DISKOGRAFI Page 1-3 menyenaraikan album dan info ringkas album solo dan kompilasi Sharifah Aini yang dirakam dari tahun 1970-1988 secara kronologi termasuk album khas atau kompilasi yang menampilkan Sharifah Aini dengan lagu baru sahaja. Sepanjang tempoh tersebut album Sharifah Aini kebanyakannya diterbitkan dalam format piringhitam, EP (Extended Player yang mengandungi 4 buah lagu), LP (Long Player yang mengandungi sekurang-kurangnya 10 buah lagu), kaset dan kartridge. DISKOGRAFI 1 mengutamakan senarai album-album yang diterbitkan dalam format piringhitam atau kaset (sekiranya lagu baru tidak diterbitkan dalam format piringhitam). |
|
Format Album: LP (1976)
Code LP:
SREG 9847
Juga diterbitkan pertama kali dalam format
Kaset (197 |
HAPUSLAH AIRMATAMU (OST) – Various Artist (EMI, 1976) Side 1:
(Ahmad Nawab / Sharifah Aini)
(Ahmad Nawab / Broery Marantika)
(Ahmad Nawab / Sharifah Aini)
(Ahmad Nawab / Sharifah Aini)
(Ahmad Nawab / Deddy M Borhan)
(Ahmad Nawab) Side 2:
(Ahmad Nawab / Sharifah Aini)
(Ahmad Nawab / Haron Abdullah) Versi asal nyanyian Saloma
(Ahmad Nawab / Broery Marantika)
(Ahmad Nawab / Junainah)
(Ahmad Nawab / Broery Marantika) HAPUSLAH AIRMATAMU merupakan album runut terbaik yang pernah dihasilkan. Gabungan tiga nama besar ketika itu, Ahmad Nawab, Sharifah Aini & Broery Marantika menjadikan album ini bukan saja gah di zamannya tetapi menjadi album terbaik sepanjang zaman kerana sering dicetak semula dalam pelbagai siri. Kesemua lagu dalam album ini (killer album) menjadi popular dan mendapat kedudukan teratas dan terbaik dalam senarai carta lagu-lagu popular. Gabungan 3 nama besar ini yang juga terlibat dalam filem HAPUSLAH AIRMATAMU menjadikan ia filem pecah panggung yang buat pertama kalinya menampilkan Sharifah Aini sebagai pelakon utama. |
Format Album: LP (1976) Code LP: EMES 3502 |
rekod dan buku cerpen emi: PAK BELANG KENA TEMBERANG & KANCIL MENOLONG KERBAU – Various Artist (EMI, 1976) Side 1: Sang Kancil Menolong Kerbau Watak Utama: Noraini Hashim (Sang Kancil), Ali Abdul Rahman (Sang Kerbau) & Ahmad Rashidi Yusof (Sang Buaya)
(Johar Bahar) Side 2: Pak Belang Kena Temberang Watak Utama: Noraini Hashim (Sang Kancil), Ali Abdul Rahman (Sang Harimau) & Ahmad Rashidi Yusof (Sang Kambing)
(Johar Bahar) Jarang sekali album yang pengisiannya merupakan lakonan cerita pendek (cerpen) yang dikhaskan untuk kanak-kanak diterbitkan. EMI mengambil inisiatif menerbitkan album REKOD DAN BUKU CERPEN yang menampilkan 2 buah cerita rakyat Malaysia yang popular dengan watak Sang Kancil yang bijak menipu musuhnya dalam misi menyelamatkan diri sendiri ataupun menolong haiwan lain yang ditindas. Cerpen diceritakan oleh Wan Chik Daud. Penyanyi terkenal Sharifah Aini turut tampil menyampaikan 2 buah lagu bagi memperindahkan lagi cerpen-cerpen yang dipersembahkan. Susunan muzik oleh Ahmad Nawab. |
Format Album: LP (1976) Code LP: EMGS 5001Juga diterbitkan pertama kali dalam format :Kaset (197 6) |
SHARIFAH AINI (EMI, 1976) Side 1:
(Benny Anderson / Stig Anderson / Bjőrn Ulvaeus) Lirik: Sharifah Aini Versi Inggeris nyanyian asal Abba (I Do, I Do, I Do, I Do)
(Ahmad Nawab / Sharifah Aini)
(Mike Masser / Gerry Goffin) Lirik: Sharifah Aini Versi Inggeris nyanyian asal Diana Ross (Do You Know Where You're Going To - theme from 'Mahogany')
(Ahmad Nawab / M Habib) Versi asal nyanyian Rahim Omar
(Ellya M Harris) Versi asal nyanyian Ellya M Harris tetapi versi Sharifah Aini lebih dipengaruhi daripada versi rakaman semula nyanyian Emillia Contessa yang menjadi sangat popular di pertengahan 70'an .
(Tradisiona l)Side 2:
(Joseph Koo / Rinto Harahap) Versi asal nyanyian Roman Tam, penyanyi dari Hong Kong tetapi versi Sharifah Aini adalah versi dari nyanyian Broery Marantika
(Benny Anderson / Stig Anderson / Bjőrn Ulvaeus) Lirik: Sharifah Aini Versi Inggeris nyanyian asal Abba (S.O.S)
(Reggie Verghese / Sharifah Aini)
(Conway Twitty) Lirik: Sharifah Aini Versi Inggeris nyanyian asal Conway Twitty (Hello Darling)
(Akbar Nawab / Sharifah Aini)
(Johar Bahar) Versi asal 'tidak diketahui' Walaupun album ini mengandungi lagu-lagu saduran dan rakaman semula tetapi Sharifah Aini cukup cemerlang menyampaikan kesemua lagu itu dengan baik malah lebih berjaya daripada versi asalnya termasuk lagu irama tradisional, 'Sri Mersing' dan pop keroncong, 'Tinggallah'. Vokal Sharifah Aini cukup merdu dan begitu lembut apabila menyanyikan semula lagu 'Jatuh Cinta' yang dipopularkan oleh Broery Marantika. |
Format Album: LP Berkembar (1977) Code LP: LPM-137 & 138 (RTM) |
aseanEKA
ii (Live)
–
Various Artist
(RTM, 1977)
Piringhitam 1
Side 1: Indonesia
Side 2: Filipina
Piringhitam
2
Side 3: Singapura
Side 4: Malaysia
Rakaman ini diterbitkan sebagai kenang-kenangan dan untuk mengabadikan lawatan artis-artis Radio dan TV ASEAN tahun 1977. Semua rakaman dibuat secara langsung semasa pertunjukan gala ASEANEKA di Auditorium Besar Angkasapuri yang juga disiarkan serentak oleh TV Malaysia ke seluruh tanahair. |
Format Album: EP (1977) Code EP: S-EGEP 1032 |
KAU TINGGI DI AWAN BIRU
(EMI, 1977)
Side 1:
(Ahmad
Nawab / Sharifah Aini)
(A
Harris)
Versi asal
nyanyian Hasnah Tahar tetapi versi Sharifah Aini lebih dipengaruhi daripada
versi rakaman semula
nyanyian Emillia Contessa yang menjadi sangat popular di pertengahan
70'an.
Side 2:
(Ahmad
Nawab / Sharifah Aini)
(Copyright
Control) Lirik:
Sharifah Aini
Versi
Jepun nyanyian asal Aizaki
Shinya (Kimi No
Hato Ni Hi O Tsukete)
EP ini
telah meletakkan Sharifah Aini sebagai penyanyi wanita
no. 1 ketika itu dan kemudiannya muncullah album trilogi
INILAH LAGUKU yang terus mengukuhkan kedudukannya
sebagai penyanyi yang disegani. KAU TINGGI DI
AWAN BIRU adalah album terakhir Sharifah Aini yang
diterbitkan dalam format EP. Selepas ini kesemua
album Sharifah Aini muncul dalam format LP (sekurang-kurangnya
mengandungi 1 |
Format Album: LP (1977) Code LP: EMGS 5 506Juga diterbitkan pertama kali dalam format :Kaset (197 6) |
INILAH LAGUKU (EMI, 1977) Side 1:
(Ahmad Nawab / Sharifah Aini)
(Akbar Nawab / Sharifah Aini)
(Titiek Puspa) Versi asal nyanyian Titiek Puspa
(Rahbani Brothers) Lirik: Sharifah Aini Versi Arab nyanyian asal Fairuz (Akher Eyam Al Syafieh) Side 2:
(Ahmad Jaffar) Versi asal nyanyian Rubiah tetapi dipopularkan semula oleh Saloma
(Ahmad Nawab / Hamidon Zain) Versi asal nyanyian Sugiman Jahuri (tajuk asal 'Di Mana')
(Copyright Control) Lirik: Sharifah Aini Versi Jepun nyanyian asal Pedro & Capricious (Hikageri No Machi)
(Akbar Nawab / Sharifah Aini) Gabungan 8 lagu baru yang dicipta dan digubah oleh komposer tersohor Ahmad Nawab dan disulami vokal merdu Sharifah Aini mengkelaskan album ini sebagai salah satu album terbaik Sharifah Aini. Siapa sangka lagu rakaman semula 'Bunga Tanjung' menjadi popular dan menguasai carta lagu di Singapura Penyanyi Pujaan Minggu InI (PPMI). Persembahan vokal yang bertenaga Sharifah Aini menjadikan 'Bunga Tanjung' sebagai 'trademark' dan sajian wajib beliau ketika membuat persembahan di khayalak. Ramai yang menyangka lagu ini adalah 'milik' Sharifah Aini. Album ini juga menampilkan semula 4 lagu dari EP terakhir Sharifah Aini KAU TINGGI DI AWAN BIRU. |
Format Album: LP (1977) Code LP: EMGS 5 508Juga diterbitkan pertama kali dalam format :Kaset (1977) & CD (1994) |
bergembira
di hari raya
–
Various Artist
(EMI, 1977)
Side 1:
(Ahmad
Nawab / Sharifah Aini)
(Ahmad Nawab / Erna)
(Ahmad Nawab / Erna)
Side 2:
(Ahmad
Nawab / Sharifah Aini)
(Ahmad Nawab / Erna)
(Zubir Said / Kamalihudi)
Album
raya paling berjaya dalam sejarah muzik tempatan. Ia bukannya album raya yang mengandungi seratus
peratus lagu baru tetapi amat menarik apabila diselang-selikan dengan dialog
DJ Dave, Uji Rashid, Hail Amir dan Ali Abdul Rahman bertandang ke rumah Sharifah Aini.
Penerbit dan susunan muzik album ini ditangani oleh komposer Ahmad Nawab. |
Format Album: EP (1977)
Code EP:
EMGS 5511
J Kaset (1977) |
FOREVER AND EVER (EMI, 1977) Side 1:
(Stylianos Vlavianos / R Constandinos) Versi asal nyanyian Demis Roussos
(Yvonne Elliman) Versi asal nyanyian Yvonne Elliman
(Paul Layton / Marty Kristian / Danny Finn) Versi asal nyanyian The New Seekers
(Werner Theunissen) Versi asal nyanyian The Pussycat
(Glenn Sharrock) Versi asal nyanyian Little River Band
(Carole Bayer Sager / Melissa Manchester) Versi asal nyanyian Melissa Manchester Side 2:
(Gerry Goffin-Carole King / Bobby Gosh) Versi asal nyanyian The Shirelles / Bobby Gosh
(Gerry Goffin / Carole King) Versi asal nyanyian Tony Orlando
(Peter Ham / Tom Evans) Versi asal nyanyian Badfinger
(Eddy Hilberts) Versi asal nyanyian The Pussycat
(Carole Bayer Sager / Toni Wine) Versi asal nyanyian Diane & Annita
(Tony Yeong)
(Chip Taylor) Versi asal nyanyian Evie Sands Perkhabaran Sharifah Aini untuk menghasilkan album Inggeris mendapat liputan meluas. Ramai yang tidak berkeyakinan bahawa penyanyi yang berpendidikan Melayu-Arab ini akan berjaya dengan album Inggeris. Tetapi kecekalan hati beliau yang sanggup menempuh segala cabaran demi kerjaya yang diminatinya ini, EMI telah menaruh sepenuh kepercayaan dalam memperluaskan bakat seni suaranya itu. Terbukti bintangnya bersinar ... album ini berjaya mencapai penjualan melebihi 25,000 unit. Malah sambutan album beliau mengatasi jualan album Inggeris penyanyi-penyanyi tempatan lainnya. |
Format Album: LP (1978) Code LP: EMGS 551 9J uga diterbitkan pertama kali dalam format:Kaset (1978) |
inilah laguku ii: Tiada Maaf Bagimu (EMI, 1978) Side 1:
(Ahmad Nawab / Sharifah Aini)
(Copyright Control) Versi Hindi nyanyian asal Mohamad Rafi ('Aaj Ki Raat Yeh Kaisi Raat', dari filem Aman; 1967)
(Sheikh Omar Bagushir) Versi asal nyanyian Saloma
(Akbar Nawab / Sharifah Aini)
(Charlie Chaplin) Lirik: Sharifah Aini Versi Inggeris nyanyian asal Petula Clark (This Is My Song)
(Ahmad Nawab / Sharifah Aini) Side 2:
(Ahmad Nawab / Sharifah Aini)
(Fred Spielman-Janice Torre) Lirik: Sharifah Aini Versi Inggeris nyanyian asal Marie Osmond (Paper Roses)
(R Soetedjo) Versi asal 'tidak diketahui' tetapi pernah dipopularkan oleh Ivo Nila Kresna
(Ahmad Nawab / Sharifah Aini)
(Tradisional)
(Copyright Control) Lirik: Sharifah Aini Versi Arab nyanyian asal 'tidak diketahui' Sebuah lagi album studio terbaik Sharifah Aini dan merupakan buah tangan terakhir Ahmad Nawab sebagai penerbit album Sharifah Aini. Pemilihan lagu-lagu dalam album ini memang terbaik dan ia menonjolkan kebolehan Sharifah Aini yang mampu membawa pelbagai genre lagu tradisional seperti asli, keroncong, joget dan beberapa lagu-lagu saduran Inggeris, Hindi dan Arab. Sudah tentu irama balada ciptaan Ahmad Nawab menjadi tarikan album ini tetapi lebih istimewa apabila lagu klasik yang berkarakter 'Burung Pungguk' dapat disempurnakan oleh Sharifah Aini dengan versinya yang tersendiri ... cukup hebat! |
Format Album: LP (1979) Code LP: EMGS 55 33J uga diterbitkan pertama kali dalam format:Kaset (1979) & CD (1991) |
LELA MANJA – Sharifah Aini diiringi Hamah Dolmat (EMI, 1979) Side 1:
(Tradisional)
(Tradisional / Hamzah Dolmat)
(Tradisional / Hamzah Dolmat)
(Tradisional / A Rahman)
(Tradisional / Hamzah Dolmat) Side 2:
(Tradisional / Hamzah Dolmat)
(Tradisional)
(Tradisional / Hamzah Dolmat)
(Tradisional / Hamzah Dolmat)
(Tradisional / Hamzah Dolmat)
(Tradisional / Hamzah Dolmat) Lagu lagu tradisional bukanlah satu perkara asing buat Sharifah Aini. Album beliau sebelumnya pasti akan diselitkan satu atau dua lagu bergenre tradisional. Bagaimanapun penghasilan album LELA MANJA cukup istimewa kerana ia sebuah album tradisional 100% dan Sharifah Aini berganding dengan penggesek biola handalan Hamzah Dolmat. Manakala komposer Alfonso Soliano dipilih sebagai penerbit. LELA MANJA sebuah album yang memartabatkan seni pusaka bangsa dan Sharifah Aini satu-satunya penyanyi solo yang bertuah ketika itu kerana diberi peluang menghasilkan album tradisional. |
Format Album: LP (1979)
Code LP:
EMGS 5534
J Kaset (1979) |
inilah laguku iIi: Rintihan Hati Perjuang Seni (EMI, 1979) Side 1:
(Biddu) Lirik: Sharifah Aini Versi Inggeris nyanyian asal Jimmy James & The Vagabonds (I'll Go Where Your Music Takes Me) tetapi versi Sharifah Aini lebih dipengaruhi daripada versi rakaman semula Tina Charles yang dirakam pada tahun 1977),
(S Atan / Sharifah Aini)
(S Atan / Haron Abdulmajid)
(Copyright Control) Lirik: Haron Abdulmajid Versi Hindi nyanyian asal Kishore Kumar & Lata Mangeshkar ('Bhool Gaye Sab Kuch', dari filem Julie; 1975)
(George Weiss-Luigi Creatore-Hugo Peretti) Lirik: Sharifah Aini Versi Inggeris nyanyian asal Elvis Presley (Can't Help Falling In Love)
(Bob Khalil / Sharifah Aini) Side 2:
(S Atan / Haron Abdulmajid)
(S Atan / Sharifah Aini)
(S Atan / Haron Abdulmajid)
(A Riyanto) Versi asal nyanyian Tetty Kadi tetapi versi Sharifah Aini lebih dipengaruhi daripada versi rakaman semula nyanyian Broery Marantika yang dirakam pada pertengahan 70'an .
(Bill Danoff) Lirik: Haron Abdulmajid Versi Inggeris nyanyian asal John Denver (Take Me Home, Country Roads)
(S Effendy) Versi asal nyanyian S Effendy Setelah berpindahnya Ahmad Nawab ke WEA, tugas penerbitan album Sharifah Aini iaitu siri terakhir trilogi INILAH LAGUKU digalas komposer hebat dari Singapura, S Atan. Terdapat sebuah lagu istimewa yang liriknya ditulis oleh Sharifah Aini sendiri 'Rinthan Hati Perjuang Seni' yang menceritakan perjalanan seninya sedekad yang lalu. Pada tahun album ini diedarkan, RTM telah mewartakan kesemua stesen RTM seluruh negara tidak dibenarkan menyiarkan lagi lagu-lagu saduran dalam usaha mempergiatkan lagu-lagu ciptaan komposer tempatan. Album INILAH LAGUKU III juga terkena tempiasnya. Mujurlah dalam album ini masih ada lagu ciptaan komposer tempatan yang merdu. Agak pelik walaupun RTM telah mewartakan arahan tersebut, lagu Hindi versi Melayu 'Ku Curah Kasih Dalam Lagu' boleh didengar di sesetengah corong radio stesen daerah RTM. |
Format Album: LP (1979) Code LP: EMGS 553 9J uga diterbitkan pertama kali dalam format:Kaset (1979) |
WOMAN
IN LOVE
(EMI, 1979)
Side 1:
(Dominic Bugatti / Frank Musker)
Versi asal nyanyian Three
Degreess
(Benny Anderson
/ Bjőrn Ulvaeus)
Versi asal
nyanyian Abba
(Felice Bryant
/ Boudleaux Bryant)
Versi asal
nyanyian Buddy Holly
(Barry Gibb
/ Robin Gibb / Maurice Gibb)
Versi asal
nyanyian Bee Gees
(Neil Young)
Versi asal
nyanyian Neil Young
(Richard Kerr
/ Will Jennings)
Versi asal nyanyian Dionne Warwick
Side 2:
(Doug Flett / Guy Fletcher)
Versi asal
nyanyian Clodagh Rodgers
(Benny
Anderson-Bjőrn Ulvaeus)
Versi asal
nyanyian Abba
(Steven
Joseph)
(Michael Masser-Pamela Joan Sawyer)
Versi asal
nyanyian Diana Ross
(Hank Hunter-Jack Keller)
Versi asal
nyanyian Neil Sedaka tetapi versi Sharifah Aini lebih dipengaruhi daripada
versi rakaman semula kumpulan Eruption yang amat popular di pertengahan tahun 70an
(Reggie Verghese)
Versi asal juga
nyanyian Sharifah Aini 'Kau Membuat Ku Gembira' dari album SHARIFAH AINI
(1976).
WOMAN IN LOVE merupakan album
Inggeris terbaik Sharifah Aini. Pemilihan lagu, penghayatan dan sebutan
bahasa Inggeris Sharifah Aini bertambah baik. Cara penyampaian tersendiri
Sharifah Aini mungkin menjadi pengukur kejayaan album ini yang begitu laris
penjualannya. Sharifah Aini tetap Sharifah Aini - tak perlu menjadi
penyanyi Barat apabila menyanyikan lagu Barat. |
Format Album: LP (1979)
Code LP:
WEA M93421
J Kaset (1979) & CD (2011) |
SUMBER ILHAMKU (ost) – Various Artist (WEA, 1979) Side 1:
(Ahmad Nawab / Rahmat Zaki)
(Ahmad Nawab / Rahmat Zaki)
(Ahmad Nawab / Rahmat Zaki)
(Ahmad Nawab) Side 2:
(Ahmad Nawab / Rahmat Zaki)
(Ahmad Nawab / Rahmat Zaki)
(Ahmad Nawab / Rahmat Zaki)
(Ahmad Nawab / Rahmat Zaki)
(Ahmad Nawab / Rahmat Zaki) Selain OST HAPUSLAH AIRMATAMU, sebuah lagi album runut yang dikategorikan yang terbaik ialah SUMBER ILHAMKU. Ia juga diterbitkan oleh komposer tersohor Ahmad Nawab. Album runut ini terlebih dahulu dapat dinikmati sebelum filemnya menjengah di pawagam. Banyak lagu dari album ini menjadi hits dan secara tidak langsung telah mengangkat filem SUMBER ILHAMKU (arahan allahyarham Aziz Jaafar) yang turut dilakonkan oleh Sharifah Aini sebagai filem pecah panggung. Album runut terbitan dan edaran WEA Records pernah di'beku' seketika pengedarannya apabila EMI Malaysia menyaman WEA Records kerana telah menampilkan Sharifah Aini tanpa kebenaran. |
Format Album: LP (1980)
Code LP:
EMGS 5541
J Kaset (1980) & CD (1997) |
LAGU LAGU
PUJAAN: KOLEKSI 10 TAHUN
(EMI, 1980)
Side 1:
(S Atan / A Samad Said)
(S Atan / Haron Abdul Majid)
Versi asal
nyanyian Hidayah
Side 2:
(Lily Suhairy)
Versi asal
nyanyian Rubiah
Album khas sebagai penghargaan EMI
ke atas Sharifah Aini yang telah
menjadi artis rakaman untuk tahun ke 10. Lagu istimewa dalam album
khas ini ialah 'Suara Hati' ciptaan S Atan dan lirik/sajak hasil nukilan
penyajak tersohor A Samad Said yang menceritakan rentetan kisah hidup dan
perjalanan seni Sharifah Aini. Setelah kejayaan merakam lagu klasik 'Bunga
Tanjung' dan 'Burung Pungguk', Sharifah Aini tampil pula dengan
sebuah lagi lagu klasik yang bukan calang-calang penyanyi yang boleh
melagukannya 'Teratai'. Dan semua orang tahu dan dapat mengagak
hasilnya apabila lagu ini diserahkan kepada Sharifah Aini! |
Format Album: LP (1980) Code LP: EMGS 554 7J uga diterbitkan pertama kali dalam format:Kaset (1980) |
JUST FOR YOU
(EMI, 1980)
Side 1:
(Adrienne
Anderson / Barry Manilow)
Versi asal nyanyian
Barry Manilow
(Randy
Van Warmer)
Versi asal
nyanyian Randy Van Warmer
(John Hall
/Johanna Hall)
Versi asal
nyanyian The Orleans
(Debbie Hupp
/ Bob Morrison)
Versi asal
nyanyian
(Steve Barri / Harvey Price / Don Walsh) Versi asal nyanyian Yvonne Elliman Side 2:
(Dino Fekaris / Frederick J Perren) Versi asal nyanyian Peaches & Herb
(Bruce Springsteen) Versi asal nyanyian Bruce Springsteen & E-Street Band
(Buddy Buie / James Cobb / Emory Gordy) Versi asal nyanyian Classic IV
(Ron Miller / Tom Baird) Versi asal nyanyian Diana Ross
(Mario Panas / Klaus Munro / Jack Lloyd) Versi asal nyanyian Demis Roussos |
Format Album: LP (1980)
Code LP:
EMGS 5549
J Kaset (1980) |
MALAM (EMI, 1980) Side 1:
(Raja Kobat / Sharifah Aini)
(Khairil Johari Johar / Sharifah Aini)
(Domenico Modugno) Lirik: Haron Abdulmajid Versi Latin nyanyian asal Domenico Modugno (Nel Blue Dipinto Di Blu / Volare)
(Raja Kobat / Sharifah Aini)
(S Atan / Haron Abdulmajid) Side 2:
(S Atan / Haron Abdulmajid)
(Abbas Bakar / Sharifah Aini)
(S Atan / Sharifah Aini)
(Rahbani Brothers) Lirik: Sharifah Aini Versi Arab nyanyian asal Fairuz (Habaytak Bisayf)
(S Atan / Haron Abdulma jid) |
Format Album: LP (1981)
Code LP:
EMGS 5559
J Kaset (1981) |
RASA SAYANG (FEELING OF LOVE) (EMI, 1981) Side 1:
(Traditional / Melvin Ferdinand)
(Burt Bacharach / Hal David) Versi asal nyanyian Dionne Warwick
(Paul Evans / Paul Parnes) Versi asal nyanyian Donna Loren
(Don Addrisi / Dick Addrisi) Versi asal nyanyian the Association
(Felice Bryant / Boudleaux Bryant) Versi asal nyanyian The Everly Brothers
(Martha Sharp) Versi asal nyanyian Sandy Posey Side 2:
(Del Shannon -Max Crook) Versi asal nyanyian Del Shannon
(Monti Arduini / Peter Callander) Versi asal nyanyian Cliff Richard
(Benjamin Weisman / Dorothy Wayne / Marilyn Garret) Versi asal nyanyian Bobby Vee
(Giancarlo Colonnello / Norman Newell) Versi asal nyanyian Cilla Black
(Tony Hatch) Versi asal nyanyian Petula Clark
(Ahmet Ertegun / Betty Nelson) Versi asal nyanyian Ben E King Di atas kejayaan 3 album Inggeris sebelumnya, Sharifah Aini kembali dengan abum RASA SAYANG (FEELING OF LOVE) dengan konsep yang berbeza dengan menyajikan pilihan 11 lagu-lagu retro Inggeris dekad 50an dan 60an dan sebuah lagu rakyat Nusantara yang sangat terkenal 'Rasa Sayang' yang diberi senikata dalam bahasa Inggeris . |
Format Album: LP (1981)
Code LP:
EMGS 5561
J Kaset (1981) & CD (2017) |
ALBUM HARI RAYA – Various Artist (EMI, 1981) Side 1:
(S Atan / Haron Abdul Majid)
(S Atan / Haron Abdul Majid)
(S Atan / Haron Abdul Majid)
(S Atan / Haron Abdul Majid)
(S Atan / Haron Abdul Majid) Side 2:
(Syed Haron)
(S Omar Osman)
(Mahzan Manan / Amran Shariff)
(Syed Haron)
(Omar Taib / AS) Sebuah lagi album raya yang menyenaraikan lagu-lagu baru raya yang kini menjadi evergreen. Hanya Sharifah Aini tampil dengan lagu raya lamanya 'Hari Yang Mulia'. Kesibukan Sharifah Aini menyebabkan penyanyi ini tidak dapat hadir dengan lagu baru walaupun kulit album raya ini telah sempurna siap dengan menampilkan beliau bersama artis EMI Malaysia lainnya. |
Format Album: LP (1981)
Code LP:
EMGS 5566
J Kaset (1981) & CD (2011)
|
HARUM DALAM KENANGAN (EMI, 1981) Side 1:
(Khairil Johari Johar / Habsah Hassan)
(Raja Kobat)
(Khairil Johari Johar / Habsah Hassan)
(S Atan / Haron Abdulmajid)
(Raja Kobat) Side 2:
(Copyright Control) Lirik: Haron Abdulmajid Versi Jepun nyanyian asal Toshio Kurosawa (Tokiniwa Shofu No Yo Ni)
(S Atan / Haron Abdulmajid)
(Syed Haron)
(Osman Ahmad)
(Copyright Control) Lirik: Habsah Hassan Versi asal 'tidak diketahui' HARUM DALAM KENANGAN merupakan produksi terbaik komposer S Atan sebagai penerbit album Sharifah Aini. Banyak lagu menarik dan popular terdapat dalam album ini, seperti 'Terbang Helang', 'Mawar Putih Untuk Mama', 'Terkenang' dan 'Kenangan Indah (Yang Menyayat)'. Malah lagu hit 'Terbang Helang' (karya Khairil Johari Johar & Habsah Hassan), walaupun tidak menjadi juara, posisinya menduduki tempat kedua selama lebih 3 bulan berturut-turut menerusi carta lagu popular di Singapura, 'Lagu Popular Minggu Ini' (LPMI) cukup membanggakan. Buat pertama kalinya juga menerusi album ini Sharifah Aini 'berehat' daripada menulis lirik lagu. Baginya inilah kelainan yang ingin ditonjolkan tanpa terlibat sebagai penulis lirik lagu seperti album-album rakaman sebelumnya . |
Format Album: LP (1982)
Code LP:
EMGS 5571
J Kaset (1982) & CD (2011) |
RAHSIA HATI
(EMI, 1982)
Side 1:
(Ahamad
Norddin /
Haron Abdulmajid)
(Raja
Kobat)
(S
Atan / Haron Abdulmajid)
(Ellya
M Harris)
Versi asal
nyanyian Ellya M Harris
(Tradisional)
Side 2:
(Ahamad
Norddin /
Haron Abdulmajid)
(AR
Ismail / Rina)
(Ellya M Harris)
Versi asal
nyanyian Ellya M Harris
(S
Atan / Haron Abdulmajid)
(Bagyo
M)
Versi asal
nyanyian Hetty Koes Endang
Album ini dirakam
ketika Sharifah Aini mengandungkan anak tunggalnya, Aliff Omar.
Ada yang berpendapat setelah berkahwin dan mempunyai anak, populariti
Sharifah Aini akan merundum. Ternyata jangkaan tersebut meleset kerana
menerusi album ini Sharifah Aini masih mampu melahirkan lagu-lagu hit apabila lagu 'Putus Kasih' dan 'Rahsia Hati' mendapat sambutan,
disamping lagu rakaman semula dari negara seberang, 'Janji' dan 'Kau
Pergi Tanpa Pesan'. Aura dan vokal istimewa Sharifah Aini
menyebabkan beliau terus bertahan dan diminati |