.jpg)
.jpg)
Playlist Pilihan: Lagu
Lagu Terbaik Nassier Wahab 1985-2012 (Bahagian 2)
Menyenaraikan 16 lagu
lagu terbaik Nassier Wahab secara kronolgi:
Pak
Pandir Moden
Lambaian
Perpisahan
Akhirnya
Berpisah Jua
Mengharap
Kasihmu
Sebuah
Janji Tak Bererti
Wajahmu
Di Bulan Purnama
Aku
Yang Terasing
Hatimu
Tak Seindah Wajahmu
Kejernihan
Di Wajahmu
Aku
Fakir Cinta
Bila
Rindu Datang Lagi
Insan
Terluka
Permaidani
Keroncong
Kasih Abadi
Jangan
Hapus Cintaku
Cinta
Farhat
(Dikemaskini 1
Januari 2018)
Nassier Wahab cukup beruntung apabila album sulungnya CINTA DAN PERASAAN
terbitan komposer S Atan mendapat sambut hangat dan popularitinya sebagai
pendatang baru naik mendadak apabila banyak lagu dari album ini menjadi popular
seperti 'Bayangan Wajah Duka',
'Cinta Dan Perasaan', 'Pesona Cinta' dan 'Pak
Pandir Moden'. Di bawah naungan syarikat SERI (juga milik S Atan),
Nassier Wahab hanya sempat melahirkan sebuah album dan kemudian beliau berhijrah
ke syarikat rakaman Nawab Production dan
berjaya melahirkan 4 album studio, WAJAH KEKASIH (1986), SEBUAH JANJI
TAK BERERTI (1987), SEKALI AKU JATUH CINTA (1988) &
UNDANGAN RINDU (1990). Bersama Nawab Production, kebanyakan
albumnya ditangai oleh komposer Ahmad Nawab dan
beliau lebih menonjol
dengan irama pop balada dan lagu-lagu berirama ala hindustan/dangdut. Bagaimanapun selepas album UNDANGAN RINDU, karier muzik
Nassier agak perlahan. Beliau hanya muncul melalui album bekerjasama
dengan artis-artis lain seperti PEDOMAN: HIDUP DAN PESAN NABI (1996, terbitan
Ambang Klasik). Album bercorak ketuhanan/dakwah itu menggabungkan Nassier
Wahab bersama Ahmad Fauzee, Ebby Saiful & Syed Sobrie. Pada tahun 1999
bersama Raja Ema dan pendatang baru Dilla Alie, Nassier Wahab melahirkan album
yang berkonsepkan irama padang pasir, HANYA UNTUKMU (terbitan WIPP). Pada
tahun 2000, Nassier Wahab menukar haluan dengan merakam
album berirama tradisional
Melayu KE PUNCAK PERSADA yang berteraskan irama zapin, masri, joget yang diadunkan dengan muzik
pop. Walaupun album tersebut diterbitkan oleh komposer ternama S Atan dan
diperdengarkan ketika era kemuncak Irama Malaysia, ia tidak membantu
menaikkan nama Nassier Wahab sehinggalah beliau muncul dalam
album mini MEMORI CINTA
LUKA (2004, terbitan MCAT) yang telah menggegarkan kembali namanya menerusi lagu
ciptaan Adnan Abu Hassan, 'Memori Cinta Luka'. Lagu ini menepati selera pendengar
khususnya golongan muda sehingga beliau telah dinobatkan sebagai pemenang Vokal
Lelaki Pilihan Anugerah ERA 2004 (AE04) menewaskan penyanyi popular Anuar Zain. Kemuncak kariernya, Nassier
Wahab telah bekerjasama dengan komposer popular Indonesia,
Richard Kyoto sehingga lahirnya album JANGAN HAPUSKAN CINTAKU (2007) untuk
pasaran Indonesia. Kerana iklim pasaran album yang tidak menentu, selepas album
ini, Nassier hanya muncul sekali sekala dengan lagu baru untuk diselitkan dalam album
kompilasi solo beliau. |
.jpg) |
 |
30 TAHUN KARIER MUSIK –
Nassier Wahab
(Insictech Musicland, 2016)
Cinta Suci
(lagu baru)
Kau Dalam Hatiku
(lagu baru)
Nada Nada Cinta
(lagu baru)
Lukisan Cinta
Untukmu
Kasih
Ingin Bersamamu
Jangan Pernah Ada Benci
Album ke 20 ini diterbitkan
sempena penglibatan 30 tahun Nassier Wahab dalam industri muzik tanahair.
Album yang bergenre Pop Jazz ala Indonesia mengandungi kesemua lagu ciptaan komposer
Indonesia, Richard Kyoto dan kebanyakannya telah dirakam di studio Jakarta,
Indonesia. Kolaborasi Nassier Wahab dan Richard Kyoto hanya bermula pada
tahun 2007 apabila Richard Kyoto telah menerbitkan album Nassier Wahab JANGAN
HAPUS CINTAKU untuk pasaran Indonesia. |
 |
EVERGREEN KLASIK –
Nassier Wahab
(insictech Musicland,
2016)
Ibu
Engkau Laksana Bulan
Serunai Malam
Kasih
Kemesraan
Kisah Cinta
Tak Ingin Sendiri
Rindu Lukisan
Di Wajahmu Ku Lihat Bulan
Nassier Wahab muncul dengan sedikit kelainan apabila
memilih lagu lagu klasik malar segar Malaysia dan Indonesia untuk dirakam dengan
gaya tersendiri termasuk beberapa lagu keroncong. Hanya lagu 'Kasih'
(versi Ermy Kullit) yang pernah dimuatkan dalam album Nassier Wahab sebelumnya. |
 |
TAK MUNGKIN HUJAN BALIK KE LANGIT –
Nassier Wahab
(insictech Musicland,
2014)
Tak Mungkin Hujan Balik Ke Langit
Joget Hati Berkenan
Mas Merah
Sulaman Asmara
Detik Kerinduan
Dondang Desa Warisan
Pancaran Senja
(dan bukannya seperti yang dicatat
'Pancaran Desa')
Joget Kasih Sempurna
Keroncong Kasih Abadi
Bila Hati Terluka
Keroncong Kerinduan
Joget Hati Berkenan (instrumental)
Keroncong Kasih Abadi (instrumental)
Sulaman Asmara (instrumental)
Tak Mungkin Hujan Balik Ke Langit (instrumental)
KE PUNCAK PERSADA merupakan album studio Nassier
Wahab yang sarat dengan genre irama Malaysia /etnik pelbagai rentak yang
dterbitkan Zanzibar Production pada tahun 2000 di atas tercetusnya fenomena
Irama Malaysia yang menguasai muzik Malaysia ketika itu. Kini, setelah 15 tahun
album ini diterbitkan semula (sempena penglibatan 30 tahun Nassier Wahab dalam industri muzik tanahair)
dengan pakej baru dan diberi tajuk TAK MUNGKIN HUJAN BALIK KE LANGIT,
iaitu lagu yang hit dari album ini. Masih mengekalkan susunan trek lagu
dari album asal, cuma ditambah dengan sebuah lagu, 'Keroncong Kerinduan'
yang diambil dari album kompilasi Nassier Wahab CINTA FARHAT / AIRMATA DAN
DOA (2012) dan 4 buah instrumental yang tidak pernah dimuatkan dalam
mana-mana album termasuk album Nassier Wahab sendiri. Sedikit kesilapan yang
masih tidak diperbetulkan ialah tajuk lagu tradisional 'Pancaran Senja'
yang dicatat sebagai 'Pancaran Desa'. |
.jpg) |
PEDOMAN 2: TAKKAN BERPALING DARIMU –
Ahmad Fauzee, Syed Sobrie, Ebby Saiful,
Nassier Wahab & Shah Rezza
(United Studio, 2013)
CD 1: Pedoman 1 - Hidup Dan
Pesan Nabi
Pedoman (Ahmad Fauzee)
Rukun Islam (nyanyian
ramai)
Sabar (Ahmad Fauzee)
Hidup Dan Pesan Nabi (Ebby
Saiful)
Tuhan (Nassier
Wahab)
Pagi Ramadhan (Syed
Sobrie)
Tiada Yang Kekal (Melainkan Allah) (nyanyian
ramai)
Wudhu (nyanyian
ramai)
Inikah Manusia (Ebby
Saiful)
Permaidani (Nassier
Wahab)
Manusia Dan Tuhannya (Syed
Sobrie)
Selimut Putih (Nassier
Wahab)
CD 2: Pedoman 2 - Takkan
Berpaling Darimu
Takkan Berpaling Darimu (nyanyian
ramai)
Taqwa Dan Iman (Ahmad
Fauzee)
Maafkan Ingkarku (Syed Sobrie)
Oh Tuhan (Ebby Saiful)
Ya Illahi Rabbi (Nassier
Wahab)
Tuhan Berikan Aku Cinta (Shah
Rezza)
Mari Sembahyang (nyanyian
ramai)
Insan Dan Bunga (Ahmad Fauzee)
Cinta Nan Satu (Syed Sobrie)
Pandanganku Tentang Hidup (Nassier
Wahab)
Apa Salah Dosaku (Ebby Saiful)
Akhirnya (Shah Rezza)
'Pedoman 2: Takkan
Berpaling Darimu' merupakan kesinambungan daripada penerbitan
album Pedoman pertama yang telah diterbitkan pada 1996 (terbitan
dan edaran Ambang Klasik) dengan mengekalkan konsep yang sama
iaitu menampilkan 12 lagu yang dirakamkan dalam nafas baru.
Album mendapat sentuhan barisan pemuzik profesional tempatan
seperti Jari, Pacai dan Aji, manakala susunan muzik oleh Azman
Abu Hassan. Lebih istimewa album ini turut dilengkapi 12
lagu daripada album Pedoman yang pertama (album ini tidak
menampilkan Shah Rezza sebagai penyanyi). |
.jpg) |
PERTEMUAN DI JB
– Nassier Wahab & Phipit Snow
(Insictech Musicland, 2012)
Padang-Kuala Lumpur
(duet
Phipit Show & Nassier Wahab)
Pertemuan Di JB
(duet
Phipit Show & Nassier Wahab)
Rindu Yang Menggebu
Pulanglah Uda
Di Tepi Pantai
Jangan Ada Yang Terluka
Pulanglah Abang
Manakutehe
Sorry Boy
Di Pantai Padang
Sebuah album yang menampilkan
pendatang baru di dunia rakaman Indonesia, Phipit Snow.
Seorang artis berbakat dari Ranah Minang ini berharap warna muzik
Minang moden yang ditampilkan dapat diterima oleh penggemar
Indonesia dan Malaysia. Sebagai tarikan memancing penggemar
Malaysia, Nassier Wahab menjadi artis undangan
berduet bersama Phipit Snow menerusi dua buah lagu yang menarik. |
 |
CINTA FARHAT / AIRMATA DAN DOA
–
Nassier Wahab (NWE /
Insictech Musicland, 2012)
Cinta Farhat
(lagu baru)
Airmata Dan Doa
(lagu baru)
Memori Cinta Luka
Andai Kau Di Sini
Keroncong Kerinduan
(lagu baru)
Jangan Pernah Ada Benci
(lagu baru)
Sirna Kasihmu
Puisi Lara
(lagu baru)
Kau Yang Pertama
Dua Hati Satu Jiwa
(OST '2 Hati 1 Jiwa')
Selamat Datang Cinta
(lagu baru)
Untukmu
Kasih
Jangan Hapus Cintaku
Pasrah
Ingin Bersamamu
'Cinta Farhat' cukup menghiburkan. Bagaimanapun ia
merupakan lagu cover version dari negara seberang. Album
ini juga memuatkan banyak lagu Nassier Wahab dari album
JANGAN HAPUS CINTAKU (2007) yang hanya dipasarkan di Indoensia sahaja.
Hanya lagu 'Jangan Hapus Cintaku' dan 'Ingin Bersamamu' yang
tidak pernah diterbitkan atau diedarkan untuk pasaran tempatan,
manakala 'Kasih' yang pernah dipopularkan oleh Hetty Koes Endang
dan 'Pasrah' oleh Ermi Kullit pernah diterbitkan melalui
album MEMORI HIT NASSIER WAHAB. Manakala single 'Dua Hati Satu
Jiwa' dari filem '2 Hati 1 Jiwa' (2010), buat pertama kalinya
dimuatkan dalam album Nassier Wahab. |
 |
MEMORI HIT
–
Nassier Wahab (Music Valley,
2007)
CD 1:
Untukmu (lagu baru)
Kasih (lagu baru)
Memori Cinta Luka
Oh Cha Cha Cha
Sekali Aku Jatuh Cinta
Pesona Cinta
Lambaian Perpisahan
Wajah Kekasih
Zuraida
Aku Dalam Percintaan
Mengharap Kasihmu
Undangan Rindu
Pak Pandir Moden
Pasrah (lagu baru)
CD 2:
Sirna
Kasihmu (lagu baru)
Masih Ingat Tak Lagi
Andai Kau Di Sini
Bayangan Wajah Duka
Untukmu Kekasih
Rentak Tari
Keroncong Kasih Abadi
Kau Yang Pertama
Bila Rindu Datang Lagi
Sebuah Janji Tak Bererti
Gadis Bermata Biru
Cinta Dan Perasaan
Aku Fakir Cinta
Asmara Keliru
Selain memuatkan 4 lagu baru
(termasuk rakaman semula daripada penyanyi Indonesia), album ini juga
menyenaraikan dua lagu baru (juga rakaman semula) yang asalnya dihimpunkan dalam
album kompilasi pelbagai artis 'Pop Melayu' edaran Muzik Valley iaitu 'Zuraida' (nyanyian
asal Azman Idris) & 'Oh Cha Cha Cha' (nyanyian asal Bob Tutupoli). |
 |
KOLEKSI 20 TAHUN
TERUNGGUL
–
Nassier Wahab
(Music Valley, 2006)
CD 1:
Masih Ingat Tak Lagi
Sekali Aku Jatuh Cinta
Untukmu Kekasih
Mengharap Kasihmu
Aku Fakir Cinta
Kejernihan Di Wajahmu
Susah Senang Kita Bersama
(duet Ramlah Ram)
Bila Rindu Datang Lagi
Insan Terluka
Gadis Bermata Biru
Undangan Rindu
Hatimu Tak Seindah Wajahmu
CD 2:
Kau Yang Pertama (lagu baru)
Andai Kau Di Sini
Wajah Kekasih
Pesona Cinta
Sebuah Janji Tak Bererti
Bayangan Wajah Duka
Memori Cinta Luka
Aku Yang Terasing
Ku Bawa Rahsia Cinta
Insan Tersayang
Wajahmu Di Bulan Purnama
Akhirnya Berpisah Jua |
 |
THE BEST OF NASSIER WAHAB:
IKATAN KASIH
(Music Catalogue / Music Valley, 2005)
Ikatan Kasih
(duet Rayna Hairina)
(lagu baru)
Rentak Tari
(lagu baru)
Andai
Kau Di Sini
(lagu baru)
Kini Ku Miliki
Keroncong Kasih Abadi
Joget Kasih Sempurna
Dia Yang Pergi
Asmara Keliru
Biar
Memori Cinta Luka
IKATAN KASIH adalah kesinambungan daripada album mini
MEMORI CINT LUKA yang telah meledakkan
semula nama Nassier Wahab dalam persada seni suara.
Bagaimanapun untuk album IKATAN KASIH, kesemua lagu
daripada album MEMORI CINTA LUKA dimuat semula dan ditambah
dengan 3 lagu baru dan 2 buah lagu diambil dari album Etnik
Nassier Wahab KE PUNCAK PERSADA (2000).
|
 |
MEMORI
CINTA LUKA
–
Nassier Wahab (Music Catalogue, 2004)
Memori Cinta Luka
Kini Ku Miliki
Dia Yang Pergi
Keliru Asmara
Biar
Album mini MEMORI CINTA LUKA hanya mengandungi 5 lagu dan
hanya boleh dimiliki melalui belian
secara SMS sahaja. Lagu 'Memori Cinta Luka' telah
mengangkat semula nama Nassier Wahab yang agak menyepi seketika. |