|
|
|
MERUNGKAI KEBIADABAN BANGSA
YAHUDI * Cetakan Pertama, September 2013 Kenapakah bangsa Israel sanggup membutakan mata hati dan memekakkan telinga mereka di atas reaksi dunia terhadap kekejaman yang mereka lakukan? Apakah yang memotivasikan bangsa Yahudi sehinggakan mereka begitu rakus dan keji memusuhi bangsa-bangsa lain di dunia ini? Buku ini berusaha untuk merungkai kebiadaban bangsa Yahudi melalui Mengkaji Teologi Yahudisme (Israliyyat). Segala bentuk kebiadaban bangsa Israel sejak awal kemunculan sehingga kini tidak pernah terlepas daripada gagasan-gagasan ideologi (aqidah) yang mereka yakini, iaitu Taurat versi Baharu (kitab suci Taurat yang mereka hapuskan dan ganti) serta Talmud (kitab buatan manusia) yang mereka anggap suci. Dengan merungkai dua kitab suci Yahudi itulah, kita akan menemui akar permasalahan berdasarkan persoalan. Taurat versi baharu dan Talmud merupakan virus ganas,sekaligus merupakan malapetaka yang sangat dahsyat kepada manusia sejagat. Akhirnya muncullah gerakan Zionisme di akhir abad ke-17M, iaitu pada tahun 1897M. Tujuan utama Zionisme adalah pembentukan negara Israel di bumi al-Quds (Palestin). Buku ini juga menghuraikan kekejaman bangsa Israel berdasarkan perbuatan-perbuatan keji kaum Yahudi yang bersumberkan Taurat versi baharu dan Talmud secara kuat dan komprehensif supaya kaum Muslimin mengerti bahawa asas kekejaman dan kebiadaban bangsa Israel bukannya 'perkara baru', kerana ia merupakan jelmaan karakteristik sebenar. Penerbit: Kemilau Publika Sdn Bhd ISBN 978-967-361-085-3 153mm x 229mm RM17.00 |
|
ALLAH DOKTORKU: WAHYU UBAT
PENYAKITKU * Cetakan Pertama, Julai 2013 Kesihatan yang terjamin dan kehidupan yang selesa adalah sebahagian tuntutan kehidupan manusia. Dalam episod kehidupan dunia, sakit merupakan salah satu babak kehidupan yang datang daripada Pencipta Yang Mana Bijaksana sebagai ujian dan hakikat penyembuhan yang sebenarnya adalah daripada Allah SWT kerana Allah bersifat asy-Syafi. Pelbagai pendedahan mengenai kaedah perubahan warisan Islam melalui buku ALLAH DOKTORKU: WAHYU UBAT PENYAKITKU. Buku ini sangat wajar dimiliki kerana : ▪ Menekankan penyembuhan penyakit luaran dan dalaman, jasmani dan rohani ▪ Membantu masyarakat mengamalkan perubatan Islam dengan panduan al Quran dan hadis ▪ Sarat dengan doa dan petua bagi penyembuhan penyakit ▪ Memberikan penghayatan dan motivasi agar turut merawat iman di dalam hati. Semoga buku ini membawa sebanyak mungkin manfaat dan pedoman buat kita bersama. Setiap orang daripada kita inginkan kesihatan di dunia ini. Maka janganlah kita lupakan juga bagaimanakah 'kesihatan' kita di Akhirat nanti. Penerbit: Telaga Biru ISBN 978-967-388-128-4 165mm x 240mm RM32.00 |
|
LUQMANUL HAKIM ADALAH
SOCRATES BERKULIT HITAM * Cetakan Pertama, April 2013 Buku ini buku pertama di dunia yang berjaya membongkar misteri sosok Luqmanul Hakim dalam sejarah. Daripada kajian yang dijalankan oleh penulis, ternyata Luqmanul Hakim adalah ahli falsafah Athens, iaitu Socrates (469-366 SM). Tradisi hadith menyatakan Luqmanul Hakim merupakan lelaki berkulit hitam (keturunan negro) dan bekas hamba sahaya. Tetapi Socrates yang selama ini dikenal sebagai pencetus atau bapa falsafah barat, dipercaya berketurunan kulit putih Eropah. Jelas sekali perkara ini bertentangan dengan fizikal Luqmanul Hakim. Menerusi kaedah perbandingan Sinkronik-Diakronik, analisis bingkai dan analisi komponen semantik, Muhammad Alexander @ Wisno Sasongko menemukan adanya dua persamaan: Pertama - Bentuk fizikal Socrates sama 100% dengan Luqmanul Hakim, iaitu berkulit hitam. Kedua - Ajaran falsafah Socrates memilikitematik sama 100% dengan nasihat Luqmanul Hakim dalam al-Quran, menerusi surah Luqman. Penerbit: PTS Islamika Sdn Bhd ISBN 976-967-366-172-5 152mm x 228mm RM40.00 |
|
SIRAH TERAGUNG MUHAMMAD * Cetakan Ke 2, Februari 2013 Rujukan terlengkap hidup Rasulullah saw dari sebelum kelahiran hingga detik-detik terakhir. Perjalanan hidup Rasulullah saw adalah sebuah kisah teragung, kerana setiap jejak langkah baginda dibimbing langsung oleh wahyu Ilahi. Di dalamnya sarat dengan nilai-nilai kebaikan, hikmah dan pedoman hidup yang dapat membimbing dan menginspirasi manusia menuju kejayaan dunia dan akhirat. Dan sungguh, sebuah kenikmatan tidak terhingga jika kita seakan-akan hidup bersama Rasulullah saw, 14 abad silam. Buku ini insya Allah akan memberikan kenikmatan tersebut kerana akan membawa kita seolah-olah merasakan dan melihat langsung perjuangan Rasulullah saw, 14 abad silam. Merasakan kesedihan saat baginda ketika masih anak-anak dan remaja. Merasakan kegigihan baginda saat berdagang. Menyaksikan kebahagian baginda saat menikahi Khadijah. Merasakan gementarnya baginda saat malaikat Jibrail turun membawa wahyu. Merasakan berat, pahit dan getirnya perjuangan baginda menyebarkan risalah Islam kepada umat manusia. Menyaksikan perjalanan hijrah baginda dari Mekah ke Madinah. Menyaksikan kebahagian baginda ketika penduduk Anshar menyambutnya di Yatsrib (Madinah). Merasakan suasana kemenangan saat mengalahkan musuh di Perang Badar. Melihat saat-saat geitir yang baginda hadapi di Perang Uhud. Menyaksikan tawadhunya baginda ketika membebaskan kota Mekah. Dan merasakan perjuangan baginda menahan rasa sakit menjelang wafat. Setelah membaca buku ini, insya Allah kita dapat mengambil insipirasi dari kisah agung Rasulullah saw. Penerbit: Maghfirah Pustaka Sdn Bhd Cetakan Pertama, April 2012 ISBN 978-979-25-2595-3 213mm x 296mm RM280.00 |
|
THE CHOICE - VOLUME 1
& 2 DEBAT ISLAM & KRISTIAN * Cetakan Kedua 2013 PETIKAN ISI KANDUNGAN 1. Ibu Bapa Musa Musa mempunyai seorang ayah dan seorang ibu. Muhammad juga mempunyai seorang ayah dan seorang ibu, tetapi Jesus hanya mempunyai seorang ibu, dan ayahnya bukan seorang manusia. Apakah hal ini benar?" Dia menjawab: "Ya." Saya berkata: "Daarom is Jesus nioe soos Moses nie, maar Muhammad is soos Moses!" ertinya: "Kerana itu Jesus tidak seperti Musa, tetapi Muhammad seperti Musa!" (Sejak hari itu pembaca akan menyedari bahawa saya menggunakan bahasa Afrika hanya bertujuan untuk latihan. Saya terpaksa menghentikan penggunaannya dalam penjelasan ini.) 2. Kelahiran Yang Unik Musa dan Muhammad lahir secara normal dan alamiah, iaitu melalui percampuran fizikal antara seorang lelaki dan wanita, tetapi Jesus diciptakan dengan satu keajaiban istimewa. Dalam Kitab Matthew 1:18 "... sebelum mereka (Yusuf dan Maria) hidup sebagai suami isteri, ternyata Maria mengandung dari Roh Kudus ..." Dan Luke mengatakan bahawa ketika khabar gembira atas kelahiran anak suci tersebut diberitahukan kepada Maria, dia memberi alasan: "bagaimana hal itu mungkin berlaku, sedangkan aku belum bersuami?" Jawab malaikat itu kepadanya: "Roh Kudus akan turun atasmu dan kuasa Allah Yang Maha Tinggi akan menaungi engkau ..." (Luke 1: 34-35) Kitab Suci Al Quran menegaskan kelahiran Jesus yang ajaib tersebut dalam istilah yang mulia dan luhur dalam menjawab soalan yang logik dari Maria: "Oh Tuhanku, betapa mungkin aku mempunyai anak, sedangkan aku belum pernah disentuh oleh seorang lelaki pun? Allah berfirman (dengan perantaraan Jibril): "Demikianlah Allah menciptakan apa yang dikehendaki-Nya. Apabila Allah berkehendak menetapkan sesuatu maka Allah hanya cukup berkata kepadanya: "Jadilah" lalu jadilah ia" (Surah Ali Imran: 47) Bukanlah menjadi kemestian bagi Allah untuk menanam benih pada seseorang atau binatang jika Dia menghendakinya itu pasti akan berlaku. Ini adalah konsep umat Islam pada kelahiran Jesus. (Ketika saya membandingkan versi Al-Quran dan Bible tentang kelahiran Jesus kepada pendeta Dunkers, pemimpin masyarakat Injil, di bandar terbesar kami ini, dan ketika saya bertanya: "Versi mana yang lebih anda sukai untuk diberikan kepada anak perempuan anda, Al-Quran atau Bible?" Lelaki tersebut menundukkan kepalanya dan menjawab: "Versi Al-Quran." Penerbit: Jasmin Publications ISBN 983-2365-46-4 145mm x 222mm RM22.50 |
|
50 MISTERI MENGGEMPARKAN
DUNIA * Cetakan Pertama 2013 Dunia ini penuh misteri? Ya. Dunia ini penuh dengan misteri. Fenomena-fenomena alam, tapak, fosil, artifak dan manuskrip kuno dapat membuatkan kita kagum dan mengundang perasan tidak keruan. Kita pasti tertanya-tanya, mengapa dan bagaimana fenomena-fenomena ini berlaku. Apa sebenarnya dalam fikiran masyarakat, para cendekiawan dan aristokrat pada masa itu. Segala peninggalan mereka seolah-olah meninggalkan pesanan dan jejak misteri kepada generasi berikutnya supaya dikaji dan dirungkai. Berpandukan buku ini, penulis berkongsi pemikiran dan menambah sedikit sebanyak ilmu daripada beberapa sumber sudut pandang yang cukup berwibawa dan dapat dipertanggungjawabkan secara keilmuannya. Selain daripada itu, buku ini juga dapat menjadi bahan penambahan sudut pandang yang penulis ketahui dan fahami. Buku 50 Misteri Menggemparkan Dunia ini turut dihidangkan dengan filem-filem, foto dan gambar berwarna yang menakjubkan. Bagi memudahkan pembacan, buku ini dibahagikan kepada 3 bahagian utama iaitu: ▪ Bahagian 1 - Fenomena alam yang penuh misteri ▪ Bahagian 2 - Tapak, artifak dan fosil penuh misteri ▪ Bahagian 3 - Kejadian luar biasa dalam kitab suci dan bukti ilmiah kebenaran Al-Quran. Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd ISBN 978-967-411-021-5 174mm x 249mm RM45.00 |
|
TUHAN SEDANG MENGUJI KITA * Cetakan Ke 3, 2012 Ujian, bahasanya bisu. Hadirnya tidak terduga. Ada kala ujian itu bertandang untuk membersihkan dosa. Ada kala untuk mengajak kita bertanya, apakah diri sudah terlupa. Ya ... terlupa siapakah kita di sisi-NYA. Terlupa dari mana datangnya dan ke mana pula hala hidup kita? Terlupa kita sebenarnya tidak punya apa-apa. Apakah masih ingin menderhaka pada-NYA? Kita bicara tentang pancaroba, kita berkata tentang malapetaka, tapi hati masih terleka. Kita tewas dalam gembira, kita tersungkur ketika derita. Namun, andai ujian itu membawa kita ke pintu kesedaran, maka ujian itu sebenarnya manis. ALLAH tidak pernah menjadikan sesuatu itu sia-sia. Sesungguhnya, dunia adalah tempat ujian, akhirat jua tempat kebahagiaan abadi ... Penerbit: Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd Cetakan Pertama, 2012 ISBN 978-967-86-0398-0 140mm x 216mm RM19.90 |
|
HIMPUNAN KISAH BENAR TAPI
PELIK * Cetakan Pertama Julai 2012 Buku 'HIMPUNAN KISAH BENAR TAPI PELIK' ini disusun berdasarkan kitab-kitab sejarah yang muktabar, yang merekodkan peristiwa-peristiwa luarbiasa yang sangat memberikan rasa kekaguman dan keinsafan kepada diri yang membaca. Perkara-perkara 'benar tapi pelik' yang didatangkan oleh para nabi dengan izin Allah swt menjadi al-bayyinat dan al-ayat, iaitu tanda-tanda kebenaran dakwah yang diperjuangkan oleh mereka serta menjadi bukti-bukti kebesaran Allah. Firman Allah swt dalam surah Ali 'Imran ayat 62:
Maksudnya: Sesungguhnya ini ialah kisah-kisah yang benar; dan tiadalah Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah; dan (ingatlah) sesungguhnya Allah, Dialah jua yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana. Perkataan 'Qasas' yang membawa maksud kisah-kisah, banyak digunakan oleh Allah swt dalam al-Quran sehinggakan teknik penceritaan dan pengisahan dijadikan panduan oleh para pendakwah yang ingin menyampaikan Islam mengikut pendekatan yang digunakan dalam al-Quran. Penerbit: Telaga Biru Sdn Bhd ISBN 978-967-388-085-0 140mm x 210mm RM26.00 |
|
ENSIKLOPEDIA BIDAAH * Cetakan Pertama, April 2012 Semangat beragama secara melulu dan salah faham terhadap nas-nas agama telah menimbulkan berbagai-bagai kekeliruan. Senario ini telah menyebabkan kekusutan melanda masyarakat yang berada dalam pelbagai lingkungan budaya dan tahap keilmuan. Justeru, timbul kekeliruan untuk membezakan perkara ranting dengan perkara asas dan perkara cabang (juzii) dengan perkara menyeluruh (kulli). Konsep bidaah difahami sebagai suatu bentuk kesesatan dalam agama. Sedangkan, kita tidak memahami erti kata sebenar bidaah. Demi hasrat murni memberi pencerahan kepada umat, ENSIKLOPEDIA BIDAAH ini mengupas dan menghuraikan konsep sebenar bidaah yang berlaku dalam masyarakat Islam hari ini. Semestinya, ensikploedia ini dijadikan rujukan dan panduan bagi mereka yang prihatin terhadap agamanya. KEISTIMEWAAN KANDUNGAN ▪ Maklumat, ilmu dan perbahasan berkaitan bidaah ▪ Maklumat yang disampaikan dalam bentuk multidisiplin seperti mazhab, syariah, sejarah, falsafah, khilafiah dan sebagainya ▪ Setiap tajuk mengandungi jadual, foto, grafik dan carta yang relevan ▪ Pendekatan moden yang mesra pembaca ▪ Fakta autentik berdasarkan rujukan kitab-kitab muktabar ▪ Dwibahasa yang membolehkan pembaca membuat rujukan kitab asal ▪ Isi yang padat, huraian mudah serta susunan dan teknik grafik yang menarik ▪ Perbahasan dan rujukan universal ▪ Huraian yang bersifat komprehensif yang merangkumi pelbagai aspek Penerbit: PSN Publications Sdn Bhd ISBN 978-967-10713-7-3 192mm x 267mm RM100.00 |
|
MUSTAFA KAMAL
ATATURK: PENEGAK AGENDA YAHUDI * Cetakan Ke 4, 2012 Dia bapa sekularisme Turki. Lelaki yang memusnahkan institusi khalifah Islam. Dia lelaki yang membawa Barat ke Turki dengan menolak Islam. Dia lelaki yang memberi kisah, untuk kita renungkan, bagaimana murahnya maruah agama apabila dunia menjadi matlamat. Penerbit: PTS Litera Utama Sdn Bhd Cetakan Pertama, 2011 ISBN 978-967-5783-76-0 138mm x 214mm RM25.00 |