

|
P laylist Pilihan:APA YANG KU CARI: Koleksi 16 Lagu Terbaik – ENDANG S TAURINA (2026) (menyenaraikan kompilasi 16 Lagu Lagu Terbaik Daripada Endang S Taurina)
(pertama kali diperdengarkan
|
|
ORIGINAL SOUNDTRACK CIKGU KEMISAH KIRKBY – Endang S Taurina (Insictech Musicland, 2010)
Album runut bunyi CIKGU KEMISAH KIRKBY mengandungi 10 lagu ciptaan baru yang disiarkan untuk drama 26 episod terbitan Multilift Film Production (MFP). Kesemua lagu-lagu tersebut adalah nyanyian Endang S Taurina. Endang S Taurina merupakan penyanyi legenda dari Indonesia juga amat popular di Malaysia bermula sejak zaman kemuncak di era 80an. Suaranya yang masih mantap seperti dulu menjadikan salah satu faktor beliau dipilih untuk menyanyikan lagu-lagu latar drama bersiri ini. Watak Cikgu Kemisah Kirkby yang dilakonkan oleh Liza Othman itu memaparkan ketokohan seorang guru lepasan Kolej Kirkby di England dalam mendidik anak-anak bangsanya di sebuah kampung. |
|
|
NEW HITS vol 2
–
Endang S Taurina
NEW HITS vol 2 merupakan rakaman studio terbaru dan juga kesinambungan dari album sebelumnya. Tetapi kali ini Endang S Taurina dengan vokal terkininya merakam semula lagu-lagu klasik Indonesia era 70an & 80an yang pernah popular sedikit masa lalu yang merupakan karya terbaik komposer tersohor seperti H Jasir Syam, Jessy Wenas, Ismail Marzuki, Surni Warkiman, Hamiedan AC, Muchtar Embut, Mus K Wirya dan Zainal Arifin. |
|
|
|
NEW HITS vol 1
–
Endang S Taurina
Album ini merupakan rakaman studio terbaru yang menampilkan vokal terkini Endang S Taurina menyanyikan lagu-lagu terbaru ciptaan komposer John Alamsjah S kecuali dua buah lagu ciptaan Is Haryanto, 'Aku Selalu Menunggumu' dan 'Di Saat Saat Tertentu' dan sebuah lagu ciptaan Parsaoran Manurung 'Cintaku Hanya Untukmu'. Turut disisipkan sebuah lagu klasik 'Seindah Bunga Mawar' ciptaan Surni Warkiman. |
|
|
|
EDISI PLATINUM
–
Endang S Taurina CD 1:
CD 2:
|
|
|
|
TERBAIK
–
Endang S Taurina
|
|
|
|
THE BEST OF
ENDANG S TAURINA
|
|
|
|
SELEKSI ALBUM EMAS
–
Endang S Taurina
|
|
|
|
AKHIR CINTA – Endang S Taurina & Ratih Purwasih (Life Records, 1991 / rilisan semula, 2003)
Dua penyanyi adik beradik yang mempunyai vokal yang amat menarik dan tersendiri. Endang S Taurina mempunyai vokal yang nyaring dan bertenaga berbanding Ratih Purwasih yang agak lembut dan lebih sentimental. Endang S Taurina terlebih dahulu diperkenalkan sebagai artis rakaman pada awal 80an tetapi mula dikenali di Indonesia dan Malaysia dengan hit 'Apa Yang Ku Cari' pada tahun 1983. Manakala Ratih Purwasih diperkenalkan dipertengahan 80an melalui album perdananya ANTARA BENCI DAN RINDU (1986) dan lagu yang menjadi tajuk album pertamanya terus hit di Indonesia tetapi tidak di Malaysia. Sesuatu yang istimewa apabila mereka berkolaborasi untuk album AKHIR CINTA dan walaupun mereka mempunyai vokal yang berbeza tetapi apabila lagu dinyanyikan secara harmonis sukar juga untuk mencari perbezaan vokal mereka. |
|
|
|
KOLEKSI UNGGUL
–
Endang S Taurina
Lagu-lagu yang terkandung dalam CD ini merupakan treklist asal album solo Endang S Taurina, BERKURUN MENANTI yang telah diterbitkan pada tahun 1991. Album tersebut merupakan edisi istimewa yang mengandungi 100% lagu ciptaan komposer terkenal Malaysia dan Singapura. Pengarah muzik handalan Ramli MS bertanggungjawab sepenuhnya dalam penerbitan album tersebut. Bagaimanapun untuk siri edaran semula 2003 ia diedarkan sebagai album 'bajet'. |
|
|
|
16 PILIHAN TERBAIK
–
Endang S Taurina
|