SHARIFAH AINI
1953-2014
AL
FATIHAH
ditujukan khas untuk
Allahyarham Datuk Sharifah Aini, Biduanita Negara yang
amat dikasihi yang telah berpulang menemui Ilahi pada 5 Julai 2014.
Permata seni negara yang banyak berjasa ini telah meninggalkan impak dan
legasi seni yang besar terhadap industri muzik tanahair. Terlalu
mengimpikan untuk menjadi penyanyi ternama. Dengan kesungguhan dan
komitment yang tinggi, pengorbanan yang beliau curahkan terhadap kerjaya
seni ini tidak sia-sia kerana Sharifah Aini adalah 'jenama hebat' yang tiada tolok bandingan.
Lebih 4 dekad dalam industri muzik tempatan
(1970-2014) merupakan satu tempoh masa yang
cukup panjang tetapi beliau mampu mempertahankannya sehingga ke akhir
hayatnya. Tiga faktor ini mungkin antara penyebab Ratu Seni
Suara ini mampu bertahan
�
berbakat besar, kental menempuh cabaran sebagai anak seni terutama yang
pahit dan tidak jemu mempertingkatkan diri.
Perjalanan dan
rentetan dunia seninya (dapat dibaca melalui
koleksi Arkib Artikel)
adalah evolusi dan transformasi industri muzik tanahair. Kegiatan
seninya bermula setelah berjaya mendapat tempat ketiga 'Johan 69'
pertandingan nyanyian anjuran RTS
(Radio Televisyen Singapura, kini
dikenali sebagai TV MediaCorp).
Dari seorang gadis yang tinggi lampai yang berambut 'ponytail' dalam
pertandingan tersebut beliau telah dilamar syarikat EMI Singapura untuk
menjadi artis piringhitam dibawah bimbingan komposer ternama ketika itu, Kassim
Masdor. Maka lahirnya EP sulung Sharifah Aini, SERI DEWI MALAM
pada tahun 1970 yang telah mengangkatnya sebagai bintang baru yang
mempunyai masa depan yang cerah. Sambutan awal terhadap albumnya
adalah sederhana kerana masih dibayangi dengan bintang besar ketika itu
seperti Rafeah Buang, Sanisah Huri, Kartina Dahari, Anita Sarawak dan
Sarena Hahsim. Namanya mula mengharum dan meniti ke kemuncak
apabila album-albumnya mula diterbitkan oleh komposer Ahmad Nawab
sekitar tahun 1974-1978.
Showmanship yang sederhana menjadikan dia sebagai tarikan yang sesuai
untuk ditonton semua lapisan masyarakat dan lagu-lagunya kekal relevan
untuk diminati sepanjang zaman. Tidak dinafikan aset utama
Sharifah Aini adalah vokal merdu yang dimilkinya. Jadi apabila
album-album beliau yang diterbitkan oleh komposer lain selepas
penghijrahan Ahmad Nawab ke syarikat rakaman lain langsung tidak
menjejas populariti Sharifah Aini berbanding kebanyakan artis yang akan
gagal apabila album mereka bertukar tangan dengan komposer lain.
Malah album beliau pada tahun 1979-1984 terbitan S Atan terus
mengkukuhkan namanya sebagai artis yang amat diminati.
Bagaimanapun pada penghujung 80an dan awal 90an, Sharifah Aini
menyepi seketika apabila menghadapi pelbagai masalah peribadi termasuk kes samannya ke atas sebuah akhbar
berkenaan pertelingkahan beliau dengan ibunya, kes perceraian
perkahwinan keduanya
dan perisytiharan muflis ke atas dirinya. Tetapi pada tahun 1995,
Sharifah Aini membuat kejutan dan namanya menjadi sebutan semula apabila
konsert 3 malam berturut-turut SHARIFAH AINI BERSAMA ORKESTRA KUALA
LUMPUR dan album live daripada konsert tersebut SERAUT WAJAH SEMERDU
SUARA mendapat sambutan diluar dugaan. Bermula dari kejayaan ini,
Sharifah Aini terus sibuk dengan rakaman album baru,
persembahan eksklusif dan layanan kelas satu syarikat rakaman EMI
meraikan ulangtahun Sharifah Aini ke-30nya bersama EMI dan
pelancaran album CD endhanced SERIBU MAWAR di atas kapal persiaran mewah SuperStar
Virgo bersama peminat bertuah dan wartawan.
Sharifah Aini cukup
hebat kerana mampu menyempurnakan apa-apa saja genre muzik yang
diserahkan kepadanya termasuk irama keMelayuan/tradisional pelbagai
rentak seperti langgam, asli, zapin, inang, keroncong, joget, pop etnik,
dangdut
dan muzik kontemporari seperti
pop jazz, r&b, slow rock dan juga irama nasyid. Manakala lagu balada menjadi santapan wajib beliau dalam setiap rakaman
album untuk dinikmati oleh peminat setianya sehingga pernah digelar sebagai 'Ratu
Lagu-Lagu Cinta'.
Ramai rakan
seangkatannya yang telah menyepi manakala pendatang-pendatang baru yang
silih berganti 'datang dan pergi' tidak berjaya menenggelamkan
populariti beliau yang terus bertahan dalam kelas dan
liganya sendiri. Malah sehingga akhir hayatnya beliau masih
menerima undangan pertunjukan eksklusif. Jarang sekali (mungkin
tiada) penyanyi yang berusia 50/60 masih mendapat tempat utama dalam
industri muzik tempatan malah terus menerima layanan istimewa daripada
pelbagai pihak.
Beliau juga
merupakan satu-satunya artis yang dapat bertahan lama dalam sebuah
syarikat rakaman dan untuk itu namanya telah diabadikan didalam The Malaysian Book Of Records. EMI sebuah syarikat rakaman gergasi antarabangsa
telah mengikat beliau dalam tempoh yang panjang iaitu 37 tahun iaitu
sehingga penutupan operasi EMI di Malaysia. Malah di zaman
kemuncak, Sharifah Aini pernah digelar sebagai 'Anak
Emas EMI'
kerana layanan istimewa EMI terhadapnya. Mana mungkin jika tiada
faktor 'commercial value' dan aura tersendiri, EMI terus
menjadikannya sebagai aset yang cukup berharga. (Nota: EMI Malaysia
telah menutup pejabat dan menamatkan operasi di Malaysia pada
pertengahan 2008).
Sama ada kita suka atau tidak, kita tidak boleh mengubah sejarah.
N amanya sudah terpahat dalam persada muzik negara
dan sumbangan besar
beliau akan terus diingat dan dikenang. Beliau adalah penggiat seni tulin
yang ketika hayatnya dan sanggup mengenepikan
kehidupan peribadi demi seni yang amat dicintai. Amat wajar penyanyi tersohor negara kesayangan ramai ini diiktiraf
sebagai BIDUANITA NEGARA dan dianugerah gelaran 'Datuk'.
LAIN LAIN WEBSITE
daripada
carmahlms.com
untuk perkongsian bersama.
|
Anda boleh membaca artikel 'Dalam
Kenangan' Biduanita Negara Datuk Sharifah Aini yang telah disiarkan dalam akhbar dan
majalah setelah kepergian beliau pada 5 Julai 2014. Artikel-artikel ini
tidak pernah dimuat naik dalam website versi 2007-2014 dan TERKINI
dihimpunkan dalam koleksi
ARKIB ARTIKEL 4. |
DENGAR ...
playlist 'SHARIFAH
AINI MENYANYIKAN SEMULA LAGU LAGU HIT BROERY' (VERSI BROERY VS VERSI
SHARIFAH AINI) yang
menyenaraikan lagu lagu yang sama nyanyian kedua-dua penyanyi
tersohor tersebut iaitu lagu versi asal oleh Broery dan versi
rakaman semula oleh Sharifah Aini.
|
biodata professional allahyarham datuk sharifah aini
secara ringkas. |
|
Penglibatan Sharifah Aini dalam industri
perfileman tempatan hanya untuk 3 buah filem sahaja dan kesemuanya untuk
watak utama. Mula diperkenalkan dalam filem HAPUSLAH AIRMATAMU arahan M Amin, diikuti
SUMBER ILHAMKU dan BINTANG PUJAAN
(SUPERSTAR). Pencapaian dalam bidang lakonan boleh
dikatakan sederhana sahaja dan ternyata nama Sharifah Aini cukup berpengaruh apabila semua lakonan filemnya
sebagai bintang utama mendapat sambutan dan mencapai sasaran
pecah panggung. |
|
Penggiat seni industri
hiburan masa kini cukup beruntung kerana menerima pengiktiraf atas hasil
kerja seni mereka dari pelbagai penganjur majlis penganugerahan. Jika keadaan ini
berlaku di era tahun 70-80an saya amat yakin Sharifah Aini merupakan
penyanyi yang paling banyak menghimpun koleksi pelbagai anugerah.
Populariti yang dikecapi cukup membanggakan kerana sehingga hayatnya
namanya masih gah dan utuh di persada muzik tanahair. |
|
Autobiografi yang
ditulis dalam bahasa Inggeris telah dilancarkan pada pertengahan
September 2005 dibahagikan kepada dua bahagian utama. Bahagian pertama,
A TIME TO
SPEAK ditulis oleh Sharifah Aini
sendiri dalam usaha menjelaskan semua perkara yang pernah
dilaluinya bermula dari awal kerjaya nyanyiannya, jatuh bangunnya dan juga menjawab beberapa perkara yang pernah
menjadi
kontroversi. Bahagian kedua, The
55 Reasons Why
Sharifah Aini Was Not Lying ditulis
oleh 'Pakar Gerak Bahasa Badan', Jackson Yogarajah
berkenaan misteri disebalik serangan ke atas Sharifah Aini di Persiaran Damansara, di hadapan bangunan Sri Pentas TV3, 14
Oktober 2004. |
|
Bacaan al Quran oleh
Sharifah Aini yang dipetik dari album BUKAN CINTA BIASA dan
EDISI KHAS: KERANAMU RASULULLAH (Sempena Sambutan Maulidur Rasul
1430H, terbitan Jamiyah Singapura)
Surah
Al Baqarah (ayat 128) |
Surah Al Maidah (ayat 7) |
Surah Al Mu'minun (ayat 1-5) |
Surah
Al Fathir (ayat 3) |
Surah
Ar Rahman (ayat 25-30) |
Surah
Al Mulk (ayat 1-2) |
Surah Al Haaqah (ayat 40-43) |
Surah Al Qadr (ayat
1-5) |
Sedikit info
mengenai website
BIDUANITA SEPANJANG
ZAMAN SHARIFAH AINI (1953-2014).
Website ini
pernah muncul sekitar April 2007 tetapi ditamatkan pada 6 Julai 2014
atas menghormati kepergian allahyarham Datuk Sharifah Aini. Saya masih ingat
ketika pertamakali berlegar di alam siber sambutannya cukup hebat
sehingga banyak muncul blog dan website berkenaan Sharifah Aini
diwujudkan. Dan paling istimewa, sudah tentunya sapaan dan penghargaan
jutaan terima kasih Kak Pah kepada saya. Kini setelah 4 tahun
direhatkan, saya membuat keputusan untuk menerbitkan semula website ini
atas sumbangan dan jasa beliau yang perlu dihargai dan diingati walaupun saya tahu
akan ada maklumbalas pro dan kontra. Kandungan Website ini lebih
bersifat info dan ia mungkin berguna bagi generasi baru untuk
menjadikannya sebagai sumber rujukan (walapun ia masih serba
kekurangan).
Kepada peminat Sharifah Aini dan netizen yang ingin
berkongsi pandangan, artikel dan apa-apa saja mengenai Sharifah Aini
boleh hubungi saya melalui email:
carmahl@gmail.com.
Akhir Qalam, Terima
kasih.
Kamal Mohd Salleh
(Carmahl MS)
Admin
@ dikemaskini
1 Oktober 2024. |