![]() |
Wan Aishah Wan Ariffin atau lebih dikenali dengan nama pentasnya Aishah amat popular dengan lagu 'Janji Manismu' memulakan karier seninya dengan kumpulan The Fan Club dari New Zealand pada 1988. Bersama kumpulan tersebut, Aishah sempat merakamkan dua album - SENSATION (1988) dan RESPECT THE BEAT (1989). Aishah & The Fan Club berjaya menembusi pasaran AS melalui single 'Sensation', 'Call Me', 'Never Give Up On You', 'Paradise' & 'Don't Let Me Fall Alone'. Malah single tersebut tersenarai dalam Carta Billboard Hot 100. Bagi industri muzik tempatan, Aishah menempa kemahsyuran melalui album solo studio Melayu pertamanya AISHAH dibawah label CBS (kini Sony) pada tahun 1990 yang mengandungi lagu hit 'Janji Mansimu'. Walaupun kerjaya seninya bermula sebagai penyanyi internasional tetapi percubaan Aishah menyelitkan dua buah lagu klasik 'Bahtera Merdeka' dan 'Syurga Di Telapak Kaki Ibu' dalam album solonya itu telah membuahkan hasil apabila mendapat pujian dan diterima oleh peminat dan pencinta muzik Nusantara. Banyak kejayaan dan anugerah diterima oleh Aishah menerusi album tersebut antaranya Artis Paling Popular & Penyanyi Wanita Popular di malam ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN 1990. 'Janji Manismu' juga diangkat sebagai Juara Lagu dalam ANUGERAH JUARA LAGU 1990 anjuran TV3 dan Aishah juga telah memenangi kategori persembahan terbaik. Pada tahun 1991, Aishah muncul menerusi album AISHAH II dengan hit utama 'Kemaafan Dendam Yang Terindah' dan tahun berikutnya muncul pula album AISHAH III: ASIA ... SEDUNIA dengan hit 'Selanjur Bercinta'. Bagaimanapun pada tahun 1992, Aishah & The Fan Club mengumumkan pembubaran kumpulan mereka dan Aishah bergerak aktif sebagai artis solo. Tahun 1994, Aishah muncul dengan album KLASIK yang konsepnya agak berlainan iaitu memperketengahkan irama etnik dan tradisional. Lagu-lagu yang terkandung dalam album ini merupakan lagu yang diberi nafas baru seperti 'Doa' yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Harmoni dan 'Malam Ini Kita Berpisah', nyanyian asal Habibah Yaacob. Pada tahun 1995 album WAJAH diterbitkan dan lagu hit dari album tersebut 'Cinta Beralih Arah'. Lagu ini juga telah membawa kejayaan yang besar apabila memenangi kategori Balada dan sekaligus dinobatkan sebagai Juara Lagu dalam ANUGERAH JUARA LAGU 1995. Aishah juga telah memenagi kategori persembahan terbaik. Album WAJAH juga diiktiraf sebagai Album Pop Terbaik dalam AIM 1996. Bagaimanapun tahun berikutnya, aktiviti seni Aishah menjadi perlahan kerana dilanda pelbagai masalah peribadi dan Sony Music hanya mengeluarkan album kompilasi MERENUNG BULAN dan MEMORI KLASIK yang turut menyenaraikan beberapa lagu baru atau lagu rakaman semula yang sudah dirakam tetapi tidak pernah dirilis. Aishah membuat kejutan dengan menyertai EMI pada tahun 1997 dan menghasilkan album TIADA DUKA UNTUK APA yang bereksperimentasi muzik etnik. Bagaimanapun pembaharuan yang cuba ditonjolkan tidak menjadi. Album ini juga mendapat saingan dari album Aishah sendiri MEMORI KLASIK terbitan Sony Music yang diedarkan sebaik sahaja album TIADA DUKA UNTUK APA dipasarkan oleh EMI. Begitu juga album keduanya bersama EMI, TIADA AKHIRNYA (1998) kurang menyerlah walaupun lagu 'Rela' agak popular. Malah lagu 'Rela' menimbulkan kontroversi apabila lagu ini tanpa pengetahuan penyanyinya (ketika rakaman) sebenarnya adalah lagu asal Rahim Maarof 'Redha' tetapi liriknya telah diubahsuai untuk versi nyanyian Aishah. Kemudian timbul pula krisis antara Aishah dengan pihak EMI sehingga menyebabkan album raya PULANGLAH PERANTAU yang telah siap dirakam pada tahun 1999 tidak diedarkan dan hanya memasuki pasaran pada raya tahun berikutnya. Ternyata tiada keserasian untuk dua jenama hebat ini, EMI dan Aishah. Ketika ini, nama Aishah juga agak tenggelam dengan kemunculan bintang baru yang sedang menempa nama seperti Ziana Zain, Amy Mastura, Nora dan Siti Nurhaliza. Setelah sekian lama menyepi, pada tahun 2005, Aishah kembali menggegarkan industri muzik tempatan apabila lagu 'Melukut Di Tepi Gantang' dan 'Tiada Lagi Tangisan' mendapat sambutan. Lontaran vokal Aishah yang hebat untuk lagu 'Tiada Lagi Tangisan' telah menenggelamkan versi asal yang dirakam sebelumnya oleh Misha Omar untuk album AKSARA (2004). Manakala 'Melukut Di Tepi Gantang' semakin popular apabila dijadikan sebagai lagu tema drama SEPUTIH QASEH RAMADHAN. Sebenarnya dua buah lagu ini telah dirakam oleh Aishah bersama label FMC untuk album kompilasi SEHATI SEJIWA yang menampilkan beliau sebagai satu-satunya artis senior bergabung dengan artis-artis pendatang baru. Atas sambutan hebat terhadap kedua buah lagu tersebut, ia kemudiannya dimuatkan semula ke dalam album studio terbarunya, KURNIA (2006) yang menyaksikan semula kolaborasi Aishah dan penerbit terawal albumnya, Adnan Abu Hassan. Untuk album ini Aishah popular dengan lagu pop etnik 'Kasihnya Balqis'. Pada tahun 2010, Aishah telah menerbitkan sendiri album solonya yang agak istimewa yang berkonsepkan kerohanian ANAK. Selepas album ini Aishah kembali menyepi dalam dunia hiburan. Kali ini beliau telah beralih arah untuk aktif dalam dunia politik.
Pada penghujung
2017, menyaksikan kemunculan semula Aishah dipersada seni
tetapi dalam pentas yang berbeza apabila menjadi salah satu
peserta GEGAR VAGANZA musim keempat (GV4)
Kemunculannya dalam pertandingan program realiti ini memang
berbaloi apabila beliau telah dinobatkan sebagai juara dan
seterusnya mempopularkan semula namanya.
Diskografi
LENGKAP AISHAH (menyenaraikan diskografi lengkap LP/CD/Kaset Aishah termasuk album yang memasukkan lagu baru dalam album kompilasinya sendiri ataupun dalam album kompilasi pelbagai artis)
Aishah mula diperkenalkan sebagai pendatang baru dalam dunia rakaman piring hitam melalui album solo Malek Riduzan vol 5 dengan menggunakan nama Natasha Aminah. Aishah telah diberi peluang berduet dengan penyanyi dangdut ternama Malek Ridzuan untuk dua buah lagu dangdut; 'Kau Tetap Ku Sayang' dan yang paling popular ialah lagu 'Mawar Putih Mawar Merah'.
Senarai lagu;
Gadis Berlesung Pipit
Album ini bukan sahaja mempopularkan nama Aishah & The Fan Club di New Zealand malah berjaya menembusi pasaran Amerika Syarikat. Kejayaan yang dicapai oleh Aishah sebagai penyanyi antarabangsa mula diperkatakan di tanahair.
Senarai lagu;
Sensation
Senarai lagu;
I Feel Love
Sebagai pendatang baru dalam
industri muzik tempatan, Aishah berjaya mencetus satu fenomena baru apabila
album solo studio pertamanya yang hanya menggunakan namanya sebagai tajuk album
mendapat sambutan luar biasa. Kesemua lagu
dari
album
ini mendapat sambutan hangat terutamanya lagu 'Janji Manismu', 'Camar
Yang Pulang', 'Kau Yang Istimewa' dan 'Menanti'.
Senarai lagu;
Janji Manismu
Album raya yang menyenaraikan lagu-lagu raya klasik rakaman semula dan dua buah lagu raya ciptaan baru nyanyian Aishah, 'Album raya yang menyenaraikan lagu-lagu raya klasik rakaman semula dan dua buah lagu raya ciptaan baru nyanyian Aishah, 'Setitik Cahaya Di Aidiflitri' dan 'Pulanglah'. Kedua lagu tersebut dicipta oleh Adam Ahmad dan lirik oleh Aishah sendiri. Senarai lagu;
Mohon Maaf Di Hari Lebaran (versi
Hikmah 'Tunas Mekar') (Ibnor Riza & Noraniza Idris)
Senarai lagu;
Kemaafan Dendam Yang Terindah
Senarai lagu;
Selanjur Bercinta
Album
raya yang menyenaraikan lagu-lagu raya klasik rakaman semula termasuk sebuah lagu
nyanyian Aishah, 'Lenggang Mak Limah'.
Senarai lagu;
Lenggang Mak Limah (versi
Halil Chik & Trio Manja) (Aishah)
Aishah menguji kemampuan vokalnya yang versatile dengan merakam semula 10 buah
lagu Melayu
klasik pelbagai retak untuk album KLASIK.
Senarai lagu;
Doa
Sandii Suzuki, penyanyi kelahiran negara matahari terbit ini berpeluang melahirkan album solo DI SINI ,,,
DREAM CATCHER untuk pasaran di Malaysia. Aishah telah diundang berduet
dengan Sandii Suzuki untuk lagu 'Di Sini'.
Senarai lagu;
Rindu (rap oleh Iwak)
Aishah muncul sebagai penyanyi undangan dalam album solo Dato' Shake SEBELUM KAU
untuk berduet dalam lagu 'Menjadi Satu'.
Senarai lagu;
Sebelum Kau
Album solo Aishah yang ke IV turut memuatkan semula lagu popular 'Janji Manismu' yang digubah semula oleh Azlan Abu Hassan.
Senarai lagu;
Cinta Beralih Arah
Album
kompilasi yang menyenaraikan lagu-lagu duet artis-artis Sony Music turut
menyelitkan sebuah lagu baru 'Kedamaian Alam' nyanyian Aishah bersama
dengan Kamal. Senarai lagu;
Kedamaian Alam (Aishah & Kamal) (lagu baru)
Album kompilasi ini turut memuatkan 2 buah lagu baru, 'Merenung Bulan' dan 'Biarlah Kau Pergi'. Senarai lagu;
Merenung Bulan (lagu baru)
Album ini merupakan album
studio pertama Aishah di bawah label EMI
dan Aishah telah diberi peluang menerbitkan sendiri
album tersebut. Aishah memilih muzik yang bereksperimentasi muzik etnik.
Senarai lagu;
Tiada Duka
Album kompilasi ini turut memuatkan 6 buah lagu rakaman semula lagu-lagu klasik
yang telah dirakam oleh Aishah sebelum meninggalkan Sony Music. Album ini
juga dikeluarkan untuk memberi saingan kepada album Aishah TIADA DUKA UNTUK APA
yang baru sahaja diedarkan oleh EMI.
Senarai lagu;
Kau Pergi Tanpa Pesan (lagu baru)
Album studio ini merupakan album studio ke 2 Aish ah di bawah label EMI dan menggunakan khidmat dua komposer terkenal Mac Chew dan Jenny Chin. Walaupun sebelumnya Aishah pernah berpeluang menerbitkan album sendiri tetapi untuk album ini, dia hanya mahu menumpukan sepenuh perhatian terhadap vokal dan mutu nyanyiannya sahaja. Masih mengekalkan konsep pop komersial dan telah memuatkan dua buah lagu lama yang dinyanyikan semula iaitu 'Superstar' yang dipopularkan oleh The Carpenters dan 'Tangisan Semalam' yang pernah dipopularkan oleh Uji Rashid.Senarai lagu;
Rela
Album kompilasi yang memuatkan lagu-lagu ciptaan P Ramlee yang dirakam oleh artis-artis EMI diterbitkan sempena 25 tahun pemergian P Ramlee turut menampilkan 2 buah lagu rakaman baru; 'Legenda 25' nyanyian Ella yang mana sebelumnya telah dipopularkan oleh Sheila Majid sebagai sebuah lagu tribute untuk P Ramlee dalam album studionya LEGENDA (EMI, 1990). Sebuah lagi lagu rakaman baru iaitu 'Airmata Di Kuala Lumpur' yang merupakan lagu ciptaan terakhir allahyarham sebelum meninggal dunia pada 29 Mei 1973 yang dipopularkan oleh Saloma kini diberi nafas baru oleh Aishah. Senarai lagu; Legenda 25 (Ella) (lagu baru) ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() 'Airmata Di Kuala Lumpur' kemudiannya dimuatkan semula dalam album raya solo Aishah PULANGLAH PERANTAU.
Album kompilasi GEMPAQ RAYA turut memuatkan 3 buah lagu raya rakaman baru; 'Kepulangan Yang Di Nanti' (Fauziah Latiff), 'Di Ambang Syawal' (Rabbani) dan sebuah lagi nyanyian Aishah 'Senandung Lebaran '.Senarai lagu;
Takbir Raya (Harakat Madani)
'Senandung Lebaran' kemudiannya dimuatkan semula dalam album raya solo Aishah PULANGLAH PERANTAU (EMI, 2000). 'Senandung Lebaran' juga dirakam semula oleh Sharifah Aini untuk album studio raya beliau, DARI JAUH KU POHON MAAF (EMI, 1999)
Album raya solo Aishah yang kontroversi ini walaupun telahpun sempurna penerbitannya pada penghujung tahun 1998 tetapi ia hanya memasuki pasaran pawa awal tahun 2000. Ada dua buah lagu raya ciptaan baru, 'Pulanglah Perantau' dan 'Senandung Lebaran' dan lain-lain adalah lagu raya malar segar yang diberi nafas baru. Turut dimuatkan 2 buah lagu pop rakaman semula, 'Tangisan Semalam' (oa Uji Rashid) dan 'Airmata Di Kuala Lumpur' (oa Saloma) yang diambil dari album solo Aishah TIADA AKHIRNYA dan album kompilasi pelbagai artis P RAMLEE: 25 TAHUN TANPAMU (1973-1998) '. Senarai lagu;
Pulanglah Perantau
Senarai lagu;
Janji Manismu (Aishah)
Senarai lagu;
Sekadar Di Pinggiran (Fran)
Single 'Senandung Sayang' ciptaan M Nasir dan lirik oleh Seth adalah lagu yang dipetik dari filem animasi PUTIH arahan Rashid Sibir. PUTIH sebuah karya filem yang diadaptasi dari cerita rakyat 'Bawang Putih Bawang Merah' terbitan Fine Animation (M) Sdn Bhd. Antara pelakon-pelakon yang digunakan suara mereka untuk filem animasi ini ialah M Nasir & Erra Fazira. 'Senandung Sayang' kemudiannya dimuatkan semula dalam CD kompilasi M Nasir, MENTERA SEMERAH PADI (Warner, 2003)
Senarai lagu;
Janji Manismu
Album raya yang menyenaraikan lagu-lagu rakaman baru termasuk 2 buah lagu ciptaan baru dan selebihnya adalah lagu-lagu raya malar segar yang diberi nafas baru. Aishah telah merakamkan semula 2 buah lagu raya klasik, 'Hari Yang Mulia' (oa Sharifah Aini) dan 'Hari Raya' (oa Zalifah Ibrahim & M Shariff), manakala 'Lebaran Mulia' dinyanyikan oleh Aishah bersama Ramlah Ram, Nora, Kamal & Jai. Senarai lagu;
Lebaran Mulia (Aishah, Ramlah
Ram, Nora, Kamal & Jai)
Setelah lama menyepi tanpa sebarang lagu baru, Aishah menggegarkan dunia muzik tanahair dengan lagu 'Melukut Di Tepi Gantang' yang dimuatkan dalam album kompilasi pelbagai artis SEHATI SEJIWA. Lagu ini bertambah popular apabila dijadikan lagu tema untuk teledrama SEPUTIH QASEH RAMADAN (TV3). Selain 'Melukut Di Tepi Gantang' Aishah juga muncul untuk dua buah lagu, 'Tiada Lagi Tangisan' (oa Misha Omar) dan 'Berikan Harapan'. Senarai lagu;
Tiada
Lagi Tangisan (Aishah)
Senarai lagu; CD1: Janji Manismu![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
CD2:
Syurga Di Telapak Kaki Ibu
Kerana populariti lagu 'Melukut
Di Tepi Gantang', nama Aishah kembali menjadi sebutan dan mendatangkan tuah
kepada Aishah apabila syarikat rakaman lamanya Sony memberi peluang beliau untuk
muncul dalam album baru KURNIA. Album ini turut memuatkan 3 buah lagu
nyanyian Aishah yang
diambil dari album kompilasi pelbagai artis SEHATI SEJIWA termasuk lagu hit 'Melukut
Di Tepi Gantang'.
Senarai lagu;
Kurnia
Sebuah lagu klasik 'Rindu Lukisan' karya Ismail Marzuki kemudiannya digubah semula oleh Composed Poetry. Composed Poetry telah memasukkan lirik baru ala rap tetapi dipersembahkan dalam mood santai kemudian diselang selikan dengan vokal Aishah yang menyanyikan lirik asal lagu 'Rindu Lukisan'. Single 'Rindu Lukisan' belum di muatkan dalam mana-mana album/kompilasi Aishah ataupun album kompilasi pelbagai artis.
Album
kompilasi yang menghimpunkan lagu lagu hit penyanyi sensasi dekad 90'an, Aishah
& Ramlah Ram.
Senarai lagu;
Doa
(Aishah)
Album
kompilasi bergenre Pop Melayu Asli turut menampilkan sebuah lagu baru 'Akhirnya
Kita Bersua' nyanyian Aishah bersama Herman Tino.
Senarai lagu;
CD1:
Serampang Laut (Sharifah AIni
& Herman Tino)
CD2:
Mengapa Di Kenang Mengapa Di
Fikir (Herman Tino)
Single 'Yang Ada Hanya Kenangan' merupakan ciptaan Azlan Abu Hassan dan
lirik oleh Habsah Hassan belum di muatkan dalam mana-mana album/kompilasi
Aishah ataupun album kompilasi pelbagai artis.
Pada September 2022 'Yang Ada Hanya Kenangan' versi remix telah
dterbitkan.
Album
kompilasi ini menggabungkan dua nama besar dalam muzik tanahair, Sharifah Aini
dan Aishah khususnya dalam membawa lagu-lagu irama keMelayuan
Senarai lagu;
CD1
Aishah:
Ubekkan Denai
CD2
Sharifah Aini:
Dondang
Sayang
Senarai lagu;
Janji Manismu
ANAK merupakan album Aishah
yang konsep lagunya amat berbeza dari album-album beliau sebelumnya kerana lebih
bersifat kerohanian, Aishah hanya mengalunkan 2 buah lagu, 'Anak'
dan 'Ayuhai Anak' manakala yang lainnya adalah lantunan vokal merdu
Aishah mengalunkan alunan zikir dan doa.
Senarai lagu;
Anak
Album
kompilasi lagu raya ini turut memuatkan sebuah lagu raya ciptaan baru 'Kembali
Berhari Raya'. Lagu ini hasil karya Adam Ahmad & Aishah.
Senarai lagu;
Takbir Raya
Senarai lagu; CD1 Saloma: Mengapa Di Rindu![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() CD2 Rafeah Buang: Bisikan Hati![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() CD3 Anita Sarawak: Lodeh Mak Lodeh![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() CD4 Sharifah Aini: Kuda Ku Lari![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
CD5 Sheila
Majid:
Sinaran
CD6
Aishah:
Janji Manismu
Senarai lagu;
CD1:
Janji Manismu
CD2:
Kemaafan Dendam Yang
Terindah
Sekali
lagi Sony Music mengeluarkan album koleksi gabungan Aishah dan Shima.
Sebelumnya album kompilasi mereka berdua telah diterbitkan pada tahun 2000
dengan tajuk ALUNAN SENSASI.
Senarai lagu;
CD1
Aishah: Janji Manismu
CD2
Shima: Teringin
Senarai lagu;
CD1:
Janji Manismu
CD2:
Camar Yang Pulang
Senarai lagu;
CD1:
Janji Manismu
CD2:
Cinta Beralih Arah
Senarai lagu;
CD1:
CD2
Senarai lagu;
CD1
Aishah: Janji Manismu
CD2
Ziana Zain: Madah Berhelah
Single 'Malar' karya penuh Hazami belum di muatkan dalam mana-mana album/kompilasi Aishah ataupun album kompilasi pelbagai artis.
Single 'Ketentuan Takdir' adalah ciptaan Chevy Amry dan lirik oleh Habsah
Hassan belum di muatkan dalam mana-mana album/kompilasi Aishah ataupun album kompilasi pelbagai artis.
Single 'Dia' merupakan ciptaan Chevy Amry dan lirik oleh Aishah belum di muatkan dalam mana-mana album/kompilasi Aishah ataupun album kompilasi pelbagai artis.
Meminati allahyarham Datuk Sharifah Aini membuatkan penyanyi
Aishah berminat untuk menyanyikan semula lagu 'Di Pinggir
Kayangan' dengan nafas baharu. 'Di Pinggir Kayangan'
sebuah lagu berirama ghazal yang mempunyai lenggok kemelayuan
yang sangat merdu merupakan karya Raja Kobat untuk dinyanyikan
oleh pendatang baru, Norma Kadir untuk album SENANDUNG EMPAT
SUARA (1983). Aishah membawa lagu versi Sharifah Aini ini
dengan cara tersendiri selain ada beberapa perubahan pada corak
nyanyian.
Sebuah lagu malar sengar yang jalan ceritanya sangat sayu
didengar merupakan lagu ciptaan komposer Ibrahim Bachik dan
lirik oleh Rosli
Hj Yusoff. 'Di Sebut Jangan Dikenang Jangan'
merupakan lagu asal penyanyi Rafeah Buang yang dirakam pada
tahun 1968.
Single 'Taman Keabadian' merupakan sebuah karya
balada penuh emosi hasil ciptaan komposer muda, Senna.
Lagu ini dicipta khusus buat Aishah kerana komposer tersebut
berkeyakinan penyanyi berjiwa besar itu mampu menyampaikan makna
sebenar karya berkenaan.
Lirik menyentuh hati, 'Taman Keabadian'
membawa pendengar menyusuri tema kehilangan, kerinduan dan
harapan untuk bertemu semula insan tersayang di alam abadi.
NOTA: Kebanyakan single yang diterbit dan diedarkan adalah dalam format
'digital platform'. |