Playlist Seraut Wajah Semerdu Suara

Saya sedang berusaha untuk menambah playlist Sharifah Aini dalam beberapa kategori / tema yang berlainan.  Sementara menunggu playlist terbaru, sila nikmati playlist Sharifah Aini 'Seraut Wajah Semerdu Suara' yang sedia ada.  Semoga terhibur.

(Kesemua playlist hanyalah untuk di 'streaming' sahaja.)

Dengar Playlist Lagu Pelbagai Genre & Tema Persembahan Vokal Merdu Sharifah AiniDengar Playlist Lagu Lagu Sharifah Aini Hasil Nukilan Karyawan MalaysiaDengar Playlist Lagu Tradisional & Pelbagai Irama KeMelayuan 4 Dekad Persembahan Vokal Merdu Sharifah AiniDengar Playlist Lagu Cover Version Persembahan Vokal Merdu Sharifah AiniDengar Playlist Lagu Terbaik Persembahan 3 Biduanita Tersohor Negara, Sharifah Aini, Saloma & Siti NurhalizaDengar Playlist Lagu Balada 4 Dekad Persembahan Vokal Merdu Sharifah AiniDengar Playlist Lagu Yang Liriknya Nukilan Sharifah AiniPlaylist IRAMA DARI SEBERANG (Sharifah Aini)

MINAL AIDIL WAL FAIZIN

(Koleksi Lagu Lagu Raya Pujaan Sepanjang Zaman Sharifah Aini)

(Pertama kali diperdengarkan 17 September 2008)

Sharifah Aini merupakan penyanyi solo kedua yang berpeluang melahirkan album studio yang kesemuanya mengandungi lagu-lagu raya (sebelum ini Wann telah muncul dengan album penuh lagu raya klasik rakaman semula, 1993).  Album yang diberi tajuk Pilihan Klasik Aidilfitri (1997) cukup berjaya di pasaran apabila lagu 'Nostalgia Aidilfitri' ciptaan Pak Ngah mendapat sambutan hebat dan kini menjadi salah satu lagu raya malar segar.  Untuk siri edaran semula, album ini telah ditukar tajuk kepada Nostalgia Aidilfitri dan sering dicetak semula, setiap kali  menjelang Hari Raya.

Saya cukup senang dengan vokal Sharifah Aini ketika membawa lagu-lagu raya yang berirama keMelayuan seperti Notalgia Aidilfitri, Zapin Aidilfitri, Senandung Lebaran dan Di Pintu Ampun.  Penghayatan dan lenggok suara beliau cukup membuat pendengar 'kerinduan' dengan mood Hari Raya .  Begitu juga permainan vokal Sharifah Aini cukup menyentuh perasaan ketika mengalunkan lagu cover version Musafir Di Aidilfitri.  Walaupun umum mengetahui lagu ini terlalu banyak versinya dan dinyanyikan ramai penyanyi saban tahun tetapi ternyata vokal Sharifah Aini menjadikan lagu tersebut berada di kelasnya sendiri.

Nikmati vokal merdu dan bertenaga daripada Sharifah Aini melalui playlist istimewa MINAL AIDIL WAL FAIZIN. 



Senarai lagu:

  Ungkapan Hariraya

  Nostalgia Aidilfitri
      (1996, Pak Ngah / Logha)

  Bisikan Hati Di Pagi Raya  (duet bersama Hail Amir)
      (1977, Ahmad Nawab / Sharifah Aini)

  Di Pintu Ampun
      (2000, Copyright Control / Hairul Anuar Harun)

  Musafir Di Aidilfitri  (versi asal S Jibeng) 
      (1996, Amir Kasmadi)

  Inang Pelembang  (duet bersama Herman Tino)  

      (1984, Tradisional / Eunosasah)  

  Ketika Takbir Bergema
      (1987, Fauzi Marzuki / S Amin Shahab)

  Zapin Aidilfitri  (versi asal Ida Mustaffa)
      (1999, Tik / Ikhtiman)

  Dari Jauh Ku Pohon Maaf  (versi asal Sudirman)
      (1999, S Atan / Haron Abdul Majid)

  Ungkapan Hariraya II

  Minal Aidil
      (1999, Copyright Control / Sharifah Aini)

  Tudung Saji  (duet bersama Sudirman) 
      (1984, Tradisional / Eunosasah) 

  Joget Aidilfitri

      (1999, S Atan / Siso)

  Dendang Perantau  (versi asal P Ramlee)
      (1996, P Ramlee)

  Suasana Hari Raya
      (1977, Akbar Nawab / Sharifah Aini)

  Senandung Lebaran  (versi asal Aishah)
      (1999, Pak Ngah / Siso)

  Hari Yang Mulia
      (1973, S Omar Osman)

  Selamat Hari Raya  (versi asal Saloma)
      (1996, Ahmad Jaffar)

Dengar lain-lain PLAYLIST lagu raya & ketuhanan alunan vokal merdu Sharifah Aini:

(semua lagu di laman web ini adalah Hak Cipta Terpelihara.  Penggunaanya di laman ini sekadar untuk hiburan semata-mata tanpa mengambil sebarang keuntungan daripadanya.  Sila sokong artis yang anda gemari dengan membeli CD original)