Playlist Seraut Wajah Semerdu Suara

Saya sedang berusaha untuk menambah playlist Sharifah Aini dalam beberapa kategori / tema yang berlainan.  Sementara menunggu playlist terbaru, sila nikmati playlist Sharifah Aini 'Seraut Wajah Semerdu Suara' yang sedia ada.  Semoga terhibur.

(Kesemua playlist hanyalah untuk di 'streaming' sahaja.)

Dengar Playlist Lagu Pelbagai Genre & Tema Persembahan Vokal Merdu Sharifah AiniDengar Playlist Lagu Lagu Sharifah Aini Hasil Nukilan Karyawan MalaysiaDengar Playlist Lagu Tradisional & Pelbagai Irama KeMelayuan 4 Dekad Persembahan Vokal Merdu Sharifah AiniDengar Playlist Lagu Terbaik Persembahan 3 Biduanita Tersohor Negara, Sharifah Aini, Saloma & Siti NurhalizaDengar Playlist Lagu Balada 4 Dekad Persembahan Vokal Merdu Sharifah AiniDengar Playlist Lagu Raya & Santapan Rohani Persembahan Vokal Merdu Sharifah AiniDengar Playlist Lagu Yang Liriknya Nukilan Sharifah AiniPlaylist IRAMA DARI SEBERANG (Sharifah Aini)

SETANGKAI TAK SEBAU 2

('Cover Version' Versi Sharifah Aini vs Versi Internasional Pelbagai Bahasa)

(Pertama kali diperdengarkan 1 November 2012)

Playlist SETANGKAI TAK SEBAU 2 mengimbau sebahagian lagi rakaman lagu-lagu 'cover version' yang pernah dirakamkan oleh Sharifah Aini.   Sepanjang penglibatan beliau dalam industri muzik ini, terutamanya di era 70an Sharifah Aini banyak merakamkan lagu-lagu saduran.  Selain banyak merakamkan semula lagu Inggeris ke bahasa Melayu terutamanya dendangan kumpulan Abba (antaranya Singgahlah Sayang, Manis Manis, Sayangku, Di Mana), Sharifah Aini juga menyadurkan kembali beberapa lagu Jepun (Pengajian Di Seberang Lautan, Terserahlah Padamu, Kenangan Indah Yang Menyayat & Surat Dari Seberang), Hindi (Ke Mana Ku Kan Pergi, Kucurah Kasih Dalam Lagu, Percayalah & Tangisan Di Malam Hari), Latin (Kirimkan Kasihmu, Saat Hari Jadiku & Malam Gelisah), Arab (Di Malam Pernikahan, Ku Pohon Keredhaanmu, Rahsia Tangisanku & Keluhan Hatiku) dan banyak lagi yang tidak dapat dikesan lagu asalnya antaranya, Dekatlah Padaku, Apa Kesudahannya, Lagu Kedamaian, Laguku Malam Ini, Kau Ku Sayang, Tanpamu Ku Sepi.

Walaupun lagu-lagu tersebut adalah lagu saduran tetapi dengan keistimewaan penghayatan Sharifah Aini ia tampak menarik dan menjadi popular.  Malah jika tiada kecanggihan zaman siber, siapa yang boleh menyangka atau mengesan lagu-lagu tersebut adalah lagu saduran.

Dengarkan Sharifah Aini mengalunkan lagu saduran yang asalnya adalah versi Latin, Arab, Hindi, Jepun, Tagalog dan Inggeris.



Senarai lagu:

  Forever And Ever (Sharifah Aini)
     
(1977)

  Forever And Ever (Demis Roussos)
      (1973, Stylianos Vlavianos / R Constandinos)

  Sayangku (I Do) (Sharifah Aini)
     
(1976, lirik Sharifah Aini)

  I Do, I Do, I Do, I Do, I Do (Abba)
      (1975, Benny Anderson/ Stig Anderson /Bjorn Ulvaeus
)

  Kau Membuat Ku Gembira (Sharifah Aini)
      (1976, Reggie Verghese, lirik Sharifah Aini)

  Sayang (Claire Dela Fuente)
      (1977,
Marilyn Villapando / Amando Trivino
)

  Rahsia Tangisanku (Sharifah Aini)
      (1980, lirik Sharifah Aini)

  Habaytak Belsayf (Fairuz) 
      (1979, Ziad Rahbani
)

  Cinta Di Musim Hujan (Sharifah Aini)
      (1980, lirik Haron Abdulmajid)

  Volare (Domenico Modugno)
      (1958,
Domenico Modugno / Franco Migliacci)

  Pengajian Di Seberang Lautan (Sharifah Aini)
      (1974, lirik Sharifah Aini)

  Keiken (Mari Henmi) 
      (1970, Kunihiko Murai / Kazumi Yasui
)

  Tangisan Di Malam Hari (Sharifah Aini)
      (1972, lirik Sharifah Aini)

  Pukarta Chala Hoon Mein (Muhammad Rafi)
      (1965, film –
Mere Sanam
)

  Ishar (Sharifah Aini)
      (2000
)

  Ishar (Fairuz)  
    
(1961, Mohamed Abdel Wahab / Aasy Rahbani
)

  Saat Hari Jadiku (Sharifah Aini)
      (1974, lirik Sharifah Aini)

  24,000 Baci (Adriano Celentano)
      (1960, Lucio Fulci / Piero Vivarelli)

Dengar lain-lain PLAYLIST koleksi lagu Internasional pelbagai bahasa yang
dirakam semula oleh Sharifah Aini dalam versi Melayu.

(semua lagu di laman web ini adalah Hak Cipta Terpelihara.  Penggunaanya di laman ini sekadar untuk hiburan semata-mata tanpa mengambil sebarang keuntungan daripadanya.  Sila sokong artis yang anda gemari dengan membeli CD original)