi Istimewa ini dihadirkan dalam format CD dan VCD.  Selain memuatkan semula lagu-lagu dari album KRUJAAN, album ini turut ditambah dengan 4 buah lagu baru termasuk lagu 'Perpisahan Terasing' yang membawa impak yang besar terhadap kejayaan album ini.  'Perpisahan Terasing' merupakan dua buah lagu hit di era 80an yang disampaikan dalam medley.  Lagu tersebut pernah dipopularkan oleh kumpulan Revolvers (Perpisahan) dan Sudirman (Terasing)

Senarai lagu;

Amaran KRUjaan (intro) U Got Style (lagu baru) Impak Maksima Perpisahan Terasing (lagu baru) Mahaguru Ampuniku (lagu baru) Bintang Popular Hidup Hidup Ditipu (lagu baru) Ucapakanlah (featuring Erra Fazira) The Belly Dance I Am Ikhtiar Monte Carlo (reprise) Aku Benci Penganggur Profesional Pintasan (short play) Sayang

KRUNISME - KRU (2005)X-PAC URBAN STRIKE WITH ELLA - Various Artist (2006)

  RELAX - KRU (CD -  EMI 72435784322, 2004)

Album kompilasi kedua kumpulan KRU turut menampilkan dua lagu baru, 'Babe' dan 'Di Hatimu'.

Senarai lagu;

Babe (lagu baru) Di Hatimu (lagu baru) Perpisahan Terasing Di Pintu Syurga (duet Elite) Jangan Lafazkan Apa Saja (versi dari album 'Ooh! La! La!') Sayang Untukmu More Than Forever Seperti Yang Ku Jangka (duet Indigo) Saat Ku Pejamkan Mata Balada Hati For You Penjunjung Namaku Getaran Jiwa (featuring P Ramlee) Never Let The Spirit Die (lagu tema Sukan Komanwel XVI Malaysia) Janji Tinggal Janji (versi dari album kompilasi 'KRUmania')

  KRUNISME - KRU (CD - EMI 7243 563750 24, 2005)

Senarai lagu;

Selamat Datang (intro) Terhangat Di Pasaran (featuring Adam AF2) Berat Sampai Seksa Sempurna Rock It Empat Syarat  Peminat #1 My Evil Twin Masih Bersama Jumpa Lagi (closing)

  X-PAC URBAN STRIKE ... WITH ELLA - Various Artist (CD - EMI 0094636 1 38329, 2006)

Album penghormatan untuk Ella oleh artis R&B, Rap dan Hip-hop Malaysia.  Setiap artis akan menyanyikan versi rap/hip-hop lagu-lagu popular oleh Ella termasuk kumpulan KRU untuk lagu 'Kitalah Bintang'.  Bagaimanapun edisi terhad album ini hanya tersedia dengan pakej kad sim telefon oleh X-Pax, operator Telco Malaysia dan tidak dijual di kedai CD.

Senarai lagu;

Simbiosis (Shazzy) Kitalah Bintang (KRU) Gemilang (Ruffedge) Retak (Soul ID) Kasih (Phlowtron) Sepi Sekuntum Mawar Merah (VE) Layar Impian (Too Phat) Permata Biru (Ruffedge) Dua Insan Bercinta (Shazzy) Standing In The Eyes Of The World (Too Phat, VE, Ruffedge, KRU, Shazzy, Phlowtron & Ella) 

  10 DI SKALA RICHTER - KRU (CD - EMI 00946 367356 27, 2006)

Senarai lagu;

Buat Hal Lagi (featuring Adam AF2, Azza, Billy Zulkarnain & Linda Onn) Gerenti Beres (featuring Adam AF2) Lagu Untuk Mamat (Kerana Marah Pun) Tak Kisah La-Di-Da La-Di-Da C'mon Lah Sehari Dalam Hidup Hot Gal  Drama Ya Habibati

10 DI SKALA RICHTER - KRU (2006)OST CICAKMAN 2: PLANET HITAM - Various Artist (2006)ULTIMATUM - KRU (2010)

  CICAKMAN 2: PLANET HITAM (OST) - Various Artist (KRU Studios KDM 1049-2, 2008)

Tiga lagu dalam album runut bunyi ini, iaitu 'Planet Hitam' oleh Tyco @ KRU, 'Di Bius Cinta' oleh Yusry dan Melly Goeslaw dan 'Mau Yang Besar' oleh Pianka diterbitkan klhas untuk filem ini. 

Senarai lagu;

Planet Hitam (Tyco) (lagu baru) Di Bius Cinta (Yusry KRU & Melly Goeslaw) (lagu baru) Sumpah Takkan Cari Yang Lain (Edry KRU) Mau Yang Besar (Pianka) Sayang Giler (Boy) Sepereti Kemarin (Syuga) Berhenti Mencinta (Flava) Lemah (Dafi AF5) Jika Tak Kena Kamu (Adam AF2) Ular (Anita Sarawak) (lagu baru)

  ULTIMATUM - KRU (CD - EMI / Warner Music 9996298582, 2010)

Senarai lagu;

CD1: Doktor Pakar Cinta (solo, Yusry) (lagu baru) Perpisahan Terasing Jangan Lafazkan Apa Saja Untukmu Getaran Jiwa (featuring P Ramlee) Babe I'll Be Waiting 2 Janji Tinggal Janji Bidadari More Than Forever Balada Hati Sayang For You Di Pintu Syurga (featuring Elite)

CD2: Fanatik (featuring Elite & Indigo) Ooh! La! La! Terhangat Di Pasaran (featuring Adam AF2) Mengerti The Way We Jam Gerenti Beres (featuring Adam AF2) Awas! Impak Maksima Dekat Padamu (solo, Yusry) C'mon Lah Malam Kita Di Dalam Dilema Buat Hal Lagi (featuring Adam AF2, Azza, Billy Zulkarnain & Linda Onn) Negatif With U Mania Medley (Hanya Kau, Inikah Ertinya Cinta & Katanya)

  MAGIKA (OST) - Various Artist (KRU Studios KDM 1055-2, 2010)

Apa yang menarik kesemua lagu yang dihasilkan untuk album runut filem muzikal MAGIKA adalah lagu ciptaan baru yang mana liriknya terhasil daripada skrip filem berkenaan dan setiap lagu menepati watak dan nada suara setiap pelakon yang menyanyi dan melakonkan watak masing-masing.  Filem muzikal fantasi ini adalah arahan sulung Edry Abdul Halim dan  Kesemua lagu adalah karya KRU dan mereka turut menyumbang sebuah lagu 'Kita Bersaudara'.       

Senarai lagu;

Magika (Maya Karin) Gebang (Maya Karin) Baik Kau Pulang Segera (Aznil Hj Nawawi & Diana Danielle) Baik Kau Pulang Segera (interlud) (Raja Azura) Kehilangan (Mawi & Diana Danielle) Asal Menjadi Cantik (Ning Baizura) Rahsia Awet Muda (Ziana Zain) Senyummu Lagi (Mawi & Diana Danielle) Siapa Lebih Berkuasa (Mawi, Ziana Zain, Diana Danielle & Fimie Don) Kita Bersaudara (KRU) Tidur Dahulu (Diana Danielle, Fimie Don, Jalaludin Hassan & Fauziah Ahmad Daud) Mana Nak Lari (Sharifah Aleya, Sharifah Amani, Adibah Noor, Ziana Zain & Mohd Afiq Fikri) Naga Tasik Chini (M Nasir, Mawi, Diana Danielle & Fimie Don) Penyembuh Rindu (Mawi & Diana Danielle) Selamat Tinggal Magika (Barisan pelakon Magika)

OST MAGIKA - Various Artist (2010)KENANGAN ABADI - KRU (2011)HITMAN: LAGU & LIRIK EDRY ABDUL HALIM - Various Artist (2011)

  KENANGAN ABADI - KRU (CD - EMI / Warner Music 999679354-2, 2011)

Senarai lagu;

Awas! Mengerti Ooh! La! La! Fanatik (featuring Elite & Indigo) Gerenti Beres (featuring Adam AF2) Terhangat Di Pasaran (featuring Adam AF2) Babe Di Dalam Dilema  Perpisahan Terasing Jangan Lafazkan Untukmu Janji Tinggal Janji Negatif Getaran Jiwa (featuring P Ramlee)

  THE great: 20 tahun suatu mania - kru (CD - EMI / Warner Music 9997305602, 2011)

Senarai lagu;

CD1: Hanya Kau 20/20 Generasiku Cherrina Janji Tinggal Janji Mengerti Inikah Ertinya Cinta KRU Is Wild (Makin' My Stand) Awas! (LP mix) Di Dalam Dilema (Latin mix) Untukmu Negatif Malam Kita 2 Emilia

CD2: I'll Be Waiting Apa Saja Ooh! La! La! Semuanya OK Balada Hati Fantatik (featuring Indigo & Elite) Getaran Jiwa (featuring P Ramlee) Mania Medley The Way We Jam For You More Than Forever Jangan Lafazkan Penjunjung Namaku Luarbiasa Formula

CD2: With U Bidadari Saat Ku Pejamkan Mata Impak Maksima Sayang Perpisahan Terasing Mahaguru Babe Di Hatimu Terhangat Di Pasaran (featuring Adam AF2) Gerenti Beres (featuring Adam AF2) C'mon Lah Buat Hal Lagi (featuring Adam AF2, Azza, Billy Zulkarnain & Linda Onn) Ya Habibati Ganas

  HITMAN: LAGU & LIRIK EDRY ABUDL HALIM - Various Artist (CD - KRU Music  / United Studios, 2011)

Album ini merupakan gabungan 18 lagu pilihan terbaik karya Edry Abdul Halim daripada ratusan katalog KRU publishing.  Menurut Edry, lagu pilihan beliau untuk kompilasi ini banyak bergantung dengan pencapaian artis artis yang beliau sanjungi malah banyak lagu KRU sendiri tidak diselitkan demi untuk menonjolkan kepelbagaian genre lagu yang telah beliau terbitkan.

Senarai lagu;

Ganas (KRU) (lagu baru) Sedetik Lebih (theme 'Hikayat Merong Mahawangsa') (Anuar Zain) (lagu baru) Jahat (Stacy) Kebahagiaan Dalam Perpisahan (Shahir AF8) Ku Bukan Aku (Tilu) Arjuna (theme drama series 'Arjuna') (Tomok) Ku Ada Kamu (Adira AF8) Jika Kau Ubah Fikiran (Mila AF5) Benar Benar (Adam AF2) Penyembuh Rindu (filem 'Magika') (Mawi featuring Diana Danielle) Yang Terbaik (Marsha AF3) Buronan Cinta (the Lima) Dekat Padamu (Yusry) Seksis (Anita Sarawak) Sujud (Mawi featuring KRU) Hi Hi Bye Bye (Ezlynn) Bila Terasa Rindu (Dafi) Hampir Ke Situ (Mendua)

  THE BEST OF KRU (CD - EMI 999636467-2, 2012)

Senarai lagu;

CD1: Awas! Jangan Lafazkan Cherrina Janji Tinggal Janji Mengerti Emilia Apa Saja Hanya Kau Terhangat Di Pasaran (featuring Adam AF2) Di Dalam Dilema Malam Kita Inikah Erti Cinta 2 I'll Be Waiting Gerenti Beres (featuring Adam AF2) Ooh! La! La!

CD2: Fanatik (featuring Elite & Indigo) Babe Untukmu The Way We Jam Negatif Sayang More Than Forever Luarbiasa With U Getaran Jiwa (featuring P Ramlee) Impak Maksima C'mon Lah Balada Hati Buat Hal Lagi (featuring Adam AF2, Azza, Billy Zulkarnain & Linda Onn) Bidadari Perpisahan Terasing

THE BEST OF KRU (2012)OH MY RAYA! - Various Artist (2013)HINGGA KE JANNAH - KRU (2016)

  KRUNOMENA - KRU (CD - KRU Records KDM 1086-1, 2013)

Setelah hampir 8 tahun tidak muncul dengan sebarang album studio, KRU muncul dengan album KRUNOMENA yang merupakan album pertama mereka di bawah label muzik sendiri, KRU Records.  Selain memuatkan lagu-lagu baru, album ini turut memuatkan tiga single popular KRU yang telah diperkenalkan terlebih dahulu iaitu 'Ganas' (2011), 'Tiga Kata' (2012) dan 'Wanita' (2012).

Senarai lagu;

Setiap Semalam Tanpamu (featuring Stacy AF6) Kesejatian Cinta Ganas (versi baru) Separuh Mati Tiga Kata Sediakala Wanita  Lagu & Lirik Kali Ke 2 (versi baru, judul asal '2')

  OH MY RAYA! - Various Artist (CD - KRU Records KDM 1091-1, 2013)

Istimewanya OH MY RAYA! turut memuatkan 2 buah lagu raya terbaru yang berjudul 'Erti Aidilfitri' (ciptaan Yusry and Norman) nyanyian KRU dan '10 Jari Aidilfitri' nyanyian Forteen yang mendapat sentuhan emas Edry Abdul Halim.  Diselitkan juga rakaman semula 'Raya' nyanyian Dato AC Mizal dengan penampilan Sepahtu, 'Seloka Hari Raya' Qalam Band menampilkan Rafidah Ibrahim dan 'Suasana Hari Raya' Stellar Band menampilkan Illa Sabry.  Terdapat juga versi baru 'Aidilfitri Yang Mulia' daripada DJ Era.

Senarai lagu;

Erti Aidilfitri (KRU) (lagu baru) 10 Jari Aidilfitri (Forteen) (lagu baru) Raya (oa Jalil Hamid) (Sepahtu featuring AC Mizal) (rakaman baru) Seloka Hari Raya (oa Uji Rashid & Hail Amir) (Qalam Band & Rafidah Ibrahim) (rakaman baru) Suasana Hari Raya (oa Anuar & Ellina) (Stellar Band & Illa Sabry) (rakaman baru) Salam Dunia (M Nasir) Pulanglah (Aishah) Nazam Lebaran (Siti Nurhaliza) Keroncong Hari Raya (Wings featuring Awie) Ayah Aku Rindu Padamu (Mawi) Hooray Raya (Aizat AF5) Hikmah Ramadhan (Rabbani) Wal Hidayah Aidilfitri (Mila AF5) Di Pagi Aidilfitri (Elite) Aidilfitri Yang Mulia (DJ Era '13) (versi baru)

  HINGGA KE JANNAH - KRU (single) (KRU Music, 2016)

Single 'Hingga Ke Jannah' merupakan sebuah lagu cinta agung karya ciptaan dan lirik sepenuhnya oleh Edry Abdul Halim.  Lagu berunsur kerohanian yang begitu mendalam tetapi masih mengekalkan pop sebagai genre utama.  Single ini kemudiannya dimasukkan buat pertama kalinya dalam album kompilasi mereka GERGASI (2018).

  GERGASI - KRU (CD - EMI / Universal Music, 2018)

Pada 18 April 2018, kumpulan itu mengumumkan bahawa mereka akan bubar selepas 25 tahun bersama selepas konsert terakhir mereka, Konsert Gergasi KRU 25, yang diadakan dari 4 hingga 6 Mei.

Senarai lagu;

CD1: Awas!   Fanatik (featuring Elite & Indigo) Jangan Lafazkan Terhangat Di Pasaran (featuring Adam AF2) Wanita Ooh! La! La! Untukmu The Way We Jam Apa Saja Dekat Padamu (solo, Yusry) Hingga Ke Jannah Janji Tinggal Janji Negatif Perpisahan Terasing Ganas

CD2: Mengerti Babe Tiga Kata Sayang Bidadari Di Pintu Syurga (Elite featuring KRU) Fobia 2 Luarbiasa Sampai Di Dalam Dilema Impak Maksima Malam Kita Balada Hati Tahan Lama (featuring Joe Flizzow) (lagu baru)

  KASET - KRU (CD - Sony Music / KRU Music KDM 1144-2, 2025)

KASET merupakan album studio ke 15 dan juga merupakan kerjasama sulung KRU dengan Sony Music.  Berkenaan konsep album, KRU masih mengekalkan elemen muzik era kegemilangan mereka namun disesuaikan dengan muzik kontemporari bagi menepati citarasa golongan muda masa kini.  Kesemua lagu adalah karya bersama trio adik beradik seperti konsep album-album terdahulu.  muzik era kegemilangan mereka namun disesuaikan dengan muzik kontemporari bagi menepati citarasa golongan muda masa kini.  Kesemua lagu adalah karya bersama trio adik beradik seperti konsep album-album terdahulu.

Senarai lagu;

Hambadansa One More Time Remaja Selamanya Goat Selamat Hari Lahir Voodoo Sampai Sini Saja High Maintenance Ciptaan Sempurna Agung

Diskografi & Playlist Aishah