Biodata Profesional  Datuk Sharifah Aini

 

Nama Penuh

Sharifah Aini bte Syed Jaafar

Tarikh Lahir

2 Julai 1953

Tarikh Meninggal Dunia

5 Julai 2014

Tempat Lahir

Singapura
Tetapi dibesarkan di Johor Bahru sejak berusia 5 bulan; merupakan anak kedua dari 8 adik beradik dan salah seorang daripadanya pernah aktif sebagai penyanyi rakaman, Sharifah Mona (saudara kandung berlainan ibu)

Kerjaya

Memulakan kerjaya pada tahun 1968 dan menjadi penyanyi profesional setelah mendapat tempat ketiga pertandingan 'Johan 1969' anjuran Radio & Televisyen Singapura (RTS, kini dikenali sebagai TV Mediacorp) dan terus dilamar oleh EMI Singapura untuk menjadi artis rakaman (1970)

Genre Muzik

(Melayu, Inggeris & Arab)

Pop, Balada, Soft Rock, Kontemporari, Pop Tradisional, Zapin, Ghazal, Deli, Asli, Irama Malaysia, Dangdut, Irama Klasik Melayu

Pengalaman (selain menyanyi)

  Juruhebah sambilan di RTM Johor Bahru

  Berlakon dalam drama TV bertajuk SESAT

  Pelakon utama filem Hapuslah Airmatamu (1976), Sumber Ilhamku (1980) & Bintang Pujaan (Superstar) (1982)

  Berlakon teater Kuala Lumpur, Kuala Lumpur

Pencapaian

Period dalam bidang seni 
(1968-2014, 46 tahun)

  98 buah album termasuk 7 buah album Inggeris

  Penyanyi Malaysia pertama berpeluang merakamkan album Inggeris

  Telah mengadakan lebih 3,715 pertunjukan amal di serata Malaysia

  Melibatkan lebih 7,600 syarikat profesional dalam mengadakan persembahan eksklusif, konsert mahupun persembahan tertutup di dalam negara dan luar negara seperti Indonesia (Jakarta), Brunei, Thailand (Bangkok), Filipina, Australia, Jepun, Korea, Taiwan, Turki, UAE (Dubai, Abu Dhabi), Kuwait, Bahrain, Hong Kong, Hawaii dan beberapa negara Eropah

  Kejayaan cemerlang (Sold Out Concert) konsert 3 malam berturut-turut, Sharifah Aini diiringi Orkestra Kuala Lumpur (seramai 75 pemuzik) di Dewan Badaraya Kuala Lumpur (17, 18 & 19 Nov 1995)

  Penyanyi Asia pertama yang telah diundang membuat konsert 'Legendary Voices in One Unforgettable Night' di dewan eksklusif Victoria Concert Hall pada 8 Februari 2000 dengan diiringi oleh 70 pemuzik Orkestra Simfoni Singapura (SSO).  Turut hadir Presiden Singapura dan ramai orang kenamaan

  Konsert Di Pinggir Kayangan (Sold Out Concert, 10 & 11 Jun 2000), mengulangi kejayaan Sharifah Aini yang pernah dibuat pada tahun 1995 - ditempat yang sama dan diiringi 75 pemuzik profesional Orkestra Kuala Lumpur.  Istimewanya konsert ini menampilkan lagu-lagu tradisional sahaja

  Mengadakan konsert di tempat berprestij di Panggung Sari, Istana Budaya.  'Konsert Simfoni Ghazal Johor Bersama Datuk Sharifah Aini' direalisasikan untuk memartabatkan lagu-lagu Ghazal dan Zapin.  Diadakan 4 malam berturut-turut bermula 5 September 2003 atas tajaan Yayasan Warisan Johor.  Orang kenamaan yang hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad dan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman

  Sejarah terpahat lagi apabila konsert 'Muzika Arabia' mendapat sambutan (3 malam berturut-turut).  Buat pertama kalinya Sharifah Aini berdendang lagu-lagu Arab sahaja kerana konsert kali ini dikhususkan untuk pelancong-pelancong Timur Tengah, tetamu khas dan penggemar-penggemar lagu-lagu Arab.

 

3 Projek Yang Dirancang Tapi Tak Kesampaian

  Projek pembikinan 2 album sekaligus 'Warisan Melayu dan Irama Terindah Malaysia' yang mengandungi 40 lagu.  Perancangan awal album ini akan diterbitkan oleh komposer S Atan.  Tetapi atas sebab tertentu projek tersebut bertukar tangan dan digalas pula oleh Ramli MS dan Pak Ngah.  Projek terlalu mengambil masa sehingga gagal direalisasikan

  Persembahan 'Malam Amal Bersama 3 Diva' yang menggabungkan Sharifah Aini bersama rakan seperjuangannya Uji Rashid & Khadijah Ibrahim telah ditangguhkan

  Menjadi artis rakaman KRU Records dan seterusnya akan menghasilkan album di bawah penerbitan komposer Edry Abdul Halim.