Saya sedang berusaha
untuk menambah playlist Sharifah Aini dalam beberapa kategori
/ tema yang berlainan. Sementara menunggu playlist terbaru,
sila nikmati playlist Sharifah Aini
'Seraut Wajah Semerdu Suara' yang sedia ada. Semoga terhibur.
(Kesemua playlist hanyalah
untuk di 'streaming' sahaja.)
SEMALAM,
KINI & ESOK: BIDUANITA
3S vol 2
(Koleksi
Lagu Irama Malaysia Nyanyian
Sharifah Aini,
Saloma &
Siti
Nurhaliza)
(Pertama kali
diperdengarka
n
1 Oktober
2011)
Pangkal nama 'S' seakan memberi tuah kepada ketiga-tiga penyanyi
tersohor ini untuk menguasai persada seni tanahair dalam
jangkawaktu yang panjang. Siapa yang tidak kenal Saloma, Sharifah Aini &
Siti Nurhaliza. Ketiga-tiganya mempunyai aura tersendiri
dan begitu perkasa mengharungi arus
perjalanan muzik tanahair yang tidak ketentuan ini tetapi
mempunyai misi yang sama untuk memartabatkan lagu-lagu Melayu ke
landasan yang sewajarnya. Kejayaan dan pengiktirafan yang diterima oleh mereka sudah cukup
untuk mengangkat mereka sebagai khazanah yang paling berharga
dalam sejarah industri muzik tanahair. Aset mereka bukan sahaja
bergantung kepada vokal yang hebat tetapi lengkap dengan pakej sebagai
seorang Biduanita yang versatile. Mereka mampu melagukan pelbagai 'genre' lagu
dan mampu menghiburkan khalayak peminat. Mungkin
ini adalah salah satu sebab mereka boleh menguasai
industri muzik tanahair dalam tempoh yang agak lama. Anda
tidak boleh menafikan kehebatan mereka malah kehadiran mereka
telah memberi impak yang besar terhadap dunia muzik tanahair.
Amat tidak adil jika kita cuba memperbandingkan kemampuan mereka
sesama sendiri atapun mengistilahkan Sharifah Aini adalah
pengganti Saloma atapun Siti Nurhaliza bakal menggantikan
Sharifah Aini. Ini kerana mereka adalah wakil daripada
setiap zaman yang berbeza dan mempunyai kelompok peminat yang tersendiri.
Saloma telah
diiktiraf sebagai BIDUAN NEGARA, pengiktirafan Sharifah Aini
sebagai BIDUANITA NEGARA juga tiada siapa yang boleh
menafikannya dan Biduanita Muda Siti Nurhaliza juga pasti akan
diiktiraf suatu masa nanti, kerana kita juga tidak boleh
menolak ketokohan dan ke'versatile'an beliau sebagai artis masa
kini yang sukar ditandingi oleh penyanyi sezamannya. Saya juga tidak mahu memperkatakan kehebatan mereka secara individu
kerana sejarah hiburan tanahair telah cukup mezahirkan mereka sebagai
yang terbaik.
Dengarkan
playlist istimewa sebahagian lagi lagu-lagu Irama Malaysia pelbagai rentak
alunan BIDUANITA 3S, Saloma (yang pernah dipuja), Sharifah Aini (tetap dipuja untuk 4
dekad) dan Siti Nurhaliza (yang dipuja hari ini). Pastinya
mereka adalah kebanggaan negara.
Senarai lagu:
Kain Songket
(Saloma)
(1975, M Sidin)
Badai Mimpi (Sharifah
Aini) (1988, A Ali/Lukhman S)
Joget Kasih Tak
Sudah (Siti
Nurhaliza)
(1999, S Atan /Nurul Asyiqin)
Yayadan (Sharifah
Aini) (1998, Pak Ngah / Hairul Anuar
Harun)
Lela Manja (Siti
Nurhaliza)
(1997, Tradisional)
Bunga Tanjung
(Saloma) (1964, Tradisional
/ S Sudarmaji)
Jalak Lenteng
(Sharifah
Aini) (1983, Tradisional)
Walinong Sari (Siti
Nurhaliza)
(1999, Copyright Control)
Awang Mendung Telah Tiba
(Saloma)
(1966, P Ramlee)
Burung Putih (Sharifah
Aini) (1984, Tradisional)
Balqis (Siti
Nurhaliza)
(1999, Pak Ngah / Hairul Anuar
Harun)
Dengar lain-lain
PLAYLIST koleksi pelbagai lagu Irama Malaysia nyanyian Saloma,
Sharifah Aini & Siti Nurhaliza:
(semua lagu di laman web ini
adalah Hak Cipta Terpelihara. Penggunaanya di laman ini sekadar
untuk hiburan semata-mata tanpa mengambil sebarang keuntungan
daripadanya. Sila sokong artis yang anda gemari dengan membeli CD
original)