Playlist Seraut Wajah Semerdu Suara Sharifah Aini

Saya sedang berusaha untuk menambah playlist Sharifah Aini dalam beberapa kategori / tema yang berlainan.  Sementara menunggu playlist terbaru, sila nikmati playlist Sharifah Aini 'Seraut Wajah Semerdu Suara' yang sedia ada.  Semoga terhibur.

(Kesemua playlist hanyalah untuk di 'streaming' sahaja.)

Playlist DUET SHARIFAH AINI BERSAMA ... (2026)Dengar Playlist Lagu Pelbagai Genre & Tema Persembahan Vokal Merdu Sharifah AiniDengar Playlist Lagu Lagu Sharifah Aini Hasil Nukilan Karyawan MalaysiaDengar Playlist Lagu Tradisional & Pelbagai Irama KeMelayuan 4 Dekad Persembahan Vokal Merdu Sharifah AiniDengar Playlist Lagu Terbaik Persembahan 3 Biduanita Tersohor Negara, Sharifah Aini, Saloma & Siti NurhalizaDengar Playlist Lagu Balada 4 Dekad Persembahan Vokal Merdu Sharifah AiniDengar Playlist Lagu Raya & Santapan Rohani Persembahan Vokal Merdu Sharifah AiniDengar Playlist Lagu Yang Liriknya Nukilan Sharifah AiniPlaylist IRAMA DARI SEBERANG (Sharifah Aini)

SETANGKAI TAK SEBAU 3

('Cover Version' Versi Sharifah Aini vs Versi Internasional Pelbagai Bahasa)

(Pertama kali diperdengarkan 1 Mei 2026)

Playlist SETANGKAI TAK SEBAU 3 mengimbau sebahagian lagi rakaman lagu-lagu 'cover version' yang pernah dirakamkan oleh Biduanita Negara, Sharifah Aini.  Beliau memang terkenal dengan kemampuannya memberikan nafas baharu kepada lagu-lagu sedia ada, sama ada dari lagu Melayu klasik, lagu tradisional, mahapun lagu antarabangsa (Inggeris, Arab, Jepun, Hindi, Manadarin) yang diberikan lirik bahasa Melayu.  Sharifah Aini tidak sekadar menyanyi semula, tetapi memberikan interpretasi vokal yang penuh emosi sehingga lagu saduran itu sering dianggap sebagai 'milik' beliau oleh pendengar.  Malah jika tiada kecanggihan zaman siber, siapa yang boleh menyangka atau mengesan lagu-lagu tersebut adalah lagu saduran.  Kebanyakan lagu itu dirakam di bawah label EMI Music Singapura/Malaysia yang pada waktu itu memegang hak untuk banyak lagu antarabangsa bagi memudahkan proses adaptasi.  Dan pada ketika itu iaitu sekitar tahun 70an dan 80an, merakam semula lagu-lagu saduran ke bahasa Melayu bukan sesuatu yang 'asing'.

Kali ini Setangkai Tak Sebau vol 3 menyenaraikan dua buah lagu saduran istimewa iaitu Dekatlah Padaku dan Di Manakah Kau Kekasih yang pada awalnya tidak dapat dikesan lagu originalnya.  Dekatlah Padaku merupakan saduran daripada lagu Mandarin, Qing Si He Shui Liu Bu Jin dan Di Manakah Kau Kekasih merupakan saduran daripada lagu bahasa Tagalog, Tukso.  Lagu-lagu lainnya adalah lagu saduran Inggeris, Hindi dan Arab.  Masih ada beberapa lagi lagu saduran yang lagu asalnya belum dapat dikesan seperti Ku Pohon Keredhaanmu, Apa Kesudahannya, Lagu Kedamaian, Laguku Malam Ini, Kau Ku Sayang dan Tanpamu Ku Sepi.

Terima kasih ke atas Muzik Nusantara (sdr Hamlau) dan Azizah Yatim kerana berjaya mengesan lagu original Dekatlah Padaku dan Di Manakah Kau Kekasih.  Juga terima kasih sdr Shah Myra atas ihsan penggunaan gambar Sharifah Aini yang dijadikan sebagai artwork Playlist Setangkai Tak Sebau 3.



Senarai lagu:

  Di Manakah Kau Kekasih (Sharifah Aini)
     
(1985, lirik Haron Abdmajid)

  Tukso (Eva Eugenio)
      (1979, Rolly deAsis)

  Ke Mana Ku Kan Pergi (Sharifah Aini)
     
(1974, lirik Sharifah Aini)

  Mere Jeevan Saathi (Lata Mangeshkar)
      (1968, Naushad / Majrooh - film: Saathi)

  Dekatlah Padaku (Sharifah Aini)
      (1973, lirik Sharifah Aini)

  Qing Si He Shui Liu Bu Jin (Kong Lan Xun)

      (1972, Zuo Hong Yuan / Zhuang Nu)

  Ku Pergi Ke Mana Saja Kau Pergi (Sharifah Aini)
      (1979, lirik Sharifah Aini)

  I'll Go Where Your Music Take Me (Tina Charles) 
      (1977,
Biddu
)

  Manis Manis (Sharifah Aini featuring A Kadir)
      (1975, lirik Sharifah Aini)

  Honey Honey (Abba)
      (1974,
Benny Anderson / Stig Anderson / Bjorn Ulvaeus)

  Inilah Laguku (Sharifah Aini)
      (1978, lirik Sharifah Aini)

  This Is My Song (Petula Clark) 
      (1967, Charlie Chaplin
)

  Di Malam Pernikahan (Sharifah Aini)
      (1972, lirik Yusnor Ef)

  Nihna Wal Qamar Jiran (Fairuz)
      (1960,
Rahbani Brothers
)

  Dia Terlupa (Sharifah Aini)
      (
1973, lirik Sharifah Aini
)

  I'd Love You To Want Me (Lobo)  
    
(1972,
Lobo
)

  Ingatan Manis Di Bulan September (Sharifah Aini)
      (1973)

  Come September (Lulu)
      (1969, Don Black / Mark London)

Dengar lain-lain PLAYLIST koleksi lagu Internasional pelbagai bahasa yang
dirakam semula oleh Sharifah Aini dalam versi Melayu.

Playlist Setangkai Tak Sebau (Sharifah Aini)Playlist Setangkai Tak Sebau vol 2 (Sharifah Aini)

(semua lagu di laman web ini adalah Hak Cipta Terpelihara.  Penggunaanya di laman ini sekadar untuk hiburan semata-mata tanpa mengambil sebarang keuntungan daripadanya.  Sila sokong artis yang anda gemari dengan membeli CD original)