Lelaman utama Koleksi Lirik Lagu Sharifah Aini menyenaraikan kesemua lirik lagu nyanyian Sharifah Aini yang berjumlah 438 yang pernah dirakam dan dimuatkan dalam album beliau sama ada dalam format piringhitam, kaset dan CD.  Ini termasuk lirik lagu dari album rakaman langsung (live) Sharifah Aini, ASEANEKA II (terbitan tahun 1977 yang mengandungi sebuah lagu nyanyian beliau, 'Sabar Menanti'), SERAUT WAJAH SEMERDU SUARA (1995, 6 lirik lagu) dan album terakhirnya, EKSKLUSIF DATUK SHARIFAH AINI BERSAMA ORKESTRA RTM (2014, 13 lirik lagu).  Juga disenaraikan 5 lirik lagu yang dinyanyikan oleh Sharifah Aini untuk 2 buah filem; BINTANG PUJAAN (SUPERSTAR) – produksi tahun 1980 dan MAMA OH MAMA (1981) yang mana lagu-lagu tersebut tidak diterbitkan atau dirilis dalam bentuk piringhitam.  BINTANG PUJAAN (SUPERSTAR) turut dilakonkan oleh Sharifah Aini dan terdapat 3 lagu yang dinyanyikan oleh beliau dalam filem tersebut, 'Mencari Sinaran Kasihmu', 'Katakanlah Apa Rahsiamu' dan 'Setulus Cintamu'.  Setulus Cinta kemudiannya menjadi hit apabila dirakam semula oleh Broery Marantika untuk album solonya SENJA DI KUALA LUMPUR (1980).  Filem MAMA OH MAMA pula telah menggunakan vokal merdu Sharifah Aini sebagai lagu latar untuk lagu 'Mama Oh Mama' (tema) dan 'Belaian Ibu'.   Untuk format piringhitam. 'Mama Oh Mama' kemudiannya dinyanyikan semula oleh Khadijah Ibrahim (album WAJAH IMPIAN, 1981) manakala 'Belaian Ibu' dirakamkan semula Uji Rashid (album MENGAPA BERJAUHAN, 1981).

Kesemua lirik lagu disusun dan dikumpulkan berdasarkan turutan abjad tajuk lagu dari A–Z kecuali V dan X .  Untuk menghayati dan meneliti lirik lagu nyanyian Sharifah Aini, sila klik abjad yang disediakan di atas.

(Setiap lagu di laman web ini adalah Hak Cipta Terpelihara.  Penggunaanya di laman ini sekadar untuk hiburan semata-mata tanpa mengambil sebarang keuntungan daripadanya.  Sila sokong artis yang anda gemari dengan membeli CD original).

 

SHARIFAH AINI SEBAGAI PENULIS LIRIK

Sharifah Aini adalah seorang bintang istimewa kerana dia bukan sahaja memiliki vokal yang luarbiasa tetapi juga mampu membuat lirik-lirik lagunya sendiri.  Sebagai pendatang baru dalam dunia rakaman piringhitam, Sharifah Aini amat bertuah kerana diberi kepercayaan oleh EMI Singapura untuk menulis sebuah lirik untuk album pengenalannya, SERI DEWI MALAM (EP) yang diterbitkan pada tahun 1970.  Lagu tersebut ialah 'Jasa Ninda' ciptaan Kassim Masdor yang juga bertindak sebagai penerbit album pertamanya.  Manakala tiga lagu lainnya adalah lagu klasik 50/60an yang diberi nafas baru.  Apa yang menarik tentang lirik lagu 'Jasa Ninda' ia merupakan sebuah penghargaan Sharifah Aini ke atas kedua nindanya yang memelihara beliau sejak kecil dan akhirnya memberi 'lampu hijau' untuk beliau meneruskan kerjayanya sebagai penyanyi yang amat diminatinya.  Lagu ini juga menjadi titik tolak awal beliau untuk menjadi penulis lirik yang aktif untuk rakaman lagu nyanyianya sendiri terutamanya ketika kariernya berkembang mekar di dekad 70an.  Sharifah Aini giat menulis lirik lagu samaada lagu-lagu ciptaan terbaru ataupun lagu-lagu saduran.

Malah di pertengahan 70-an beliau pernah dipuji bersama Ismail Haron dan Rafeah Buang kerana lirik yang dicipta oleh mereka mempunyai tema yang berbeza dan tidak 'keanak-anakan'.  Jadi tidak hairanlah lagu-lagu yang liriknya ditulis mereka menjadi hit dan bukan saja digemari oleh anak-anak muda zaman tersebut tetapi juga diminati oleh kalangan mereka yang berusia 35 hingga ke 50an.  Beliau juga berjaya mengangkat tema-tema yang sederhana ke dalam lirik tulisannya tetapi penuh dengan isi yang positif dan kemas susunan bahasanya.  Mungkin juga kerana pengalaman hidup samaada pahit atau manis turut memberi impak dan kelebihan untuk beliau melahirkan tema lirik yang pelbagai seperti ketuhanan, kemanusian, nasihat, ambisi dan 'keluhan hatinya' mengharungi onak dan ranjau sebagai anak seni.

Kalau hendak mengetahui rahsia yang tersembunyi di sebalik kehidupan dan peribadi Sharifah Aini, maka hayatilah lirik lagu nukilan beliau termasuk puluhan lirik lagu yang bertemakan cinta.  Yang menariknya lirik lagu kisah cinta tulisan beliau bukan saja kisah cinta biasa tetapi juga turut menggambarkan keperibadian beliau yang tampak lembut tetapi sebenarnya seorang yang tegas, berani, cekal dan tidak putusasa.  Dengan hanya merenungi 'tajuk lagu', gambaran keperibadian Sharifah Aini sudah cukup untuk dinilai seperti 'Jangan Ku Di Salahkan', 'Tiada Maaf Bagimu', 'Ku Tak Ingin (Bercinta Lagi)', 'Biarkan Ku Sendiri' atupun 'Lupakan Saja'.  Walaupun liriknya berkisar kisah cinta tetapi ianya bukan bertemakan rintihan, kekesalan, putusasa ataupun rayuan-rayuan kisah cinta biasa teruna dan dara.  

Seperti lirik lagu 'Engkau Pendusta', yang berkisahkan kisah cinta biasa iaitu mengenai kecurangan pasangan namun beliau amat bijak menonjolkan sifat tegasnya yang 'rela melepaskan kekasihnya' lalu diterjemahkan dalam rangkap terakhir, baris 4:

Kau lelaki yang berhemah tinggi

Turut kata halus dan lembut

Tapi sayang hatimu kejam

Kurelakan kau pergi dariku.

Menerusi lagu 'Pengorbanan' pula, beliau cukup berani menghasilkan lirik lagu yang meletakkan situasi dirinya berkasih dengan lelaki yang telah berpunya.  Walaupun liriknya agak konservatif tetapi lagu ini cukup poular dan diterima peminat kerana ia memang kisah realiti yang berlaku kepada sesiapa saja.

Manakala monolog lagu 'Rintihan Hati Pejuang Seni':

Aku anak seni tulin dan sejati

Aku milik masyarakat pencinta seni

Ah ... persetan dengan fitnah dan dengki khianat

Tiada airmata untuk menangis pada perkara perkara yang remeh seperti ini

Sharifah Aini telah menggambarkan dirinya bukan melepas batuk ditangga dalam mengejar cita-cita sebagai penyanyi malah amat cekal dengan pendirian tidak akan menangis hanya dengan perkara-perkara remeh dan akan tabah menempuhi onak duri sebagai anak seni.

Sharifah Aini juga pernah mencipta lagu dan lagu pertama hasil ciptaanya ialah 'Siapa Yang Sudi Padaku' yang liriknya ditulis oleh Juwie.  Sayangnya, saya tidak berapa gemar dengan lirik lagu ini kerana berpendapat ia bertentangan dengan sifat keperibadian Sharifah Aini.  Bagi saya Sharifah Aini tetap mampu mengharungi kehidupannya tanpa tunduk terhadap ketidakjujuran cinta.  Mujur lagu ciptaan keduanya, 'Ku Tak Ingin (Bercinta Lagi)', ilham lirik daripada beliau sendiri, kembali menonjolkan persona peribadinya

Kejam oh sungguh kejam

Ku tak ingin bercinta lagi

Ku tak ingin tak ingin

Hampa dan dikecewakan

Telah ku katakan

Tak ingin aku memandang wajahmu dan bercinta lagi.

Sharifah Aini juga merupakan satu-satunya penyanyi yang telah memberi penghargaan kepada pencipta dan penggubah lagu iaitu Ahmad Nawab menerusi lirik karyanya 'Kau Sumber Ilham Seniku' kerana mengenang banyaknya jasa dan bimbingan Ahmad Nawab yang telah membawanya ke puncak kejayaan.  Lagu itu dirakam pada tahun 1977 untuk album INILAH LAGUKU.

Banyak lirik yang telah dihasilkan oleh beliau menjadi begitu popular dan paling serasi apabila berkolaborasi dengan pencipta dan penggubah hebat di zaman itu Ahmad Nawab (kini bergelar Datuk).  Gabungan mereka berdua telah menghasilkan banyak lagu malar segar dan menjadi nostalgia untuk dikenang sepanjang zaman seperti 'Tiada Maaf Bagimu', 'Hapuslah Airmatamu', 'Kau Tinggi Di Awan Biru', 'Pengorbanan', 'Hatiku Di Curi Lagi', 'Cinta Dari Pandangan Mataku', 'Kisah Yang Lalu', 'Perasaan Hati', 'Hatiku Hatimu' dan banyak lagi.  Selain menulis lirik lagu untuk nyanyiannya sendiri terdapat dua buah lagu yang liriknya dibuat untuk rakan seperjuangannya, Uji Rashid (ketika itu sebagai pendatang baru yang amat berjaya yang bernaung dibawah syarikat yang sama, EMI.  Lagu-lagu tersebut ialah 'Kau Milik Hatiku' dan 'Di Manakah Dia' (kedua-duanya lagu saduran Jepun).  Manakala lagu 'Seloka Kasih', liriknya dihasilkan oleh Sharifah Aini untuk dinyanyikan oleh biduan yang amat berjasa ketika di awal pembabitannya sebagai penyanyi, Ahmad Jais.  Timbul pertanyaan kenapa Sharifah Aini tidak menyanyikan sendiri lagu ini kerana susunan bahasa lirik yang dihasilkannya cukup indah.  Lirik lagu 'Anak' pula dimuatkan dalam album sulung kumpulan Carefree yang merupakan lagu saduran (Tagalog) nyanyian asal dan ciptaan Freddie Aguilar yang telah mendapat sambutan seluruh dunia dan telah dialibahasa ke pelbagai bahasa.

Lirik Lagu
KAU MILIK HATIKU

Lirik Lagu
DI MANAKAH DIA

Lirik Lagu
SELOKA KASIH'

Lirik Lagu
ANAK

Buat pertama kalinya menerusi album HARUM DALAM KENANGAN (1981), Sharifah Aini 'berehat' dari menulis lirik lagu kerana tidak ada sebuah lagupun yang liriknya ditulis oleh beliau untuk album tersebut.  Selepas album ini, walaupun  Sharifah Aini masih menulis lirik lagu tetapi tidak lagi seaktif di era 1970an.

PENULIS LIRIK TERNAMA

Di awal pembabitannya sebagai artis rakaman piringhitam iaitu dibawah penerbit terkenal Kassim Masdor (1970-19730, Sharifah Aini lebih banyak menulis lirik lagunya sendiri.  Bagaimanapun penulis lirik terkenal Yusnor Ef, Din Osman, S Omar Osman dan Nordin Che Din turut menyumbangkan beberapa lirik lagu yang turut membantu mempopularkan lagu-lagu Sharifah Aini.

Sharifah Aini terus mengasah bakatnya sebagai penulis lirik yang berjaya apabila Ahmad Nawab mengambilalih tugas menerbitkan albumnya sekitar 1974-1978.  Selain menulis lirik lagu-lagu saduran, kesemua lagu-lagu baru ciptaan Ahmad Nawab merupakan lirik karya Sharifah Aini sendiri.  Mereka cukup serasi dan kolaborasi mereka telah banyak menghasilkan lagu hit yang menguasai carta lagu-lagu popular ketika itu.  Bagaimanapun mereka akhirnya 'berpisah' apabila Ahmad Nawab membuat keputusan meninggalkan EMI dan berhijrah ke syarikat rakaman lain.

Sekali lagi Sharifah Aini bertukar penerbit dan kali ini album-album beliau diterbitkan oleh S Atan (1979-1984).  Kesibukan beliau sebagai penyanyi pentas yang menjadi rebutan promoter, kemudian berkahwin, mempunyai anak, timbul pula konflik rumahtangga dan permasalahan peribadi lainnya menyebabkan Sharifah Aini tidak lagi aktif sebagai penulis lirik kecuali untuk album MALAM dan CAHAYAKU.  Haron Abdul Majid merupakan penulis lirik yang sedang meningkat naik ketika itu banyak menghasillkan lirik lagu untuk Sharifah Aini dan antara yang amat popular 'Ku Curah Kasih Dalam Lagu', 'Tiada Yang Kekal (Melainkan Allah)', 'Kenangan Indah (Yang Menyayat)', 'Putus Kasih', 'Rahsia Hati' & 'Jangan Biarkan'.  Ketika ini juga menyaksikan kemunculan Habsah Hassan yang buat pertama kalinya terlibat sebagai penulis lirik lagu untuk album Sharifah Aini HARUM DALAM KENANGAN maka lahirlah sebuah lagu hit sepanjang zaman 'Terbang Helang'.  Bagi saya, Habsah Hassan memang penulis lirik yang hebat kerana menghasilkan lagu bertepatan dengan karakter atau pahit manis kehidupan si penyanyi.  Lain-lain lirik lagu yang cukup menarik hasil sentuhan Habsah Hassan untuk Sharifah Aini ialah 'Biar Masa Menentukan', 'Tanpamu Ku Sepi', 'Yang Tak Kesampaian' & 'Ku Berjauh Hati'.  Selain Habsah Hassan, lain-lain penulis lirik yang turut menyumbang lirik lagu ketika album Sharifah Aini di bawah penerbitan komposer S Atan ialah Raja Kobat, Syed Haron (Mawar Putih Untuk Mama), Juwie, Khairil Johari Johar (Cahayamu Cahayaku) & Murad Hamid (Usah Pergi Lagi).

Pada penghujung 80an, dekad 90 mahupun era Millennium, album-album Sharifah Aini telah diterbitkan oleh penerbit bebas seperti M Nasir, Ruslan Imam, Fauzi Marzuki, Manan Ngah, A Ali, Ramli MS, Saari Amri dan juga komposer dari seberang, A Riyanto.  Di samping mengekalkan penulis lirik Habsah Hassan, Syed Haron, Haron Abdul Majid, lagu-lagu Sharifah Aini terkini lebih variasi kerana disumbangkan oleh ramai penulis lirik hebat antaranya Seri Bayu, Lukhman S, Siso, S Amin Shahab, Azam Dungun, Baiduri dan ramai lagi.

 

Jumlah keseluruhan lirik lagu tulisan Sharifah Aini yang telah dirakam dalam album berjumlah 83 buah termasuk 2 lirik yang dihasilkan untuk penyanyi Uji Rashid, sebuah untuk Ahmad Jais dan sebuah lagi untuk dimuatkan dalam album sulung kumpulan Carefree.  Berikut adalah senarai lirik-lirik lagu karya Sharifah Aini yang telah dikategorikan kepada 5 bahagian.

LIRIK YANG BERTEMAKAN AMBISI DAN PERJUANGAN SHARIFAH AINI SEBAGAI PENYANYI

1.

2.

3.

4.

5.

Kisah Yang Lalu (Ahmad Nawab)

Impian Tercapai (CC)

Keluhan Hatiku (CC)

Rintihan Hati Pejuang Seni (S Atan)

Rahsia Tangisanku (CC)

LIRIK YANG BERTEMAKAN NASIHAT, KASIH SAYANG, KETUHANAN & KEMANUSIAAN

6.

7.

8.

9.

10.

11.

12.

13.

14.

15.

16.

Inikah Manusia (S Omar Osman)

Dalam Keluhan Dara (Ahmad Nawab)

Pandangan Tentang Hidup (Akbar Nawab)

Kepulangan Ayah (Ahmad Nawab)

Kau Tahu Mana Kau Pergi (CC)

Yatim Piatu (Ahmad Nawab)

Ku Pohon Keredhaanmu (CC)

Anak (CC) 

Cinta Dan Rumahtangga (Abbas Bakar)

Apa Kesudahannya (CC)

Aku Dan Malam (S Atan)

LIRIK PENGHARGAAN KE ATAS INDIVIDU YANG MENDORONG KEJAYAAN SHARIFAH AINI SEBAGAI PENYANYI TERNAMA

17.

Jasa Ninda  (Kassim Masdor)

penghargaan untuk kedua nindanya

18.

Kau Sumber Ilham Seniku  (Ahmad Nawab)

– penghargaan untuk komposer yang menaikkan namanya, Ahmad Nawab

19.

Ku Dan Peminat (Ahmad Nawab)

– penghargaan untuk peminat tersayang

LIRIK YANG MENGGAMBARKAN SHARIFAH AINI SEBAGAI SEORANG PENCINTA ILMU

20.

21.

22.

Kasih Berjauhan  (Ismail Md Taib)

Pengajian Di Seberang Lautan (CC)

Di Manakah Dia (CC)

LIRIK YANG BERTEMA CINTA YANG DITERJEMAHKAN OLEH SHARIFAH DALAM PELBAGAI KISAH SUKA DAN DUKA TERMASUK KISAH CINTANYA SENDIRI

23.

24.

25.

26.

27.

28.

29.

30.

31.

32.

33.

34.

35.

36.

37.

38,

39.

40.

41.

42.

43.

44.

45.

46.

47.

48.

49.

50.

51.

52.

53.

54.

55.

56,

57.

58.

59.

60.

61.

62.

63.

64.

65.

66.

67.

68.

69.

70.

71.

72.

73.

74.

Kenangan (Ismail Md Taib)

Dia Terlupa (CC)

Jangan Ku Di Salahkan (Akbar Nawab)

Tangisan Di Malam Hari (CC)

Dekatlah Padaku (CC)

Inikah Balasannya (CC)

Jangan Putarkan Lagu (CC)

Ke Mana Ku Kan Pergi  CC)

Pasangan Bahagia (Ahmad Nawab)

Cintaku Cintamu (Ahmad Nawab)

Manis Manis (CC) 

Kau Milik Hatiku (CC)

Singgahlah Sayang (CC)

Irama Cintaku (CC)

Laguku Malam Ini (CC)

Hapuslah Airmatamu (OST) (Ahmad Nawab)

Perasaan Hati (Ahmad Nawab)

Hatiku Hatimu (Ahmad Nawab)

Sayangku (I Do) (CC)

Pengorbanan (Ahmad Nawab)

Di Mana (CC)

Kau Membuat Ku Gembira (Reggie Verghese)

Lama Tak Jumpa (CC)

Tiba Tiba Rindu (Akbar Nawab)

Kau Tinggi Di Awan Biru (Ahmad Nawab)

Hatiku Di Curi Lagi (Ahmad Nawab)

Surat Dari Seberang (CC)

Terserahlah Padamu (CC)

Tiada Maaf Bagimu (Ahmad Nawab)

Inilah Laguku (CC)

Masa (Ahmad Nawab)

Cinta Dari Pandangan Mataku (Ahmad Nawab)

Bunga Mawar (CC)

Ku Pergi Ke Mana Saja Kau Pergi (CC)

Engkau Pendusta (Ahmad Nawab)

Jatuh Cinta Lagi (CC)

Cinta Mewangi (Bob Khalil)

Penyakit Cinta (Raja Kobat)

Malam (Khairil Johari Johar)

Kau Menguji Hatiku (Raja Kobat)

Selamat Tinggal Oh Sayang (S Atan)

Kau Datang (S Atan)

Ku Tak Ingin (Bercinta Lagi) (Sharifah Aini)

Kirimkan Kaishmu (S Atan)

Kenangan Semalam (S Atan)

Biarkan Ku Sendiri (S Atan)

Kau Ku Sayang (CC)

Lupakan Saja (S Atan)

Mimpi Indah  (S Atan)

Jangan Tinggalkan Daku (Kesepian) (Sohaimi Mior Hassan)

Malam Gelisah (CC)

Teman Bicara (Manan Ngah)

LIRIK PELBAGAI TEMA

75.

76.

77.

78.

79.

80.

81.

82.

83.

Rahsia Hati  (Ahmad Nawab)

Saat Hari Jadiku (Ahmad Nawab)

Seloka Kasih  (Ahmad Shariff)

Joget Gembira  (Akbar Nawab)

Bisikan Hati Di Pagi Raya  (Ahmad Nawab)

Suasana Hari Raya  (Ahmad Nawab)

Joget Usik Mengusik  (Akbar Nawab)

Nour El Ain  (CC)

Nary (Ya Habeba)  (CC)

PENGHARGAAN KE ATAS RAKAN SIBER

Penghargaan dan jutaan terima kasih Admin ke atas rakan siber atas ihsan perkongsian gambar-gambar Sharifah Aini untuk digunakan dalam mencantikkan latarbelakang lirik lagu Sharifah Aini.  Kredit ke atas nama mereka dicatat pada 'thumbnail' setiap lirik, Zakariah Setiu (21 lirik lagu), Ramli Ahmad (11 lirik lagu), Kamal Azman (8 lirik lagu), JPari Din (2 lirik lagu) dan Idris Karim (1 lirik lagu).

Sebarang pandangan @ komen yang membina atau ingin berkongsi info/artikel Biduanita Sepanjang Zaman Sharifah Aini (allahyarham) sila email carmahl@gmail.com

Ikhlas, Kamal MS (Carmahl MS)

Untuk perkongsian artikel-artikel Sharifah Aini sila hubungi Admin melalui email carmahl@gmail.com.  Sumbangan anda amat dihargai.