Playlist Seraut Wajah Semerdu Suara

Saya sedang berusaha untuk menambah playlist Sharifah Aini dalam beberapa kategori / tema yang berlainan.  Sementara menunggu playlist terbaru, sila nikmati playlist Sharifah Aini 'Seraut Wajah Semerdu Suara' yang sedia ada.  Semoga terhibur.

(Kesemua playlist hanyalah untuk di 'streaming' sahaja.)

Dengar Playlist Lagu Lagu Sharifah Aini Hasil Nukilan Karyawan MalaysiaDengar Playlist Lagu Tradisional & Pelbagai Irama KeMelayuan 4 Dekad Persembahan Vokal Merdu Sharifah AiniDengar Playlist Lagu Cover Version Persembahan Vokal Merdu Sharifah AiniDengar Playlist Lagu Terbaik Persembahan 3 Biduanita Tersohor Negara, Sharifah Aini, Saloma & Siti NurhalizaDengar Playlist Lagu Balada 4 Dekad Persembahan Vokal Merdu Sharifah AiniDengar Playlist Lagu Raya & Santapan Rohani Persembahan Vokal Merdu Sharifah AiniDengar Playlist Lagu Yang Liriknya Nukilan Sharifah AiniPlaylist IRAMA DARI SEBERANG (Sharifah Aini)

VERSI BROERY vs VERSI SHARIFAH AINI

(Sharifah Aini Menyanyikan Semula Lagu Lagu Hit Broery)

(Pertama kali diperdengarkan 21 Januari 2023)

Playlist VERSI BROERY vs VERSI SHARIFAH AINI mengimbau semula rakaman lagu-lagu 'cover version' yang pernah dirakamkan oleh Sharifah Aini yang asalnya adalah lagu nyanyian Broery.  Terdapat 6 buah lagu adalah nyanyian asal Broery iaitu 'Hapuslah Air Matamu', 'Cemburu', 'Semua Pergi', 'Hati Yang Terluka' dan terakhir 'Biarlah Bulan Bicara'.  Manakala 3 buah lagu dari nyanyian penyanyi lain tetapi telah dinyanyikan semula oleh Broery dan kemudiannya versi yang dipopularkan oleh Broery ini menjadi versi yang dirakam semula oleh Sharifah Aini untuk rakaman albumnya.  Lagu tersebut ialah 'Senandung Rindu' (nyanyian asal Tetty Kadi), 'Seuntai Bunga Tanda Kasih' (nyanyian asal Favourite's Group), 'Jatuh Cinta' (sebuah lagu saduran yang mana versi asalnya nyanyian Roman Tam, penyanyi dari Hong Kong) dan versi Sharifah Aini adalah versi dari nyanyian Broery.  Playlist ini juga memuatkan lagu tema filem HAPULAH AIRMATAMU (1976) yang dinyanyikan secara solo oleh mereka berdua. 

Sebagaimana kita ketahui Sharifah Aini memang amat meminati vokal Broery dan bukan sesuatu yang pelik jika Sharifah Aini turut menyelitkan lagu nyanyian Broery terutamanya dalam konsert eksklusif beliau bersama peminat.  Hubungan mereka juga menjadi akrab apabila dipertemukan menjadi pasangan utama dalam filem muzikal HAPUSLAH AIRMATAMU (1976) dan mereka berdua telah digosipkan mempunyai hubungan cinta.  Baca artikel BROERY INSAN ROMANTIS.  Kolaborasi mereka berdua sebagai pasangan duet yang ideal juga dikenang sepanjang zaman walaupun mereka hanya mempunyai dua lagu duet iaitu 'Seiring Jalan' dan 'Perasaan Hati'.  Untuk memantapkan playlist ini admin turut memuatkan 2 buah lagu duet tersebut.

Semua maklum tugasan Sharifah Aini apabila menyanyikan semula lagu lagu dari penyanyi lain biasanya memang tidak menghampakan malah hampir semua lagu versi rakaman semula nyanyian beliau memang SUPERB iaitu jauh lebih baik dari versi asal AL FATIHAH untuk Biduanita Sepanjang Zaman yang telah 'berpulang' dan meninggalkan khazanah seni yang cukup berharga iaitu ratusan lagu yang menggamit memori dan alunan vokal yang segar sepanjang zaman. 



Senarai lagu:

  Hapuslah Airmatamu (Broery)
      (1974, A Riyanto)

  Hapuslah Airmatamu (Sharifah Aini)   Lirik   
      (1975,
A Riyanto
)

  Hati Yang Terluka (Broery)
      (1994,
A Riyanto)

  Hati Yang Terluka (Sharifah Aini)   Lirik 
      (
2000, A Riyanto
)

  Senandung Rindu (Broery)
      (
1975, A Riyanto)

  Senandung Rindu (Sharifah Aini)   Lirik   
      (1979,
A Riyanto)

  Semua Pergi (Broery)
     
(
2000, Boe Kent Malaiholo)

  Semua Pergi (Sharifah Aini)   Liri k  
  
    (2003, Boe Kent Malaiholo)

  Cemburu (Broery)
      (1974, A Riyanto)

  Cemburu (Sharifah Aini)   Lirik   
      (1975, A Riyanto)

  Jatuh Cinta (Broery)
      (1975, Joseph Koo / Rinto Harahap)

  Jatuh Cinta (Sharifah Aini)   Lirik   
      (1976, Joseph Koo / Rinto Harahap
)

  Seuntai Bunga Tanda Kasih (Broery)
      (1973,
A Riyanto)

  Setangkai Bunga (Sharifah Aini)   Lirik   
     
(1974, A Riyanto)

  Biarlah Bulan Bicara (Broery)
      (1997, Harry Tasman)

  Biarlah Bulan Bicara (Sharifah Aini)   Lirik   
      (2014, Harry Tasman)

  Hapuslah Airmatamu (OST) (Sharifah Aini)   Lirik 
      (1976, Ahmad Nawab / Sharifah Aini)

  Hapuslah Airmatamu (OST) (Broery)
      (1976, Ahmad Nawab / Sharifah Aini
)

  Perasaan Hati (Broery & Sharifah Aini)   Lirik 
      (1976, Ahmad Nawab / Sharifah Aini
)

  Seiring Sejalan (Broery & Sharifah Aini)   Lirik 
      (1976, Ahmad Nawab / Broery)

Dengar lain-lain PLAYLIST koleksi lagu Internasional pelbagai bahasa yang
dirakam semula oleh Sharifah Aini dalam versi Melayu.

(semua lagu di laman web ini adalah Hak Cipta Terpelihara.  Penggunaanya di laman ini sekadar untuk hiburan semata-mata tanpa mengambil sebarang keuntungan daripadanya.  Sila sokong artis yang anda gemari dengan membeli CD original)