Playlist Seraut Wajah Semerdu Suara

Saya sedang berusaha untuk menambah playlist Sharifah Aini dalam beberapa kategori / tema yang berlainan.  Sementara menunggu playlist terbaru, sila nikmati playlist Sharifah Aini 'Seraut Wajah Semerdu Suara' yang sedia ada.  Semoga terhibur.

(Kesemua playlist hanyalah untuk di 'streaming' sahaja.)

Dengar Playlist Lagu Pelbagai Genre & Tema Persembahan Vokal Merdu Sharifah AiniDengar Playlist Lagu Lagu Sharifah Aini Hasil Nukilan Karyawan MalaysiaDengar Playlist Lagu Tradisional & Pelbagai Irama KeMelayuan 4 Dekad Persembahan Vokal Merdu Sharifah AiniDengar Playlist Lagu Cover Version Persembahan Vokal Merdu Sharifah AiniDengar Playlist Lagu Terbaik Persembahan 3 Biduanita Tersohor Negara, Sharifah Aini, Saloma & Siti NurhalizaDengar Playlist Lagu Balada 4 Dekad Persembahan Vokal Merdu Sharifah AiniDengar Playlist Lagu Yang Liriknya Nukilan Sharifah AiniPlaylist IRAMA DARI SEBERANG (Sharifah Aini)

AIDILFITRI BERSAMA 2 DIVA TERSOHOR

(Koleksi Lagu Raya Nyanyian Sharifah Aini & Siti Nurhaliza)

(Pertama kali diperdengarkan 22 Ogos 2010)

Pada 19 Ogos lalu, hampir kebanyakan media cetak arus perdana menyiarkan kemesraan dua DIVA tersohor negara Datuk Sharifah Aini dan Datuk Siti Nurhaliza.  Syukur, Alhamdullilah 2 bintang kebanggaan negara ini akhirnya 'berdamai' setelah 6 tahun hubungan mereka dikatakan dingin.  Cukup terharu apabila saat paling manis dalam sejarah hiburan dekad ini berlaku di bulan barakah Ramadhan al-Mubarak.  Apa yang berlaku sebelumnya tidak perlu diungkit lagi.

Keadaan ini diharap dapat dipergunakan sebaik mungkin oleh media elektronik untuk menggandingkan mereka dalam program hiburan atau pun pertunjukan pentas yang berprestig.  Dan yang paling penting syarikat rakaman boleh menggandingkan mereka dalam pelbagai genre lagu untuk ditinggalkan sebagai warisan khazanah muzik tanahair.  Sayang dan amat ralat jika 'projek' ini tidak dapat direalisasikan.

Saya amat yakin berita kemesraan ini amat disenangi oleh hampir kesemua peminat kedua-dua bintang tersohor ini.  Kepada peminat-peminat Kak Pah dan Siti saya hadiahkan playlist istimewa AIDILFITRI BERSAMA 2 DIVA TERSOHOR sebagai permulaan di atas kemesraan mereka.  Kita doakan yang terbaik untuk mereka dan semoga terhibur ...



Senarai lagu:

  Di Pintu Ampun  (Sharifah Aini)
     
(2000, Hairul Anuar Harun)

  Nazam Lebaran  (Siti Nurhaliza)
     
(2001, Pak Ngah / Nurul Asyiqin)

  Nostalgia Aidilfitri  (Sharifah Aini)
     
(1996, Pak Ngah / Logha)

  Anugerah Aidilfitri  (Siti Nurhaliza)
     
(2002, Pak Ngah / Ce' Kem)

  Minal Aidil Wal Faizin  (Sharifah Aini)
     
(1998, Oslan Husin)

  Mekar Hari Raya  (Siti Nurhaliza)
     
(2003, Azmeer / Seribayan)

  Hari Yang Mulia  (Sharifah Aini)
     
(1973, S Omar Osman)

  Suara Takbir  (Siti Nurhaliza)
    
 (1996, P Ramlee)

  Suara Takbir  (Sharifah Aini)
     
(1996, P Ramlee)

  Bila Hari Raya Menjelma  (Siti Nurhaliza)
     
(2000, S Atan / Nurul Asyiqin)

  Zapin Aidilfitri  (Sharifah Aini)
     
(1999, Tik / Ikhtiman)

  Airmata Syawal  (Siti Nurhaliza)
     
(2002, Pak Ngah / Nurul Asyiqin)

  Ketika Takbir Bergema  (Sharifah Aini)
     
(1988, Fauzi Marzuki / S Amin Shahab)

  Meriah Suasana Hari Raya  (Siti Nurhaliza)
     
(2003, Khir Rahman / Hairul Anuar Harun)

  Suasana Hari Raya  (Sharifah Aini)
     
(1977, Akbar Nawab / Sharifah Aini)

  Sesuci Lebaran  (Siti Nurhaliza)
     
(1998, Pak Ngah / Hairul Anuar Harun)

Dengar lain-lain PLAYLIST lagu raya & ketuhanan alunan vokal merdu Sharifah Aini:

(semua lagu di laman web ini adalah Hak Cipta Terpelihara.  Penggunaanya di laman ini sekadar untuk hiburan semata-mata tanpa mengambil sebarang keuntungan daripadanya.  Sila sokong artis yang anda gemari dengan membeli CD original)