|
RAMALAN-RAMALAN RASULULLAH
SAW YANG KINI TERBUKTI MENURUT SAINS * Cetakan Ke 2, 2014 Lebih 1,400 tahun yang lalu, tanpa peralatan moden dan makmal yang lengkap dan canggih, Rasulullah saw telah meramalkan pelbagai perkara yang akan dilalui dan terjadi kepada umat manusia yang akan datang. Kesemua ramalan ini dicatatkan dalam hadis-hadis baginda saw. Lebih-lebih lagi kini dengan kelengkapan penyelidikan yang seba canggih dan moden telah membuktikan setiap ramalan dan kenyataan Rasulullah saw itu benar. Ini disahkan sendiri untuk pakar sains sama ada Islam dan bukan Islam. Apa yang dihuraikan di dalam buku ini disertakan dengan data-data yang tepaT dan sandaran nas-nas yang benar, membentangkan fakta-fakta yang menakjubkan yang disahkan dan terbukti oleh sains dan para pakar di dalam bidang tersebut. Ramalan dan kenyataan baginda saw tentang manfaat berbekam, bahayanya air liur anjing, bahayanya seks bebas, bahayanya minuman beralkohol, hinggalah kepada ramalan berkenaan akan datangnya kaum yang gemar melakukan bidaah dan berpecahnya umat Islam kepada 73 golongan ternyata bukti secara ilmiah dan kajian sains. Dengan apa yang dihidangkan di dalam buku ini, akan memberikan ilmu dan manfaat yang besar kepada kita. Semoga dengan kebenaran yang ditunjukkan oleh Allah ini akan menguatkan lagi keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah. Penerbit: Al Hidayah House of Publishers Sdn Bhd Cetakan Pertama 2013 ISBN 978-967-439-022-8 140mm x 203mm RM15.00 |
|
RAHSIA YAHUDI DALAM FILEM * Cetakan Ke 5, 2013 "Filem adalah senjata saraf paling berkesan untuk mempengaruhi pemikiran manusia. Melalui filem, keseluruhan budaya dan corak berfikir masyarakt sesebuah negara dapat dikawal dan dimanipulasi selama beratus-ratus tahun. Ia adalah agenda utama Illuminati. Ia adalah rancangan rahsia Dajjal." ▪ Simbol mata dan piramid Dajjal yang tersembunyi dalam pelbagai filem ▪ Projek besar Dajjal untuk mengawal minda dirancang melalui filem ▪ Filem-filem Alien yang dirancang khusus oleh ahli-ahli freemason ▪ Pirates of the Caribbean dan kisah Nabi Khidir yang berumur panjang ▪ Dajjal dan agenda pembinaan komputer gergasinya untuk mengawal manusia seluruh dunia ▪ Bagaimana Hollywood mendidik penonton bersikap anti kewujudan Tuhan ▪ Lord of the Rings dan peristiwa kehilangan cincin Nabi Sulaiman a.s. ▪ Pelakon Harry Potter tidak percaya kewujudan Tuhan ▪ Steven Spielberg adalah ahli mesyuarat tetap organisasi elit Yahudi ▪ Tanda-tanda peristiwa 11 September 2001 di dalam filem yang tidak disedari masyarakat seluruh dunia. Penerbit: Moon Media Enterprise Cetakan Pertama 2012 ISBN 978-967-5989-01-8 138mm x 215mm RM24.00 |
|
ROTHSCHILD YAHUDI
KEPERCAYAAN DAJJAL * Cetakan Ke 5, 2013 Di dunia ini ada satu keturunan Yahudi yang sentiasa dipelihara Dajjal bagi menjalankan kerja-kerja fitnahnya, mereka ialah Rothschild. ▪ Manusia terkaya di dunia sebenarnya ialah Rothschild, kekayaan melebihi megatrillion tetapi fakta kekayaan disembunyikan media antarabangsa ▪ Rothschild punca sebenar tercetusnya revolusi Eropah, Asia, Perang Dunia Pertama, Kedua dan semua konflik perang pada hari ini ▪ Presiden Amerika, Israel dan negara-negara Eropah lain hanya mengikut arahan Rothschild ▪ Keluarga Diraja Saudi adalah berketurunan Yahudi dan dipilih sendiri oleh Rothschild ▪ James Bond sebenar adalah agen Rothschild ▪ Rothschild penaja utama organisasi penyembahan syaitan terbesar di dunia iaitu Illuminati ▪ Bukti hadith-hadith Rasulullah saw telah memberi amaran tentang kewujudan Rotschild pada akhir zaman. "Mana-mana penulis, guru, pensyarah atau ahli politik yang cuba menyembunyikan nama Rotschild boleh dianggap menipu, hipokrit atau melakukan jenayah." - Jeneral Cherep Spiridovich, 1926 Penerbit: Moon Media Enterprise Cetakan Pertama 2012 ISBN 978-967-5989-01-8 138mm x 215mm RM24.00 |
|
INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT
(Edisi Kemas Kini) * Cetakan Ke 28, Januari 2013 Kandungan buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ajn), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kawhin dan rumahtangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al Quran dan hadis sahih. Teknik penyampaian buku in ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah. Semua doa, bacaan dan zikir boleh dibaca dan dihafal dengan mudah. Langkah amalan disampaikan mengikut turutan step by step. Media fotografi warna penuh digunakan untuk menunjukkan perkara yang realistik. Buku ini seharusnya menjadi kewajipan untuk dimiliki oleh setiap rumah, pusat sumer, sekolah dan individu. Penerbit: Telaga Biru Sdn Bhd Cetakan Pertama, Mac 2009 ISBN 978-967-5102-30-1 170mm x 246mm RM55.00 |
|
RAHSIA SIMBOL YAHUDI * Cetakan Ke 12, 2013 Antara perkara-perkara yang didedahkan di dalam buku bertemakan Teori Konspirasi ialah: ▪ Rahsia simbol Yahudi pada watak utama filem Harry Potter ▪ Rahsia tali merah pada tangan Michael Jackson dan penasihatnya yang berbangsa Yahudi ▪ Kebenaran pendedahan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berkaitan organisasi Yahudi di Malaysia ▪ Rahsia peristiwa 11 September 2001 di Amerika Syarikat yang dirancang dalam wang kertas Dollar Amerika. "Kadang-kadang orang Islam berkata, tipu daya musuh sangat hebat tetapi apa yang patut kita ingat ialah tipu daya itu bukannya muncul pada hari ini atau kelmarin, ia telah pun muncul sejak empat belas kurun yang lampau yakni semenjak agama Islam diturunkan." - Sayyid Muhammad Qutb Penerbit: Moon Media Enterprise Cetakan Pertama 2010 ISBN 978-967-5989-00-1 138mm x 215mm RM24.00 |
|
MERUNGKAI KEBIADABAN BANGSA
YAHUDI * Cetakan Pertama, September 2013 Kenapakah bangsa Israel sanggup membutakan mata hati dan memekakkan telinga mereka di atas reaksi dunia terhadap kekejaman yang mereka lakukan? Apakah yang memotivasikan bangsa Yahudi sehinggakan mereka begitu rakus dan keji memusuhi bangsa-bangsa lain di dunia ini? Buku ini berusaha untuk merungkai kebiadaban bangsa Yahudi melalui Mengkaji Teologi Yahudisme (Israliyyat). Segala bentuk kebiadaban bangsa Israel sejak awal kemunculan sehingga kini tidak pernah terlepas daripada gagasan-gagasan ideologi (aqidah) yang mereka yakini, iaitu Taurat versi Baharu (kitab suci Taurat yang mereka hapuskan dan ganti) serta Talmud (kitab buatan manusia) yang mereka anggap suci. Dengan merungkai dua kitab suci Yahudi itulah, kita akan menemui akar permasalahan berdasarkan persoalan. Taurat versi baharu dan Talmud merupakan virus ganas,sekaligus merupakan malapetaka yang sangat dahsyat kepada manusia sejagat. Akhirnya muncullah gerakan Zionisme di akhir abad ke-17M, iaitu pada tahun 1897M. Tujuan utama Zionisme adalah pembentukan negara Israel di bumi al-Quds (Palestin). Buku ini juga menghuraikan kekejaman bangsa Israel berdasarkan perbuatan-perbuatan keji kaum Yahudi yang bersumberkan Taurat versi baharu dan Talmud secara kuat dan komprehensif supaya kaum Muslimin mengerti bahawa asas kekejaman dan kebiadaban bangsa Israel bukannya 'perkara baru', kerana ia merupakan jelmaan karakteristik sebenar. Penerbit: Kemilau Publika Sdn Bhd ISBN 978-967-361-085-3 153mm x 229mm RM17.00 |
|
LUQMANUL HAKIM ADALAH
SOCRATES BERKULIT HITAM * Cetakan Pertama, April 2013 Buku ini buku pertama di dunia yang berjaya membongkar misteri sosok Luqmanul Hakim dalam sejarah. Daripada kajian yang dijalankan oleh penulis, ternyata Luqmanul Hakim adalah ahli falsafah Athens, iaitu Socrates (469-366 SM). Tradisi hadith menyatakan Luqmanul Hakim merupakan lelaki berkulit hitam (keturunan negro) dan bekas hamba sahaya. Tetapi Socrates yang selama ini dikenal sebagai pencetus atau bapa falsafah barat, dipercaya berketurunan kulit putih Eropah. Jelas sekali perkara ini bertentangan dengan fizikal Luqmanul Hakim. Menerusi kaedah perbandingan Sinkronik-Diakronik, analisis bingkai dan analisi komponen semantik, Muhammad Alexander @ Wisno Sasongko menemukan adanya dua persamaan: Pertama - Bentuk fizikal Socrates sama 100% dengan Luqmanul Hakim, iaitu berkulit hitam. Kedua - Ajaran falsafah Socrates memilikitematik sama 100% dengan nasihat Luqmanul Hakim dalam al-Quran, menerusi surah Luqman. Penerbit: PTS Islamika Sdn Bhd ISBN 976-967-366-172-5 152mm x 228mm RM40.00 |
|
SIRAH TERAGUNG MUHAMMAD * Cetakan Ke 2, Februari 2013 Rujukan terlengkap hidup Rasulullah saw dari sebelum kelahiran hingga detik-detik terakhir. Perjalanan hidup Rasulullah saw adalah sebuah kisah teragung, kerana setiap jejak langkah baginda dibimbing langsung oleh wahyu Ilahi. Di dalamnya sarat dengan nilai-nilai kebaikan, hikmah dan pedoman hidup yang dapat membimbing dan menginspirasi manusia menuju kejayaan dunia dan akhirat. Dan sungguh, sebuah kenikmatan tidak terhingga jika kita seakan-akan hidup bersama Rasulullah saw, 14 abad silam. Buku ini insya Allah akan memberikan kenikmatan tersebut kerana akan membawa kita seolah-olah merasakan dan melihat langsung perjuangan Rasulullah saw, 14 abad silam. Merasakan kesedihan saat baginda ketika masih anak-anak dan remaja. Merasakan kegigihan baginda saat berdagang. Menyaksikan kebahagian baginda saat menikahi Khadijah. Merasakan gementarnya baginda saat malaikat Jibrail turun membawa wahyu. Merasakan berat, pahit dan getirnya perjuangan baginda menyebarkan risalah Islam kepada umat manusia. Menyaksikan perjalanan hijrah baginda dari Mekah ke Madinah. Menyaksikan kebahagian baginda ketika penduduk Anshar menyambutnya di Yatsrib (Madinah). Merasakan suasana kemenangan saat mengalahkan musuh di Perang Badar. Melihat saat-saat geitir yang baginda hadapi di Perang Uhud. Menyaksikan tawadhunya baginda ketika membebaskan kota Mekah. Dan merasakan perjuangan baginda menahan rasa sakit menjelang wafat. Setelah membaca buku ini, insya Allah kita dapat mengambil insipirasi dari kisah agung Rasulullah saw. Penerbit: Maghfirah Pustaka Sdn Bhd Cetakan Pertama, April 2012 ISBN 978-979-25-2595-3 213mm x 296mm RM280.00 |
|
THE CHOICE - VOLUME 1
& 2 DEBAT ISLAM & KRISTIAN * Cetakan Kedua 2013 PETIKAN ISI KANDUNGAN 1. Ibu Bapa Musa Musa mempunyai seorang ayah dan seorang ibu. Muhammad juga mempunyai seorang ayah dan seorang ibu, tetapi Jesus hanya mempunyai seorang ibu, dan ayahnya bukan seorang manusia. Apakah hal ini benar?" Dia menjawab: "Ya." Saya berkata: "Daarom is Jesus nioe soos Moses nie, maar Muhammad is soos Moses!" ertinya: "Kerana itu Jesus tidak seperti Musa, tetapi Muhammad seperti Musa!" (Sejak hari itu pembaca akan menyedari bahawa saya menggunakan bahasa Afrika hanya bertujuan untuk latihan. Saya terpaksa menghentikan penggunaannya dalam penjelasan ini.) 2. Kelahiran Yang Unik Musa dan Muhammad lahir secara normal dan alamiah, iaitu melalui percampuran fizikal antara seorang lelaki dan wanita, tetapi Jesus diciptakan dengan satu keajaiban istimewa. Dalam Kitab Matthew 1:18 "... sebelum mereka (Yusuf dan Maria) hidup sebagai suami isteri, ternyata Maria mengandung dari Roh Kudus ..." Dan Luke mengatakan bahawa ketika khabar gembira atas kelahiran anak suci tersebut diberitahukan kepada Maria, dia memberi alasan: "bagaimana hal itu mungkin berlaku, sedangkan aku belum bersuami?" Jawab malaikat itu kepadanya: "Roh Kudus akan turun atasmu dan kuasa Allah Yang Maha Tinggi akan menaungi engkau ..." (Luke 1: 34-35) Kitab Suci Al Quran menegaskan kelahiran Jesus yang ajaib tersebut dalam istilah yang mulia dan luhur dalam menjawab soalan yang logik dari Maria: "Oh Tuhanku, betapa mungkin aku mempunyai anak, sedangkan aku belum pernah disentuh oleh seorang lelaki pun? Allah berfirman (dengan perantaraan Jibril): "Demikianlah Allah menciptakan apa yang dikehendaki-Nya. Apabila Allah berkehendak menetapkan sesuatu maka Allah hanya cukup berkata kepadanya: "Jadilah" lalu jadilah ia" (Surah Ali Imran: 47) Bukanlah menjadi kemestian bagi Allah untuk menanam benih pada seseorang atau binatang jika Dia menghendakinya itu pasti akan berlaku. Ini adalah konsep umat Islam pada kelahiran Jesus. (Ketika saya membandingkan versi Al-Quran dan Bible tentang kelahiran Jesus kepada pendeta Dunkers, pemimpin masyarakat Injil, di bandar terbesar kami ini, dan ketika saya bertanya: "Versi mana yang lebih anda sukai untuk diberikan kepada anak perempuan anda, Al-Quran atau Bible?" Lelaki tersebut menundukkan kepalanya dan menjawab: "Versi Al-Quran." Penerbit: Jasmin Publications ISBN 983-2365-46-4 145mm x 222mm RM22.50 |
|
50 MISTERI MENGGEMPARKAN
DUNIA * Cetakan Pertama 2013 Dunia ini penuh misteri? Ya. Dunia ini penuh dengan misteri. Fenomena-fenomena alam, tapak, fosil, artifak dan manuskrip kuno dapat membuatkan kita kagum dan mengundang perasan tidak keruan. Kita pasti tertanya-tanya, mengapa dan bagaimana fenomena-fenomena ini berlaku. Apa sebenarnya dalam fikiran masyarakat, para cendekiawan dan aristokrat pada masa itu. Segala peninggalan mereka seolah-olah meninggalkan pesanan dan jejak misteri kepada generasi berikutnya supaya dikaji dan dirungkai. Berpandukan buku ini, penulis berkongsi pemikiran dan menambah sedikit sebanyak ilmu daripada beberapa sumber sudut pandang yang cukup berwibawa dan dapat dipertanggungjawabkan secara keilmuannya. Selain daripada itu, buku ini juga dapat menjadi bahan penambahan sudut pandang yang penulis ketahui dan fahami. Buku 50 Misteri Menggemparkan Dunia ini turut dihidangkan dengan filem-filem, foto dan gambar berwarna yang menakjubkan. Bagi memudahkan pembacan, buku ini dibahagikan kepada 3 bahagian utama iaitu: ▪ Bahagian 1 - Fenomena alam yang penuh misteri ▪ Bahagian 2 - Tapak, artifak dan fosil penuh misteri ▪ Bahagian 3 - Kejadian luar biasa dalam kitab suci dan bukti ilmiah kebenaran Al-Quran. Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd ISBN 978-967-411-021-5 174mm x 249mm RM45.00 |