Mereka mula menyanyi bersama-sama lewat 80an bersama Nada Murni (1988-1996). Dengan dianggotai 11 ahli, Rabbani yang membawa maksud 'yang soleh' ditubuhkan secara rasmi pada March 1997. Mereka menjadi artis Permata Audio Production (album edaran oleh EMI) dengan menghasilkan 8 album, RABBANI, ARAH ... DARI MANA KE MANA, MUHAMMAD YA HABIBI, RAMADHAN REMIX, PERGI TAK KEMBALI, IQRAR 1421, INTIFADA dan AMAN. Ketika lagu nasyid menguasai pasaran arus perdana (penghujung 90'an) jualan album mreka ada yang mencapai lebih 90,000 unit. Oleh itu, tidak mengejutkan apabila Rabbani berjaya menjadi kumpulan nasyid yang paling popular di Malaysia untuk beberapa tahun berikutnya. Rabbani juga cukup berani menggabungkan muzik moden ke dalam lagu-lagu nasyid mereka dengan merakam lagu ciptaan KRU Pergi Tak Kembali (lagu ini produk nasyid pertama kumpulan KRU) dan lagu ini menjadi hit. Kemudian KRU-Rabbani terus berkolaborasi untuk album seterusnya dan terhasillah lagu 'Intifada' yang turut menjadi hit. Bagaimanapun mereka dikritik hebat kerana telah keluar dari landasan perjuangan lagu nasyid yang sebelumnya lebih berkonsepkan Nasyid Klasik yang lembut lagi tenang. Selepas kontrak dengan Permata Audio Productions berakhir pada Mac 2002, Rabbani menjadi artis rakaman pertama di bawah label Intifada, anak syarikat KRU Music Group dan menghasilkan album QIBLAT (penghujung 2002) dan EPIK (2003). Menariknya album-album ini menggabungkan elemen etnik Melayu, Arab & Hindi. Sepanjang 10 tahun penglibatan mereka dalam industri muzik, banyak kejayaan yang telah diperolehi antaranya album IQRAR 1421 dipilih sebagai Album Nasyid Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM) 2001 dan Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Kumpulan). Memenangi anugerah Album Nasyid Terbaik dua tahun berturut dalam AIM 2002 untuk album INTIFADA dan AIM 2003 untuk album QIBLAT. Rabbani juga banyak kali dinobatkan sebagai Penyanyi/Artis Nasyid Popular untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH). Bagaimanapun tanggal 12 August 2009 industri muzik tempatan dikejutkan dengan berita pemergian Asri Ibrahim, vokalis utama Rabbani akibat sakit jantung. NOSTALGIA NADAMURNI (2008) menjadi buah tangan terakhir Asri untuk Rabbani dan peminatnya. Kepulangan Asri menemui Sang Khaliq memang sukar dicari ganti dan memberi impak yang besar ke atas perjalanan seni kumpulan Rabbani. Aktiviti seni mereka menjadi sedikit perlahan tetapi perjuangan dan legasi yang ditinggalkan oleh Asri harus diteruskan. Maka ahli Rabbani yang lain, Zulkiflee Azman telah diberi peluang menjadi vokalis utama untuk album MAHABBAH (2009) . Terkini album YANG BENAR (2016) telah diterbitkan dengan menampilkan vokalis baru, Azadan Abdul Aziz iaitu setelah tujuh tahun tanpa sebarang album baru. |
||
P laylist CD Pilihan:QIBLAT (2002) (Dikemaskini 1 Januari 2022) |
|
YANG BENAR
Rabbani
Tujuh tahun tanpa album baru iaitu sejak kepergian allahyarham Asri Ibrahim kini kumpulan nasyid kontemporari, Rabbani muncul semula dalam industri muzik perdana dengan album baru YANG BENAR. Rabbani cuba bangkit semula untuk meneruskan legasi yang ditinggalkan oleh Asri Ibrahim dengan penampilan vokalis baru, Azadan Abdul Aziz. Album studio terakhir Rabbani MAHABBAH pada tahun 2009 pernah menampilkan vokalis Zulkiflee Azman bagi menggantikan Asri Ibrahim. YANG BENAR juga menyaksikan Rabbani berkolaborasi semula dengan komposer terkenal Edry Abdul Halim yang pernah mengangkat mereka dengan lagu hit Intifada. Lebih menarik album ini turut menampilkan lagu duet bersama dua bintang terkenal tahahair Siti Nurhaliza dan Black. Kesemua lagu dalam album ini adalah lagu baru kecuali lagu Mawar Berdarah yang pernah diselitkan dalam album KOLEKSI EMAS RABBANI (2015). |
|
KETIKA CINTA Various Artist(Rabbani Production, 2011)
![]()
Album kompilasi ini turut menampilkan lagu baru nyanyian Rabbani yang menyanyikan semula lagu nasyid popular Opick 'Ketika Cinta' dan Raihan 'Iman Mutiara'. Sekali lagi Rabbani merakam semula lagu popular Brothers 'Teman Sejati' walaupun mereka pernah berbuat demikian untuk album kompilasi YALLA BEENA (KRU Records, 2004). |
|
|
MAHABBAH
Rabbani
Album Mahabbah julung-julung kalinya menampilkan ahli Rabbani yang lain sebagai vokalis utama selepas Arwah Ustaz Asri Rabbani iaitu Zulkiflee Azman. Juga terdapat rakaman terakhir Allayarham Ustaz Asri 'Inikah Petanda' dengan menampilkan bintang Akademi Fantasia 3, Mawi. |
|
|
NOSTALGIA NADAMURNI Rabbani(Inteam Records / Warner, 2008)
Bagi mengimbas kembali nostalgia era nasyid dahulu, Rabbani telah menghasilkan sebuah album istimewa NOSTALGIA NADAMURNI yang juga merupakan hadiah kepada peminat irama nasyid yang telah lama menyokong perjuangan Rabbani bermula dengan nama Nadamurni sejak tahun 1987 lagi. Kesemua lagu pernah dipopularkan oleh Nadamurni dan biarpun dirakam semula album ini tetap mengekalkan elemen nostalgia, malah susunan muziknya juga ringkas. Begitu juga dengan penghayatan, Rabbani tidak mengubahnya hanya kerana mahu memenuhi kehendak khalayak semasa. Lagu hit Nadamurni 'Ibu Mithali' sekali lagi diberi nafas baru oleh Rabbani biarpun mereka telahpun merakamkannya untuk album PERGI TAK KEMBALI (EMI, 2000). |
|
|
RABBANI
1418-1428H
Album koleksi bersempena 10 tahun Rabbani menjadi artis rakaman bermula pada tahun 1997 bersama EMI. Sebagai bonus ditampilkan dua lagu baru, 'Menteri Merah Di Ufuk Timur', rakaman asal kumpulan Search dan 'Saksi' berkolaborasi dengan bintang pujaan masa kini, Mawi. Juga ditampilkan Wan Roslili Majid, ihsan IKIM atas penyelidikan dan suara narrator untuk petikan Quran dan hadith (petikan ayat Quran dan hadith merupakan rakaman baru). |
|
|
MAULANA
Rabbani
|
|
|
YALLA BEENA Rabbani (KRU Records, 2004)
YALLA BEENA merupakan album kompilasi yang menghimpunkan lagu-lagu nasyid terbaik Rabbani ketika menjadi artis KRU Records. Bersama KRU Records, Rabbani telah menghasilkan 4 album INTIFADA (2001), AMAN (2001), QIBLAT (2002) dan EPIK (2003). Terdapat 5 lagu baru termasuk lagu popular mereka 'Assalamualaikum' yang diberi nafas baru untuk kali keduanya dan 'Teman Sejati' yang pernah dipopularkan oleh kumpulan nasyid Brothers. |
|
|
QIBLAT Rabbani(Rabbani Production / Warner, 2002)
Selain Intifada,
Qiblat juga antara album terbaik Rabbani ketika bersama KRU
Records. Bagaimanapun Warner Music menjadi pengedar untuk edisi eadaran
semula
|
|
|
INTIFADA Rabbani(Rabbani Production / Warner, 2001)
Album yang pernah diiktiraf sebagai Album Nasyid
Terbaik AIM 2002. Bagaimanapun.untuk edisi edaran semula 'cover'nya telah ditukar |
|
|
IQRAR: 1421
Rabbani
Album koleksi ini turut menyenaraikan sebuah lagu baru 'Iqrar' dan rakaman semula dua buah lagu popular mereka 'Assalamualaikum' dan 'Munajat'. |
|
|
PERGI TAK KEMBALI
Rabbani
|
|
|
MUHAMMAD YA HABIBI
Rabbani, Haraqat Madani
& Yusuf Islam
|