|
|
|
dikemaskini 24 Oktober 2026
|
|
Selamat datang ke lelaman MY CD COLLECTION. Lelaman ini memaparkan info ringkas @ senarai lagu kesemua CD yang menjadi milik peribadi saya. Lelaman utama MY CD COLLECTION akan memaparkan KOLEKSI 10 CD TERKINI yang baru menjadi milik peribadi, tidak kira sama ada CD itu baru dipasarkan atau sebaliknya. KOLEKSI 10 CD TERKINI hanya akan dikemaskini pada setiap Sabtu sahaja. Terima kasih kepada rakan yang menaruh minat terhadap CD tertentu (terutamanya yang mungkin sukar dicari dalam pasaran) dan untuk pengetahuan anda setakat ini saya belum bersedia untuk menjualnya. (semua lagu di laman web ini adalah Hak Cipta Terpelihara. Penggunaanya di laman ini sekadar untuk hiburan semata-mata tanpa mengambil sebarang keuntungan daripadanya. Sila sokong artis yang anda gemari dengan membeli CD original) Kamal MS @ Carmahl MS |
|
DENGAR
playlist dari
DENGAR
playlist terbaru yang menghimpunkan 9 buah lagu pelbagai bahasa yang kemudiannya dirakam semula oleh biduanita Sharifah Aini yang diterjemahkan ke dalam lirik bahasa Melayu. Lagu tersebut menjadi cukup indah dan amat sempurna apabila dialunkan oleh vokal merdu Sharifah Aini.
DENGAR
playlist yang menyenaraikan 16 lagu rakaman secara langsung yang diambil dari konsert terhebat penyanyi-penyanyi tempatan dan penyanyi ternama dari Indonesia, Hetty Koes Endang yang kesemua konsert tersebut telah diadakan di Kuala Lumpur.
DENGAR
playlist yang menghimpunkan 16 buah lagu balada Inggeris yang diminati sepanjang zaman (1980-2002). Antara lagu-lagu tersebut adalah 'Woman In Love', 'Careless Whisper', 'Wicked Game', 'Vision Of Love' dan 'Still Got The Blues'.
DENGAR
playlist terbaru yang menghimpunkan 16 koleksi lagu lagu balada terbaik nyanyian artis-artis popular Indonesia dari era 70an hingga 10 dekad terawal Milenium seperti Broery Marantika, Grace Simon, Hetty Koes Endang, Endang S Taurina, Emillia Contessa, Once dan Sheila On 7. LAIN LAIN WEBSITE daripada carmahlms.com untuk dikongsi bersama. |
|
ALBUM EMAS volume two
–
Endang S Taurina
Album ini merupakan rakaman studio terbaru yang menampilkan vokal terkini Endang S Taurina menyanyikan lagu-lagu pop 'cengeng' yang amat popular di era 80an dan 90an. |
|
|
I'VE BEEN EXPECTING YOU (2002
Edition)
–
Robbie
Williams
In 1998, Williams was sued by Ludlow Publishing over the song 'Jesus In A Camper Van' because it lifted lyrics from Loudon Wainwright III's song 'I Am The Way', from his album Attempted Mustache. In 2002, Ludlow Publishing won a lawsuit, receiving 25% of the revenue 'Jesus in a Camper Van' earned, and subsequently, the album was re-released for the 2002 Edition replacing 'Jesus in a Camper Van' with 'It's Only Us'. 'It's Only Us' released as a double A-side with a cover of 'She's The One'. Unlike 'She's The One', 'It's Only Us' was a brand new recording made for the FIFA 2000 soundtrack. As such, it did not originally appear on I've Been Expecting You but was eventually added to its 2002 reissue - replacing 'Jesus In A Camper Van' due to copyright issues. |
|
|
|
LIVE CONCERT UNPLUGGED 2
–
Slam
Album live pertama kumpulan SLAM, SLAM LIVE CONCERT UNPLUGGED mendapat sambutan hangat maka syarikat rakaman telah mengumpul beberapa lagi lagu rakaman live yang juga diambil dari konsert yang sama, GRAND SLAM UNPLUGGED untuk dimuatkan dalam album LIVE CONCERT UNPLUGGED 2. Turut diselitkan sebuah lagu rakaman studio terbaru, 'Maria Mariana'. Nota: Pada tahun 2026 album ini diterbitkan semula dalam boxset yang mengandungi 2CD. CD tersebut adalah SLAM LIVE CONCERT UNPLUGGED (tahun rilisan asal 1996) dan SLAM LIVE CONCERT UNPLUGGED 2 (1997). Album asal tersebut telah diterbitkan dan dirilis secara berasingan. |
|
|
|
LIVE CONCERT UNPLUGGED
–
Slam
3 Ogos 1996 merupakan detik bersejarah kepada SLAM. Mereka telah berjaya mengadakan konsert GRAND SLAM UNPLUGGED yang diadakan di Stadium Negara dengan dibanjiri seramai 10,000 penonton walaupun pada ketika itu seluruh Semenanjung kegelapan. Enam anak muda telah membuktikan keunggulan mereka dengan persembahan yang bertenaga selama dua jam. Album yang telah dirakam secara 'live' khas untuk peminat-peminat SLAM yang ingin mengabadikan kenangan berharga dan yang tidak berpeluang menyaksikan konsert pada malam tersebut turut memuatkan dua lagu baru rakaman studio yang tidak pernah diterbitkan sebelumnya iaitu 'Izin Ku Berundur' dan 'Terasing Dalam Sepi'. Nota: Pada tahun 2026 album ini diterbitkan semula dalam mini boxset yang mengandungi 2CD. CD tersebut adalah SLAM LIVE CONCERT UNPLUGGED (tahun rilisan asal 1996) dan SLAM LIVE CONCERT UNPLUGGED 2 (1997). Album asal tersebut telah diterbitkan dan dirilis secara berasingan. |
|
|
|
BEYOND THE SUN
–
Chris Isaak
Beyond tphe Sun is the eleventh studio album by Chris Isaak. It is a collection of songs recorded by Sun Records artists Elvis Presley, Johnny Cash, Roy Orbison, Carl Perkins, Jimmy Wages, Warren Smith and Jerry Lee Lewis. Some of the songs were originally released on Sun Records. Also included is a new song written by Chris Isaak, 'Live It Up'. |
|
|
|
SATU PENGHARGAAN – Dato' Khadijah Ibrahim(Warner Music, 2009) CD 1:
CD 2:
Nota: Selain Khadijah Ibrahim, penyanyi seperti Sharifah Aini, DJ Dave, Sheila Majid, Ahmad Jais, M Daud Kilau, Yusni Hamid, Ahmad Nawab & Dato' Shake turut terpilih dalam penerbitan CD siri SATU PENGHARGAAN. |
|
|
|
SIRI BINTANG PUJAAN
–
Kembara CD 1:
CD 2:
|
|
|
|
POP & SLOW ROCK
–
Broery Marantika
|
|
|
|
SA25
–
Shila Amzah
Shila Amzah kembali dengan buah tangan terbaharu berjudul 'SA25: 25th Anniversary To A Timeless Masterpiece', sebuah album penuh yang dilancarkan pada akhir tahun 2025 menjadi simbolik kepada perjalanan 25 tahun beliau dalam industri seni sejak kemunculan pertama pada 2000. Album ini memuatkan himpunan 15 trek secara keseluruhan yang merangkumi 10 lagu baharu, 1 lagu remake dan 4 bonus track yang merupakan single yang pernah diterbitkan sebelumnya. SA25 turut menggabungkan sentuhan nama-nama kreatif yang sudah lama bersama Shila, antaranya Izzy Musa, Raja Nazrin Shah, dan Ubai sebagai penulis lirik. Album SA25 diterbitkan oleh Nova Music dan Leo Music & Entertainment, syarikat rakaman milik Shila sendiri. |
|
|
|
JIWA MERDEKA
–
Sudirman CD 1:
CD 2:
|
untuk berkongsi info @ cadangan boleh hubungi admin: carmahl@gmail.com