Playlist Seraut Wajah Semerdu Suara

Saya sedang berusaha untuk menambah playlist Sharifah Aini dalam beberapa kategori / tema yang berlainan.  Sementara menunggu playlist terbaru, sila nikmati playlist Sharifah Aini 'Seraut Wajah Semerdu Suara' yang sedia ada.  Semoga terhibur.

(Kesemua playlist hanyalah untuk di 'streaming' sahaja.)

Dengar Playlist Lagu Pelbagai Genre & Tema Persembahan Vokal Merdu Sharifah AiniDengar Playlist Lagu Tradisional & Pelbagai Irama KeMelayuan 4 Dekad Persembahan Vokal Merdu Sharifah AiniDengar Playlist Lagu Cover Version Persembahan Vokal Merdu Sharifah AiniDengar Playlist Lagu Terbaik Persembahan 3 Biduanita Tersohor Negara, Sharifah Aini, Saloma & Siti NurhalizaDengar Playlist Lagu Balada 4 Dekad Persembahan Vokal Merdu Sharifah AiniDengar Playlist Lagu Raya & Santapan Rohani Persembahan Vokal Merdu Sharifah AiniDengar Playlist Lagu Yang Liriknya Nukilan Sharifah AiniPlaylist IRAMA DARI SEBERANG (Sharifah Aini)

SYAHDU & PUITIS

(Koleksi Lirik Nukilan Habsah Hassan dan dilagukan oleh Sharifah Aini)

(Pertama kali diperdengarkan 1 Oktober 2016)

Apabila dua ikon seni ini digabungkan; lirik yang indah lagi puitis ilhamrasa Habsah Hassan menjadi bertambah indah apabila dialunkan oleh pemilik vokal Biduanita sepanjang zaman yang syahdu lagi merdu, Sharifah Aini.

Sepanjang kembara seni Sharifah Aini (1970-2014) beliau telah melagukan 10 buah lagu hasil nukilan penulis lirik tersohor Habsah Hassan.  Walaupun sejak tahun 1976 Habsah Hassan sudahpun menulis lirik tetapi kerjasama dengan Sharifah Aini hanya bermula untuk pembikinan album HARUM DALAM KENANGAN (terbitan S Atan) pada tahun 1981.

Bagi Habsah Hassan setiap lirik kena ada latar belakang, cerita dan matlamat baik yang tersurat serta tersirat dan bertanggungjawab menjadikan apa yang ditulis mempersembah mesej tertentu sekali gus berupaya menjadi sebagai satu khazanah negara.  Begitulah juga lirik yang dihasilkan untuk Sharifah Aini terutamanya untuk album terbitan A Ali & Manan Ngah tahun 1988 ia memang mempunyai maksud tersurat dan tersirat mengenai perjalanan hidup Sharifah Aini ketika itu.

Diperdengarkan playlist SYAHDU & PUITIS yang menghimpunkan 12 buah lagu yang cukup indah, istimewa daripada vokal merdu Sharifah Aini berkolaborasi dengan karyawan muzik tahahair yang cukup hebat, Habsah Hassan.



Senarai lagu:

  Terbang Helang
      (1981, Khairil Johari Johar)

  Ku Berjauh Hati
      (1988, A Ali)

  Tanpamu Ku Sepi
      (1981, Copyright Control)

  Sebuah Ilusi
      (1987, Manan Ngah)

  Kau Yang Bernama
      (1986, Fauzi Marzuki)

  November
     (1987, A Ali / lirik Habsah Hassan & S Amin Shahab)

  Terkenang
      (1981, Khairil Johari Johar)

  Di Rundung Sepi
      (19
87, Fauzi Marzuki)

  Menaruh Harapan
      (19
84, A Ali)

  Yang Tak Kesampaian
      (1988, A Ali)

  Biar Masa Menentukan
      (1988, Manan Ngah)

  Suratan Atau Kebetulan
      (1996, Kenny Tay)

Dengar lain-lain PLAYLIST yang merupakan koleksi lirik lagu nukilan Habsah Hassan:

(semua lagu di laman web ini adalah Hak Cipta Terpelihara.  Penggunaanya di laman ini sekadar untuk hiburan semata-mata tanpa mengambil sebarang keuntungan daripadanya.  Sila sokong artis yang anda gemari dengan membeli CD original)