Playlist Seraut Wajah Semerdu Suara

Saya sedang berusaha untuk menambah playlist Sharifah Aini dalam beberapa kategori / tema yang berlainan.  Sementara menunggu playlist terbaru, sila nikmati playlist Sharifah Aini 'Seraut Wajah Semerdu Suara' yang sedia ada.  Semoga terhibur.

(Kesemua playlist hanyalah untuk di 'streaming' sahaja.)

Dengar Playlist Lagu Pelbagai Genre & Tema Persembahan Vokal Merdu Sharifah AiniDengar Playlist Lagu Lagu Sharifah Aini Hasil Nukilan Karyawan MalaysiaDengar Playlist Lagu Tradisional & Pelbagai Irama KeMelayuan 4 Dekad Persembahan Vokal Merdu Sharifah AiniDengar Playlist Lagu Cover Version Persembahan Vokal Merdu Sharifah AiniDengar Playlist Lagu Terbaik Persembahan 3 Biduanita Tersohor Negara, Sharifah Aini, Saloma & Siti NurhalizaDengar Playlist Lagu Balada 4 Dekad Persembahan Vokal Merdu Sharifah AiniDengar Playlist Lagu Raya & Santapan Rohani Persembahan Vokal Merdu Sharifah AiniDengar Playlist Lagu Yang Liriknya Nukilan Sharifah Aini

HATI YANG TERLUKA: IRAMA DARI SEBERANG

(Koleksi Rakaman Semula 16 Lagu Lagu Indonesia)

(Pertama kali diperdengarkan 11 April 2008)

Demam muzik Indonesia membadai industri muzik tempatan.  Itulah fenomena yang berlaku ketika ini.   Pengaruh kuat ke atas peminat sebelah sini, menyebabkan ramai artis tempatan sama ada berkumpulan mahupun solo mula terikut-ikut mendominasi muzik seberang demi untuk menguasai pasaran tempatan yang sememangnya kecil ini.  Pada awalnya memang terasa keunikan irama dari seberang ini tetapi bila dah terlalu banyak dibawa masuk (kerana sifat keterbukaan kita) kemudian penggiat industri kita juga menggunakan acuan yang sama, malah ada penyanyi tempatan yang menggunakan khidmat komposer seberang untuk menerbitkan lagu/album mereka, saya amat yakin peminat akan mula bosan dan trend ini akan berakhir juga.

Fenomena ini juga pernah melanda di era 70-an dan awal 80an tetapi ketika ia lebih dikuasai oleh artis solo seperti Broery Marantika, Emillia Contessa, Tetty Kadi, Muchsin, Titiek Puspa, Titiek Sandhora, Hetty Koes Endang dan ramai lagi, manakala artis berkumpulan Favourite's Group, D'Lloyd, Koes Plus dan the Mercy's.  Populariti lagu-lagu mereka turut mempengaruhi artis tempatan termasuk Sharifah Aini.  Lagu-lagu Indonesia favourite kak Pah yang dirakamkan, kebanyakannya daripada versi Broery Marantika untuk kategori pop (kak Pah tersangat minat dengan Broery ke?), manakala S Effendy untuk lagu-lagu berciri keMelayuan.  Yang istimewanya walaupun lagu yang dirakamkan sememangnya sudah popular, peminat tempatan tetap menerima versi kak Pah yang memang tersendiri.

Pihak EMI Malaysia juga telah mengundang komposer ternama Indonesia A Riyanto (sama hebat dengan Ahmad Nawab) untuk menerbitkan sendiri 3 buah lagu ciptaannya yang dikhas untuk Sharifah Aini.  Maka terhasillah dua lagu original A Riyanto yang memang diminati sehingga hari ini Kau Racun Hidupku dan Hatiku Melekat Di Hatimu yang dimuatkan dalam album KAU YANG BERNAMA (1986) disamping lagu cover version Yang Sangat Ku Sayang (dipopularkan oleh Rano Karno & Hetty Koes Endang).  Yang pasti kak Pah telah menempa sejarah tersendiri kerana berpeluang bekerjasama dengan komposer ternama Indonesia seperti yang diidam-idamkan kebanyakan artis tempatan.

Dengarkan playlist hati yang terluka: IRAMA DARI SEBERANG yang menghimpunkan koleksi 16 lagu popular nyanyian penyanyi Indonesia yang dirakam semula oleh Sharifah Aini dengan versi tersendiri.



Senarai lagu:

  Kau Racun Hidupku (original track)
      (1986, A Riyanto)

  Tiga Malam (versi asal Lilis Suryani)
      (1987, Lilis Suryani
)

  Pra (Sebelum Ajal/Hidup) (versi asal Hetty Koes Endang)
      (1982, Bagyo M
)

  Mama (versi asal Titiek Puspa)

      (1977, Titiek Puspa)

  Pertemuan (versi asal Elvy Sukaesih)

      (1983, Bambang SL)

  Yang Sangat Ku Sayang (versi asal Jamal Mirdad)

      (1986, A Riyanto)

  Janji (versi asal Ellya M Harris)

      (1982, Ellya M Harris)

  Jatuh Cinta (versi Broery Marantika)

      (1976, Rinto Harahap)

  Semua Pergi (versi Broery Marantika)

      (2003, Boe Kent Malaiholo)

  Kau Telah Di Sampingku (versi asal Tiar Ramon)

      (1974, CC / Dondo)

  Hati Seorang Kawan Baru (versi asal Jamal Mirdad)

      (1984, A Riyanto)

  Tarikan Nafas Ku Yang Terakhir (versi asal Tetty Kadi)

      (1973, Hamiedan AC)

  Pengertian (versi Emillia Contessa)

      (1976, Ellya M Harris)

  Hati Yang Terluka (versi asal Broery Marantika)

      (2000, A Riyanto)

  Hatiku Melekat Di Hatimu (original track)
      (1986, A Riyanto) 

  Rindu (live, iringan DBKL orchestra) (versi Rhoma Irama) 
      (1995, Amat Fadak)

(semua lagu di laman web ini adalah Hak Cipta Terpelihara.  Penggunaanya di laman ini sekadar untuk hiburan semata-mata tanpa mengambil sebarang keuntungan daripadanya.  Sila sokong artis yang anda gemari dengan membeli CD original)