DISKOGRAFI Page 4�7 menyenaraikan album dan info ringkas album solo, kompilasi, rilisan semula Sharifah Aini yang diterbitkan dalam format CD secara kronologi bermula pada tahun 1990 dengan penerbitan semula, ALBUM MELAYU DELI sehingga yang terakhir, PILIHAN SENTIMENTAL EMAS. Kesemua CD Sharifah Aini yang dipaparkan adalah koleksi milik peribadi saya. |
|
Code CD: 7243 52473229 |
DARI JAUH KU POHON MAAF (EMI, 1999)
(S Atan / Haron Abdul Majid) Versi asal nyanyian Sudirman
(Ismail Marzuki) Versi asal nyanyian 5 Seirama tetapi dengan tajuk 'Hari Lebaran'.
(S Atan / Siso)
(Copyright Control) Ubahsuai lirik: Sharifah Aini Versi Arab nyanyian asal 'tidak diketahui' tetapi versi Sharifah Aini adalah versi yang pernah dirakam oleh Hikmah dari kumpulan Tunas Mekar pada tahun 1975 dengan tajuk lagu 'Idulfitri'.
(S Atan / Haron Abdul Majid) Versi asal nyanyian Black Dog Bone
(Tik / Ikhtiman) Versi asal nyanyian Nas Atea
(Kassim Masdor / Yusnor Ef) Versi asal nyanyian Junainah M Amin
(Pak Ngah / Siso) Versi asal nyanyian Aishah
Perancangan awal album ini adalah untuk projek album raya solo Aishah yang pertama dengan EMI di bawah penerbitan komposer tersohor S Atan. Bagaimanapun terdapat masalah antara Aishah dan EMI menyebabkan projek album raya tersebut tertangguh. Apabila Sharifah Aini juga dirancangkan untuk membuat sebuah lagi album raya (setelah album raya solo beliau yang mendapat sambutan hangat, PILIHAN KLASIK AIDILFITRI), akhirnya projek itu menjadi milik Sharifah Aini dengan mengekalkan penerbit yang sama S Atan dan Pak Ngah. DARI JAUH KU POHON MAAF hanya memuatkan 8 lagu baru raya manakala dua lagu lain adalah petikan dari album YAYADAN. |
Code CD: 0777 7974232 5 |
HAPUSLAH AIRMATAMU (OST) – Various Artist (EMI, 2000, terbitan asal 1976)
HAPUSLAH AIRMATAMU merupakan album runut terbaik yang pernah dihasilkan. Gabungan tiga nama besar ketika itu, Ahmad Nawab, Sharifah Aini & Broery Marantika menjadikan album ini bukan saja gah di zamannya tetapi menjadi album sepanjang zaman kerana sering dicetak semula dalam pelbagai siri. Kesemua lagu dalam album ini (killer album) menjadi popular dan mendapat kedudukan teratas dan terbaik dalam senarai carta lagu-lagu popular. Gabungan 3 nama besar ini yang juga terlibat dalam filem HAPUSLAH AIRMATAMU menjadikan ia filem pecah panggung yang buat pertama kalinya menampilkan Sharifah Aini sebagai pelakon utama. Kini setelah 25 tahun, sekali lagi album runut ini diedar semula dengan pakej baru tanpa mengubah susunan trek asal lagu. Sila lihat format asal, piringhitam HAPUSLAH AIRMATAMU. |
Code CD: 7243 5251782 4 |
SENANDUNG JOHOR vol 2: Pusaka Bangsa – Various Artist (EMI, 2000)
(Fadzil Ahmad)
(Kssim Masdor / Yusnor Ef)
(Omar Taib / Normala Salleh)
(Tradisional)
(Dato' Ahmad Dasila / Datuk Muhammad Rahmat)
(Fadzil Ahmad) Versi asal nyanyian S Fauziah (tajuk asal 'Zapin Yaladan')
(Zaidin Hj Md Nor)
(Atan Penambang / Ahmad Jusoh) Versi asal nyanyian S Radziah
(Omar Taib / Jauhari Djowahir)
(Omar Taib / Jauhari Djowahir)
(Jari)
(Omar Taib / Zainal Baharom) Abum projek khas ini adalah hasil kerjasama Yayasan Warisan Johor dengan EMI. Album ini bertujuan memartabatkan muzik dan memelihara warisan budaya negeri Johor. Album yang diterbit dan seni muzik oleh Ramli MS turut menampilkan Sharifah Aini mendendangkan lagu ghazal, 'Empat Dara' dan muncul sebagai penampilan istimewa menerusi lagu 'Yaladan' bersama Fadzil Ahmad. |
Code CD: 07243 5286392 1 |
SERIBU MAWAR
(Nasser Al Mezdawy / Ahmad Shatta & Sharifah Aini) Versi Arab nyanyian asal Amr Diab (Nour El Ain)
(LY / Baiduri)
(LY / Baiduri)
(Azmeer / Juwie)
(Rahbani Brothers) Versi Arab nyanyian asal Fairuz
(LY / Baiduri)
(LY / Baiduri)
(LY / Baiduri)
(A Riyanto) Versi asal nyanyian Broery Marantika
(Hassan Donia / Ahmed Shatta & Sharifah Aini) Versi Arab nyanyian asal Amr Diab (Nary, Ya Habeba) SERIBU MAWAR diterbitkan oleh Ramli MS, LY dan Azmeer cukup memberi kesegaran dan kelainan terhadap album ini. Allbum ini cukup istimewa apabila buat pertama kalinya Sharifah Aini mengalunkan lagu Arab, Ishar (rakaman asal oleh Fairuz) dan 2 lagu Arab nyanyian asal Amr Diab Nour El Ain & Nary (Ya Habeba) yang dipersembahkan dalam dwibahasa, Arab-Melayu. |
Code CD: 07243 5286390 7 |
SERIBU MAWAR (Enhanced CD)
Selain cakera padat biasa, Seribu Mawar juga dibuat dalam 'Enhanced CD' yang memuatkan retrospektif Sharifah Aini sepanjang kariernya dalam seni. Melalui Enhanced Seribu Mawar selama 15 minit ini terdapat pelbagai info termasuk permulaan pembabitannya dalam seni, hobi, aktiviti, senarai lagu, lirik dan sebagainya. Terdapat juga beberapa rakaman aktiviti Sharifah Aini ketika di rumah. |
Code CD: 00777 7782312 5 |
DWI INTAN: INILAH
LAGUKU 1 & INILAH LAGUKU 2
DWI INTAN menggabungkan 2 album terbaik dan terlaris Sharifah Aini di zaman kemuncaknya, INILAH LAGUKU (1977) & INILAH LAGUKU II (1978). Album ini terjual lebih 50,000 unit. Disengajakan atau tidak, DWI INTAN menjadi sebuah album tidak lengkap apabila 2 lagu, 'Sri Andalas' dan 'Yatim Piatu' tercicir dari senarai. |
Code CD: 00777 7784342 0 |
DI PINTU AMPUN ... MENJELANG SYAWAL (EMI, 2000)
(Copyright Control / Hairul Anuar Haron) Versi asal 'tidak diketahui'
|
Code CD: HSP 01120-25 |
HAPUSKANLAH AIRMATAMU: Kenangan Istimewa Sharifah Aini Untuk Broery Marantika (LIFE Records, 2001)
|
Code CD: 7243 5357532 8 |
ALUNAN SUKMA – Sudirman & Sharifah Aini (EMI, 2001)
Dua nama besar dalam industri muzik tanahair Sharifah Aini & Sudirman digabungkan dalam satu CD yang menghimpunkan seleksi irama etnik; tradisional, ghazal, inang dan dondang sayang. Mungkin penerbitan album ini dibuat atas kejayaan koleksi DEWI SUKMA gabungan Sharifah Aini & Uji Rashid. |
07243 541309 22 |
16 LAGU LAGU TERBAIK: SIRI MURAH HATI (EMI, 2002, terbitan asal EMI, 1985)
Album kompilasi yang pernah diterbitkan dalam format kaset sahaja kini diedarkan dalam format CD menerusi siri MURAH HATI. Sila lihat format asal, kaset KOLEKSI 16 LAGU LAGU TERBAIK. |
Code CD: 7243 5437822 5 |
SERI DEWI MALAM: A LOVE STORY (EMI, 2002)
Menghimpunkan seleksi lagu-lagu pop klasik Sharifah Aini yang dirakam di awal pembabitannya dalam dunia rakaman dari tahun 1970 hingga 1974. |
Code CD: 7243 5811592 5 |
WOMAN IN LOVE (EMI, 2002)
Ini bukannya album studio Inggeris WOMAN IN LOVE yang dirakam Sharifah Aini pada tahun 1978. Dengan menggunakan judul yang sama, album ini adalah koleksi lagu-lagu Inggeris Sharifah Aini yang pertama kali diterbitkan dalam format CD. |
Code CD: 07243 583123 24 |
SYAHDU (EMI, 2003)
(Ajai / Lukhman S)
(Ahmad Izham Omar / Lady D)
(M Nasir / Seth)
(Boe Kent Malaiholo) Versi asal nyanyian Broery Marantika
(A Ali / Lukhman S)
(Bong / Azam Dungun)
(Augustin Lara / Sharifah Aini) Versi Latin nyanyian asal Pedro Vergas (Noche de Ronda) tetapi versi Sharifah Aini lebih dipengaruhi daripada versi baru nyanyian Luis Miguel yang dirakam pada tahun 1997.
(Ajai / Lukhman S)
(M Nasir / S Amin Shahab)
(Manan Ngah / Sharifah Aini)
(LY)
(Bong / Azam Dungun)
(LY) Album studio SYAHDU menyaksikan gandingan mantap Sharifah Aini sebagai penerbit eksekutif dengan karyawan ternama dan komposer muda tanahair yang berbakat seperti M Nasir, Ramli MS, Manan Ngah, LY, Ajai, Bong dan Ahmad Izham Omar. Album yang dijamu dengan variasi lagu pelbagai rentak turut memuatkan lagu istimewa 'Maafkanlah' gubahan Ahmad Izham Omar yang disadur dengan elemen R&B. |
Code CD: 5050466 8320 2 3 |
SEKARANG DAH JADI – Tan Sri Dato' SM Salim (Warner Music, 2003)
(SM Salim) Versi asal nyanyian duet SM Salim & Yusni Hamid (tajuk asal 'Apa Salahku')
Album yang sarat dengan pelbagai irama tradisional/etnik kontemporari menampilkan kolaborasi SM Salim bersama dengan artis-artis ternama tanahair dari generasi lama dan baru termasuk biduanita negara Sharifah Aini. Lagu duet SM Salim dan Sharifah Aini, 'Biar Ku Pergi' adalah rakaman asal SM Salim bersama Yusni Hamid tetapi tajuknya ialah 'Apa Salahku'. Album inj juga menarik dengan gabungan unik SM Salim dengan ratu Jazz, Sheila Majid menerusi lagu pop etnik 'Entah Jadi Entahkan Tidak'. Setelah kejayaan lagu 'Pandang Pandang Jeling Menjeling', SM Salim & Siti Nurhaliza berduet sekali lagi menerusi lagu 'Bergending Dang Dong'. |
Code CD: 07243 592941 24 |
ANUGERAH (EMI, 2003) CD 1:
CD 2:
ANUGERAH merupakan album pertama Sharifah Aini yang menggunakan title 'Datuk'. Sharifah Aini telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk sempena Hari Keputeraan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong ke 12 pada 7hb Jun 2003 bersamaan 6 Rabiul Akhir 1424. |
Code CD: 07243 595924 28 |
SYAWAL 1424 (EMI, 2003)
|
Code CD: 07243 560537 24 |
KOLEKSI MEMORI (EMI, 2004) CD 1:
CD 2:
|
Code CD: 7243 474737 22 |
MEMORI SENTIMENTAL HIT (EMI / Music Valley, 2005) CD 1:
CD 2:
|
Code CD: 0094 345661 24 |
BUKAN CINTA BIASA (EMI, 2005)
(Yasin Sulaiman)
(Siso / A Samad Said) Versi asal nyanyian Kopratasa Keunikan dan kekuatan album kompilasi bergenre pop dakwah ini adalah terletak kepada bacaan setiap surah lontaran vokal Biduanita Negara ini. Ia cukup menilai ketokohannya sebagai qariah yang bakatnya telah digilap sejak zaman kanak-kanak dan remaja. Juga dimuatkan dua lagu baru 'Breaking The Silence' ataupun 'Gelora' ciptaan Yasin yang menjadi tema sempena pelancaran autobiografi kontroversi 'BREAKING THE SILENCE: 55 reasons Why Sharifah Aini Was NOT Lying'. Manakala 'Tetamu Senja' nyanyian asal Kopratasa diberi sentuhan menarik apabila diiringi alat muzik tradisional, gambus. |
Code CD: 00946 366530 20 |
TIMELESS (EMI, 2006) CD 1: IRAMA CINTAKU (1975)
CD 2: SHARIFAH AINI (1976)
CD 3: INILAH LAGUKU (1977)
CD 4: INILAH LAGUKU II: Tiada Maaf Bagimu (1978)
Sempena ulangtahun EMI Malaysia yang ke 40 tahun, album khas TIMELESS telah diterbitkan. Sharifah Aini adalah salah satu artis EMI yang terpilih dalam penerbitan siri TIMELESS. Album yang mengandungi 4 CD ini memuatkan 4 album terbaik beliau tanpa mengubah susunan trek lagu sebagaimana album asal. Kesemua album tersebut adalah terbitan komposer dan penggubah lagu, Ahmad Nawab yang begitu laris penjualannya dan menghasilkan banyak lagu hit. Kolaborasi Sharifah Aini dan Ahmad Nawab memang 'menjadi'. Nota: Seramai 6 artis telah dipilih untuk penerbitan CD TIMELESS. Selain Sharifah Aini, artis-artis lain yang terpilih ialah P Ramlee, DJ Dave, Uji Rashid, Black Dog Bone, dan Sudirman. |