Sebelum ini terdapat VCD-MTV-Karaoke Sharifah Aini yang diterbitkan tetapi tidak menampilkan vokal original Sharifah Aini. Tetapi di pertengahan 2000, syarikat EMI mula menerbitkan VCD-MTV-Karaoke vokal original THE BEST OF SHARIFAH AINI vol 1 sebagai memenuhi kehendak peminat biduanita ini. Menerusi album VCD-MTV-Karaoke ini juga telah disisipkan klip video yang dilakonkan beliau sendiri, seperti 'Seribu Mawar', 'Gerimis Mengundang', 'Seksa' dan 'Biar Ku Pergi' (duet bersama Tan Sri SM Salim). Bagaimanapun agak dikesalkan, walaupun Sharifah Aini banyak menghasilkan konsert yang berjaya tetapi hanya sebuah VCD yang diterbitkan iaitu SHARIFAH AINI: LEGENDARY VOICES in ONE UNFORGETTABLE NIGHT yang dilangsungkan di Victoria Concert Hall, Singapura. |
|
Code VCD: AOE 2091 M98 |
SHARIFAH AINI TERBAIK (cover version) (VCD Karaoke) (Audio One Entertainment, 1998)
VCD karaoke ini adalah versi 'cover version' yang menampilkan lagu-lagu yang pernah dipopularkan oleh Sharifah Aini. Produksi ini boleh dikatakan sebagai 'tangkap muat' apabila lagu 'Penawar Rindu' yang memang tidak pernah dirakam oleh Sharifah Aini disenaraikan. |
Code VCD: 724349247826 |
LEGENDARY VOICES IN ONE UNFORGETTABLE NIGHT (VCD) (EMI, 2000) Disc 1: Opening: Singapore Symphony Orchestra
Sharifah Aini
Disc 2:
VCD Konsert 'SHARIFAH AINI: LEGENDARY VOICES IN ONE UNFORGETTABLE NIGHT' dirakamkan secara live dari Victoria Concert Hall, Singapura yang di adakan pada 8 Februari 2000 dengan iringan 'Singapore Symphony Orchestra' & 'The Rhythm Sessionists' di bawah pimpinan Eddie Marzuki (bekas ahli kumpulan Flybaits), Dianjurkan oleh All-Buddy Promotions dengan tujuan mengisi tabung Taman Warisan Melayu Singapura (The Malay Heritage Centre). |
Code VCD: MVM 2001.052 |
BINTANG PUJAAN: SUPERSTAR
(VCD) Ini merupakan filem terakhir lakonan Sharifah Aini (filem ketiga, selepas Hapuslah Airmatamu & Sumber Ilhamku) dan kemudian beliau hanya muncul sebagai pelakon undangan untuk filem Diva Popular (2005) dan Penanggal (2012). Sinopsis filem: Rina (Sharifah Aini) dan Hassan (Latiff Ibrahim) saling mencintai. Perhubungan mereka mulai retak apabila Rina mahu meneruskan kariernya sebagai penyanyi dan pelakon filem. Hassan mendapat kerja baru di sebuah syarikat pembinaan dimiliki keluarga Nancy (Nancie Foo). Perhubungan cinta antara Rina dan Hassan bersemarak kembali apabila mereka bertemu di kelab malam sehingga membawa ke jinjang pelamin dan mendapat seorang anak. Rina menjadi suri rumahtangga dan meninggalkan pekerjaannya sebagai penyanyi. Kepincangan keluarga dan perubahan hidup berlaku apabila Hassan tercedera dan tidak dapat meneruskan tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Rina kembali ke dunia kelab malam walaupun tidak mendapat restu daripada Hassan. Rina, dikenali sebagai Farah Mohsein terus meningkat dan mula bersikap angkuh, melupakan tanggungjawabnya. Hassan kesepian dan terperangkap dengan cinta yang Nancy tawarkan. Perhubungannya dengan Sabri (Bob Mustapha), seorang pelakon membawa Farah ke dunia dadah. Akhirnya pihak studio mula meragui sikap Farah dan mula mencari bintang baru untuk menggantikan tempatnya. Karya & Arahan: Shahrom Md Dom Produser: Datuk Syed Kechik Syed Mohamed Pengeluar: Syed Kechik Film Productions Pelakon: Sharifah Aini, Latiff Ibrahim, Rubiah Suparman & Nancie Foo Tidak ada album runut yang diedarkan dari filem ini walaupun terdapat lagu lagu yang menarik terutamanya 3 buah lagu nyanyian solo Sharifah Aini, Setulus Cintamu, Mencari Sinaran Kasihmu dan Katakanlah Apa Rahsiamu. Album runut tidak dapat direalisasikan kerana Sharifah Aini dan Ahmad Nawab di bawah label syarikat rakaman yang berlainan. Bagaimanpun Setulus Hatimu menjadi hit apabila dirakam semula oleh Broery untuk album 'Senja Di Kuala Lumpur' (1980) yang ditangani sepenuhnya oleh Ahmad Nawab. |
Code VCD: MVM 05.018 |
HAPUSLAH AIRMATAMU
(VCD) Mungkin bersandarkan populariti yang dikecapinya ketika itu menyebabkan ramai produser dan pengarah filem 'mengejar' Sharifah Aini kerana trend menjadikan penyanyi popular sebagai pelakon memang wujud sejak dulu. Ternyata penampilan pertama Sharifah Aini tidak menghampakan malah beliau telah diiktiraf dan menerima anugerah antarabangsa, Pelakon Harapan Terbaik di Festival Filem Asia di Seoul, Korea Selatan mnerusi filem muzikal ini. Album soundtrack filem HAPUSLAH AIRMATAMU yang mengandungi 11 lagu hebat gandingan Sharifah Aini, Broery & Ahmad Nawab juga kekal sebagai album runut terbaik sepanjang zaman. Sinopsis filem: Mengisahkan seorang penyanyi yang berasal dari kampung, Aini (lakonan Sharifah Aini) lupa daratan setelah terkenal sebagai artis rakaman. Aini seorang gadis kampung yang bersopan santun serta berbudi tinggi. Atas galakan Adi (lakonan Latiff Ibrahim), kekasihnya yang sedang menuntut di universiti dia berjaya menjadi seorang penyanyi yang diminati ramai. Pengurus syarikat piringhitamnya memberi peluang dia berpadu suara dengan penyanyi terkenal Indonesia, Broery (lakonan Broery Marantika), yang menyebabkan namanya semakin terkenal dan menjadi rebutan syarikat piringhitam. Kelab-kelab malam telah menawarkan pembayaran yang tinggi. Semasa Aini dengan Broery di Indonesia, dia berubah menjadi angkuh dan sombong. Dia melupai janji-janjinya yang lalu, terutama kepada ibu dan kekasihnya. Lebih menyedihkan apabila ibunya pergi ke kelab untuk menemuinya, dia memarahi serta menghina ibunya, menyebabkan ibunya merajuk lalu jatuh sakit. Pengarah: M. Amin Produser: Deddy M. Borhan Terbitan: Sabah Film Production Pelakon: Sharifah Aini, Broery Marantika, Latiff Ibrahim & Normadiah dan penampilan istimewa Christine Hakim Soundtrack Film: Diedarkan oleh EMI Singapura terlebih dahulu sebelum filem ditayangkan pada tahun yang sama (1976). |
Code VCD: 0724354439223 |
THE BEST OF SHARIFAH AINI vol 1
(VCD-MTV-Karaoke
dengan Vokal Original)
THE BEST OF SHARIFAH AINI vol 1 ini merupakan VCD pertama Sharifah Aini yang menampilkan vokal penyanyi asal. Paling istimewa penampilan Sharifah Aini berlakon dalam tiga klip video lagu popularnya Seksa, Seribu Mawar dan Gerimis Mengundang. |
Code VCD: 0094631039621 |
MEMORI SENTIMENTAL HIT
(VCD-MTV-Karaoke dengan
Vokal Original) (EMI, 2009)
Kesemua lagu dalam VCD ini sama seperti yang terkandung dalam VCD yang diedarkan sebelumnya, THE BEST OF SHARIFAH AINI vol 1 tetapi trek lagu telah diubahsuai semula. VCD ini diedarkan serentak dengan CD / kaset yang menggunakan tajuk yang sama, MEMORI SENTIMENTAL HIT. |
Code VCD: 9999650642 |
SATU PENGHARGAAN
(VCD/MTV/Karaoke dengan
Vokal Original) (EMI, 2009)
|
Code VCD: 88697509472 |
MELAYU KLASIK
�
Aishah & Sharifah Aini
(VCD Karaoke dengan Vokal Original)
VCD Karaoke yang menggabungkan 2 vokalis wanita terhebat tanahair, Sharifah Aini dan Aishah dalam melontarkan vokal merdu mereka menerusi genre lagu-lagu Melayu Klasik sepanjang zaman. |
Code VCD: 999627582-2 |
HIBURKANLAH HATIKU
(VCD Karaoke dengan Vokal
Original) (EMI-Warner, 2010)
Pastinya VCD Karaoke ini dinanti-nantikan oleh peminat setia beliau kerana ia menghimpunkan lagu lagu yang jarang dimuatkan dalam album karaoke Sharifah Aini sebelumnya. Lagu-lagu hebat seperti 'Keresahan', 'Kau Racun Hidupku', 'Tak Mungkin Berpaling' dan 'Mawar Putih Untuk Mama' pastinya telah sedia untuk di'karaoke' oleh peminatnya . |
Code VCD: 9996794762 |
LAGENDA HIT
(VCD Karaoke dengan Vokal
Original) (EMI-Warner, 2011) VCD 1:
VCD 2:
VCD Karaoke berkembar (vokal original Sharifah Aini) menghimpun 30 Lagu Hit Kenangan Abadi Datuk Sharifah Aini. Bagaimanapun kesemua lagu lagunya pernah diterbitkan dalam format VCD/Karaoke . |
Code VCD: 9999786422 |
JOM KARAOKE BERSAMA SHARIFAH AINI
(MTV/Karaoke dengan Vokal
Original) (EMI-Warner, 2012) Disc 1:
Disc 2:
|