Saya sedang berusaha
untuk menambah playlist Sharifah Aini dalam beberapa kategori
/ tema yang berlainan. Sementara menunggu playlist terbaru,
sila nikmati playlist Sharifah Aini
'Seraut Wajah Semerdu Suara' yang sedia ada. Semoga terhibur.
(Kesemua playlist hanyalah
untuk di 'streaming' sahaja.)
DARIPADA
MATA PENA ... SHARIFAH AINI
(Koleksi 16
Lirik Lagu Nukilan Sharifah Aini)
(Pertama kali
diperdengarkan 11 April 2008
@ dikemaskini 1 April 2014)
Selain
mempunyai vokal yang hebat lagi unik, Sharifah Aini juga
berbakat sebagai penulis lirik. Lirik pertama nukilan
beliau yang dirakamkan ialah Jasa Ninda yang dimuatkan dalam
EP sulungnya SERI DEWI MALAM (1970). Lirik ini khas
dedikasi kepada ninda beliau yang telah memelihara beliau sejak
kecil lagi. Sejak itu, Sharifah Aini terus aktif menulis
lirik untuk albumnya sendiri (termasuk lagu-lagu saduran),
tetapi kolaborasi beliau dengan penggubah dan pencipta Ahmad
Nawab (1975-1978) dikira paling serasi. Maka terhasillah
banyak lagu-lagu hebat dan malar segar. Manakala 'onak-duri'
perjalanan dunia seninya diterjemahkan melalui lagu Rintihan
Hati Pejuang Seni (1979). Penulisan lirik lagu
nukilan Sharifah Aini juga verstile, bukan sahaja bertema cinta tetapi
juga mengandungi unsur nasihat dan kemanusiaan dan keTuhanan. Bagaimanapun
di era 90 dan terkini, beliau tidak lagi berkarya seaktif
sebelumnya.
Tahukah
anda, Sharifah Aini juga pernah mencipta lagu? Setakat ini
hanya 2 buah lagu yang dihasilkan beliau, Siapa Yang Sudi
Padaku (1983) dan Ku Tak Ingin (Bercinta Lagi) (1984). Bagaimanapun lagu-lagu tersebut kurang menonjol. Sharifah
Aini juga ada menulis lirik lagu saduran untuk Uji Rashid, Kau Milik Hatiku dan
Di Manakah Dia, manakala Biduan Ahmad Jais, Seloka Kasih dan kumpulan Carefree, Anak.
Diperdengarkan playlist
DARIPADA
MATA PENA ... sharifah aini
yang merupakan sebahagian daripada himpunan lirk lagu terbaik
nukilan Sharifah Aini.
Senarai lagu:
Rintihan Hati
Pejuang Seni (1979, S Atan)
Tiada Maaf Bagimu (1978,
Ahmad Nawab)
Jasa Ninda (1970, Kassim Masdor)
Hapuslah Airmatamu
(OST) (1976,
Ahmad Nawab)
Engkau Pendusta (1979,
S Atan)
Aku Dan Malam (1984,
S Atan)
Pengorbanan (1976,
Ahmad Nawab)
Di Manakah Dia
(nyanyian Uji Rashid) (1975,
Copyright Control)
Ke Mana Ku Kan Pergi (1974,
Copyright Control)
Cinta Dan Rumahtangga (1980, Abbas Bakar)
Ku Tak Ingin (Bercinta
Lagi) (1983,
Sharifah Aini)
Inikah Balasannya (1974,
Copyright Control)
Ku Masih Menyintainya (2003,
Bob Khalil)
Kisah Yang Lalu (1975,
Ahmad Nawab)
Rahsia Tangisanku (1980, Copyright Control)
Anak
(nyanyian kumpulan Carefree) (1979,
Copyright Control)
(semua lagu di laman web ini
adalah Hak Cipta Terpelihara. Penggunaanya di laman ini sekadar
untuk hiburan semata-mata tanpa mengambil sebarang keuntungan
daripadanya. Sila sokong artis yang anda gemari dengan membeli CD
original)