Selamat datang ke lelaman PENA ILMUWAN. Lelaman ini memaparkan info ringkas senarai buku-buku ilmiah yang menjadi koleksi peribadi saya. Walaupun dengan sedikit info sahaja, mudah-mudahan ia dapat menarik minat anda untuk mendapatkannya di pasaran. Tajuk buku disusun berdasarkan tahun cetakan. |
|
AKU SAKIT DIA PENYEMBUH *Cetakan Pertama 2017 ▪ Bab 1: Ayat Dan Doa Penyakit Rohani ▪ Bab 2: Ayat Dan Doa Penyakit Jasmani ▪ Bab 3: Ayat Ayat Asas Ruqyah ▪ Bab 4: Ayat Ayat Syifa ▪ Maklumat Perubatan ▪ Biografi Penerbit: Al Ruqyah Thobibi ISBN 978-967-125480-6 140mm x 217mm RM28.00 |
|
DARI DENAI KAMPUNG KE
PENTAS DAKWAH * Cetakan Pertama 2017 Buku ini merupakan travelog kehidupan Ustaz Kazim Elias sedari kecil hingga beliau menjadi seorang yang dikenali hari ini. Pengalaman sepanjang tempoh membesar di kampung kelahiran beliau di Batu Kurau dan kemudian di Felda Besout, dikongsi secara eksklusif dengan gaya bahasa yang cukup bersahaja. Kisah kisah mencuit hati mengenai kenakalan beliau semasa kecil dan awal remaja turut dimuatkan. Pembaca akan mengenali kehidupan Ustaz Kazim di kampung yang banyak mencorak sifat kepimpinan dan nalurinya sebagai pendakwah pada masa kini. Melalui buku ini juga, pembaca dibawa menyusuri kembara dakwah Ustaz Kazim yang menginsafkan, menghiburkan, menggelikan hati dan tidak kurang juga yang menyayat hati malah meremangkan bulu roma! Penerbit: Galeri Ilmu Sdn Bhd ISBN 978-983-097-521-4 140mm x 216mm RM25.00 |
|
Q & A PERIHAL RASULULLAH
SAW * Cetakan Ke 3, 2016 Kupasan yang ringkas, padat dan berfakta, serba serbi tentang Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW. Istimewa berbentuk soal jawab yang memudahkan pembaca memahami dan mengingatinya. Sesuai dimiliki untuk menambah kefahaman dan kecintaan terhadap Baginda. Antara persoakan utama yang diperbincangkan: ▪ Nama dan Keturunan Nabi ▪ Sifat Sifat Fizikal Nabi ▪ Pakaian dan Perhiasan Nabi ▪ Akhlak Nabi ▪ Mukjizat Nabi ▪ Kehidupan Nabi ▪ Hikmah dan Rahsia Nabi ▪ Cinta dan Rahmat Nabi ▪ Keistimewaan Nabi Penerbit: Galeri Ilmu Sdn Bhd Cetakan Pertama 2015 ISBN 978-983-097-166-7 139mm x 215mm RM20.00 |
|
MISTERI YA'JUJ MA'JUJ:
Bangsa Eropah Dan Rahsia Di Sebalik Kehancuran Dunia *Cetakan Pertama 2014 MISTERI YA'JUJ MA'JUJ: Bangsa Eropah Dan Rahsia Di Sebalik Kehancuran Dunia membuka mata yang menatap bahawa setiap inci kehidupan manusia hari ini berpaksikan budaya Barat. Daripada sekecil-kecil perkara kepada sebesar-besar masalah semuanya seperti bersumberkan Barat seolah-olah kita tidak pernah mempunyai kebudayaan sendiri. Tanpa sedikit pun kita ketahui sebenarnya telah banyak pengaruh Barat membawa keburukan berbanding kebaikannya. Rupa-rupanya terlalu banyak anasir dan produk Barat yang sangat diagungkan telah merosakkan kita dan puncanya adalah pihak Barat yang dipercayai keturunan Ya'juj & Ma'juj. Ya, Ya'juj & Ma'juj yang dahulunya mengganas di kawasan pergunungan, kemudiannya dikurung oleh Zulkarnain iaitu lelaki yang disebut dalam surah al-Kahfi. Sekelompok manusia meminta bantuan Zulkarnain untuk menyekat kemaraan Ya'juj & Ma'juj. Dengan membina tembok di tengah-tengah, telah menutup jalan bagi Ya'juj & Ma'juj untuk menyerang. Jadi adakah keturunan daripada Ya'juj & Ma'juj ini telah kembali untuk merosakkan dunia? Hari ini, dunia sedang dikelolakan oleh Barat yang berasal daripada keturunan Khazar. Manakala YA'JUJ MA'JUJ masih terus misteri, bangsa Eropah pula terus berusaha demi 'Kehancuran Dunia'. Penerbit: Hijjaz Record Publishing ISBN 978-967-5391-31-6 147mm x 208mm RM35.90 |
|
RAHSIA YAHUDI WALT DISNEY *Cetakan Pertama 2014 Antara Perbahasan Teori Konspirasi ▪ Puteri Puteri Syaitan Dari Walt Disney ▪ Rahsia Warna PINK ▪ Lindsay Lohan Dan Ketagihan Dadah ▪ Lagu Kanak Kanak Penyembahan Dajjal ▪ Organisasi Freemason Untuk Remaja (DeMolay) ▪ Disneyland Pusat Gay Sedunia ▪ Dajjal Menjadi Adiwira Masyarakat ▪ Fizikal Dajjal Yang Sebenar (Hadith) ▪ Kanak Kanak Agen Disney ▪ Guru Dan Teori Anjing Dalam Kelas Penerbit: Moon Media Enterprises ISBN 978-967-5989-03-2 140mm x 217mm RM34.00 |
|
APA ERTI HIDUP SEORANG
MUSLIM *Cetakan Pertama 2014 Anda memiliki kewajipan yang sama terhadapnya dan wajib membantunya. Anda lakukan itu semua dengan harapan semata mata kerana Allah, bukan kerana ingin mendapat pujian manusia dan tidak juga agar mereka tetap mengingatimu. Jadilah seorang tentera tanpa nama. Seorang hamba yang tahu diri. Seorang pemberi secara tersembunyi. Seorang pekerja yang baik di saat senang mahupun susah. Selain bersikap positif dan memberi kesan. Seorang pekerja bukan orang lain bekerja untukmu. Jadilah seorang yang diperhitungkan sejarah sebagai pahlawan yang mampu bangkit dengan keadaan yang ada. Berjuang dengan harta dan diri mereka. Mengorbankan yang paling mahal dan berharga untuk agama sehingga bangkit bersama sama dan mereka pun maju bersama agamanya. Maka sesiapa sahaja yang membangunkan masjid, bermakna dia telah turut mengangkat nama Islam dan juga akan memperoleh pahala dan ganjaran. Sesiapa sahaja yang meruntuhkannya, maka dia dikira telah berbuat jahat terhadap islam, berusaha menghentikan kebangkitannya, dan dia akan menanggung dosa dari kejahatannya. Bagi sesiapa sahaja yang menyebarkan Al Quran, buku buku dakwah atau usaha kebajikan tanpa rasa letih, bermakna dia telah turut membantu membangkitkan Islam. Manakala, orang orang yang mematikan syiar dakwah, melarang para dai'nya, menyembunyikan kebajikan dan melarang orang berbuat taat, dia adalah termasuk orang yang melambatkan penyebaran islam dan menghentikan kemajuannya. Maka tugasmu adalah memperbaiki penyebab atau penghalang pelaksanaan perintah Allah Taala terhadap agamamu dan kemampuanmu untuk memajukan Islam. Penerbit: Jasmin Publications ISBN 978-967-0528-49-6 146mm x 222mm RM32.00 |
|
3 TOKOH BAKAL MENAKLUK
DUNIA: Dajjal, Imam Mahdi & Nabi Isa *Cetakan Ke 2, 2014 Sebelum dunia ini dikiamatkan, Islam pasti menjadi agung semula setelah sekian lama Islam bersama penganutnya diperkecilkan oleh umat lain. Kini kita berada di suatu zaman di mana musuh Islam menjadikan umat Islam mangsa kerakusan dan kejahatan mereka. Kita diibaratkan bagai telur di hujung tanduk. Tiada pembela dan tiada siapa yang mempedulikannya. Itulah cabaran yang besar ke atas umat Islam yang mempertahankan keimanan dan keyakinan mereka kepada Allah Azawajallah. Inilah proses yang ditempuh oleh umat Islam bagi mengembalikan keyakinan mereka kepada hari kebangkitan dan adanya Allah yang maha berkuasa. Allah pasti tidak akan biarkan Islam ini terus dirobek oleh musuh-musuhnya. Ini tidak akan terjadi sehingga Allah datangkan kepada kita, Al-Mahdi dan Nabi Isa Al-Masih. Sesungguhnya saat itu semakin hampir untuk meletakkan Islam dan umatnya gemilang dan terbilang. Penerbit: Pustaka Azhar Cetakan Pertama 2013 ISBN 978-967-0506-10-4 150mm x 228mm RM49.00 |
|
ABU AYUB AL-ANSARI - Syahid
Kota Konstantinopel * Cetakan Ke 4, 2014 Abu Ayub Al-Ansari atau nama sebenarnya Khalid Bin Zaid Bin Kulaib. Berasal daripada Bani An-Najjar. Selain daripada keistimewaan, rumahnya pernah menjadi persinggahan Nabi Muhammad saw semasa peristiwa hijrah ke Madinah. Beliau juga dikurniakan dengan umur yang panjang. Semasa khalifah Muawiyah melancarkan kempen bagi menakluki kota Konstantinopel, beliau dengan penuh semangat tampil ke hadapan bagi ikut sama berjihad ke kota Konstantinopel, kota yang akhirnya menjadi tempat syahid beliau. Penerbit: PTS Litera Utama Sdn Bhd Cetakan Pertama 2013 ISBN 978-967-408-115-7 140mm x 215mm RM24.00 |
|
SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH -
Penakluk Konstantinopel * Cetakan Ke 16, 2014 "Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata." - Surah al-Fath: 1 "Konstantinopel akan jatuh ke tangan sorang ketua yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik." - Nabi Muhammad saw "... kalaulah dunia ini sebuah negara, maka Konstantinopel inilah yang paling layak menjadi ibu negaranya!" - Napoleon Bonapart "Tidaklah kami pernah melihat ataupun mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad al-Fateh sudah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad al-Fateh dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander The Great!" - Ahli Sejarah Byzantine. Dalam salah satu kempen semasa zaman kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi Muhammad saw, iaitu Abu Ayub al-Ansari syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu kota Konstantinopel atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya mengapa beliau ingin dimakamkan di situ, beliau menjawab, "Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Konstantinopel." Penerbit: PTS Litera Utama Sdn Bhd Cetakan Pertama 2008 ISBN 978-967-5136-11-5 140mm x 215mm RM24.00 |
|
SALAHUDIN
AYUBI - Penakluk Jerusalem * Cetakan Ke 18, 2014 Apabila wafatnya Nabi Muhammad saw dan selepas perginya negarawan Islam yang ulung seperti Abu Bakar as-Siddiq dan Umar al-Khattab, umat Islam di seluruh dunia menjadi mangsa kerakusan dan kedurjanaan musuh-musuh Allah. Mereka disembelih, diperkosa dan diusir dari tanahair sendiri. Pada masa itu umat Islam memerlukan pemimpin yang berwibawa seperti khalifah ar-Rasyidin. Mereka memerlukan kemunculan pahlawan seperti Khalid al-Walid bagi memulihkan martabat dan maruah umat Islam. Ketika itulah muncul Salahudin al-Ayubi bagaikan mukjizat nabi. Beliau mampu mengalahkan tentera Salib yang kelihatan gagah perkasa tetapi tandus dan kosong jiwanya. Penerbit: PTS Litera Utama Sdn Bhd Cetakan Pertama 2007 ISBN 978-983-192-045-9 140mm x 215mm RM26.90 |
Dikemaskini 1 Ogos 2020 |