|
|
|
SYARAH HADIS 40 IMAM NAWAWI:
Asas Asas Ilmu Islam * Cetakan Pertama 2012 Rupanya ramai ulama yang berminat menghimpun empat puluh hadis sebagai buku hingga tidak dapat dipastikan berapa ramai ulama yang telah melakukannya. Ada sesetengah ulama yang berusaha menghimpun empat puluh hadis Nabi s.a.w dalam sebuah buku yang khusus menumpukan pada hadis-hadis yang berkaitan dengan asas-asas agama (Usuluddin); pada waktu yang sama ada pula yang memberi tumpuan kepada hadis-hadis yang berkaitan dengan jihad, zuhud, adab atau yang berhubungan dengan khutbah. Lantas menerusi karya-karya mereka itu semua jelas mempunyai niat dan maksud yang baik. Mudah-mudahan reda Allah s.w.t dilimpahkan ke atas mereka. Empat puluh hadis yang kami himpun menjadi sebuah buku ini merupakan hadis-hadis yang mencakupi pengertian yang lebih luas cakupannya berbanding apa yang telah dhimpun oleh ulama-ulama sebelum ini. Masing-masing hadis mengandungi keadah-kaedah agama yang asas dan mendasar. Itulah yang dikatakan oleh ulama sebagai sumber asas Islam. Dan ada yang mengatakan bahawa ianya mengandungi separuh atau sepertiga dari ajaran Islam. Kesemua hadis yang saya himpunkan ini merupakan hadis-hadis sahih dan sebahagian besar sememangnya diambil dari kitab Sahih Bukhari & Muslim. Ada sesetengah hadis yang sengaja tidak dicantumkan kesemua sanadnya semata-mata kerana tujuan untuk memudahkan menghafalnya dan diharapkan cara itu lebih mendatangkan manfaat, Insya-Allah. Hanya kepada Allah s.w.t jua aku bersandar dan kepada-Nyalah aku kembalikan setiap urusan. Dialah yang berhak mendapat kepada pujian, memberi taufik dan Dia juga yang memberi nikmat dan Dialah tempat berlindung yang sebenar. Penerbit: Jasmin Publications ISBN 978-967-5420-55-9 140mm x 215mm RM35.00 |
|
RASUL MULIA, UMAT MULIA,
AKHLAK MULIA * Cetakan Pertama, September 2011 Buku RASUL MULIA, UMAT MULIA, AKHLAK MULIA ini merupakan himpunan kisah dan riwayat hidup para ulama yang sangat kaya dengan pelbagai ilmu dan hikmah yang dapat diambil pengajaran daripadanya. Setiap ulasan diiringi dengan pelbagai nukilan daripada al-Quran, as-Sunnah dan ucapan para ulama, lalu mengaitkannya dengan realiti kehidupan kita pada hari ini. Kita dapat bekenalan, berziarah dan belajar daripada ulama-ulama ini. Satu kaedah pendidikan akhlak yang menarik dan mudah terpaut di hati. Tetapkan fokus, mencontohi akhlak Rasulullah s.a.w sebagai panduan. Penerbit: Telaga Biru Sdn Bhd ISBN 978-967-388-053-9 140mm x 209mm RM25.00 |
|
BIJAK TAJWID * Cetakan Ke 2, Oktober 2011 Allah swt berfirman di dalam al-Quran yang menyuruh kita membaca kitabNya secara tartil (betul dan baik mengikut hukum & kaedah tajwid). Justeru, mempelajari Ilmu Tajwid adalah fardu kifayah. Tetapi mengamalkannya ketika membaca al-Quran adalah fardhu 'ain.
"Sebaik-baik di kalangan kamu adalah orang yang belajar al-Quran dan mengajarkannya kepada manusia." (hadis riwayat Bukhari) Buku Bijak Tajwid ini sangat sesuai sebagai panduan dan rujukan bagi mereka yang baru bertatih untuk belajar al-Quran dan ilmu tajiwd. Persembahannya yang ringkas tetapi padat menjadikannya sesuai untuk semua golongan dan lapisan pembaca samada kanak-kanak, dewasa atau warga tua. Buku ini menyajikan penerangan yang jelas berserta contoh bagi memudahkan pembaca untuk mengenal hukum tajwid, memahami serta mengamalkannya di dalam bacaan al-Quran. Penerbit: Inteam Publishing Sdn Bhd ISBN 978-967-0326-00-9 175mm x 240mm RM25.00 |
|
ENSIKLOPEDIA SEJARAH
MUHAMMAD: KH Moenawar * Cetakan Pertama, Januari 2011 Seluruh aspek kehidupan Nabi Muhammad, baik dalam ibadat, dakwah, akhlak, muamalat, kepimpinan mahupun yang berkaitan dengan pembinaan umat perlu dicontohi, diikuti dan ditaati sebagai bukti iman atas kerasulan beliau. Justeru itu, bagi memenuhi tunutan ini, pencinta Muhammad bin Abdullah memerlukan rujukan yang lengkap meliputi seluruh kehidupan Nabi Muhammad daripada sejarahnya sehingga akhlak dan budi bahasanya agar ia dapat diikuti dan diteladani. Banyak buku sejarah Nabi Muhammad yang terdapat di tengah masyarakat hanya memuatkan peristiwa-peristiwa yang dianggap penting, tanpa menghuraikan lebih terperinci peristiwa itu sehingga pembaca sukar memahami kaitan antara satu peristiwa dengan peristiwa yang lain. Ensikloipedia ini, memaparkan semua perincian dan ketelitian kehidupan Nabi Muhammad sehingga menjadikan kehadirannya cukup memberikan kesan di hati pembaca. ENSKILOPEDIA SEJARAH MUHAMMAD dibahagikan kepada 3 jilid: ▪ Jilid 1 - Kelahiran Bermula ▪ Jilid 2 - Gemilang Sebuah Empayar ▪ Jilid 3 - Wafatnya Rasul Terakhir Penulis buku ini, Moenawar Chalil menghasilkan karya bermutu dan menjadi rujukan penting bagi mereka yang ingin mengenali lanjut mengenai Nabi Muhammad. KH Moenawar Chalil atau Kiyai Haji Munawar Khalil adalah tokoh agama yang lahir pada 1908. Beliau mendapat pendidikan di Makkah dan menghasilkan banyak buku. Antara buku beliau adalah Nilai Wanita, Ringkasan Riwayat Sayidah Khadijah dan Sayidah Aishah, Permaisuri Nabi Muhammad saw, Nilai dan Hikmat Puasa, Biografi Empat Serangkai Imam: Mahzab Hanafi, Maliki, Syafie, Hambali, Khutbah Nikah: Berisi 3 Macam Khutbah Nikah, 1 Nasihat Hikmah Nikah, Definisi dan Sendi Agama, Kepala Negara dan Permesyuaratan Rakyat Menurut Ajaran Islam, Al-Quran Dari Masa Ke Semasa dan Tafsir Hijatur Rahman. Beliau meninggal dunia pada tahun 1961. Edisi ini adalah edisi terjemahan secara sah daripada edisi asal Kelengkapan Tarikh Nabi Muhammad diterbitkan oleh Gema Insani Press, Jakarta 2001. Penerbit: PTS Islamika Sdn Bhd ISBN 978-967-366-016-1 (Jilid 1) ISBN 978-967-366-017-9 (Jilid 2) ISBN 978-967-366-018-6 (Jilid 3) 156mm x 234mm RM330.00 |
|
101 DOA DARIPADA HADIS
HADIS SAHIH * Cetakan Edisi Kemaskini Julai 2010 Doa dan zikir mampu menjadi motivasi diri untuk menguatkan rohani dan jiwa. Ahli psikologi mengatakan apa yang minda kita mampu fikir, kita mampu buat. Fikiran minda itu ialah doa dan zikir. Apabila kita berdoa kita membayangkan (visualise) natijah yang ingin kita capai. Segala kekuatan lahir, pengalaman dan kekuatan batin daripada tenaga dalaman akan dipadukan untuk mencapai apa-apa yang dihajatkan. Apabila diketengahkan dan diamalkan dalam kehidupan seharian, doa dan zikir menjadi senjata yang ampuh. Selain itu doa dan zikir juga perlu melalui adab dan kaifiat untuk mendatangkan kesan yang optimum. Dao dan zikir adalah suara hati. Namun jika doa dan zikir itu daripada hadis bermakna pemohon membawa suara hati Rasulullah saw untuk memohon daripada Allah swt. Sudah tentu impaknya lebih kuat. Pada masa yang sama doa tidak pula menghalang kita daripada berusaha. Orang yang bukan Islam juga berdoa menggunakan kaedah mereka yang tersendiri. Mereka juga berjaya menempa kecemerlangan. Buku iini mendedahkan segala persoalan berkaitan doa dan zikir dalam kehidupan seharian berserta teks lengkap, adab dan motivasi untuk kita amalkan. Penerbit: Telaga Biru Sdn Bhd ISBN 978-983-3494-74-3 146mm x 217mm RM30.00 |
|
RAHSIA & FADHILAT
SURAH AL-FATIHAH: Ubat Penyakit Hati & Jasad * Cetakan Pertama 2010 Surah al-Fatihah mengandungi pelbagai macam maksud dan panduan yang mesti difahami oleh setiap Muslim. Dengan tujuan ini surah ini memang sesuai diletakkan sebagai Ummul Kitab, pembuka bagi kitab suci al-Quran. Orang yang membaca al-Fatihah akan mendapatkan balasan pahala yang besar disisi Allah. Terlebih lagi jika ia membacanya dengan iklhas dan mendalami maknanya. Al-Fatihah, ia disebut dengan cahaya, kerana di dalamnya terdapat petunjuk bagi seorang Muslim dalam semua urusannya. Jika kita mengkaji al-Fatihah secara teliti, maka kita akan mendapat banyak faedah dan petunjuk. Al-Fatihah juga disebut as-Solah, kerana al-Fatihah itu sebagai syarat sahnya solat. Selain itu, al-Fatihah disebut juga as-Syifa'. Berdasarkan hadis riwayat ad-Darimi dari Abu Sai'd; "Fatihatul Kitab itu merupakan syifa' (penyembuh) dari setiap racun.". Jadi sama-samalah kita memperbanyakkan membaca al-Fatihah di setiap masa baik masa senang mahupun masa susah, baik masa lapang mahupun masa sibuk, baik masa berehat mahupun masa bekerja. Bacalah al-Fatihah dan sedekahlah pada ahli keluarga terutama kedua ibu bapa kita, ianya tidak mengurangkan pahala kita, malah memberi manfaat kepada mereka dengan bacaan yang kita sedekahkan kepada mereka. Demikian antara fadhilat dan hikmat surat al-Fatihah, disamping lain-lainnya yang bagaikan seluas samudera. Buku ini menghuraikan sebahagaian sahaja daripada yang terpendam di dalam samudera al-Fatihah. Semoga ianya memberi manfaat yang berguna untuk panduan hidup kita semua. Penerbit: Pustaka Azhar ISBN 978-967-5218-42-2 146mm x 210mm RM12.00 |
|
SOLAT: KEBAIKAN DARI
PERSPEKTIF SAINS * Cetakan Ke 2 (Edisi Semakan), 2009 Umat Islam diwajibkan menunaikan solat lima kali sehari. Mereka juga digalakkan melaksanakan beberapa sembahyang sunat dalam kehidupan hariannya. Penekanan terhadap ibadat solat menunjukkan solat mendatangkan banyak kebaikan. Manfaat solat dari segi rohaniah banyak diperkatakan dalam Quran dan hadis. Solat juga memberi kesan positif terhadap tubuh badan manusia secara fizikal dan mental. Kajian saintifik yang telah dijalankan mengesahkan hal ini. Buku ini mengupas hasil kajian awal kesan solat ke atas kesihatan. Objektif kajian tersebut dijalankan adalah untuk menentukan kesan solat terhadap kesihatan fizikal dan mental pengamalnya, termasuklah kesan ke atas sistem kardiovaskular, kompisi tubuh badan, isyarat otak dan aktiviti otot. Waluapun kajian tersebut berbentuk penyelidikan saintifik tetapi buku ini membentangkan dapatannya dalam format yang sesuai untuk bacaan masyarakat umum. Fakta-fakta yang dibentangkan dalam buku ini akan memotivasikan umat Islam untuk melakukan ibadat solat dengan lebih tekun dan teratur demi mencapai kebaikan spiritual, fizikal dan mental. Penerbit: Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya, KL ISBN 978-967-5148-03-3 153mm x 227mm RM29.90 |
|
101 DOA PARA NABI & RASUL
DALAM AL-QURAN: Khasiat & Kaifiat Beramal * Cetakan Pertama, Mei 2006 Firman Allah swt dalam surah Fathir ayat 15, maksudnya: "Wahai sekalian manusia, kamu semua mengharapkan kepada Allah, sedangkan Allah swt itu Maha Kaya (dari meminta kepada kamu)". Setiap kita pasti mengharapkan kasih sayang Allah swt untuk mendapatkan sesuatu kebaikan atau mengelak sesuatu keburukan. Sebenarya kualiti doa itu dipengaruhi oleh kaedah doa itu sendiri, kesungguhan, serta keikhlasan orang yang mengucapkannya. Sesuatu doa akan dimustajabkan Allah apabila menepati waktunya, adabnya dan tentunya jika dia berpandukan kepada munajat para nabi, rasul dan golongan salihin sebelum kita. Justeru, himpunan doa dan munajat dari al-Quran ini meruapakan satu usaha memberikan kepada para Muslimin dan Muslimat kefahaman tentang doa-doa yang Allah swt ajar kepada kita untuk mengucapkannya dalam setiap situasi yang dihadapi. Kelebihan yang ada pada buku ini ialah setiap doa akan disandarkan kepada keterangan berkaitan latar belakang ayat dan kelebihan beramal dengan ayat-ayat tersebut berdasarkan sumber-sumber daripada kitab-kitab tafsir terkemuka karangan salaf dan khalaf seperti Tafsir Ibn Kathir, Al-Durrul Manthur, Al-Qurtubi, Adwa'ul Bayan, Fi Zilalil Quran, Al-Baidhawi, Al-Fakhrurrazi, Ibn Abi Hatim dan Al-Tabari. Mudah-mudahan kelahiran buku ini menjadi catalyst mengajak kaum Muslimin Muslimat kembali kepada al-Quran di samping al-Sunnah dalam pendekatan doa yang sebenarnya harus dipilih sebagai usaha mencari penelesaian kepada setiap masalah yang berlaku. Penerbit: Telaga Biru Sdn Bhd ISBN 983-40709-1-8 145mm x 215mm RM25.90 |