P laylist CD Pilihan:
(Dikemaskini 1 Jun 2022) |
|
ANAK – Aishah(Aishah's Creative Enterprise / Sony, 2010)
![]() ![]() ![]() ![]()
Aishah yang selama ini popular dengan genre pop kini muncul dengan album ANAK yang menyaksikan sisi berbeza Aishah dalam mengalunkan lagu-lagu spiritual, doa dan zikir. Yang pasti vokal Aishah tetap hebat. |
|
KURNIA
–
Aishah
Aishah kembali semula ke pangkuan Sony Music (setelah melahirkan tiga album studio bersama EMI). Malah album KURNIA menyaksikan semula gabungan mantap Aishah bersama komposer dan penerbit yang banyak membantu dalam perjalanan karier seninya iaitu Adnan Abu Hassan yang bertindak sebagai penerbit album tersebut. Ternyata Aishah kembali menyengat dengan 2 lagu hit, 'Melukut Di Tepi Gantang' dan 'Tiada Lagi Tangisan' (populariti lagu ini mengatasi versi asal nyanyian Misha Omar). Bagaimanapun lagu-lagu tersebut termasuk 'Berikan Harapan' telah pun diperkenalkan sebelumnya dalam album kompilasi pelbagai artis SEHATI SEJIWA terbitan dan edaran FMC, tahun 2005. |
|
|
KEUNGGULAN
–
Aishah CD 1:
CD 2:
|
|
|
SEHATI SEJIWA
– Various Artist
Setelah menyepi tanpa sebarang album baru, Aishah kembali menggegarkan muzik tanahair apabila lagu barunya 'Melukut Di Tepi Gantang' menjadi hits manakala lagu rakaman semula 'Tiada Lagi Tangisan' mendapat pujian kerana kehebatan vokal Aishah mengatasi versi asal yang dinyanyikan oleh penyanyi yang sedang meningkat popular, Misha Omar. Bagaimanapun album ini bukannya album solo Aishah tetapi ia merupakan album yang mengandungi lagu-lagu baru bersama-sama dengan artis-artis baru termasuk komposer Adnan Abu Hassan yang turut melontarkan vokal menerusi lagu ciptaannya 'Dambaan Pilu' yang sebelumnya dipopularkan oleh bintang realiti Akademi Fantasia 1, Khai. |
|
|
PULANGLAH PERANTAU
–
Aishah
Album raya yang setahun tertangguh pengedarannya (sepatutnya memasuki pasaran penghujung 1998). Album ini dikatakan mahal dalam sejarah penerbitan album raya kerana kos pembikinannya meningkat setelah ubahsuai muzik dilakukan oleh S Atan kerana penghasilan muziknya sebelum ini tidak memenuhi piawaian. Terdapat 2 lagu raya baru 'Pulanglah Perantau' dan 'Senandung Lebaran', manakala lagu-lagu raya lainnya adalah rakaman semula lagu raya malar segar. Sebagai pelengkap album ini turut diselitkan 2 buah lagu pop rakaman semula (nyanyian asal Uji Rashid & Saloma) yang diambil dari album Aishah sebelumnya. Pemilihan lagu dalam album raya ini juga hampir sama dengan album raya 'Dari Jauh Ku Pohon Maaf' Sharifah Aini (EMI, 1999) yang juga diterbitkan oleh S Atan. Sebelum ini 'Senandung Lebaran' telah diperkenalkan sebagai single untuk album raya GEMPAQ RAYA yang diedarkan penghujung 1998. |
|
|
TIADA AKHIRNYA – Aishah (EMI, 1998 / rilisan semula, 2011)
Album solo kedua Aishah bersama syarikat rakaman EMI, TIADA AKHIRNYA menggunakan khidmat dua komposer terkenal Mac Chew dan Jenny Chin. Walaupun sebelumnya Aishah pernah berpeluang menerbitkan album sendiri, TIADA DUKA UNTUK APA tetapi untuk album ini, dia hanya mahu menumpukan sepenuh perhatian terhadap vokal dan mutu nyanyiannya sahaja. Masih mengekalkan konsep pop komersial dan telah memuatkan dua buah lagu lama yang dinyanyikan semula iaitu 'Superstar' yang dipopularkan oleh The Carpenters dan 'Tangisan Semalam' yang pernah dinyanyikan oleh Uji Rashid. Lagu hit dari album ini ialah 'Rela' (lagu Adnan Abu Hassan/Nurul Nadzir) tapi Aishah cukup kesal kerana tidak diberitahu terlebih dahulu bahawa lagu 'Rela' yang dimuatkan dalam album terbarunya adalah lagu yang sama pernah dinyanyikan oleh Rahim Maarof untuk album CERMIN (terbitan tahun yang sama, 1996) tetapi bezanya cuma tajuk yang digunakan oleh Rahim Maarof ialah 'Redha'. Bagaimanapun album ini menerima nasib yang sama dengan album TIADA DUKA UNTUK APA kerana lembab di pasaran. |
|
|
MEMORI
KLASIK
–
Aishah
|
|
|
TIADA DUKA UNTUK APA
–
Aishah
TIADA DUKA UNTUK APA merupakan album solo Aishah yang pertama bersama EMI setelah meninggalkan Sony Music. Aishah telah diberi peluang menerbitkan sendiri album tersebut. Aishah memilih muzik yang bereksperimentasi muzik etnik. Bagaimanapun idea dan usaha Aishah memperkenalkan satu pembaharuan total dalam album ini gagal direalisasikan sepenuhnya oleh syarikat rakaman. Album ini kurang mendapat sambutan daripada peminat yang mungkin masih mengharapkan kemunculan Aishah seperti mana album-album sebelumnya ketika bersama Sony Music. Album ini juga mendapat saingan dari album Aishah sendiri yang diedarkan oleh syarikat rakaman lamanya dalam jarak masa terdekat sebaik saja album barunya ini menjengah di pasaran. Sedikit kesilapan apabila trek lagu 'Wanita' dan 'Antara Cinta Dan Kasih' (Syahdu mix) bercantum manakala instrumental 'Untuk Apa' tercicir dari 'catatan' senarai trek lagu. |
|
|
MERENUNG BULAN: PILIHAN ISTIMEWA
–
Aishah
|
|
|
KLASIK
–
Aishah
Berbanding dengan album-album studio sebelumnya, album KLASIK ini menyenaraikan lagu-lagu lama pelbagai irama yang cukup popular di era 50an - 70an namun telah dirakam semula oleh Aishah dalam versinya sendiri. Kemungkinan album ini diterbitkan kerana kerjayaan Aishah mempopularkan lagu-lagu sebegini melalui album-album beliau sebelumnya. |
|
|
AISHAH
III:
ASIA ... SEDUNIA
|
|
|
AISHAH II (Sony, 1991 / rilisan semula, 2018)
|
|
|
AISHAH
Sebagai pendatang baru dalam industri muzik tempatan, Aishah berjaya mencetus satu fenomena baru apabila album solo studio pertamanya yang hanya menggunakan namanya sebagai tajuk album mendapat sambutan luar biasa. Album tersebut diterbitkan sepenuhnya oleh Adnan Abu Hassan dan berjaya mencatat penjualan album melebihi 200,000 unit ketika itu. Kesemua lagu dari album ini mendapat sambutan hangat terutamanya 'Janji Manismu', 'Camar Yang Pulang', 'Kau Yang Istimewa', 'Menanti' termasuk dua buah lagu klasik, 'Bahtera Merdeka' (lagu patriotik) dan 'Syurga Di Telapak Kaki Ibu'. Ramai tidak menyangka Aishah, seorang penyanyi bertaraf antarabangsa yang sering menyanyikan lagu-lagu Inggeris mampu membawa dengan amat baik kedua buah lagu klasik tersebut. Lagu hit utama 'Janji Manismu' banyak membawa kejayaan kepada Aishah apabila dianugerahkan sebagai Penyanyi Wanita Popular dan Artis Paling Popular di Anugerah Bintang Popular ’90. 'Janji Manismu' juga telah dinobatkan sebagai Juara Lagu ’90. |
SEJARAH RINGKAS PERJALANAN SENI aishah Wan Aishah Wan Ariffin atau lebih dikenali dengan nama pentasnya Aishah amat popular dengan lagu ‘Janji Manismu’ memulakan karier seninya dengan kumpulan The Fan Club dari New Zealand pada 1988. Bersama kumpulan tersebut, Aishah sempat merakamkan dua album - SENSATION (1988) dan RESPECT THE BEAT (1989). Aishah & The Fan Club berjaya menembusi pasaran AS melalui single ‘Sensation’, ‘Call Me’, ‘Never Give Up On You’, ‘Paradise’ & ‘Don’t Let Me Fall Alone’. Malah single tersebut tersenarai dalam Carta Billboard Hot 100. Bagi industri muzik tempatan, Aishah menempa kemahsyuran melalui album solo studio Melayu pertamanya AISHAH dibawah label CBS (kini Sony) pada tahun 1990 yang mengandungi lagu hit ‘Janji Mansimu’. Walaupun kerjaya seninya bermula sebagai penyanyi internasional tetapi percubaan Aishah menyelitkan dua buah lagu klasik ‘Bahtera Merdeka’ dan ‘Syurga Di Telapak Kaki Ibu’ dalam album solonya itu telah membuahkan hasil apabila mendapat pujian dan diterima oleh peminat dan pencinta muzik Nusantara. Banyak kejayaan dan anugerah diterima oleh Aishah menerusi album tersebut antaranya Artis Paling Popular & Penyanyi Wanita Popular dalam ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN 1990. 'Janji Manismu' juga diangkat sebagai Juara Lagu dalam ANUGERAH JUARA LAGU 1990 anjuran TV3 dan Aishah juga telah memenangi kategori persembahan terbaik. Pada tahun 1991, Aishah muncul menerusi album AISHAH II dengan hit utama ‘Kemaafan Dendam Yang Terindah’ dan tahun berikutnya muncul pula album AISHAH III: ASIA ... SEDUNIA dengan hit ‘Selanjur Bercinta’. Bagaimanapun pada tahun 1992, Aishah & The Fan Club mengumumkan pembubaran kumpulan mereka dan Aishah bergerak aktif sebagai artis solo. Tahun 1994, Aishah muncul dengan album KLASIK yang konsepnya agak berlainan iaitu memperketengahkan irama etnik dan tradisional. Lagu-lagu yang terkandung dalam album ini merupakan lagu yang diberi nafas baru seperti ‘Doa’ yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Harmoni dan ‘Malam Ini Kita Berpisah’, nyanyian asal Habibah Yaacob. Pada tahun 1995 album WAJAH diterbitkan dan lagu hit dari album tersebut ‘Cinta Beralih Arah’. Lagu ini juga telah membawa kejayaan yang besar apabila memenangi kategori Balada dan sekaligus dinobatkan sebagai Juara Lagu dalam ANUGERAH JUARA LAGU 1995. Aishah juga telah memenagi kategori persembahan terbaik. Album WAJAH juga diiktiraf sebagai Album Pop Terbaik dalam AIM 1996. Bagaimanapun tahun berikutnya, aktiviti seni Aishah menjadi perlahan kerana dilanda pelbagai masalah peribadi dan Sony Music hanya mengeluarkan album kompilasi MERENUNG BULAN dan MEMORI KLASIK yang turut menyenaraikan beberapa lagu baru atau lagu rakaman semula yang sudah dirakam tetapi tidak pernah dirilis. Aishah membuat kejutan dengan menyertai EMI pada tahun 1997 dan menghasilkan album TIADA DUKA UNTUK APA yang bereksperimentasi muzik etnik. Bagaimanapun pembaharuan yang cuba ditonjolkan tidak menjadi. Album ini juga mendapat saingan dari album Aishah sendiri MEMORI KLASIK terbitan Sony Music yang diedarkan sebaik sahaja album TIADA DUKA UNTUK APA dipasarkan oleh EMI. Begitu juga album keduanya bersama EMI, TIADA AKHIRNYA (1998) kurang menyerlah walaupun lagu 'Rela' agak popular. Malah lagu ‘Rela’ menimbulkan kontroversi apabila lagu ini tanpa pengetahuan penyanyinya (ketika rakaman) sebenarnya adalah lagu asal Rahim Maarof ‘Redha’ tetapi liriknya telah diubahsuai untuk versi nyanyian Aishah. Kemudian timbul pula krisis antara Aishah dengan pihak EMI sehingga menyebabkan album raya PULANGLAH PERANTAU yang telah siap dirakam pada tahun 1999 tidak diedarkan dan hanya memasuki pasaran pada raya tahun berikutnya. Ternyata tiada keserasian untuk dua jenama hebat ini, EMI dan Aishah. Ketika ini, nama Aishah juga agak tenggelam dengan kemunculan bintang baru yang sedang menempa nama seperti Ziana Zain, Amy Mastura, Nora dan Siti Nurhaliza. Setelah sekian lama menyepi, pada tahun 2005, Aishah kembali menggegarkan industri muzik tempatan apabila lagu ‘Melukut Di Tepi Gantang’ dan ‘Tiada Lagi Tangisan’ mendapat sambutan. Lontaran vokal Aishah yang hebat untuk lagu ‘Tiada Lagi Tangisan’ telah menenggelamkan versi asal yang dirakam sebelumnya oleh Misha Omar untuk album AKSARA (2004). Manakala ‘Melukut Di Tepi Gantang’ semakin popular apabila dijadikan sebagai lagu tema drama SEPUTIH QASEH RAMADHAN. Sebenarnya dua buah lagu ini telah dirakam oleh Aishah bersama label FMC untuk album kompilasi SEHATI SEJIWA yang menampilkan lagu baru dari artis-artis pendatang baru. Atas sambutan hebat terhadap dua buah lagu ini, Aishah kemudian memuatkan semula versi asal lagu-lagu tersebut dalam album barunya, KURNIA (2006) yang menyaksikan semula kolaborasi Aishah dan penerbit terawal albumnya, Adnan Abu Hassan. Untuk album ini Aishah popular dengan lagu pop etnik ‘Kasihnya Balqis’. Pada tahun 2010, Aishah telah menerbitkan sendiri album solonya yang agak istimewa yang berkonsepkan kerohanian ANAK. Selepas album ini Aishah kembali menyepi dalam dunia hiburan. Kali ini beliau telah beralih arah untuk aktif dalam dunia politik. Pada penghujung 2017, menyaksikan kemunculan semula Aishah dipersada seni tetapi dalam pentas yang berbeza apabila menjadi salah satu peserta GEGAR VAGANZA musim keempat (GV4) Kemunculannya dalam pertandingan program realiti ini memang berbaloi apabila beliau telah dinobatkan sebagai juara dan seterusnya mempopularkan semula namanya. Diskografi AISHAH (menyenaraikan diskografi lengkap LP/CD/Kaset Aishah termasuk album yang memasukkan lagu baru dalam album kompilasinya sendiri ataupun dalam album kompilasi perlbagai artis)
Aishah
mula diperkenalkan sebagai pendatang baru dalam dunia rakaman piring hitam
melalui album solo Malek Riduzan vol 5. Dengan menggunakan nama Natasha
Aminah, Aishah telah diberi peluang berduet dengan penyanyi dangdut ternama
Malek Ridzuan untuk dua buah lagu dangdut; 'Kau Tetap Ku Sayang' dan
yang paling popular ialah lagu 'Mawar Putih Mawar Merah'.
Album
ini bukan sahaja mempopularkan nama Aishah & The Fan Club di New Zealand malah
berjaya menembusi pasaran Amerika Syarikat. Kejayaan yang dicapai
oleh
Aishah sebagai penyanyi antarabangsa mula diperkatakan di tanahair.
Senarai lagu;
Sensation
Senarai lagu;
I Feel Love
Kesemua lagu dari album ini mendapat sambutan hangat terutamanya lagu 'Janji Manismu', 'Camar Yang Pulang', 'Kau Yang Istimewa' dan 'Menanti'.
Senarai lengkap trek lagu untuk
album ini rujuk info CD rilisan semula AISHAH di atas.
Album
raya yang menyenaraikan lagu-lagu raya klasik rakaman semula dan dua buah lagu
raya ciptaan baru nyanyian Aishah, 'Setitik Cahaya Di Aidiflitri' dan 'Pulanglah'.
Kedua lagu tersebut dicipta oleh Adam Ahmad dan lirik oleh Aishah sendiri.
Senarai lagu;
Mohon Maaf Di Hari Lebaran (versi
Hikmah 'Tunas Mekar') (Ibnor Riza & Noraniza Idris)
Senarai lengkap trek lagu untuk
album ini rujuk info CD rilisan semula AISHAH II di atas.
Senarai lengkap trek lagu untuk
album ini rujuk info CD rilisan semula AISHAH III: ASIA ... SEDUNIA di atas.
Album raya yang menyenaraikan lagu-lagu raya klasik rakaman semula termasuk sebuah lagu nyanyian Aishah, 'Lenggang Mak Limah'. Senarai lagu;
Lenggang Mak Limah (versi
Halil Chik & Trio Manja) (Aishah)
Senarai lengkap trek lagu untuk
album ini rujuk info CD KLASIK di atas.
Sandii Suzuki, penyanyi kelahiran negara matahari terbit ini berpeluang melahirkan album solo DI SINI ,,,
DREAM CATCHER untuk pasaran di Malaysia. Aishah telah diundang berduet
dengan Sandii Suzuki untuk lagu 'Di Sini'.
Senarai lagu;
Rindu (rap oleh Iwak)
Aishah muncul sebagai penyanyi undangan dalam album solo Dato' Shake SEBELUM KAU
untuk berduet dalam lagu 'Menjadi Satu'.
Senarai lagu;
Sebelum Kau
Album solo Aishah yang ke IV turut memuatkan semula lagu popular 'Janji Manismu' yang digubah semula oleh Azlan Abu Hassan.
Senarai lagu;
Cinta Beralih Arah
Album
kompilasi yang menyenaraikan lagu-lagu duet artis-artis Sony Music turut
menyelitkan sebuah lagu baru 'Kedamaian Alam' nyanyian Aishah bersama
dengan Kamal.
Album kompilasi ini turut memuatkan 2 buah lagu baru, 'Merenung Bulan' dan 'Biarlah Kau Pergi'.
Senarai lengkap trek lagu untuk
album ini rujuk info CD MERENUNG BULAN: PILIHAN ISTIMEWA di atas.
Album ini merupakan album studio pertama Aishah di bawah label EMI.
Senarai lengkap trek lagu untuk
album ini rujuk info CD rilisan semula TIADA DUKA UNTUK APA di atas.
Album kompilasi ini turut memuatkan 6 buah lagu rakaman semula lagu-lagu klasik yang telah dirakam oleh Aishah sebelum meninggalkan Sony Music. Album ini juga dikeluarkan untuk memberi saingan kepada album Aishah TIADA DUKA UNTUK APA yang baru sahaja diedarkan oleh EMI.
Senarai lengkap trek lagu untuk
album ini rujuk info CD MEMORI KLASIK di atas.
Album studio ini merupakan album studio ke 2 Aishah di bawah label EMI.
Senarai lengkap trek lagu untuk
album ini rujuk info CD rilisan semula TIADA AKHIRNYA di atas.
Album kompilasi yang memuatkan lagu-lagu ciptaan P Ramlee yang pernah dirakam oleh artis-artis EMI diterbitkan sempena 25 tahun pemergian P Ramlee turut menampilkan sebuah lagu rakaman baru nyanyian Aishah, 'Airmata Di Kuala Lumpur' (oa Saloma) dan sebuah lagu tribute untuk P Ramlee yang dinyanyikan semula oleh ratu Rock, Ella 'Lagenda 25' yang pernah dipopularkan oleh Sheila Majid. 'Airmata Di Kuala Lumpur' kemudiannya dimuatkan semula dalam album raya solo Aishah PULANGLAH PERANTAU.
Album raya solo Aishah yang kontroversi ini walaupun telahpun sempurna penerbitannya pada penghujung tahun 1998 tetapi ia hanya memasuki pasaran pawa awal tahun 2000. Ada dua buah lagu raya ciptaan baru, 'Pulanglah Perantau' dan 'Senandung Lebaran' dan lain-lain adalah lagu raya malar segar yang diberi nafas baru. Turut dimuatkan 2 lagu pop rakaman semula, 'Tangisan Semalam' (oa Uji Rashid) dan 'Airmata Di Kuala Lumpur' (oa Saloma) yang diambil dari album solo Aishah TIADA AKHIRNYA dan album kompilasi pelbagai artis P RAMLEE: 25 TAHUN TANPAMU (1973-1998) '.
Senarai lengkap trek lagu untuk
album ini rujuk info CD PULANGLAH PERANTAU di atas.
Senarai lagu;
Janji Manismu (Aishah)
Senarai lagu;
Sekadar Di Pinggiran (Fran)
Single 'Senandung Sayang' ciptaan M Nasir dan lirik oleh Seth adalah lagu yang dipetik dari filem animasi PUTIH arahan Rashid Sibir. PUTIH sebuah karya filem yang diadaptasi dari cerita rakyat 'Bawang Putih Bawang Merah' terbitan Fine Animation (M) Sdn Bhd. Antara pelakon-pelakon yang digunakan suara mereka untuk filem animasi ini ialah M Nasir & Erra Fazira.
'Senandung Sayang' kemudiannya dimuatkan
semula dalam CD kompilasi M Nasir, MENTERA SEMERAH PADI (Warner, 2003)
Senarai lagu;
Janji Manismu
Album raya yang menyenaraikan lagu-lagu rakaman baru termasuk 2 buah lagu ciptaan baru dan selebihnya adalah lagu-lagu raya malar segar yang diberi nafas baru. Aishah telah merakamkan semula 2 buah lagu raya klasik, 'Hari Yang Mulia' (oa Sharifah Aini) dan 'Hari Raya' (oa Zalifah Ibrahim & M Shariff), manakala 'Lebaran Mulia' dinyanyikan oleh Aishah bersama Ramlah Ram, Nora, Kamal & Jai. Senarai lagu;
Lebaran Mulia (Aishah, Ramlah
Ram, Nora, Kamal & Jai)
Setelah lama menyepi tanpa sebarang lagu baru, Aishah menggegarkan dunia muzik tanahair dengan lagu 'Melukut Di Tepi Gantang' yang dimuatkan dalam album kompilasi pelbagai artis SEHATI SEJIWA. Lagu ini bertambah popular apabila dijadikan lagu tema untuk teledrama SEPUTIH QASEH RAMADAN (TV3). Selain 'Melukut Di Tepi Gantang' Aishah juga muncul untuk dua buah lagu, 'Tiada Lagi Tangisan' (oa Misha Omar) dan 'Berikan Harapan'. Senarai lengkap trek lagu untuk album ini rujuk info CD SEHATI SEJIWA di atas.
Senarai lengkap trek lagu untuk album ini rujuk info CD KEUNGGULAN di atas.
Kerana populariti lagu 'Melukut Di Tepi Gantang', nama Aishah kembali menjadi sebutan dan mendatangkan tuah kepada Aishah apabila syarikat rakaman lamanya Sony memberi peluang beliau untuk muncul dalam album baru KURNIA. Album ini turut memuatkan 3 buah lagu nyanyian Aishah yang diambil dari album kompilasi pelbagai artis SEHATI SEJIWA termasuk lagu hit 'Melukut Di Tepi Gantang'.
Senarai lengkap trek lagu untuk
album ini rujuk info CD KURNIA di atas.
Sebuah lagu klasik 'Rindu Lukisan' karya Ismail Marzuki kemudiannya
digubah semula oleh Composed Poetry. Composed Poetry telah memasukkan
lirik baru ala rap tetapi dipersembahkan dalam mood santai kemudian diselang
selikan dengan vokal Aishah yang menyanyikan lirik asal lagu 'Rindu Lukisan'.
Single 'Rindu Lukisan' belum di muatkan dalam mana-mana album/kompilasi
Aishah ataupun album kompilasi pelbagai artis.
Senarai lagu;
Doa
(Aishah)
Album
kompilasi bergenre Pop Melayu Asli turut menampilkan sebuah lagu baru 'Akhirnya
Kita Bersua' nyanyian Aishah bersama Herman Tino.
Senarai lagu;
CD1:
Serampang Laut (Sharifah AIni
& Herman Tino)
CD2:
Mengapa Di Kenang Mengapa Di
Fikir (Herman Tino)
Lagu: Azlan Abu Hassan
Lirik: Habsah Hassan
Single 'Yang Ada Hanya Kenangan' belum di muatkan dalam mana-mana album/kompilasi
Aishah ataupun album kompilasi pelbagai artis.
Pada September 2022 'Yang Ada Hanya Kenangan' versi remix telah
dterbitkan.
Album
kompilasi ini menggabungkan dua nama besar dalam muzik tanahair, Sharifah Aini
dan Aishah khususnya dalam membawa lagu-lagu irama keMelayuan
Senarai lagu;
Janji Manismu
Aishah muncul dengan album baru ANAK yang konsep lagunya amat berbeza dari album-album beliau sebelumnya kerana lebih bersifat kerohanian, mengalunkan alunan zikir dan doa.
Senarai lengkap trek lagu untuk
album ini rujuk info CD ANAK di atas.
Album
kompilasi lagu raya ini turut memuatkan sebuah lagu raya ciptaan baru 'Kembali
Berhari Raya'. Lagu ini hasil karya Adam Ahmad & Aishah.
Senarai lagu;
CD1:
Janji Manismu
CD2:
Sekali lagi Sony Music mengeluarkan album koleksi gabungan Aishah dan Shima. Sebelumnya album kompilasi mereka berdua telah diterbitkan pada tahun 2000 dengan tajuk ALUNAN SENSASI. Senarai lagu;
CD1
Aishah: Janji Manismu
CD2
Shima: Teringin
Senarai lagu;
CD1:
Janji Manismu
CD2:
Cinta Beralih Arah
Senarai lagu;
CD1:
Janji Manismu
CD2:
Camar Yang Pulang
Senarai lagu;
CD1
Aishah: Janji Manismu
CD2
Ziana Zain: Madah Berhelah
Lagu & Lirik: Hazami
Single 'Malar' belum di muatkan dalam mana-mana album/kompilasi Aishah ataupun album kompilasi pelbagai artis.
Lagu: Chevy Amry Lirik: Habsah Hassan
Single 'Ketentuan Takdir' belum di muatkan dalam mana-mana album/kompilasi Aishah ataupun album kompilasi pelbagai artis.
Lagu: Chevy Amry Lirik:
Aishah
Single 'Dia' belum di muatkan dalam mana-mana album/kompilasi Aishah ataupun album kompilasi pelbagai artis.
NOTA: Kebanyakan single yang diterbit dan diedarkan adalah dalam format
'digital platform'. |