| 
 
sejarah 
Ringkas perjalanan seni nassier wahab 
		
				
				 Nassier Wahab cukup beruntung apabila album sulungnya CINTA DAN PERASAAN 
terbitan komposer S Atan mendapat sambut hangat dan popularitinya sebagai 
pendatang baru naik mendadak apabila banyak lagu dari album ini menjadi popular 
seperti 'Bayangan 
Wajah Duka', 'Cinta Dan Perasaan', 'Pesona Cinta' dan 'Pak 
Pandir Moden'.  Di bawah naungan syarikat SERI, Nassier Wahab hanya sempat melahirkan sebuah album 
yang diterbitkan oleh komposer S Atan.  Kemudian beliau berhijrah 
ke syarikat rakaman Nawab Production dan menghasilkan 4 album studio, 
WAJAH KEKASIH (1986), SEBUAH JANJI TAK BERERTI (1987), SEKALI AKU 
JATUH CINTA (1988) & 
UNDANGAN RINDU (1990).  Bersama Nawab Production, kebanyakan 
albumnya ditangani oleh komposer Ahmad Nawab dan 
beliau lebih 
menonjol dengan lagu-lagu pop balada dan lagu-lagu berirama ala hindustan/dangdut.  
Bagaimanapun selepas album UNDANGAN RINDU, karier muzik Nassier menjadi 
perlahan.  Beliau hanya muncul melalui album kolaborasi dengan artis-artis 
lain seperti PEDOMAN: HIDUP DAN PESAN NABI (1996, terbitan Ambang Klasik).  
Album bercorak ketuhanan/dakwah itu menggabungkan Nassier Wahab bersama Ahmad 
Fauzee, Ebby Saiful & Syed Sobrie.  Kemudian pada tahun 1999 bersama Raja 
Ema dan pendatang baru Dilla Alie, Nassier Wahab melahirkan album yang 
berkonsepkan irama padang pasir, HANYA UNTUKMU (terbitan WIPP).  
Pada tahun 2000, Nassier Wahab menukar haluan dengan merakam  
					
album berkonsepkan irama kemelayuan KE PUNCAK PERSADA yang berteraskan 
irama zapin, masri, joget yang diadunkan dengan muzik pop.  Walaupun album 
tersebut diterbitkan oleh komposer ternama S Atan dan diperdengarkan ketika era 
kemuncak Irama Malaysia, ia tidak membantu menaikkan nama Nassier Wahab 
sehinggalah beliau muncul dalam album mini MEMORI CINTA LUKA (2004, 
terbitan MCAT) yang telah menggegarkan kembali namanya menerusi lagu ciptaan 
Adnan Abu Hassan, 'Memori Cinta Luka'.  Lagu ini menepati selera 
pendengar era tersebut khususnya golongan muda sehingga beliau telah dinobatkan 
sebagai pemenang Vokal Lelaki Pilihan Anugerah ERA 2004 (AE04) menewaskan 
penyanyi popular Anuar Zain.  
Kemuncak kariernya, Nassier Wahab telah bekerjasama dengan komposer popular 
Indonesia, Richard Kyoto dan lahirlah album JANGAN HAPUS CINTAKU (2007) 
untuk pasaran Indonesia sahaja.  Kerana iklim pasaran album yang tidak 
menentu, selepas album ini, Nassier hanya muncul sekali sekala dengan lagu baru 
untuk diselitkan dalam album kompilasi solo beliau. 
		
Bagaimanapun 
pada tengah malam, 5 Disember 2019 industri muzik tanahair telah dikejutkan 
dengan berita pemergian Nassier Wahab.  Sebelum ini beliau telah menjalani 
pembedahan membuang ketumbuhan pada rahang kiri Julai 2019.  AL FATIHAH. 
BELASUNGKAWA 
				
				Diskografi lengkap 
				
				
				nassier 
				wahab 
		
(menyenaraikan 
diskografi lengkap LP/Kaset/CD Nassier Wahab termasuk 
album yang memasukkan lagu baru dalam album kompilasinya sendiri ataupun 
dalam album kompilasi perlbagai artis) 
		
   
 
CINTA DAN PERASAAN
- 
Nassier Wahab
			(LP 
- 
SERI, 1985)
Album pertama Nassier Wahab diterbitkan oleh komposer tersohor S Atan 
di bawah label Sound Electrical & Recording Industries (SERI). 
Senarai lagu; 
Pesona Cinta
  
Lambaian Perpisahan
  
Jika Ku Tahu
  
Bukan Mudah
  
Pulang Bawa Kejayaan
  
Pak Pandir Moden
  
Kasih Dan Sayang
  
Ku Harap Jawapan
  
Bayangan Wajah Duka
  
Cinta Dan Perasaan 
   
WAJAH KEKASIH
-  
Nassier Wahab
			(LP 
- 
NP, 1986)
Album studio kedua Nassier Wahab WAJAH 
KEKASIH diterbitkan oleh komposer tersohor Ahmad Nawab dibawah label Nawab 
Production (NP). 
Senarai lagu; 
Wajah Kekasih
  
Musnah Cinta 
Harapan
  
Akhirnya Berpisah Jua
  
Sampai Bila
  
Ku Bawa Rahsia Cinta
  
Aku Dalam Percintaan
  
Mengharap Kasihmu
  
Zu
  
Berilah Aku Kesempatan
  
Terseksa Dalam Menanti
 
Pada tahun 1996, buat pertama kalinya album ini diterbitkan dalam fomat CD 
melalui siri THE BEST OF MALAY vol 4: NASSIER WAHAB - WAJAH KEKASIH terbitan 
Vokal Music Production dan pada tahun 2017 Universal Music menerbitkannya semula 
dengan pakej yang lebih menarik iaitu seperti inlay album asal (kaset). 
   
SERIBU JANJI TAK BERERTI
- 
Nassier Wahab
			(LP 
- 
NP, 1987) 
Album studio ketiga Nassier Wahab 
SERIBU JANJI TAK BERERTI diterbitkan oleh komposer tersohor Ahmad Nawab dan 
masih mengekalkan Nassier Wahab 
dengan konsep album yang kedua iaitu sarat dengan irama balada dan dangdut.
Senarai lagu; 
		
Sebuah Janji Tak Bererti
  
Pulau Pinang (Kota Mutiara)
  
Wajahmu Di Bulan Purnama
  
Aku Yang Terasing
  
Hatimu Tak Seindah Wajahmu
  
Gadis Berbaju Kuning
  
Sayang Bilang Sayang
  
Kejernihan Di Wajahmu
  
Harapan Hampa
  
		 
Masih Ingat Tak Lagi 
		
   
SEKALI AKU JATUH CINTA
- 
Nassier Wahab
(LP 
- 
NP / PMC, 1988) 
Album studio keempat 
Nassier Wahab lebih baik sambutannya daripada album sebelumnya apabila ada 
beberapa lagu muncul sebagai lagu hit seperti 'Sekali Aku Jatuh Cinta', 'Jikalau' 
dan lagu duet beliau bersama Ramlah Ram 'Susah Senang Kita Bersama'.
Senarai lagu; 
		
		Susah Senang Kita Bersama (duet 
bersama Ramlah Ram)
  
Untukmu Kekasih
  
Insan Tersayang
  
Di Lautan Sepi
  
Pesta
  
Sekali Aku Jatuh Cinta
  
Hanya Kau
  
Jikalau
  
Bukan Seperti Dulu
  
Sepinya Perjalanan Ini 
		
   
undangan rindu
- 
Nassier Wahab
(LP 
- 
NP / PMC, 1990) 
Album studio terakhir Nassier Wahab 
di bawah label Nawab Production ini diterbitkan oleh Ismail Ahmad Nawab (anak 
Ahmad Nawab) dan ada sedikit kelainan berbanding album-album beliau sebelumnya 
yang diterbit  oleh 
Ahmad Nawab.  Bagaimanapun konsep pop & balada dan irama dangdut masih 
dikekalkan.  'Undangan Rindu' sebuah lagu balada yang cukup menarik 
menjadi lagu hit utama bersama dengan lagu-lagu lain yang turut popular seperti 
'Gadis Bermata Biru', 'Bila Rindu Datang Lagi' dan 'Aku Fakir 
Cinta'.  
 
Senarai lagu; 
		
Aku Fakir Cinta
  
Bila Rindu Datang Lagi
  
Undangan Rindu
  
Cinta Ria
  
Gadis Bermata Biru
  
Ku Mengerti
  
Sentuhan Cintamu
  
Jiwa Rasa
  
Insan Terluka
  
Satu Pendakian 
		
   
SUARA HATI
- Various Artist
			(LP 
- 
Jawatankuasa Suara Hati / Sony Music, 1991) 
Keseluruhan konsep and idea Album SUARA HATI adalah hasil ilham 
rasa Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri {Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah.  
Album ini menyenaraikan lagu lagu ciptaan baru hasil nukilan Pengiran Muda Sufri 
Bolkiah yang dinyanyikan oleh ramai penyanyi ternama Malaysia termasuk Nassier 
Wahab yang membawakan sebuah lagu berirama joget, 'Joget Rindu Dendam'.   
Senarai lagu;
		
 
		Suara Hatiku (Shidee)
  
Dodoi Si Dodoi (Salwa Abd Rahman)
  
Kau Tercipta Hanya Untukku (Shah Rezza)
  
Cintamu Segar Di Hatiku (Noorshila Amin)
  
Mengharap Lagi (Azie)
  
Takkan Ku Lupa (Azman Abu Hassan & Azlina Aziz)
  
Cinta Berpura (Razis Ismail)
  
Seribu Janji (Liza Aziz)
  
Joget Rindu Dendam (Nassier Wahab)
  
Suara Hatiku (minue one) 
								
			
			    
lagu Lagu dari filem & kenangan lama 
vol 
10
- Noraniza Idris, Nassier Wahab,
Raza, Jatt, Ahmad Fauzee & Dato Ahmad Daud
			(CD 
- 
Life Records, 1996) 
Album yang menampilkan lagu lagu 
rakaman semula lagu lagu klasik petikan filem Melayu lama turut menampilkan 2 
buah lagu duet Nassier Wahab dan Noraniza Idris - 'Tanda Kasih' 
dan 'Selasih Ku Sayang'.  Album ini turut menampilkan penyanyi Ahmad 
Daud, Ahmad Fauzee, Jatt dan pendatang baru, Raza.
Senarai lagu;
		
 
 
Semenjak Kita Berpisah (Noraniza 
Idris)
		  
Tanda Kasih (Noraniza Idris & 
Nassier Wahab)
		  
Paduan Kasih (Noraniza Idris 
& Jatt)
		  
Selasihku Sayang (Noraniza 
	Idris & Nassier Wahab)
		  
Asmara (Noraniza Idris)
		  
Kamaruzzaman (Noraniza 
	Idris & Raza)
		  
Nada Kencana 
	(Noraniza Idris & Ahmad Daud)
		  
Juwitaku Sayang (Noraniza 
	Idris & Raza)
		  
Kenang Daku Dalam Doamu (Noraniza 
Idris)
  
Kalau Kaca Menjadi Intan 
	(Noraniza Idris & Ahmad Fauzee) 
    
pedoman: hidup 
dan pesan nabi
- 
Various Artist
			(CD 
- 
Ambang Klasik, 1996)
Album bergenre nasyid/dakwah ini menampilkan kolaborasi Nassier Wahab 
bersama rakan-rakan seperjuangannya, Ahmad Fauzee, Syed Sobrie & Ebby Saiful.  
Kesemua lagu adalah lagu rakaman semula lagu-lagu nasyid Malaysia/Indonesia yang 
pernah popular sedikit masa lalu.  Secara solo, Nassier Wahab menyanyikan 
lagu 'Tuhan', 'Permaidani' dan 'Selimut Putih'.
Senarai lagu;
		
 
Pedoman (oa Al Mizan) (Ahmad Fauzee)
		  
Rukun Islam (oa P Ramlee & 
Saloma) (nyanyian 
ramai)
		  
Tuhan (oa 
Bimbo) (Nassier 
Wahab)
		  
Pagi Ramadhan 
(oa Snada) (Syed 
Sobrie)
		  
Tiada Yang Kekal (Melainkan Allah) 
(oa Hidayah) (nyanyian 
ramai)
		  
Hidup Dan Pesan Nabi (oa 
Bimbo) (Ebby 
Saiful)
		  
Wudhu (oa 
Hetty Koes Endang,
Bimbo, Yanti Bersaudara, Inka Christie, Rafika Duri & Jamal Mirdad) (nyanyian 
ramai)
		  
Inikah Manusia 
(oa Sharifah Aini) (Ebby 
Saiful)
		  
Sabar (oa P Ramlee) (Ahmad Fauzee)
		  
Permaidani (oa Aris Ariwatan) (Nassier 
Wahab)
		  
Manusia Dan Tuhannya (oa 
Deddy Dhukun) (Syed 
Sobrie)
		  
Selimut Putih 
(oa El Suraya) (Nassier 
Wahab) 
Pada tahun 2003, album ini kemudiaanya diterbitkan semula tetapi dihadirkan 
sebagai CD berkembar iaitu bersama dengan sebuah abum baru PEDOMAN 2: TAKKAN 
BERPALING DARIMU. 
    
HANYA UNTUKMU
- 
Nassier Wahab, 
Raja Ema & Dilla Alie 
(CD 
- 
WIPP / Pony Canyon Music, 1999)
Album bergenre 
irama padang pasir ini menampilkan kolaborasi Nassier Wahab 
bersama Raja Ema yang sebelum ini agak menyepi dan bekas kumpulan remaja, M'steen, Dilla Alie.  
Nassier Wahab secara solo menyanyikan 2 lagu ciptaan baru, 'Dara Idaman', 
'Cahaya Insani' dan lagu klasik 'Seroja' manakala secara trio 
untuk lagu 'Hanya Untukmu' dan 'Beri Sokongan'.  
Senarai lagu;
		
				 
Hanya Untukmu 
				(Nassier Wahab, Raja Ema & Dilla Alie)
		  
Anggerik 
				(Dilla Alie)
		  
Dara Idaman 
				(Nassier Wahab)
		  
Hikayat 
				(Raja Ema)
		  
Seroja 
				(Nassier Wahab, Raja Ema & Dilla Alie)
		  
Cahaya Insani 
				(Nassier Wahab)
		  
Jejaka Idaman 
				(Raja Ema) 
				(versi baru)
		  
Cinta Pandang Pertama 
				(Dilla Alie)
		  
Beri Sokongan 
				(Nassier Wahab, Raja Ema & Dilla Alie)
		  
Wa Haqkuka 
				(Ustaz Ramlee Sheriff) 
    
KE PUNCAK PERSADA
- 
Nassier Wahab
(CD 
- 
Zanzibar Records / Life Record, 2000)
Siapa menyangka penghujung 90an dan awal Milenium telah mengangkat irama 
Malaysia setanding dengan muzik kontemporari masa itu.  Nassier Wahab 
setelah menyepi tanpa sebarang album, kembali ke persada muzik tanahair dengan 
penghasilan album penuh berirama keMelayuan, KE PUNCAK PERSADA yang diterbitkan oleh komposer S Atan.  
Lagu hit dari album ini ialah 'Tak Mungkin Hujan Balik Ke Langit'. 
Senarai lagu;
		
 
 
 
Tak Mungkin Hujan Balik Ke Langit
		  
Joget Hati Berkenan
  
Mas Merah
		  
Sulaman Asmara
		  
Detik Kerinduan
		  
Dondang Desa Warisan
		  
Pancaran Senja
		  
Joget Kasih Sempurna
		  
Keroncong Kasih Abadi
		  
Bila Hati Terluka 
				
				   
alunan mesra aidilfitri
- 
Various Artist
(CD 
- 
Global Music Catalogue, 2003)
				
				
				 Album raya rakaman baru 
ini turut menampilkan 4 buah lagu raya ciptaan baru, termasuk dua daripadanya 
dinyanyikan oleh Nassier Wahab, 'Salam Bersalam' dan 'Di Hening Syawal'.  Nassier Wahab turut berduet dengan Rohana Jalil untuk 
lagu raya rakaman semula 'Nikmat Hari Mulia' yang dipopularkan oleh 
Zaleha Hamid & Aziz Ahmad.  Album raya tersebut turut 
menyelitkan 4 lagu klasik raya rakaman asal dari EP SELAMAT HARI RAYA  
 (Senada,1975) nyanyian Sanisah Huri, A Ramlie, 
Maria Bachok 
dan A Razak.  Ketika album ini dipasaran, ia hanya boleh dibeli secara SMS 
sahaja.
Senarai lagu;
		
				
Salam 
Bersalam (Nassier Wahab)
		  
Dari 
Jauh Ku Pohon Maaf 
				(oa Sudirman) (Rohana Jalil)
		  
Aidilfitri 
				(versi Sanisah Huri) (Hazelin Helmi)
		  
Salam 
Lebaran (Salwa Abd Rahman)
		  
Senandung 
Hari Raya Untukmu 
				(oa Dayangku Intan) (Sam Iskandar)
		  
Ucap 
Selamat Hari Raya 
				(oa Gaya Zakry) (Tushee)
		  
Selamat 
Hari Lebaran (Ifa Raziah & Azizul 
Khamis)
		  
Nikmat 
Hari Mulia (oa Aziz Ahmad & Zaleha Hamid) (Rohana Jalil & 
Nassier Wahab)
		  
Yang 
Penting Duit Raya (FGI)
		  
Minal Aidilfitri (Salwa, Hazelin & nyanyian ramai)
		  
Di 
Hening Syawal (Nassier Wahab)
		  
Boria 
Aidilfitri (Mas Omar)
		  
Suara 
Takbir 
				(oa P Ramlee) (A Ramlie)
		  
Dendang 
Perantau 
				(oa P Ramlee) 
				(A Razak)
		  
Malam 
Tujuh Likur (A Ramlie & Maria 
Bachok)
		  
Joget 
Aidilfitri (Sanisah Huri) 
   
Memori cinta luka
- Nassier Wahab 
			(CD (Mini album) 
- Global Music Catalogue, 200 4) 
		
Album mini MEMORI CINTA LUKA hanya mengandungi 5 lagu dan 
ketika itu 
				hanya boleh dibeli 
				secara SMS sahaja.  Lagu 'Memori Cinta Luka' bukan 
sahaja telah 
				mengangkat semula nama Nassier Wahab yang agak menyepi seketika 
tetapi turut terpilih sebagai pemenang Vokal Penyanyi Lelaki Pilihan di Anugerah 
ERA 2004.  'Memori Cinta Luka' dicipta oleh Adnan Abu Hassan bersama 
penulis lirik, Mohariz Yaakup. 
Senarai lagu;
		
				 
Memori Cinta Luka
		  
Kini Ku Miliki
		  
Dia Yang Pergi
		  
Asmara Keliru
		  
Biar 
		
   
IKATAN KASIH: THE BEST OF NASSIER WAHAB 
			(CD  
- Music Catalogue, 2005) 
		
Album repackaged ini menyenaraikan 4 lagu baru, 5 lagu lagi diambil dari album mini MEMORI CINTA LUKA 
dan 'Keroncong Kasih Abadi' diambil dari album KE PUNCAK PERSADA. 
Senarai lagu; 
Ikatan Kasih 
				(duet Rayna Hairina) 
				(lagu baru)
		  
Rentak Tari 
				(lagu baru)
		  
Andai 
				Kau Di Sini 
				(lagu baru)
		  
Kini Ku Miliki
		  
Keroncong Kasih Abadi
		  
Joget Kasih Sempurna 
				(lagu baru)
		  
Dia Yang Pergi
		  
Asmara Keliru
		  
Biar
		  
Memori Cinta Luka 
		
				   
				
				
				
				
				
				pujaan pop duet-- 
Various 
Artist
(CD 
- 
				Nova Music / Sony-BMG, 2005) 
Album kompilasi yang menghimpunkan 
				16 lagu duet pop yang menjadi pujaan sedikit masa lalu turut 
				memuatkan sebuah lagu rakaman semula 'Kasih' 
				yang pernah dipopularkan oleh Sudirman dan juga Broery Marantika.  
				Versi baru ini dinyanyikan secara duet oleh Nassier Wahab dan 
				Farah AF2. 
Senarai lagu; 
				
				Seiring Sejalan 
(Broery Marantika & Sharifah Aini)
		  
				Jangan Pisahkan (Deddy 
				Dores & Mayank Sari)
		  
Bercanda Di Pasiran Pantai (Anita 
				Sarawak & Sudirman)
		  
Antara Matamu Dan Mataku (Uji 
				Rashid & Hail Amir)
		  
Falsafah Cinta (M 
				Nasir & Rahim Maarof
		  
Menjejak Bayang Bayang (Saleem 
				& Wann)
		  
Siapa Dia Sebelum Daku (Roy & 
				Fran)
		  
Dua Insan (M Nasir & Yunizar)
		  
Rindu Bayangan (Dayang 
				Nurfaizah & Dino)
		  
Dilema '03 (Nora & Vince)
		  
Bintang Kehidupan (Yanti 
				Aryanto & Ronnie)
		  
Dengarkanlah (Amy Mastura & 
				Glenn Fredly)
		  
Ucapkanlah (Erra Fazira & 
				Yusry)
		  
Gurauan Berkasih (Siti 
				Nordiana & Achik)
		  
Pening (Ezlynn & M Daud 
				Kilau)
		  
Kasih (Nassier 
				Wahab & Farah AF2) (lagu 
				baru) 
				
				
				/MPVN%202006%20Melakar%20Cinta%20Di%20Pintu%20Syurga.jpg)    
MELAKAR CINTA DI PINTU SYURGAA-- Various 
Artistt
(CDD 
-Gurindam Entertainment / EMI, 2006)) 
Album 
kompilasi yang menghimpunkan lirik-lirik terbaik nukilan 
Ito Lara turut menyenaraikan sebuah lirik terbaru karya beliau iaitu lagu ''Melakar 
Cinta Di Pintu Syurgaa' yang merupakan kolaborasi kumpulan nasyid Far East 
bersama 
Nassier Wahab.. 
Senarai laguu; 
				
Melakar Cinta Di Pintu SyurgaMelakar Cinta Di Pintu Syurga 
(Far East featuring Nassier Wahab) (lagu 
				baru)
		  
Perjalanan (Israk & Mirkaj) (Hijjaz, 
				In Team, Unic & Mestica)
		  
Keranamu Saudara (Brothers)
		  
Bisikan Nurani (InTeam)
		  
Kisah Kaabah (Rabbani)
		  
Gerimis (Far East)
		  
Hijrah Perjuangan (Hijjaz)
		  
Cinta Zulaikha (Mustika)
		  
Al Hambra (Far East)
		  
Wanita (Durrani)
		  
Nur Kasih (InTeam)
		  
Amirul Ummah (Hijjaz)
		  
Sesekali (Wildan)
		  
Kota Mekah (Amaluddin, 
				As Saufee, Aliff Ila Ya, Najwan & Hazwani)
		  
Sentuhanmu (InTeam)
		  
Teratak Kehidupan (Azharina)
		  
Melakar Cinta Di Pintu Syurga (minus 
one) (lagu 
				baru) 
   
KOLEKSI 20 TAHUN TERUNGGUL
- Nassier Wahab 
			(CD  
- Music Valley, 2006) 
		
Setelah 20 tahun mewarnai persada 
muzik tanahair, album ini merupakan album kompilasi pertama Nassier Wahab yang bukan sahaja menyenaraikan lagu lagu hit 
beliau dalam CD berkembar tetapi turut menghadiahkan sebuah lagu baru bergenre pop Etnik 'Kau Yang Pertama'. 
Senarai lagu; 
CD1: 
Masih Ingat Tak Lagi
		  
Sekali Aku Jatuh Cinta
		  
Untukmu Kekasih
		  
Mengharap Kasihmu
		  
Aku Fakir Cinta
		  
Kejernihan Di Wajahmu
		  
Susah Senang Kita Bersama 
(duet Ramlah Ram)
		  
Bila Rindu Datang Lagi
		  
Insan Terluka
		  
Gadis Bermata Biru
		  
Undangan Rindu
		  
Hatimu Tak Seindah Wajahmu  
CD2: 
Kau Yang Pertama (lagu baru)
		  
Andai Kau Di Sini
		  
Wajah Kekasih
		  
Pesona Cinta
		  
Sebuah Janji Tak Bererti
		  
Bayangan Wajah Duka
		  
Memori Cinta Luka
		  
Aku Yang Terasing
		  
Ku Bawa Rahsia Cinta
		  
Insan Tersayang
		  
Wajahmu Di Bulan Purnama
		  
Akhirnya Berpisah Jua  
		
   
poP MELAYU
- Various 
Artist
(CD 
- 
Universal, 2006)
				
				 Album 
kompilasi CD berkembar ini menghimpunkan 24 lagu lagu nostalgia pop Melayu 
termasuk menyenaraikan 2 buah lagu rakaman semula, 'Zuraida' nyanyian 
asal Azman Idris dan dan 'Oh Cha Cha 
Cha', nyanyian asal penyanyi seberang, Bob Tutupol  y.  
Kedua-dua lagu tersebut dinyanyikan semula oleh Nassier Wahab dan kedua-dua lagu 
tersebut kemudiannya dimuatkan semula dalam album kompilasi Nassier 
Wahab, MEMORI HIT (Music Valley, 2007).
CD1: 
 
Zuraida (Nassier Wahab) 
(lagu baru)
		  
Mawar Bukan Milikku (Razis Ismail)
		  
Korban Percintaan (Julie Remie)
		  
Tiada Benci Di Hati (Baharuddin Rahman)
		  
Malam Gelisah (Azharuzzaman)
		  
Terbang Helang (Sharifah Aini)
		  
Dua Insan (Yunizar & M Nasir)
		  
Jejaka Idaman (Raja Ema)
		  
Nilai Cinta (Sudirman)
		  
Terlerai Kasih (Wann)
		  
Hapuslah Airmatamu (OST) (Broery Marantika)
		  
Sendiri (Jamal Abdillah)
CD2: 
 Oh Cha Cha 
Cha
(Nassier Wahab) (lagu baru)
		  
Kelahiran 
Cinta 
(Haliza)
		  
Aku Yang Kau 
Panggil Sayang
(Khairool Idlan)
		  
Kau Bungaku
(Dato' Shake)
		  
Menaruh Harapan
(Zaiton Sameon)
		  
Kelip Kelip Ku Sangka Api
(Malek Ridzuan)
		  
Semakin Rindu Semakin Sayang 
			(versi Unplugged)
(Dayangku Intan)
		  
Tiap Waktu 
Terluang
(Kazar)
		  
Kau Kunci 
Cintaku (Dalam Hatimu) 
(Ranmlah Ram)
		  
Masih Ingat 
Tak Lagi 
(Nassier Wahab)
		  
Kau Pergi Jua 
(Adam Ahmad)
/MP0R%202006%20Rahimah%20Rahim%20-%20Awal%20&%20Kini.jpg)     
AWAL & KINI
- Rahimah Rahim
(CD 
- 
JEMS Promotion, 2006)
 Album ini 
menyenaraikan lagu hit 70an nyanyian Rahimah Rahim yang diberi nafas baru oleh 
beliau sendiri.  Terdapat 2 buah lagu ciptaan baru dan sebuah lagu klasik lama 'Sejak 
Ku Bertemu Padamu' yang dinyanyikan oleh Rahimah Rahim bersama Nassier Wahab.
Senarai lagu; 
Sejak Ku 
Bertemu Padamu 
				(duet Nassier Wahab)
		  
Sang Bulan
		  
Mana Ibunya
		  
Aku Teman Ke 
				Pesta
		  
Bintang Sukanku 
				(featuring Alif SLEEQ)
		  
Rumahlah Syurgaku
		  
Kebersihan Satu Keimanan 
				(featuring Alif SLEEQ)
		  
Bintang Di Sayang
		  
Hanyut 
(lagu baru)
		
  
Bersua Di Hari Raya 
(lagu baru)
		  
Sejak Ku Bertemu Padamu 
				(minus one)
		  
Sang Bulan 
				(minus one) 
   
2 raja pop melayu terhebat
- 
 
Jamal Abdillah
&  
 
Nassier Wahab 
			
			
			
		
			(CD  - 
Music Valley, 2006)
Senarai lagu; 
CD1: 
Sendiri
  
 
Sekali Aku Jatuh Cinta (Nassier Wahab)
  
 
Bukan Derita Hati Meminta
  
 
Masih Ingat Tak Lagi (Nassier Wahab)
  
 
Di Sebalik Tabir Cintamu
  
 
Aku Fakir Cinta (Nassier Wahab)
  
 
Nadi Cinta
  
 
Gadis Bermata Biru (Nassier Wahab)
  
 
Alina
  
 
Undangan Rindu (Nassier Wahab) 
CD2: 
Kau Lupa Janji
  
 
Wajah Kekasih (Nassier Wahab)
  
Di Mana Kemesraan
  
 
Sebuah Janji Tak Bererti (Nassier Wahab)
  
Andainya Aku Jutawan
  
 
Bayangan Wajah Duka (Nassier Wahab)
  
Aku
  
 
Bila Rindu Datang Lagi (Nassier Wahab)
  
Sepi Dalam Penantian
  
 
Pesona Cinta (Nassier Wahab) 
   
jangan hapus cintaku
- Nassier Wahab 
			(2007) 
		
Untuk melebarkan bakatnya ke negara 
seberang, Nassier Wahab telah bekerjasama dengan komposer ternama Indonesia, 
Richard Kyoto untuk menerbitkan album istimewa bergenre Pop Jazz, 
JANGAN HAPUS CINTAKU  dan album 
ini hanya untuk dipasarkan di Indonesia sahaja.  Antara lagu lagu yang 
terkandung dalam album ini ialah 'Untukmu', 'Jangan Hapus Cintaku', 
'Ingin Bersamamu', 'Kasih', dan 'Pasrah'.  Kesemua 
lagu-lagu ini kemudiannya dimuatkan semula ke dalam album-album kompilasi Nassier 
Wahab yang berikutnya. 
		
		
   
memori hit
- Nassier Wahab 
			(CD  
- Music Valley, 2007) 
		
Album kompilasi
ini turut memuatkan sebuah lagu ciptaan baru berirama balada 'Sirna Kasihmu' 
karya Adnan Abu Hassan
dan lirik 
oleh Mohariz Yaakup.  Kedua-dua mereka adalah pemilik karya 'Memori 
Cinta Luka' yang telah menaikkan semula nama Nassier Wahab di persada muzik 
tanahair.  Turut dimuatkan semula adalah 
3 lagu dari album JANGAN HAPUS CINTAKU yang hanya dipasarkan di Indonesia; 'Untukmu', 
'Kasih' dan 'Pasrah'. 
		
			
		
Senarai lagu; 
CD1: 
 
Untukmu
			  
		
Kasih
			  
		Memori Cinta Luka
			  
		Oh Cha Cha Cha
			  
		Sekali Aku Jatuh Cinta
			  
		Pesona Cinta
			  
		Lambaian Perpisahan
			  
		Wajah Kekasih
			  
		Zuraida
			  
		Aku Dalam Percintaan
			  
		Mengharap Kasihmu
			  
		Undangan Rindu
			  
		Pak Pandir Moden
			  
		Pasrah
CD2: 
 Sirna 
Kasihmu (lagu baru)
			  
Masih Ingat Tak Lagi
			  
Andai Kau Di Sini
			  
Bayangan Wajah Duka
			  
Untukmu Kekasih
			  
Rentak Tari
			  
Keroncong Kasih Abadi
			  
Kau Yang Pertama
			  
Bila Rindu Datang Lagi
			  
Sebuah Janji Tak Bererti
			  
Gadis Bermata Biru
			  
Cinta Dan Perasaan
			  
Aku Fakir Cinta
			  
Asmara Keliru
    
SYOKNYA! RAYA
- Various 
Artist
(CD 
- 
Music Valley, 2007)
Album raya CD 
				berkembar terbitan/edaran Muzik Valley, SYOKNYA! RAYA mengandungi 24 lagu raya 
iaitu 6 buah lagu 
				raya ciptaan baru, 8 buah lagu klasik raya rakaman semula dan selebihnya 
				adalah lagu raya yang diambil dari penerbitan album-album raya sebelumnya.  
				Hanya Nassier Wahab, Elly Mazlein, Shidee, Othman Hamzah, Lan & 
				Kristal, Leez AF4 dan Fiffy Natasya yang terlibat untuk 
				menyanyikan lagu-lagu raya ciptaan baru dan lagu raya klasik 
				rakaman semula untuk album tersebut. 
Nassier Wahab secara solo merakam semula 4 buah lagu raya klasik, 'Dendang 
Perantau', 'Menjelang Hari Raya', 'Suara Takbir' & 'Kepulangan 
Yang Di Nanti' dan sebuah lagu baru 'Lambaian Desa Permai'.  
Nassier Wahab turut berduet bersama Elly Mazlein dan Fify Natasya untuk lagu 'Sketsa 
Di Pagi Raya' dan secara beramai-ramai untuk lagu 'Kenangan Di Pagi Raya'.
Senarai lagu; 
CD1: 
Takbir Raya 
  
Sketsa Di Pagi Raya (Nassier Wahab, Elly Mazlein & Fify Natasya) (lagu 
baru)
  
Kenangan Di Pagi Lebaran (Shidee, Othman Hamzah, Nassier Wahab, Lan 
Kristal, Elly Mazlein, Leez AF4 & Fiffy Natasya) (lagu 
baru)
  
Satu Hari Raya (versi asal) (M Nasir)
  
Cahaya Aidilfitri (oa Black Dog Bone) (Kristal) (rakaman 
baru)
  
Selamat Berhari Raya (oa Rahimah Rahim) (Elly Mazlein) (rakaman 
baru)
  
Dendang Perantau (oa P Ramlee) (Nassier Wahab) (rakaman 
baru)
  
Aidilfitri (versi Sanisah Huri) (Wann)
  
Ku Pohon Restu Ayah Bonda (oa Al Jawaher) (Mamat Exist) (versi BMG, 1994)
  
Bondaku Yang Jauh Di Mata (Kristal) (lagu baru)
  
Menjelang Hari Raya (oa DJ Dave) (Nassier Wahab) (rakaman 
baru)
  
Pulanglah (Aishah)
  
Selamat Hari Raya (oa Ahmad Jais) (Othman Hamzah) (rakaman 
baru)
CD2: 
 
Inang Palembang (versi Sharifah Aini & Herman Tino) (Wann & Saleem)
  
Salam Di Pagi Lebaran (Shidee) (lagu baru)
  
Seloka Hari Raya (oa Uji Rashid & Hail Amir) (Wann & Saleem)
  
Mensyukuri Aidilfitri (Kristal) (lagu baru)
  
Suara Takbir (oa P Ramlee) (Nassier Wahab) (rakaman 
baru)
  
Suasana Hari Raya (oa Anuar & Ellina) (Lan Kristal & Leez AF4) (rakaman 
baru)
  
Lambaian Desa Lebaran (Nassier Wahab) (lagu baru)
  
Di Hari Kemenangan Ini (M Daud Kilau)
  
Suasana Hari Raya (oa Sharifah Aini) (Wann)
  
Syawal Yang Mulia (Screen)
  
Kembali Di Aidilfitri (Poey Stings)
  
Kepulangan Yang Di Nanti (oa Aman Shah) (Nassier Wahab) (rakaman 
baru)
   
YEH! YEH! RAYA
- Various 
Artist
(CD 
- 
Music Valley, 2007 )
Album 
koleksi 16 lagu-lagu raya Klasik terbitan/edaran Muzik Valley YEH! YEH! RAYA 
diedarkan serentak dengan album SYOKNYA! RAYA.  Album tersebut telah 
memuatkan semula 7 buah lagu-lagu raya klasik rakaman baru dari album SYOKNYA! 
RAYA manakala lagu lagu lainnya adalah rakaman terdahulu dari syarikat 
rakaman Universal Music, Insictech Musicland & Rock Records.  Kesemua 
lagu raya klasik rakaman semula yang dinyanyikan oleh Nassier Wahab dalam album 
raya SYOKNYA! RAYA dimuatkan semula dalam album YEH! YEH! RAYA.
Senarai lagu; 
 
Takbir Raya
  
Satu Hari Di Hari Raya (versi asal) (M Nasir)
  
Cahaya Aidilfitri (oa Black Dog Bone) (Kristal)
  
Seloka Hari Raya (oa Uji Rashid & Hail Amir) (Wann & Saleem)
  
Dendang Perantau (oa P Ramlee) (Nassier Wahab)
  
Aidilfitri (versi Sanisah Huri) (Wann)
  
Selamat Hari Raya (versi Insictech Musicland) (Ahmad Jais)
  
Bila Takbir Bergema (oa Rafeah Buang) (Maria Bachok)
  
Kepulangan Yang Di Nanti (Nassier Wahab)
  
Selama  t Hari Raya (oa 
Ahmad Jais) (Wann)
  
Selamat Berhari Raya (oa Rahimah Rahim) (Elly Mazlein)
  
Suara Takbir (oa P Ramlee) (Nassier Wahab)
  
Suasana Di Hari Raya (Lan Kristal & Leez)
  
Musafir Di Aidilfitri (versi 
Insictech Musicland) (S Jibeng)
  
Menjelang Hari Raya (oa DJ Dave) (Nassier Wahab)
  
Inang Palembang (versi Sharifah Aini & Herman Tino) (Wann & Saleem)
  
Selamat Hari Raya (oa Saloma) (Wann)
   
koleksi pop terbaik
- 
Ibnor Riza 
& Nassier Wahab 
			
			(CD  - 
Sony Music, 2009)
Senarai lagu; 
CD1 
Ibnor Riza: 
Mimpi Tak Sudah
  
 
Meneka Dalam Kesamaran
  
 
Berdiri Seorang Perindu
  
 
Sudah Terluka Merindu Pula
  
 
Jangan Salahkan Pertemuan
  
 
Setiamu Tiada Lagi
  
 
Mengimbau Impian Antara Kita
  
 
Mimpi Kita Berbeza
  
 
Takdir
  
 
Gadisku Bunga Tercemar
  
 
Terlena Dalam Rindu
  
 
Hamparan Rindu
  
 
Menempah Kasih
  
 
Seroja
  
 
Rahsia Ukiran Duka
  
 
Selamat Tinggal 
CD2 
 
Nassier Wahab: 
Memori Cinta Luka
  
Sekali Aku Jatuh Cinta
  
Wajah Kekasih
  
Masih Ingat Tak Lagi
  
Pesona Cinta
  
Aku Fakir Cinta
  
Mengharap Kasihmu
  
Undangan Rindu
  
Zuraida
  
Aku Dalam Percintaan
  
Sinar Kasihmu
  
Andai Kau Di Sini
  
Bayangan Wajah Duka
  
Untukmu Kekasih
  
Bila Rindu Datang
  
Gadis Bermata Biru
   
		 2 HATI SATU JIWA - 
 Nassier Wahab
(single) 
 ( NWE, 
2010)
'Dua Hati, Satu Jiwa' nyanyian Nassier Wahab meru pakan 
lagu tema untuk filem drama keluarga 2 HATI, SATU JIWA 
yang diterbitkan pada tahun 2010 dan diarahkan oleh Abdul Razak Mohaideen.  
Single ini merupakan karya Mohariz Yaakup dan diliriknya ditulis oleh Aucu.  
'2 Hati, Satu Jiwa' kemudiannya dimuatkan semula dalam
album kompilasi Nassier Wahab CINTA FARHAT / AIRMATA DAN DOA (2012).
   
 
			senandung mesra aidilfitri
- 
Various Artist
(CD 
- 
Metro Muzik, 2011)
Nassier 
Wahab hanya menyanyikan 2 buah lagu rakaman semula, itupun secara berama-ramai 
bersama artis-artis lain.  Manakala lain-lain lagu raya nyanyian solo Nassier 
Wahab diambil dari album-album raya terbitan sebelumnya. 
Senarai lagu; 
Selamat Hari Lebaran (Nassier Wahab, Rohana Jalil, Zur Eda, Siti Fairuz, 
Mas Omar dan Abol & Chef Zainal) (versi baru)
  
Salam Bersalam (Nassier Wahab)
  
Dari Jauh Ku Pohon Maaf (Rohana Jalil)
  
Aidilfitri (versi Sanisah Huri) (Siti Fairuz) (versi baru)
  
Salam Lebaran (Salwa Abdul Rahman)
  
Ucapan Selamat Hari Raya (oa Gaya Zakry) (Zur Eda) (versi baru)
  
Nikmat Hari Mulia (Nassier Wahab & Rohana Jalil)
  
Selamat Hari Raya (versi artis-artis EMI, 1977) (Nassier Wahab, Rohana Jalil, 
Zur Eda, Siti Fairuz, Mas Omar dan Abol & Chef Zainal) (versi baru)
  
Boria Aidilfitri (Mas Omar)
  
Minal Aidilfitri (oa Tunas Mekar) (Abol & Chef Zainal) (versi baru) 
Pada tahun 2014, album ini diterbitkan semula dengan kulit album yang berlainan 
tetapi masih mengekalkan susunan trek lagu seperti album asal. 
			
   
		 PUISI LARA - 
 Nassier Wahab 
(single) 
 (EMI Publishing, 
April 2012)
'Puisi Lara' merupakan sentuhan yang cukup syahdu dan melankolik ciptaan 
dan lirik oleh Adnan Abu Hassan .  
Single ini kemudiannya dimuatkan semula dalam album kompilasi Nassier Wahab 
CINTA FARHAT / AIRMATA DAN DOA (2012).
   
CINTA FARHAT / airmata dan doa
- Nassier Wahab 
			(CD  - 
NWE / Insictech Musicland, 2012) 
		
Walaupun album ini merupakan album kompilasi tetapi ia turut memuatkan lagu-lagu 
baru dan single yang tidak pernah dimuatkan dalam mana-mana album Nassier Wahab dan 
lagu-lagu dari album JANGAN HAPUS CINTAKU (pasaran Indonesia saja).  
Senarai lagu; 
Cinta 
Farhat
(lagu baru) 
 
Airmata Dan Doa 
				(lagu baru)
  
Memori Cinta Luka
  
Andai Kau Di Sini
  
Keroncong Kerinduan
  
Jangan Pernah Ada Benci
  
Sirna Kasihmu
  
Puisi Lara
  
Kau Yang Pertama
  
Dua Hati Satu Jiwa 
				(OST '2 Hati 1 Jiwa')
  
Selamat Datang Cinta
  
Untukmu
  
Kasih
  
Jangan Hapus Cintaku
  
Pasrah
  
Ingin Bersamamu 
Album ini kemudiannya telah dipasarkan semula dengan 
cover album yang lebih menarik. 
   
 
pertemuan 
di jb
- Nassier Wahab 
			& 
Phipit Snow  (CD 
- 
			Insictech Musicland, 2012)
Walaupun cover album ini meletakkan nama Nassier Wahab sebaris dengan Phipit 
Snow tapi Nassier Wahab hanya muncul 
untuk dua lagu sebagai pasangan duet Phipit Snow; 'Padang - Kuala Lumpur' dan 'Pertemuan Di JB'.  Album ini merupakan album pengenalan Phipit 
Snow untuk pasaran di Malaysia dan kemungkinan Nassier Wahab dijadikan sebagai 'umpan' 
untuk Phipit Snow lebih cepat dikenali di sini.  Phipit Snow @ Phipit Mursyidah kemudian 
dikenali sebagai penyanyi popular lagu lagu Minang.
Senarai lagu; 
Padang - Kuala Lumpur (duet 
				Phipit Show & Nassier Wahab)
  
Pertemuan Di JB (duet 
				Phipit Show & Nassier Wahab)
  
Rindu Yang Menggebu
  
Pulanglah Uda
  
Di Tepi Pantai
  
Jangan Ada Yang Terluka
  
Pulanglah Abang
  
			Manakutehe
  
			Sorry Boy
  
Di Pantai Padang 
 
   
pedoman 2: 
takkan berpaling darimu
- 
Various Artist
			(CD 
- 
United Studio, 2013)
Album bergenre nasyid/dakwah ini merupakan kesinambungan album PEDOMAN: 
HIDUP DAN PESAN NABI yang pernah diterbitkan oleh Ambang Klasik pada tahun 1996.  
Ia bukan saja masih mengekalkan penyanyi yang sama seperti Nassier Wahab, Ahmad Fauzee, Syed Sobrie & Ebby Saiful 
tetapi turut mengundang seorang lagi rakan baik mereka, Shah Rezza.  Apa 
yang menarik album ini diedarkan dalam pakej CD berkembar yang mana CD1 adalah 
trek penuh dari album PEDOMAN: 
HIDUP DAN PESAN NABI manakala CD2 adalah lagu-lagu rakaman terbaru yang mana 
Nassier Wahab dipertanggungjawab menyanyikan semula lagu 'Ya Illahi Rabbi' 
dan 'Pandangan Ku Tentang Hidup' dan 2 buah lagu lainnya 'Takkan 
Berpaling Darimu' dan 'Mari Sembahyang' secara beramai-ramai.  
Untuk album PEDOMAN 2, Nassier Wah menyanyikan lagu    
Senarai lagu; 
CD1 
 
Pedoman 1 - Hidup Dan 
Pesan Nabi: 
Pedoman (oa Al Mizan) (Ahmad Fauzee)
  
Rukun Islam (oa P Ramlee & 
Saloma) (nyanyian 
ramai)
  
Tuhan (oa 
Bimbo) (Nassier 
Wahab)
  
Pagi Ramadhan 
(oa Snada) (Syed 
Sobrie)
  
Tiada Yang Kekal (Melainkan Allah) 
(oa Hidayah) (nyanyian 
ramai)
  
Hidup Dan Pesan Nabi (oa 
Bimbo) (Ebby 
Saiful)
  
Wudhu (oa 
Hetty Koes Endang,
Bimbo, Yanti Bersaudara, Inka Christie, Rafika Duri & Jamal Mirdad) (nyanyian 
ramai)
  
Inikah Manusia 
(oa Sharifah Aini) (Ebby 
Saiful)
  
Sabar (oa P Ramlee) (Ahmad Fauzee)
  
Permaidani (oa Aris Ariwatan) (Nassier 
Wahab)
  
Manusia Dan Tuhannya (oa 
Deddy Dhukun) (Syed 
Sobrie)
  
Selimut Putih 
(oa El Suraya) (Nassier 
Wahab)
CD2  
pedoman 2 - TAKKAN BERPALING DARIMU: 
Takkan Berpaling Darimu (oa 
Rossa) (nyanyian 
ramai)
  
Taqwa Dan Iman (oa Ahmad Jais) (Ahmad 
Fauzee)
  
Maafkan Ingkarku (oa Snada) (Syed Sobrie)
  
Oh Tuhan (Ebby Saiful)
  
Ya Illahi Rabbi 
(oa Rafeah Buang) (Nassier 
Wahab)
  
Tuhan Berikan Aku Cinta 
(oa Ayushita) (Shah 
Rezza)
  
Mari Sembahyang (oa Al Mizan) (nyanyian 
ramai)
  
Insan Dan Bunga (oa 
Tiar Ramon) (Ahmad Fauzee)
  
Cinta Nan Satu (oa 
Ramlah Ram) (Syed Sobrie)
  
Pandangan Ku Tentang Hidup 
(oa Sharifah Aini) (Nassier 
Wahab)
  
Apa Salah Dan Dosaku (oa 
D'Lloyd) (Ebby Saiful)
  
Akhirnya (oa Gigi) (Shah Rezza)
   
 
TAK MUNGKIN HUJAN BALIK KE 
LANGIT
- 
Nassier Wahab
(CD 
- 
NWE / Insictech Musicland, 2014)
Album ini merupakan album repackaged KE PUNCAK PERSADA yang telah diterbitkan 
oleh Zanzibar Production pada tahun 2000.  Untuk edisi terkini cover album 
telah ditukar dan lagu hit dari album ini, 'Tak Mungkin Hujan Balik Ke Langit' 
dijadikan sebagai tajuk album.  Susunan trek lagu adalah seperti album asal 
cuma diakhir trek lagu ada penambahan sebuah lagu baru 'Keroncong Kerinduan' dan 
diikuti 4 buah instrumental.
Senarai lagu;  
Tak Mungkin Hujan Balik Ke Langit
  
Joget Hati Berkenan
  
Mas Merah
  
Sulaman Asmara
  
Detik Kerinduan
  
Dondang Desa Warisan
  
Pancaran Senja
  
Joget Kasih Sempurna
  
Keroncong Kasih Abadi
  
Bila Hati Terluka
  
Keroncong Kerinduan
  
Joget Hati Berkenan (instrumental)
  
Keroncong Kasih Abadi (instrumental)
  
Sulaman Asmara (instrumental)
  
Tak Mungkin Hujan Balik Ke Langit (instrumental)  
   
terlajak laris
- Nassier Wahab 
			(CD  - 
Universal Music, 2015) 
Senarai lagu; 
CD1: 
Masih Ingat Tak Lagi
  
Memori Cinta Luka
  
Sekali Aku Jatuh Cinta
  
Wajah Kekasih
  
Zuraida
  
Undangan Rindu
  
Untukmu Kekasih
  
Mengharap Kasihmu
  
Aku Fakir Cinta
  
Bila Rindu Datang Lagi
  
Gadis Bermata Biru
  
Susah Senang Kita Bersama (duet Ramlah Ram)
  
Bayangan Wajah Duka
  
Sampai Bila
  
Sepinya Perjalanan Ini 
CD2: 
Kasih
  
Andai Kau Di Sini
  
Pesona Cinta
  
Sebuah Janji Tak Bererti
  
Cinta Dan Perasaan
  
Aku Dalam Percintaan
  
Rentak Tari
  
Kau Yang Pertama
  
Hatimu Tak Seindah Wajahmu
  
Akhirnya Berpisah Jua
  
Ku Bawa Rahsia Cinta
  
Jika Ku Tahu
  
Lambaian Perpisahan
  
Pulang Bawa Kejayaan
  
Pak Pandir Moden 
   
lukisan cinta
- Nassier Wahab 
			(CD  - 
Insictech Musicland, 2015) 
		
Album kompilasi ini menyenaraikan lagu lagu berunsur nasihat dan ketuhanan yang 
pernah dirakamkan oleh Nassier Wahab dan turut memuatkan sebuah lagu baru, 'Lukisan 
Cinta'. 
Senarai lagu;  
Lukisan Cinta 
(lagu baru)
  
Ya Illahi Rabbi
  
Pandangan Ku Tentang Hidup
  
Mari Bersembahyang (Nassier 
Wahab, Ahmad Fauzee, Syed Sobrie, Ebby Saiful & Shah Rezza)
  
Tuhan
  
Permaidani
  
Rukun Islam (Nassier Wahab, Ahmad Fauzee, Syed Sobrie 
& Ebby Saiful)
  
Selimut Putih
  
Wudhu (Nassier 
Wahab, Ahmad Fauzee, Syed Sobrie & Ebby Saiful)
  
Tiada Yang Kekal (Melainkan Allah)
  
Jangan Pernah Ada Benci
  
Airmata Dan Doa 
   
EVERGREEN KLASIK
- Nassier Wahab 
			(CD  - 
Insictech Musicland, 2016) 
		
Album ini menyenaraikan lagu lagu klasik Malaysia dan Indonesia yang dirakam 
semula oleh Nassier Wahab.  Turut dimuat sebuah lagu 'Kasih' (nyanyian 
asal Ermy Kulit) yang diambil dari album JANGAN 
HAPUS CINTAKU (2007).  Di Malaysia lagu 'Kasih' amat popular tetapi 
bukannya dari nyanyian Ermy Kulit tetapi rakaman semula oleh Hetty Koes 
Endang dalam versi Keroncong. 
Senarai lagu; 
Ibu
  
Engkau Laksana Bulan
  
Serunai Malam
  
Kasih
  
Kemesraan
  
Kisah Cinta
  
Tak Ingin Sendiri
  
Rindu Lukisan
  
Di Wajahmu Ku Lihat Bulan 
   
30 TAHUN KARIER MUSIK
- Nassier Wahab 
			(CD  - 
Insictech Musicland, 2016) 
		
Album kompilasi sempena Ulangtahun ke 30 penglibatan Nassier Wahab dalam industri muzik 
tempatan turut menampilkan 3 buah lagu yang belum pernah dimuatkan dalam 
mana-mana album Nassier Wahab iaitu 'Cinta Suci', 'Kau Dalam 
Hatiku' dan 'Nada Nada Cinta'.  Kesemua lagu dalam album ini 
adalah ciptaan komposer terkenal Indonesia, Richard Kyoto.  Trek lagu dalam 
album ini merupakan lagu-lagu yang terkandung dalam album Nassier Wahab, JANGAN 
HAPUS CINTAKU untuk pasaran Indonesia. 
Senarai lagu; 
Cinta Suci
(lagu baru)
  
Kau Dalam Hatiku
(lagu baru)
  
Nada Nada Cinta
(lagu baru)
  
Lukisan Cinta
  
Untukmu
  
Kasih
  
Ingin Bersamamu
  
Jangan Pernah Ada Benci 
   
DUNIA CINTA
- Nassier Wahab 
			(CD (Mini album) 
- Insictech Musicland, 2018) 
		
 
Nassier Wahab kembali dengan sebuah 
album mini yang menampilkan lima lagu baru.  Masih mengekalkan lagu lagu ciptaan 
komposer Indonesia.  Kali ini albumnya memuatkan 4 lagu baru ciptaan komposer 
Syahrul Elmoka dan rakaman telah dilakukan di Bandung.  Nassier Wahab juga 
menyanyikan semula lagu asal kumpulan Projector Band, 'Sudah Ku Tahu' 
dengan susunan muzik yang sedikit berbeza'.
Senarai lagu; 
Dunia Cinta
  
Sajak Cinta
  
Tentang Cintaku
  
Cemburu
  
Sudah Ku Tahu 
..jpg)   |