Playlist Seraut Wajah Semerdu Suara Sharifah Aini

Saya sedang berusaha untuk menambah playlist Sharifah Aini dalam beberapa kategori / tema yang berlainan.  Sementara menunggu playlist terbaru, sila nikmati playlist Sharifah Aini 'Seraut Wajah Semerdu Suara' yang sedia ada.  Semoga terhibur.

(Kesemua playlist hanyalah untuk di 'streaming' sahaja.)

Dengar Playlist Lagu Pelbagai Genre & Tema Persembahan Vokal Merdu Sharifah AiniDengar Playlist Lagu Lagu Sharifah Aini Hasil Nukilan Karyawan MalaysiaDengar Playlist Lagu Tradisional & Pelbagai Irama KeMelayuan 4 Dekad Persembahan Vokal Merdu Sharifah AiniDengar Playlist Lagu Cover Version Persembahan Vokal Merdu Sharifah AiniDengar Playlist Lagu Terbaik Persembahan 3 Biduanita Tersohor Negara, Sharifah Aini, Saloma & Siti NurhalizaDengar Playlist Lagu Balada 4 Dekad Persembahan Vokal Merdu Sharifah AiniDengar Playlist Lagu Raya & Santapan Rohani Persembahan Vokal Merdu Sharifah AiniDengar Playlist Lagu Yang Liriknya Nukilan Sharifah AiniPlaylist IRAMA DARI SEBERANG (Sharifah Aini)

DUET SHARIFAH AINI BERSAMA ...

(Seleksi 24 Lagu-Lagu Duet Sharifah Aini Bersama Pelbagai Artis)

(Pertama kali diperdengarkan 1 Januari 2026)

Sharifah Aini, Biduanita Negara telah merakamkan pelbagai lagu duet sepanjang kerjaya muziknya.  Duet beliau melibatkan kerjasama dengan artis tempatan dan antarabangsa merangkumi pelbagai genre muzik dari pop Melayu klasik hingga lagu Inggeris.

Pasangan duet pertama yang kerap bekerjasama dengan beliau ialah M Sani.  Mereka menghasilkan 2 EP (kesemuanya lapan buah lagu) dan terkenal dengan lagu popular antaranya, Pasangan Bahagia, Mengapa Riang Ria, Adat Lama Jangan Di Lupa, Dapat Sudah Tempat Bermanja dan Jangan Adik Angan Angan.

Pada tahun 1976, Sharifah Aini telah dipertemukan dengan Broery Marantika, penyanyi terhangat dari negara Indonesia untuk menjadi pasangan lakonannya dalam filem sulungnya, HAPUSLAH AIRMATAMU.  Mereka turut terlibat menghasilkan lagu-lagu untuk album runut filem tersebut.  Nama mereka yang cukup gah ketika itu dan gandingan vokal yang mantap membuatkan dua lagu duet mereka, Seiring Jalan dan Perasaan Hati mendapat sambutan hebat dan menjadi malar segar hingga ke hari ini.

Sharifah Aini juga pernah berduet dengan Mona Richardson, penyanyi antarabangsa kelahiran Amerika untuk lagu hit antarabangsa, Reunited nyanyian asal Peaches & Herb yang dirakam untuk album Inggeris keduanya iaitu JUST FOR YOU.

Latiff Ibrahim digandingkan sebagai pasangan duet Sharifah Aini dipenghujung 70'an bagi menghasilkan album runut filem, SUMBER ILHAMKU (1979).  Mereka juga turut terlibat sebagai pelakon utama.  Lagu duet mereka turut popular iaitu Duniaku Duniamu dan Dunia Cintaku.  Mereka juga menjadi pasangan duet yang serasi tetapi mungkin kerana berlainan label syarikat rakaman, mereka tidak pernah dipertemukan dalam mana-mana album selepas kejayaan lagu lagu tersebut.

Untuk projek istimewa rakaman lagu-lagu deli dan tradisional, Sharifah Aini telah dipertemukan pula dengan pasangan duet terbarunya iaitu Herman Tino (pendatang baru yang belum menghasilkan apa-apa album ketika itu) dan Sudirman untuk album trilogi Deli (ALBUM MELAYU DELI vol I & II dan DELI AIDIFLITRI).  Album tersebut walaupun berkonsep Deli & Tradisional tetapi cukup laris di pasaran dan lagu duet nyanyian mereka turut popular seperti Serampang Laut dan Mak Inang Melayu.

Penyanyi dari Singapura, Ali Ahmad Anwar menjadi pasangan duet Sharifah Aini yang seterusnya.  Ali Ahmad diundang berduet dengan Sharifah Aini untuk lagu, Endless Love nyanyian asal Diana Ross & Lionel Richie yang merupakan lagu rakaman baru Sharifah Aini yang dimuatkan dalam album kompilasi Inggeris pertama Sharifah Aini COLLECTION PLUS 2 (1982).  Mereka kemudian dipertemukan semula dalam album tribute untuk allahyarham P Ramlee ABADI DALAM SANJUNGAN (1983) untuk lagu Melayu klasik, Gelora.

Untuk album Inggeris, HE IS BEAUTIFUL TO ME, Sharifah Aini telah berduet dengan penyanyi dari Singapura, Joe Chandran yang juga merupakan seorang penyanyi kelab malam terkenal di Singapura dan di awal 70an merupakan vokalis utama kumpulan pop rock Singapura, The Xperiment.  Sharifah Aini dan Joe Chandran berduet untuk dua buah lagu, You And I dan With You I'm Born Again.

Sharifah Aini kemudiannya bergandingan pula dengan Ignatius yang merupakan vokalis utama kumpulan Sweet September iaitu sebuah kumpulan yang sedang mencipta kepopularan ketika itu.  Mereka merakam dua buah lagu duet yang turut popular iaitu Kau Datang dan lagu saduran Kirimkan Kasihmu (lagu ini popular di radio Singapura) yang dimuatkan dalam album solo Sharifah Aini, IRAMA DARI SEKEPING HATI (1983).

Pasangan duet terakhir Sharifah Aini adalah Seniman Negara, SM Salim untuk album duet istimewa SM Salim, SEKARANG DAH JADI.  Mereka berduet untuk sebuah lagu klasik, Biar Ku Pergi.

Diperdengarkan playlist DUET SHARIFAH AINI BERSAMA ... yang merupakan sebahagian besar daripada lagu-lagu duet Sharifah Aini dengan pelbagai artis.  Juga disenaraikan lagu-lagu Sharifah Aini yang turut menampilkan artis-artis lain tetapi mereka hanya muncul untuk bait yang ringkas seperti M Nasir untuk lagu Sabarlah Sayang dan A Kadir untuk lagu Manis Manis.  Manakala Sharifah Aini juga pernah muncul sekejap saja untuk lagu, Yaladan nyanyian Fadzil Ahmad dan bait ringkas tetapi berulang untuk lagu, You bersama Too Phat dan.  Hail Amir juga pernah menjadi pasangan duet Sharifah Aini untuk satu-satunya lagu iaitu lagu raya, Bisikan Hati Di Pagi Raya (1977).



Senarai lagu:

  Perasaan Hati (duet Broery Marantika) 
      (1976, Ahmad Nawab / Sharifah Aini)

  Pasangan Bahagia (duet M Sani)  
      (1974, Ahmad Nawab / Sharifah Aini)

  Dunia Cintaku (duet Latiff Ibrahim)    
      (1979, Ahmad Nawab / Rahmat Zaki)

  Gelora (duet Ali Ahmad Anwar)    
      (1983, P Ramlee / S Sudarmaji)

  Kirimkan Kasihmu (duet Ignatius 'Sweet September') 
      (1983, Johnny Edward & Sue Edward / Sharifah Aini)

  Serampang Laut (duet Herman Tino)    
      (1982, Tradisional)

  With You I'm Born Again (duet Joe Chandran)    
      (1984, David Shire / Carol Connors)

  Biar Ku Pergi (duet SM Salim)    
      (2003, SM Salim)

  Mak Inang Melayu (duet Sudirman)    
      (1983, Tradisional)

  Seiring Jalan (duet Broery Marantika)    
      (1976, Ahmad Nawab / Sharifah Aini)

  Adat Lama Jangan Di Lupa (duet M Sani) 
      (1973, Ahmad Nawab / Abdullah Haron )

  Duniaku Duniamu (duet Latiff Ibrahim)    
      (1979, Ahmad Nawab / Rahmat Zaki)

  Endless Love (duet Ali Ahmad Anwar)    
      (1982, Lionel Richie)

  Kau Datang (duet Ignatius 'Sweet September') 
      (1983, S Atan / Sharifah Aini)

  Cik Minah Sayang (duet Herman Tino)
      (1983, Tradisional)

  You And I (duet Joe Chandran) 
      (1984, Frank Myers)

  Di Alam Fana Cintamu (duet Shamrin 'Fotograf')    
      (1997, Fauzi Marzuki / Zurain)

  Reunited (duet Mona Richardson)    
      (1980, Dino Fekaris / Frederick J Perren)

  Tudung Saji (duet Sudirman)
      (1984, Tradisional / Eunosasah)

  Bisikan Hati Di Pagi Raya (duet Hail Amir)    
      (1977, Ahmad Nawab / Sharifah Aini)

Bonus Track:

  Sabarlah Sayang (Sharifah Aini menampilkan M Nasir)    
      (1987, M Nasir / Siso)

  Manis Manis (Sharifah Aini menampilkan A Kadir)    
      (1975, Benny & Stig Anderson / Bjรถrn Ulvaeus / Sharifah Aini)

  Yaladan (Fadzil Ahmad menampilkan Sharifah Aini)    
      (2000, Fadzil Ahmad)

  You (Too Phat menampilkan Sharifah Aini)    
      (2001, Too Phat / Haze)

(semua lagu di laman web ini adalah Hak Cipta Terpelihara.  Penggunaanya di laman ini sekadar untuk hiburan semata-mata tanpa mengambil sebarang keuntungan daripadanya.  Sila sokong artis yang anda gemari dengan membeli CD original)