
						
			![]()  | 
					
| 
 sejarah Ringkas perjalanan seni RABBANI Mereka mula menyanyi bersama-sama lewat 80an bersama Nada Murni (1988-1996). Dengan dianggotai 11 ahli, Rabbani yang membawa maksud 'yang soleh' ditubuhkan secara rasmi pada March 1997. Mereka menjadi artis Permata Audio Production (album edaran oleh EMI) dengan menghasilkan 8 album, RABBANI, ARAH ... DARI MANA KE MANA, MUHAMMAD YA HABIBI, RAMADHAN REMIX, PERGI TAK KEMBALI, IQRAR 1421, INTIFADA dan AMAN. Ketika lagu nasyid menguasai pasaran arus perdana (penghujung 90'an) jualan album mreka ada yang mencapai lebih 90,000 unit. Oleh itu, tidak mengejutkan apabila Rabbani berjaya menjadi kumpulan nasyid yang paling popular di Malaysia untuk beberapa tahun berikutnya. Rabbani juga cukup berani menggabungkan muzik moden ke dalam lagu-lagu nasyid mereka dengan merakam lagu ciptaan KRU �Pergi Tak Kembali� (lagu ini produk nasyid pertama kumpulan KRU) dan lagu ini menjadi hit. Kemudian KRU-Rabbani terus berkolaborasi untuk album seterusnya dan terhasillah lagu 'Intifada' yang turut menjadi hit. Bagaimanapun mereka dikritik hebat kerana telah keluar dari landasan perjuangan lagu nasyid yang sebelumnya lebih berkonsepkan Nasyid Klasik yang lembut lagi tenang. Selepas kontrak dengan Permata Audio Productions berakhir pada Mac 2002, Rabbani menjadi artis rakaman pertama di bawah label Intifada, anak syarikat KRU Music Group dan menghasilkan album QIBLAT (penghujung 2002) dan EPIK (2003). Menariknya album-album ini menggabungkan elemen etnik Melayu, Arab & Hindi. Sepanjang 10 tahun penglibatan mereka dalam industri muzik, banyak kejayaan yang telah diperolehi antaranya album IQRAR 1421 dipilih sebagai Album Nasyid Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM) 2001 dan Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Kumpulan). Memenangi anugerah Album Nasyid Terbaik dua tahun berturut dalam AIM 2002 untuk album INTIFADA dan AIM 2003 untuk album QIBLAT. Rabbani juga banyak kali dinobatkan sebagai Penyanyi/Artis Nasyid Popular untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH). Bagaimanapun tanggal 12 August 2009 industri muzik tempatan dikejutkan dengan berita pemergian Asri Ibrahim, vokalis utama Rabbani akibat sakit jantung. NOSTALGIA NADAMURNI (2008) menjadi buah tangan terakhir Asri untuk Rabbani dan peminatnya. Kepulangan Asri menemui Sang Khaliq memang sukar dicari ganti dan memberi impak yang besar ke atas perjalanan seni kumpulan Rabbani. Aktiviti seni mereka menjadi sedikit perlahan tetapi perjuangan dan legasi yang ditinggalkan oleh Asri harus diteruskan. Maka ahli Rabbani yang lain, Zulkiflee Azman telah diberi peluang menjadi vokalis utama untuk album MAHABBAH (2009) . Terkini album YANG BENAR (2016) telah diterbitkan dengan menampilkan vokalis baru, Azadan Abdul Aziz iaitu setelah tujuh tahun tanpa sebarang album baru. 
				
				Diskografi 
				
				
				lengkap 
				
				rabbani 
(menyenaraikan 
diskografi lengkap CD/Kaset Rabbani termasuk 
album yang memasukkan lagu baru dalam album kompilasinya sendiri ataupun 
dalam album kompilasi perlbagai artis) 
 
Album pertama kumpulan nasyid Rabbani yang berkonsep nasyid klasik hanya 
menggunakan nama kumpulan sebagai tajuk album turut memberi impak yang besar 
terhadap warna muzik tanahair.  Rabbani yang merupakan salah satu kumpulan 
nasyid yang turut menggembalikan kegemilangan irama nasyid era penghujung 90an 
Senarai lagu; 
Assalamulaikum
		 
 Senarai lagu; 
		Doa Pujian
 
 Album kompilasi yang berkonsepkan pujian dan salawat klasik ke atas Nabi saw dan sebuah petikan ayat al Quran turut menampilkan beberapa lagu baru termasuk dua darinya nyanyian solo Rabbani dan sebuah lagu berkolaborasi dengan kumpulan nasyid baru, Harakat Madani. Senarai lengkap trek lagu untuk album ini rujuk info CD MUHAMMAD YA HABIBI di atas. 
 
Album yang bertemakan Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri turut menyelitkan 
petikan hadith, ayat al Quran, zikir dan takbir.  Kesemua lagu nyanyian 
Harakat Madani adalah lagu ciptaan baru.  Manakala Rabbani mendendangkan 2 
buah lagu baru, 'Hikmah Ramadhan' dan 'Di Ambang Syawal'.   
 
Senarai lagu; 
Zikir (Harakat Madani)
 
 
Album yang membawa banyak 
perubahan dalam konsep irama kumpulan Rabbani di mana lagu-lagunya lebih segar 
diadun dengan alat muzik moden.  
   
Senarai lengkap trek lagu untuk 
album ini rujuk info CD rilisan semula PERGI TAK KEMBALI di atas. 
 
Lagu: Mujahid Abdul Wahab              
Lirik: Jef Hazimin Jaafar             
		 
Rabbani turut terlibat dalam penghasilan single 'Keamanan' berkolaborasi 
bersama Raihan, Jauhari, Nowseeheart, Saujana, Hijjaz, Mustika, Brothers & Ustaz 
Amaluddin. 
 
IQRAR 1421 merupakan album 
kompilasi peatama Rabbani yang turut memuatkan sebuah lagu baru ciptaan Ly, 'Iqrar'.  
Turut dimuatkan versi baru lagu 'Assalamualikum' dan 'Munajat'.    
   
Senarai lengkap trek lagu untuk 
album ini rujuk info CD IQRAR 1421 di atas. 
 
Album yang membawa banyak 
perubahan dalam konsep irama kumpulan Rabbani di mana lagu-lagunya lebih segar 
diadun dengan alat muzik moden.  
   
Senarai lengkap trek lagu untuk 
album ini rujuk info CD rilisan semula INTIFADA di atas. 
 
Album kompilasi ini turut menampilkan sebuah lagu 'Cahaya Selawat' yang 
dinyanyikan Rabbani secara berama-ramai bersama kumpulan nasyid Raihan, Hijjaz, Saujana, 
NowSeeHeart dan Mirwana. 
 
Senarai lagu; 
		Aman
 
 
Di bawah label KRU Records, album kumpulan Rabbani agak lari daripada konsep 
asal kumpulan nasyid ini.  Rentak lagu yang dipersembahkan oleh mereka agak 
'pantas' tetapi mereka agak bertuah kerana lagu-lagu nasyid moden yang 
dipersembahkan tetap diminati 
Senarai lengkap trek lagu untuk 
album ini rujuk info CD rilisan semula QIBLAT di atas. 
 
Senarai lagu; 
		Hadith: Syukur
 
 
Senarai lagu; 
CD1 
CD2: 
Aman
 
 YALLA BEENA merupakan album kompilasi yang diambil dari 2 album Rabbani yang diterbitkan dibawah label KRU Music Group, QIBLAT (2002) dan EPIK (2003). Turut dimuatkan 5 buah lagu baru nyanyian Rabbani termasuk rakaman semula lagu 'Assalamualaikum' dan 'Teman Sejati' yang pernah dipopularkan oleh kumpulan nasyid Brothers. Senarai lengkap trek lagu untuk album ini rujuk info CD YALLA BEENA di atas .
 Sebuah album yang menyenaraikan lagu-lagu nasyid cipitaan baru yang liriknya adalah berkenaan sir ah nabi junjungan Muhammad SAW. Rabbani membawakan dua lagu, 'Khabaran Rasul' berkolabroasi dengan Raihan, Hijjaz & DJ Erwan, dan secara solo untuk lagu 'Ya Rabbibil Mustofa'.
 Album rakaman baru ini merupakan album istimewa Rabbani yang mengandungi lagu lagu bertemakan Ramadhan dan Hari Raya. Senarai lagu; 
		Hikmah Ramadhan
 
 Senarai lengkap trek lagu untuk album ini rujuk info CD MAULANA di atas .
 
Istimewanya RABBANI 1418-1428H kerana mengambil semula lagu lagu popular dan hit 
sepanjang penglibatan mereka selama sedekad.  Bagi memperhebatkan lagi 
album kompilasi unggul ini Rabbani telah merakamkan khas 2 lagu.  Satu lagu 
baru bersama Mawi yang berjudul �Saksi� dan satu rakaman semula lagu rock 
hits oleh Kumpulan Lagenda Rock tanahair Search iaitu �Mentari Merah Di Ufuk 
Timur�.  �Mentari Merah Di Ufuk Timur� telah dirakam semula oleh 
Rabbani dengan gaya tersendiri bersama penyanyi asal Search iatu Amy.  
Album ini diedarkan benar-benar di penghujung tahun 2007. Senarai lengkap trek lagu untuk 
album ini rujuk info CD RABBANI 1418-1428H di atas. 
 
Lagu-lagu nostalgia nasyid klasik penghujung 80an dirakam semula oleh Rabbani.  
Apa yang istimewa kesemua lagu-lagu tersebut adalah nyanyian kumpulan nasyid 
yang mereka pernah anggotainya, Nadamurni.  Album ini dipasarkan pada awal 
tahun 2008.      Senarai lengkap trek lagu untuk 
album ini rujuk info CD NOSTALGIA NADAMURNI di atas. 
 
Album MAHABBAH menampilkan vokalis baru, Zulkiflee Azman bagi 
menggantikan Ustaz Asri Ibrahim yang telah meninggalkan dunia yang fana.  
Bagaimanapun terdapat sebuah lagu istimewa yang menampilkan vokal Asri Ibrahim 
untuk lagu 'Inikah Petanda' berkolaborasi dengan Raja SMS, Mawi.  
Lagu 'Inikah Petanda' juga merupakan rakaman terakhir Asri Ibrahim.  
Album ini turut memetik 8 kata-kata hikmah sebagai renungan bersama.    
 Senarai lengkap trek lagu untuk 
album ini rujuk info CD MAHABBAH di atas. 
 Album kompilasi ini turut memuatkan 3 buah lagu baru termasuk sebuah darinya dinyanyikan oleh Rabbani. Lagu tersebut ialah 'Berita Gembira' yang pernah dipopularkan oleh kumpulan nasyid wanita dari Singapura, Al Jawaher. 
 Album ini berkonsepkan zikir turut memuatkan doa, selawat, petikan ayat al Quran dan Hadith. Senarai lagu; 
		Surah Al Fatihah
 
 Album kompilasi yang menampilkan Rabbani, Durani dan Harakat Madani turut menampilkan 3 lagu baru yang dinyanyikan oleh Rabbani. Bagaimanapun lagu-lagu tersebut adalah lagu rakaman semula yang pernah dinyanyikan oleh penyanyi/kumpulan nasyid popular; 'Ketika Cinta' (oa Opick), 'Iman Mutiara' (oa Raihan) dan untuk kali keduanya Rabbani memberi versi terkini lagu 'Teman Sejati' (oa Brothers). Lagu 'Ketika Cinta' dan 'Teman Sejati' dialunkan oleh vokal merdu milik allahyarham Asri Ibrahim dan belum pernah diterbitkan dalam mana-mana album kumpulan Rabbani.Senarai lengkap trek lagu untuk album ini rujuk info CD KETIKA CINTA di atas. 
 Album MAULAYA hanya memuatkan 6 buah lagu. Sebelum pemergian vokalis utama kumpulan Rabbani, Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim telah sempat merakamkan beberapa buah lagu yang kemudiannya dimuatkan dalam album ini. Memandangkan MAULAYA merupakan album Internasional Rabbani, terdapat sedikit kelainan apabila lagu-lagu yang dimuatkan menggunakan bahasa Arab sepenuhnya. Menariknya tentang album ini kerana ini dirakam sepenuhnya di Kuwait dan Arab Saudi manakala susunan muziknya dihasilkan menggunakan 'percussion'.Senarai lagu; 
Tolaal Badru Alaina
		 
 Senarai lagu; CD1 : IntifadaCD2: Kerlipan Cinta
 Senarai lagu; CD1 Raihan: SyukurCD2 Rabbani: Iqrar
 Album ini kesinambungan dari album ZIKIR PENAMBAT RINDU terbitan tahun 2011 tetapi kali ini ia lebih menumpukan alunan zikir yang menjadi amalan harian. Juga diselitkan sebuah lagu 'Keluhan Insan' sebagai pelengkap album.Senarai lagu; 
		Astaghfirullah
 
 
Senarai lagu; 
CD1 
CD2: 
Sifatullah
 
 
Album kompilasi berkembar ini turut memuatkan sebuah lagu baru 'Mawar 
Berdarah', lagu dan lirik oleh B Nury yang diciptakan khas untuk 'Rebuild 
Gaza For A Nation'.  Lagu ini kemudian dimuatkan semula dalam album studio 
Rabbani, YANG BENAR (2016). 
 
CD1 
CD2: 
Ya Salam (Assalamualaikum)
 
 
YANG BENAR muncuk di pasaran setelah 7 tahun Rabbani tanpa sebarang album 
studio.  Kali ini Rabbani menampilkan vaokalis baru, Azadan Abdul Aziz.  
Album studio terakhir mereka ialah MAHABBAH (2009) dengan memperkenalkan 
Zulkiflee Azman sebagai vokalis.  Album ini turut menampilkan penyanyi 
tersohor tanahair Siti Nurhaliza dan Black untuk berkolborasi bersama Rabbani.
     
 Senarai lengkap trek lagu untuk 
album ini rujuk info CD YANG BENAR di atas. 
 
Lagu: Daqmie              
Lirik: Ito Lara             
		 
Single 'Ittihad' kemudiannya di muatkan dalam album kompilasi pelbagai 
artis, NASYID FRESH: BUKAN BIASA BIASA (Inteam Records, 2019). 
 
Lagu: Daqmie              
Lirik: Ito Lara             
		 
Single 'Marhaban Ya Rasulullah' belum di muatkan dalam mana-mana album/kompilasi 
Rabbani ataupun album kompilasi pelbagai artis. 
 
Lagu:  Fadzli FarEast              
Lirik: Ito Lara             
		 
Single 'Rindu Baitullah' belum di muatkan dalam mana-mana album/kompilasi 
Rabbani ataupun album kompilasi pelbagai artis. 
 
Lagu: Daqmie              
Lirik: Ustaz Neezam AlBanjari/Jart Hassan            
		 
Single 'Mencintaimu (Rasulullah SAW)' belum di muatkan dalam mana-mana album/kompilasi 
Rabbani ataupun album kompilasi pelbagai artis. 
 
Lagu: Fuad Ko & Wan Saleh              
Lirik: Ito Lara             
		 
Single 'Santun' belum di muatkan dalam mana-mana album/kompilasi 
Rabbani ataupun album kompilasi pelbagai artis. 
 
Lagu: Hafiz Hamidun             Lirik: 
Fedtri Yahya            
		 
Single 'Husul Khatimah' belum di muatkan dalam mana-mana album/kompilasi 
Rabbani ataupun album kompilasi pelbagai artis. 
 
Single 'Mega Raya' turut menampilkan Rabbani bersama ramai artis seperti 
Ifa Raziah, Dato Seri Vida, Cik B, Ani Maiyuni, Datin Sri Nur Syahida, Saida 
Taruddin, Syura Badron, Lan Solo, Bob Yusof, Che Ta Potpet, Kelly Azman, Aliff 
Syukri, Acong Sweetchild, Ayu Damit, Fitri Hiswadi, Man Kedal, Wan Saleh & Hafiz 
Hamidun.  Single ini belum di muatkan dalam mana-mana album/kompilasi 
Rabbani, Ifa Raziah ataupun album kompilasi pelbagai artis. 
 
Lagu: Tam Spider              
Lirik: Keon             
		 
Single 'Manik Manik Sejahtera' kemudiannya di muatkan buat pertama 
		kalinya dalam album kompilasi pelbagai artis, SAHABAT SELAMANYA (2023, 
		Daqmie Music Factory/Inteam Records) 
NOTA: Kebanyakan single yang diterbit dan diedarkan adalah dalam format 
'digital platform'.  |